LIF :Bab 1

Fantasy Completed 30932

Seorang jejaka lengkap memakai sut berwarna biru gelap sedang memerhatikan sesuatu dari dalam keretanya. Tangan kanannya diletakkan ke dagunya sambil jarinya mengusap-usap bawah dagunya. Alis matanya merenung tajam bagai ingin menikam apa yang dilihatnya.

"Belasah dia." suara garaunya yang maskulin itu memberikan arahan kepada orang bawahannya. Pembantunya mengangguk tanda menerima arahan itu. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu menghubungi seseorang.

"Boss kata right now." ujar pembantunya itu apabila panggilannya disahut lalu tidak lama panggilan itu dimatikan terus.

Seorang lelaki yang sedang mengemas barang dagangannya terkejut dengan kehadiran sekumpulan manusia yang tidak dikenalinya. Habis barang-barang niaganya ditendang dan disepahkan oleh mereka semua.

"Hoi! Apa ni!?" pekik lelaki itu terkejut dengan kedatangan yang tidak diundang itu. Lelaki itu cuba melawan namun kekuatannya tidak dapat melawan 10 orang lelaki gagah di hadapannya. Kumpulan itu bukan sahaja membuat kecoh di kedainya namun telah memukulnya tanpa belas kasihan. Si lelaki tidak tahu apa salahnya diperlakukan begitu. Setelah lunyai si lelaki itu dibelasah, salah seorang ahli kumpulan itu mendekati lelaki itu yang sedang merengkok kesakitan.

"Phui!" dihadiahkan ludah kepada lelaki itu. Lelaki itu menyeringai.

"Ini pesanan boss aku. Jangan cuba-cuba dekat dengan Cik Tiara lagi." amaran keras diberikan dengan kasar dan tegas sebelum kumpulan itu berlalu pergi. Lelaki itu yang sudah mengenyitkan sebelah matanya kerana menahan kesakitan tidak membalas apa-apa. Hanya mampu melihat kumpulan yang membuat kacau di kedainya pergi meninggalkan dirinya yang sudah terbaring di tepi jalan. Makin lama pandangannya makin kabur lalu dirinya tidak sedar apa yang berlaku seterusnya.

Melihat situasi itu, si jejaka menyunggingkan bibirnya tanda puas hati dengan hasil kerja orang upahannya.

"Jalan sekarang." arah jejaka itu kepada pemandunya lalu terus menyandarkan tubuhnya dengan berasa puas sambil memejamkan mata.

"Kalau Cik Tiara tahu macam mana, Tuan Irvan?" soal pembantunya yang duduk di hadapan tempat penumpang. Irvan terus mencelikkan mata mendengar kata-kata Naail itu. Lalu memberikan renungan tajam ke arah pembantunya.

"Kalau tak ada sesiapa yang beritahu takkan dia boleh tahu." tegas dia berkata membuatkan Naail menelan liurnya. Terus tegak badan Naail mendengar suara tegas majikannya itu. Pandangannya dihalakan tepat ke hadapan kereta yang sedang dipandu oleh pemandu mereka. Tidak berani menetang mata majikannya itu.

Melihat ketakutan Naail membuatkan Irvan tersenyum lagi. Lalu dia memejamkan semula matanya sambil berbisik,"Tiara adalah milik aku. Takkan aku lepaskan sesiapa sahaja yang cuba merampas Tiara daripada aku."

Seorang gadis menguak pintu bilik tidur itu lalu dengan berhati-hati dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Langkahnya terlompat-lompat mengelak barang-barang dan pakaian yang bersepah dilantai bilik itu. Tergeleng-geleng gadis itu melihat satu bentuk berbukit di atas katil itu. Dengan perasaan yang membuak gadis itu terus menarik comfortable yang menyelubungi susuk tubuh di sebalik comfortable itu.

Terlihat tuan punya bilik itu sedang merengkok dibuai mimpi tidak sedar akan kehadirannya. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tubuh dihadapannya itu. Dengan perasaan yang geram, satu bantal dicapainya lalu memukul tubuh itu agar gerangan itu dapat sedar dari tidur yang lena.

"Bangunlah!" pekiknya dengan nada geram. Terpisat-pisat gadis itu apabila diterjah begitu.

"Kau ni apahal, Yana!? Kacaulah orang nak tidur." gumam gadis itu dengan suara serak basah baru bangun tidur. Rasa geram apabila waktu tidurnya diganggu.

"Kau malam tadi tidur pukul berapa? Dah terpacak matahari atas kepala tak reti nak bangun." perli Dayana sambil melabuhkan punggungnya dibirai katil.

"Entah. Tak tidur kot." balasnya selamba sambil memalingkan wajahnya membelakangi Dayana. Bertambah geram Dayana melihat perangai kawannya seorang ini. Diangkat lagi bantal yang masih berada ditangannya lalu satu pukulan hinggap di kepala Eva Aurora. Tersentak Eva dengan pukulan padu itu. Terus bangun badannya memandang sahabatnya dengan pandangan tidak puas hati. Menyeringai geram wajahnya.

"Kau ni apasal!?" teking Eva Aurora geram.

"Kau tu masalahnya." Dayana turut meninggikan suara tanda tidak mahu mengalah.

"Apahal aku pula!?"

"Yelah. Menulis sampai waktu tidur kau ke mana entah. Ke laut dalam agaknya."

"Suka hati akulah nak tidur ke tak nak. Tak menyusahkan kau pun." bentak Eva Aurora geram lalu dengan kasar membaringkan semula dirinya lalu menekup wajahnya dengan bantal.

"Itulah aku cakap kau nak melawan je. Bukan nak dengar cakap aku ni. Aku bukan apa, aku risaukan kesihatan kau je. Kau tahukan tidur yang tak cukup akan menjejaskan kesihatan kau." marah Dayana lagi.

"Ye ye ye. Aku tahulah tu. Kau tak payah bising macam kau mak aku pula." gumam Eva Aurora dibalik bantal. Melihat sahabatnya yang sudah membentak-bentak membuatkan Dayana mengelengkan kepala.

'Susah. Orang nasihat untuk kebaikan kau juga. Degil.' desis Dayana di dalam hatinya. Dayana melihat sekitar bilik tidur itu. Makin besar gelengan diberikan melihat keadaan bilik itu bagai tokang pecah. Satu keluhan dilepaskan. Entah tak tahu apa nak jadi dengan sahabatnya yang seorang ini.

Dayana bingkas bangun lalu mengorak langkahnya ke arah meja belajar Eva Aurora. Terlihat sebuah laptop masih dalam mood tidur di atas meja itu bersama dengan beberapa kepingan kertas yang berselerakkan. Dayana duduk di kerusi yang sedia ada di situ lalu jarinya laju menekan enter di papan kekunci laptop itu. Jari telunjuknya dengan laju mengelongsor di atas papan tetikus untuk melihat isi paparan di dalam laptop itu. Dayana membaca beberapa rangkap yang terpapar di dalam laptop itu.

"Tak habis lagi ke story beautiful love kau ni?" soal Dayana dengan matanya masih tidak lepas memandang skrin di laptop.

"Belum..." ujar Eva Aurora panjang masih menekup mukanya dengan bantal.

"Agaknya apa kesudahan kisah si Irvan ni ye, E.A comet?" soal Dayana lagi menekankan ayat yang terakhir itu. E.A comet adalah nama pena Eva Aurora di dalam dunia penulisan.

"Mati."

"Hah! Kau biar betul, Eva?" soal Dayana tidak percaya.

"Betullah. Memang macam tu draft yang aku buat. Kalau tak mati pun aku akan endingkan dia dengan sangat tragis." balas Eva sudah membaling bantal yang menekup mukanya ke tepi.

"Kau ni suka macam ni. Cuba buat ending si Irvan pun bahagia."

"Hei, dia tu watak antagonis tau. Jadi memang nasib watak antagonis macam tu. Mana ada orang jahat dapat kebahagian." ujar Eva sudah menyeringkan badan menghadap Dayana. Tangan kanannya ditongkatkan ke tilam untuk menampung badannya.

"Lagipun tak salahkan nak endingkan watak ni sedikit bahagia. Tak banyak pun. Sikit je. Lagipun Irvan ni bukan jahat sangat pun aku baca."

"No no no." sambil mengoyangkan jari telunjuknya kiri dan kanan.

"Kau tahukan aku tak suka watak macam Irvan tu. Watak orang kaya macam tu aku memang benci." tukas Eva Aurora tegas.

"Aku pelik dengan kau. Orang lain akan buat hero watak yang kaya, anak rajalah dan memang serba-serbi elok. Ni kau terbalik pula." Eva Aurora menjulingkan mata lalu merebahkan semula badannya. Malas ingin mendengar bebelan Dayana itu.

"Tak semestinya hero kena everthing perfect. Hero yang biasa-biasa pun not bad. Lagipun kau tengok ramai fan aku suka cerita aku. So tak ada masalah pun." Dayana mengeleng melihat pemikiran Eva Aurora. Dayana melihat semula paparan di skrin laptop itu lalu membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca untuk novel beautiful love itu.

-Jahatlah Irvan ni. Kesian Zayn. Oh my hero.
-Harap Irvan merengkok dalam penjara. Tak suka Irvan.
-Harap Zayn tak ada apa-apa.
-Hmmm..Memang Irvan jahat tapi Irvan buat semua tu untuk kebaikan Tiara juga. Tolong bagi kebahagian pada Irvan juga.
-Betul tu. Irvan sangat handsome. Saya suka Irvan walaupun perangai dia macam tu.
-Please jangan bagi sad ending pada Irvan. Tolong E.A comet.
-Mesti Irvan dapat bad ending. Dah tahu permainan author. Sekali sekala buatlah hero yang kaya-raya macam Irvan ni pula.

Dayana membaca bait-bait ayat yang tertulis itu.

"See, ramai yang nak ending Irvan bahagia juga." Eva hanya mengeleng kepala sambil menyilangkan lengannya di atas kepalanya. Matanya dipejamkan.

"Please, Eva. Jangan matikan watak Irvan. Aku pun suka watak Irvan tu." rayu Dayana mengharapkan Eva Aurora mengubah plot ceritanya.

"No! Takkan. Dia tetap akan mati. Kalau tak mati memang bad ending aku bagi. Keputusan aku muktamad." tegas Eva dengan keputusannya lalu terus bangkit bangun. Langkahnya terus ditujukan ke arah bilik air. Dayana tercengang melihat melihat setiap pergerakan Eva Aurora.

"Kau ni jangan nak benci sangat dengan watak macam tu. Takut watak tu makan balik diri kau baru kau tau." jerit Dayana kepada Eva Aurora yang sudah berada di dalam bilik air.

Eva Aurora yang sudah memegang berus gigi mencebikkan bibirnya mendengar pekikan Dayana tu.

"Ingat watak tu boleh keluar dari novel tu lepas tu cekik aku ke. Ceh! Takkan mungkin punya." gumamnya geram sambil mengosok giginya dengan kasar.

Hi guys.. Oleh kerana nenda dah tamat jdi sy akan fokuskn cter ni pula sblm sy buat cter lain. Doakan sy boleh berimaginasi dgn genre ini dgn baik ye. Mmg genre feveret ni.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2023-04-10 20:36:45 

nama penulis dia EA Tau..


NovelPlus Premium

The best ads free experience