BAB 3~BOHONG !

Romance Completed 137158

KEESOKKAN HARINYA, di kondominium milik seorang pemuda kaya raya. Terlihat Hana terbaring lemah di atas katil, masih tidak sedarkan diri selepas jatuh pengsan. Mungkin dia terlalu penat berkerja sehingga menjejaskan kesihatannya.

"Tuan, betul ke budak ni yang tuan cari selama ni?." Soal Rahyu dengan memerhati wajah Hana dari jarak dekat.

"Macam ya, tapi kenapa dia tak ingat aku?." Jawab Aniq hairan.

"Ke pelanduk dua serupa. Tuan tahulahkan, yang kita ni ada kembar. Mungkin, dia ni bukan Hana yang tuan cari."

"Tak mungkin aku salah orang. Dia ni mesti Hana yang aku cari, sebab bau dia, bibir dia, mata indah dia dan bekas cakar aku masih terukir cantik di belakang dia. Aku yakin yang dia ni Hana."

"Haraplahkan, but saya dah periksa latar belakang dia. Memang betul, dia popular di kalangan vip. Banyak juga vip yang suka dia, seperti Tuan Zahrul, Tuan Rayyan, Sir Jo dan ada beberapa lagi. Namun yang berani sentuh budak ni, hanya Tuan Zahrul tu je."

"Kenapa pulak?."

"Sebenarnya, langganan Hana hanya setakat teman makan je, bukan sampai ketahap layan nafsu mereka. Tapi Tuan Zahrul tu dah melampau, dia gunakan Hana untuk pemuas nafsu dia. But dia cakap yang, mereka belum lagi melakukannya. Hanya....," kata-katanya terhenti, kerana sukar untuk Rahyu menyatakannya, namun dia hanya memberi isyarat mulut. Itu cukup, membuat Aniq mengerti.

"Faham."

"Baguslah. Jadi, apa tuan nak buat selepas ni?."

"Jika dia benar-benar Hana yang aku cari, maka hidup dia kini milik aku. Aku akan jaga dia, dan takkan biarkan dia pergi lagi dari hidup aku. Kau tahu sendiri yang aku dah lama cari dia, dah hampir 3 tahun. Jadi...,"

Kata-katanya terhenti, ketika Hana sudah bangun dari pengsannya dengan mata liar melihat sekeliling.

"Saya dekat mana ni pakcik?." Soal Hana tika melihat suasana terlihat asing, tidak seperti rumahnya.

"Kamu sekarang berada di kondominium saya, tapi jangan risau kerana kondo saya jauh dari Zahrul. Dia takkan apa-apakan kamu lagi." Jawab Aniq.

"Kondo tuan?. Macam mana saya boleh berada dekat sini?. Ke, korang berdua..,"

"Cik Hana, jangan berfikir negatif dulu." Kata Rahyu, untuk mencegah dari pemikiran negatif Hana terhadap bossnya.

"Jadi, kenapa saya boleh berada dekat sini kalau tak korang berdua memanfaatkan saya."

"Ingat kami ni gatal sangat ke, sampaikan memanfaatkan orang yang pengsan. Cik Hana bernasib baik tau, sebab Cik Hana bersama Tuan Aniq. Kalau dengan orang lain, i think Cik Hana dah jadi hidangan makan malam mereka semalam." Kata Rahyu sedikit kesal.

"Saya tak ingatlah, apa dah jadi semalam?." Soal Hana, memukul-mukul kepalanya.

"Kamu hanya pengsan, dan itu saja. Saya tak tahu rumah kamu dekat mana, jadi saya bawa kamu bermalam di kondo saya." Terang Aniq.

"Oh, yeke?. Kalau macam tu saya balik dululah, mesti mak saya dah risau sekarang. Terima kasih sebab dah banyak bantu saya semalam." Ucap Hana, dengan menyusun langkah untuk pergi, namun belum sempat ia berdiri, Rahyu dengan pantas mengari tangan serta kaki gadis itu agar Hana tidak pergi begitu saja. "Korang nak buat apa ni?. Gari-gari tangan orang. Lepaslah." Soal Hana dengan sekuat tenaga meronta-ronta. Namun Aniq dan Rahyu hanya tersenyum melihat Hana yang dalam ketakutan.

"Jangan banyak bergerak kalau tak nak sakit. Duduk diam-diam, kerana saya ada banyak benda nak di tanya. Buat masa ni, kamu harus bersihkan diri dulu. Saya tunggu kamu dekat bawah." Pesan Aniq, lalu melangkah pergi.

"Baiklah bik. Siapkan budak ni, agar dia nampak cantik dan bersih. Kalau dia meronta-ronta, bagitahu saya. Biar saya yang uruskan." Pesan Rahyu dengan senyumannya.

"Baiklah Tuan." Jawab mereka serentak.

"Good." Pujinya, lalu melangkah pergi mengikuti Aniq.

Bik-bik itu pun menghampiri Hana untuk melaksanakan perintah tuan mereka.

"Korang nak buat apa ni?. Tolong......!." Teriak Hana, namun tiada yang peduli.

*****

SEMENTARA di rumah Hana, terlihat dia kedatangan tetamu tanpa di undang, dengan membawa banyak buah tangan di atas meja.

"Banyaknye buah tangan, terima kasihlah tuan. Susah-susah je." Ucap Puan Dahlia, ibu kepada Hana.

"Ni, baru sikit. Kalau ada yang kurang, cakap je dekat saya. Nanti akan saya turuti. Tapi, sunyi je rumah. Mana Hana?."

"Nilah masalahnya tuan, Hana tak pulang-pulang dari semalam. Dah puas saya call dan mesej dia, tapi tidak diangkatnya. Tulah saya risau ni."

"Dia tak balik dari semalam?. Dia pergi mana?."

"Saya pun tak tahu dia pergi mana. Mungkin dia bermalam dekat rumah puan Maya kot. Jadi, tuan datang sini ada keperluan apa ya?."

"Oh, kedatangan saya kemari hanya ingin, menanyakan tentang lamaran saya tu. Dia terima ke tak?."

"Maafkan saya tuan, tapi jawapan dia tetap sama."

"Yeke?. But Puan Dahlia sebagai ibu, mungkin boleh melembutkan hati dia. Saya tak kisah tentang hantaran, kerana saya mampu. Asalkan Hana setuju menjadi isteri saya. Itu yang penting."

"Saya ni ok je, itu pun kalau Hana setuju. Saya tak nak paksa dia tuan."

"Kalau macam tu, saya tawarkan RM 5 juta sebagai pertukaran."

"Apa ni?. Saya tak jual anak saya sendiri tau." Kesal Puan Dahlia.

"Tapi dia bukan anak kandung Puan Dahliakan."

"Ya. Dia bukan anak kandung saya. Tapi mak dia amanahkan saya untuk jaga Hana. Lagipun Hana dah macam anak saya sendiri. Takkan di sebabkan duit, saya jual anak saya dekat tuan."

"Bukan jual, tapi saya menawarkan diri untuk jaga Hana dan berikan dia kehidupan yang lebih baik. Bukankah semua wanita mengiginkannya."

"Tapi tidak untuk Hana. Tapi saya hairanlah, kenapa tuan suka sangat dekat Hana?. Banyak kot perempuan dekat luar sana yang sama taraf seperti tuan. Kenapa dia?. Asal tuan tahu yang dia....,"

"Saya tahu yang dia bukan anak dara lagi. Puan Dahlia dah bagitahu saya, berulang kali. Tapi saya tak kisah, kerana saya cinta dia guna hati bukan nafsu. Tolong percaya saya."

"Tapi macam mana dengan anak-anak tuan?. Mereka terima ke Hana jadi ibu tiri mereka?. Saya tak nak nanti, Hana menderita di sebabkan anak-anak tuan."

"Anak-anak saya takkan ganggu Hana, saya jamin. Saya akan letak Hana di atas mereka, maka apapun yang terjadi. Saya akan percaya pada Hana. Tolong pertimbangkan permintaan saya." Mohon Tuan Qalid, dengan meletakkan cincin di atas meja. "Tolong buat Hana terima lamaran saya." Katanya lagi.

Namun Puan Dahlia hanya mendiamkan diri, menatap orang sekelilingnya. Apa yang harus dia buat?."

*****

DI RUANG KERJA, terlihat Hana diikat di kerusi. Sementara Aniq, duduk tepat di hadapannya, manakala Rahyu berdiri di samping bossnya.

"Pakcik nak apa ya?."

"Siapa nama kamu?."

"Kenapa nak tahu?, tak penting kot tahu nama saya."

"Ish budak ni, melawan ye cakap orang tua. Buang dekat sungai baru tahu, biar di makan buaya. Puas hati. Orang soal tu jawablah. Tak perlu tahu kot, alasannya." Kesal Rahyu tika, Hana melawan cakap mereka.

"Saya perlulah tahu. Lagipun saya tak kenal pun korang berdua ni siapa. Tiba-tiba buat saya macam ni. Dah kenapa?. Apa salah saya pakcik-pakcik sekalian. Saya ada buat salah ke?. Kalau pasal RM 1 juta tu, bagilah masa saya untuk kumpul duit sebanyak tu. Tolonglah, lepaskan saya."

"Lepas?. Maafkan saya, kerana saya takkan lepaskan kamu selagi kamu tak jawab pertanyaan saya. Kalau kamu nak bebas, maka turuti kemahuan saya. Boleh?."

"Ok. Jadi korang nak tanya apa?." Soal Hana pasrah.

"Siapa nama kamu?."

"Hanna Ellysha, panggil Hana je."

"Hana?. Ok. So, kamu kenal siapa saya?." Soal Aniq lagi.

"Manalah saya kenal, tapi rupa pakcik macam tak asing. Macam pernah tengok dekat televisyen."

"Cik Hana tak kenal Tuan Aniq?. Hairan, sedangkan tuan adalah pembisnes terhormat buat masa sekarang. Banyak gadis-gadis yang sukakan dia. Mustahil kalau Cik Hana tak kenal."

"Itu mereka, bukan saya. Lagipun, muka korang terlihat asing. Sumpah, saya tak kenal."

"Mustahil kalau kamu tak kenal saya, berarti kamu bukan perempuanlah."

"Wajib ke saya tahu siapa pakcik?. Takkan. Lagipun, pakcik terkenal sangat ke sampai, banyak orang yang tergila-gilakan pakcik?."

"Tuan Aniq adalah ceo Blue.A Group yang hot pada saat ini. Semua orang mengenalinya, bahkan bayi baru lahir pun mengenali Tuan Aniq, kenapa Cik Hana tidak?."

"Mungkin saya busy bekerja kot, tulah saya takda masa nak mengenali orang yang tak penting dalam hidup saya."

"Gadis yang langka. Tapi tetap saja itu mustahil, kerana kita pernah berhubungan intim, dan sayalah orangnya yang telah buat kamu mengandung. Pleaselah, jangan berpura-pura lagi."

"Jangan nak mengarutlah pakcik. Lagipun pakcik ni kaya, saya orang biasa. Macam mana kita boleh berhubungan intim?.  Agak-agaklah."

"Saya tahu yang, saya telah menghancurkan hidup kamu. Tapi itu salah kamu juga, kenapa lari?, sedangkan saya sedia bertanggungjawab."

"Aduh pakcik, saya tak tahu apa yang korang merepek ni?. Mengandung?, hubungan intim?. Apa semua tu?. Gilalah."

Kata-kata Hana membuatkan Aniq kesal, lalu melepaskan
satu das tembakkan, melepasi rambut Hana. Itu benar-benar mengejutkan gadis itu. Akan tetapi, orang di sekitarnya memasang wajah mendatar saja, seakan-akan sudah biasa dengan perilaku bossnya. Sedangkan, bunyi tembakkan itu menakutkan.

"Jangan bermain dengan saya, kerana saya tak suka dengan orang yang berbohong. Itu hanya sikit, saya boleh buat lebih dari tu." Tegas Aniq, lalu melangkah pergi.

Namun, Hana hanya mendiamkan diri saja kerana dia sekarang dalam ketakutan terbukti dari bibir yang pucat, jantung berdegup dengan sangat kencang, tanpa ia sedar, air mata jatuh membasahi pipinya.

"Cik Hana dah buat tuan marah, nasib baik dia masih ada rasa belas kasihan. Kalau tak, dah lama Cik Hana jadi mayat. So, fikir-fikirkanlah untuk berbohong pada dia, kerana Tuan adalah iblis kejam, yang di turun dari neraka." Pesan Rahyu lalu melangkah pergi dengan senyuman di bibirnya. Itulah akibatnya, kerana telah membuat si iblis jatuh cinta. Maka, tanggunglah akibatnya.

Share this novel

Rinarisadelisha
2023-07-12 17:48:40 

Mana sambungangnya...plss updatelahミ⁠●⁠﹏⁠☉⁠ミ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience