"BOLEH kita orang join?" Eirfan meminta keizinan, manalah tahu ada yang tak berkenan. Jika dilihat dari riak wajah mereka bertiga, riak Azizah dan Hasmalah yang paling ketara sekali. Mereka seakan terperanjat dan menopong dari tadi. Sedangkan si gadis pujaan buat tak tahu sahaja.
Azizah menyiku Hasma. Hasma tersengih sambil memandang wajah Eirfan yang dari tadi tak lekang dengan senyumannya.
"Duduklah! Ni bukan meja kerusi kita orang nak mintak izin bagai" sahut Natrah selamba. Namun bibir mungilnya tetap mengukir senyum tipis.
Azizah dan Hasma sama-sama tercengang. Masakan mereka harus semeja dengan Eirfan dan wanita itu? Aduhh!! Memang taklah!
"Tapi kita orang dah nak habis makan. Kan Ara?" Hasma menyiku Natrah.
"Haaaa? Bila pulak? Aku masih belum habis makanlah!" adu Azizah sambil tayang muka kasihan.
Tergelak Aliya dengan gelagat mereka. "Takpe. I belanja semua. Okay?"
"Okay sangattt" Hasma segera duduk kembali di posisinya. Orang dah belanja ,on sajalah!
Eirfan tergelak. Tadi kata dah habis makan, dengar je nak kena sponsor, semangat ea?! Dia tengok wajah Natrah. Muka itu selamba tanpa ada sebarang rasa. Dia tak rasa apa-apa ke?
Aliya sudah melabuhkan punggung di sebelah Hasma dan berhadapan Natrah. Eirfan pula cepat-cepat mengambil posisi di sebelah gadis itu. Langsung tak mahu lepas peluang untuk berjauhan dari Natrah. Dia kalau boleh hari-hari nak dekat dengan Natrah. Tapi itulah, Natrah tak pernah faham. Selalu je nak mengelak..
"Lupa pulak nak kenalkan diri. I Aliya. You guys?"
"Hasma"
"Azizah. Dan yang kiut-miut si babyface ni Natrah a.k.a Ara. Kawan gila-gila kita orang merangkap girlfriend encik Eirfan" Azizah sekaligus memperkenalkan Natrah kepada Aliya tanpa dipinta.
Terbeliak biji mata Natrah dengan sesi perkenalan yang Azizah hulurkan itu. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Laju saja tangan Eirfan naik ke belakang Natrah. Digosok-gosok perlahan.
"Awak ni, tak reti nak makan slow-slow ke?" rungut Eirfan, sedikit marah dengan sikap Natrah itu. Makan mengalahkan orang kebulur sebulan!
Aliya simpul senyum. Dalam diam, Eirfan sudah mempunyai teman wanita. Pantas sajalah lelaki itu sibuk memanjang sehingga tak ada masa untuk dia dan Mikael. Hmmm kena korek rahsia ni!
"Encik Eirfannn..." Pipi Natrah merona merah tatkala tingkah spontan Eirfan hinggap di belakangnya. Laju saja tangannya menepis lembut tangan Eirfan. Apatah lagi setelah melihat senyuman pada wajah Aliya yang sangat sukar dia tafsirkan.
Encik? Kening Eirfan bertaut.
"MARI SINI jap" Eirfan tarik tangan Natrah untuk berdua dengannya. Ketika itu, mereka masih berada di kantin. Azizah dan Hasma sudah lama pamit untuk kembali ke ofis. Aliya sudah berangkat pulang.
"Saya nak naik ofis. Nanti encik Ehsan marahkan saya" Natrah mencipta alasan lantas melepaskan tangan Eirfan dari genggaman. Sengaja dia menipu sedangkan dia tahu persis Ehsan ketika ini tiada di pejabat. Dia sudah terbang ke Kuantan semalam atas urusan kerja.
"Bos awak tu semalam lagi dah pergi Kuantan. Awak nak tipu saya?"
Natrah ketap bibir. Dia fikirkan dia bijak menipu namun Eirfan lebih lagi bijak dari dia. Haishhh, dia ni tak ubah macam pengintip tak bergaji sahaja! Pejabat mereka lain-lain ,tapi kenapa setiap pergerakannya mampu dibaca oleh lelaki itu? Atau dia sengaja mengupah Azizah dan Hasma untuk skodeng dia? Jeng jeng jeng...
"Nak apa ni? Saya banyak kerjalah!" rungut Natrah. Kerja tak banyak macam pun. Tapi sajalah dia mencipta alasan untuk mengelak dari lelaki itu. Sejujurnya, dia ingin sangat mengetahui siapa gerangan Aliya dan apa status hubungan mereka. Namun jika dia suarakan hasrat hatinya, pasti Eirfan memerangkapnya dengan pelbagai soalan. Arghh! Dia buntu.
"Awak marahkan saya ke Ara?" Eirfan tidak mahu berdolak-dalih lagi. Dia tidak suka cara percakapan Natrah terhadapnya. Bahkan wajah itu tidak seceria seperti selalu. Dia rindu akan senyuman manja gadis itu.Adakah kerana Aliya? Dan kenapa?
"Bila pulak saya marahkan encik?" Natrah bermain tarik tali.
"Haaaa, betullah saya cakap kan? Awak marahkan saya. Sejak bila berencik-encik ni? Selama ni tak pernah pun" Eirfan masih lagi mengawal suaranya. Namun jika dia masih terus-terusan dimarahi tanpa sebarang alasan yang logik, amarahnya juga bakalan meletus. Dan dia tidak mahu jika Natrah adalah puncanya!
Natrah mengeluh. Haishhh, payahlah macam ni! Dia kenal Eirfan. Selagi tidak ada jawapan yang memuaskan hati lelaki itu ,jangan haraplah dia mampu lolos dari situ.
"Haaa cakaplah! Awak marahkan saya kan?" gesa Eirfan dengan wajah seriusnya. Selama ini ,belum pernah lagi dia berpewatakan sebegitu. Naik meremang Natrah dibuatnya. Eirfan yang dikenali tidak pernah mempamerkan wajah bengisnya.
Namun Natrah juga tidak mahu mengalah. Bahkan, jika Eirfan berfikir dia cepat melatah ,lelaki itu silap besar!
"Ya!" jawab Natrah lantas cepat-cepat beredar dari situ. Dia dapat mendengar namanya dipanggil berkali-kali oleh Eirfan. Dan dia buat tidak peduli sahaja. Arghhh, kenapa hati rasa sebak nak menangis ni?! Eeee apa ni?? Nehiii!!
"TU DIA. Encik kesepian kita dah sampai" laung Mikail dari jauh ketika melihat kelibat Eirfan mendekati mereka. Wajah Eirfan tampak sugul sahaja.
"Datang-datang je dah tunjuk wajah masam. Macam mana nak makan ni? Terus hilang selera!" perli Mikail sambil tergelak.
"Kau ni kalau tak menyakat memang tak sah! Muka aku memang macam ni lah. Kau tu je yang jarang lepak dengan aku" Eirfan tidak mahu mengaku kalah.
"I dah cakap dengan you! Kalau you bertikam lidah dengan Eirfan ni, jaranglah nak menang" sahut Aliya pula. Dia duduk di sebelah Mikail.
"Apa khabar bro?" Mikail sudah berdiri lantas memeluk temannya itu. Mereka tidaklah akrab mana kerana tuntutan kerja mendesak. Namun masih ada juga mencuri masa dan peluang untuk ketemu.
"Aku okey, macam ni je" balas Eirfan. Punggung dihenyak di atas kerusi. Pelayan kemudian datang. Setelah selesai membuat pesanan, pelayan itu berlalu pergi.
"So what's up?" tanya Mikail. Lama tidak mendengar cerita dan khabar dari lelaki itu.
"What's up tak what's up. Ni korang berdua apa cerita? Bila majlis nak langsung?" Teruja Eirfan saat mendengar berita yang dibawa oleh Aliya itu pagi tadi. Makanya cepat-cepat dia mengajak Mikail ketemu.
Aliya dan Mikail saling berpandangan. Keduanya tersenyum.
"Korang jangan nak buat spark love ea kat sini? Dah tak menyabar sangat, kahwin je esok senang cerita!" usik Eirfan lagi. Senang hati melihat merpati dua sejoli itu bakal disatukan tidak lama lagi. Mana tidaknya ,mereka berdua sudah banyak menempuh dugaan bersama. Kini sudah saatnya mencipta bahagia yang diimpikan.
"You ni kan Eirfan!" Aliya membaling straw ke arah Eirfan. Malu dia diusik sedemikian oleh lelaki itu.
"Kita orang plan nak kahwin hujung tahun ni. Tapi kau tahu jelah. Mak kita orang ni konservatif sangat. Takut jadi apa-apa, baik disegerakan. So pendek cerita, hujung tahun jadi hujung bulan!"
Kata-kata Mikail disambut dengan tawa. Pelayan tadi membawa pesanan Eirfan.
"Ehh betullah tu. Ni bukan masalah konservatif ke apa. Tapi ni masalah takut tak kuat iman! Lagi-lagi kau El! Dah macam ulat beluncas aku tengok. Melekat je dengan Liya" usik Eirfan lagi.
Sekali lagi, ketawa mereka meletus.
"Korang yang lelaki ni, memang dah plan nak kenakan I ke apa? I terasa kena sisih dari tadi" komen Aliya apabila Eirfan dan Mikail seperti tidak menyedari kewujudannya di situ.
"Belum kahwin lagi dah buat perangai merajuk" sakat Eirfan lagi.
"Nanti you dah kahwin, baru you tahu Fan! Macam mana you pening kepala uruskan company, staf you, lagi pening you uruskan wife you nanti!" Aliya pula menyakat. Teringat pula dia akan wajah keanak-anakan si Natrah. Cukup sepadan kalau bergandingan dengan Eirfan.
Kali ini, giliran Mikail pula ambik port. Dia ada mendengar cerita tentang gadis babyface melalui Aliya. Dan teringin sangat nak mendengarnya melalui teman baiknya itu.
"So, Natrah huh?" Wajah Mikail sudah tersingkap seribu persoalan.
Eirfan pandang wajah Aliya.
"Opss, sorry!" Aliya angkat tangan tanda bersalah.
"Kau dah tahu cerita pasal kita orang yang akan kahwin hujung bulan ni. So tutup kes! Sekarang, kita orang nak tahu pula pasal kes hati kau yang kau rahsiakan dari kita orang" Mikail mula memujuk. Bukan apa, dia tahu sangat fiil temannya yang satu itu. Suka sangat berahsia sehinggakan mereka adakalanya menjadi orang terakhir untuk mengetahui setiap kisahnya.
Eirfan tergelak, namun kedengaran agak sumbang. Dari mana dia nak mulakan? Dia masih lagi keliru dengan sikap Natrah itu. Dia tidak tahu apakah kesalahannya sehingga Natrah memarahinya. Bahkan ketika dia menjenguk gadis itu di ofisnya siang tadi, Natrah tetap dengan rajuknya. Susahnyalah nak faham hati seorang perempuan! Nasib dia sayang...
"Susah nak cakap. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi kau ingat lagi tak aku pernah cerita pasal pelajar aku dulu yang lasak dan berani? Budak perempuan"
Berkerut-kerut dahi Mikail mengingati cerita yang pernah dibawa oleh Eirfan itu. Lama. Kemudian barulah dia menganggukkan kepalanya.
"Budak tu lah yang kerja kat company Ehsan tu!" sambung Eirfan lagi. Sungguh, dia juga tak pernah menyangka bakal ketemu Natrah lagi setelah enam tahun berlalu.
"Dan budak tu jugaklah yang buat hati kau tak keruan sekarang kan?" Mikail cuba menebak.
"I guess so" sahut Eirfan. Tubuhnya sudah disandarkan ke dada kerusi.
"Korang bercinta ke?" Tiba-tiba Aliya bersuara setelah agak lama membatukan diri. Dia dapat merasakan ada sesuatu di antara kedua mereka. Natrah tidak mengiyakan, juga menafikan. Eirfan pula, tak ubah seperti orang putus cinta saja lagaknya. Kalau tidak bercinta, apakah itu?
"I like her. And I love her. I do, a lot. Tapi dia masih bertarik tali dengan aku. Dan aku tak tahu apa perasaan dia pada aku. Pagi tadi, dia tiba-tiba marahkan aku tanpa sebarang alasan. Aku tak tahu apa salah aku, dia buat aku macam tak wujud. I feel dumb..."
"Atau jangan-jangan dia jealous tengok kita berdua?" tebak Aliya pula. Dia juga seorang wanita. Semestinya dia memahami hati dan perasaan wanita lainnya.
"Jealous? Tapi kita takde apa-apa pun! Nothing special about us" sahut Eirfan.
"Tu yang you fikir. But not her! Perempuan ni memang susah nak faham. Kadang dia kata tak, but actually it's a yes. Dan macam tu lah sebaliknya"
"Tapi dia tak cakap pun yang dia jealous"
"Memanglah dia tak cakap. Mungkin bagi dia kalau dia cakap, ego dia akan tercalar. Tapi you sebagai lelaki, you kenalah faham. Pandai-pandailah you ambik hati dia" terang Aliya lagi. Mikail di sisi hanya mengangguk sahaja.
"So I kena pujuk dia?"
"Yes!" sahut Aliya sambil tersenyum. "And make sure you explain everything to her about us. About our friendship. And about me and Mikail"
"And also, to clear everything.. We have something for you" cantas Mikail pula. Dia sudah mengeluarkan sekeping kad berwarna merah hati lalu diletakkan di atas meja.
"Ni akan jelaskan semuanya" sambung Mikail lagi. Kad undangan perkahwinan mereka diserahkan kepada Eirfan.
"And please, make sure to come with her!" Aliya seakan mendesak. Seronok melihat Eirfan dan Natrah. Dia senang kerana Eirfan bakal bertemu jodohnya tidak lama lagi. Eirfan berhak bahagia kerana sudah terlalu lama dia berteman derita. Dan dia yakin, Natrahlah yang bisa membahagiakannya!
"APASAL minah tu?" Azizah menegur Hasma sambil menjuihkan bibir ke arah Natrah yang dari tadi kepalanya dibaringkan di atas meja. Kertas kerja yang bertimbun langsung tidak terusik. Nasiblah Ehsan sudah ke Kuantan semalam. Jika tidak ,mahunya kena heart attack mendengar teriakan Ehsan itu.
"Broken heart!" sahut Hasma, saja meneka. Dia dari tadi sibuk memfotostat beberapa kertas kerja yang akan digunakan untuk meeting tengah hari nanti. Ehsan tiba-tiba saja menelefon dan mengarahkan untuk meeting tengah hari nanti kerana dia sudah pulang Kuantan. Peliknya, kalau tidak silap dia, Ehsan ke Kuantan selama tiga hari. Itu yang didengarinya melalui Anne, setiausaha Ehsan. Aishh, lantaklah! Bukan urusan dia. Yang penting, kerja dia selesai.
"Kau takde kerja ke? Dari tadi aku tengok kau merayau je. Macam mem besar ye kau?" sindir Hasma. Tinggal dua helai kertas lagi untuk difotostat.
"Sekali sekala jadi bos apa salahnya!" sahut Azizah dengan sengihan di wajah.
"Nanti bos datang baru padan muka engkau!"
"Betul ke aku dengar bos balik tengah hari nanti?" Itu yang Azizah dengar melalui semua staf.
"Ye" Hasma sahut pendek. Kerjanya juga sudah selesai. Dia menyusunnya satu persatu agar kelihatan kemas.
"Apasal dia balik hari ni? Bukannya dia balik tulat ke?"
"Manalah aku tahu! Aku bukannya PA bos. Kalau pun aku PA bos, itu pun bukan urusan aku nak menyibuk. Faham?" Hasma seakan menyindir saja. Cukup buat kerja, hujung bulan terima gaji. Itu sudah cukup buat dia. Lain-lain informasi, bukan kerja dia! Yang gila bergosip itu kerja Azizah. Dia cuma konco saja. Hi hi hi..
"Hmmm weirdo.." omel Azizah dalam diam.
SELESAI mesyuarat, semua staf melangkah keluar dari bilik tersebut tetapi tidak Natrah. Dia dipanggil secara tiba-tiba oleh Ehsan. Malas hendak memanjangkan cerita, dia menuruti saja walau hati berlagu walang. Dia risau jika dia akan dimarah lagi seperti selalu. Bukannya dia tidak faham angin kus-kus bosnya itu. Silap haribulan, meja pun boleh terbang! Apatah lagi setelah banyak andaian yang didengari dari tadi tentang kedatangan Ehsan secara tiba-tiba itu. Kalau tidak silap, masih bersisa dua hari lagi lelaki itu di Kuantan atas urusan kerja tetapi baru hari pertama dia sudah tunjuk wajah di situ.
Terlalu banyak yang difikirkannya sehingga tak sedar sepasang mata milik Ehsan galak memerhatikannya. Dia tersedar hanya apabila Ehsan berdehem di hadapannya. Jauh bebenorr nampaknya dia mengelamun.
"Awak tahu kenapa saya panggil awak?"
Laju saja Natrah geleng kepala. Kalau dia tahu, takdenya dia jadi tunggul dari tadi.. Apadaaa..
"Okey, saya dah booked tiket untuk awak. Kita pergi Kuantan petang ni" Tanpa basa-basi Ehsan nyatakan sebabnya. Dan itu membuatkan Natrah tercengang! Kenapa dan mengapa?
"Tak payah nak terkejut sangat. Saya bukan ajak awak makan angin atau nak adakan sesi perkenalan dengan awak"
Natrah ketap bibir. Erkkk, siapa entah nak berkenalan dengan dia?! Perasan sungguhhh!!!
"Kita pergi sana atas urusan kerja. Lagipun, kat sana nanti saya akan kenalkan awak dengan beberapa supplier yang selalu supply barang-barang projek kita. Dan melalui mereka, you can learn a lot of things about designing and art. Takdelah kucar-kacir macam hari tu" jelas Ehsan panjang lebar. Bukan itu saja niatnya. Niat yang paling utama adalah sebagai tanda permohonan maafnya ke atas apa yang telah dilakukannya kepada Natrah.
Dalam diam, dia sedar akan silapnya. Setelah menerima berdas-das luahan hati dari Natrah tempoh hari, dia pula berasa malu akan dirinya sendiri. Begitu cepat dia menilai gadis itu tanpa seusul periksa. Jadi dia anggap ini adalah sebagai jalan penyelesaian di atas kemelut mereka berdua. Apatah lagi setelah Natrah menolak sekeras-kerasnya wang yang diberikannya tempoh hari.
Terkesima Natrah dengan alasan Ehsan itu. Dalam diam, dia akui hatinya senang dengan pelawaan itu. Tapi jika Ehsan bertindak jahat terhadapnya ,bagaimana pula? Takkan dia nak jerit panggil Eirfan?
"And don't worry. Saya bukan jenis lelaki yang suka ambik kesempatan ke atas perempuan. Apatah lagi perempuan seperti awak. You're really not my cup of tea!"
Seolah memahami apa yang difikirkan oleh Natrah ,laju saja Ehsan mencipta alasan lagi. Jangan pula Natrah salah anggap akan niatnya yang suci lagi murni itu.
"So please get ready by 4"
"Pukul 4?" Sekali lagi Natrah dikejutkan dengan berita itu. Kenapalah tak cakap siang-siang? Macam manalah dia nak bersedia dalam masa dua jam? Gila betullah muka kerut bertingkat-tingkat ni!
"Yes. Any problem?" Ehsan angkat kening.
"Macam mana saya nak bersiap dalam masa dua jam? Encik Ehsan tak bagitau awal-awal" keluh Natrah.
"Kenapa? Do you expect me to make a call on you? Ohh sorry Natrah! I am not that kind of person. Saya takkan sesuka hati call orang untuk benda remeh macam ni. Lagipun saya percaya yang awak bukannya macam perempuan gedik yang nak bawak 1000 luggage just because of going somewhere or to work!"
Natrah mengeluh. Aduhaii... Payahlah nak menang mulut dengan mamat ni! Kalau macam ni ,baik tak payah ikut dia! Tak belajar pun takpe! Dia lagi suka kalau pergi dengan Eirfan. Arghhh!!!
"So tunggu apa lagi? Pergilah balik. Pack your things and get ready by 4! Don't make me wait for you"
"WEYYY nyahhh, betul ke ni? Mata aku tak juling kan? Mata aku elok saja kan?" Azizah seakan ingin menangis tatkala matanya terbaca akan isi kandungan kad undangan itu.
Hasma yang dari tadi merenung kad tersebut mengangguk kepalanya laju-laju. Dia juga terkejut saat menerima kad undangan tersebut dari Eirfan. Sebentar tadi, Eirfan ada menjenguk ke situ dengan alasan ingin ketemu Natrah. Serta menyerahkan kad undangan tersebut kepada gadis itu. Tetapi Hasma memberitahu yang Natrah ada di dalam bilik dan sedang berbincang dengan Ehsan.
Tak ingin lama menunggu, Eirfan pamit namun sempat menyerahkan kad tersebut kepada Hasma. Dia menyuruh Hasma memberikan kad tersebut kepada Natrah. Setelah Eirfan berlalu, Azizah yang kepo itu segera memaksa Hasma untuk membaca isi kandungan kad tersebut. Dan keduanya tercengang saat membaca nama pada kad itu.
"Betul ke mata aku dah juling?" Naik risau pulak Azizah apabila Hasma mengangguk dengan pertanyaannya itu.
"Aku haraplah mata kau dan mata aku betul-betul juling!" Macam manalah kalau Natrah tengok ni? Apa perasaan dia?
"Weyy, kau fikir apa?"
"Ni kalau Ara tengok, mesti dia frust menonggeng kan?" duga Hasma seraya mengeluh.
"Aahlah kan! Dia dengan encik Eirfan kan Kuch Kuch Hota Hai betul!" Tiba-tiba Azizah naik cemas memikirkan sesuatu.
"Engkau ni apasal?" tanya Hasma tatkala wajah Azizah panik. Serentak dengan tingkahlakunya yang menggelabah itu.
"Weyyy macam mana kalau Ara tiba-tiba bunuh diri? Dia gantung diri, tak pun kelar tangan dia dengan pisau. Tak pun dia minum racun. Lepas tu, dia bunuh diri kat ofis kita. Kita semua kena soal siasat. Lepas tu..."
"Lepas tu, dia jadi hantu dan dia datang cekik engkau!" potong Hasma terlebih dahulu sebelum sempat Azizah habiskan ayatnya. Serentak itu, tangannya laju mengetuk kepala Azizah. Banyak sangat tengok drama seramlah minah ni!
"Hishh kau ni! Berangan sikit pun tak boleh!" gerutu Azizah.
"Tu bukan berangan ,tu buang tabiat! Tahu? Ada ke fikir sampai ke situ. Kalau betul Ara tu jenis yang berfikiran sempit ,dah lama dia buat perkara bukan-bukan. Masa encik Ehsan malukan dia hari tu ,kau dah lupa? Kalau betul fikiran dia singkat, masa tu dah lama ofis kita ni berhantu sebab kes dia bunuh diri. Apalah kau ni!"
"Ya tak ya jugak kan?" Azizah mengiyakan kata-kata Hasma.
"Korang ni takde kerja lain. Ni mesti bergosip. Tak ajak aku eaa?" Tiba-tiba sahaja Natrah muncul dan mencelah di antara mereka.
Kad undangan tadi cepat-cepat Hasma sembunyikan di belakangnya. Dari arah belakang, dia berikan kepada Azizah namun gadis itu masih tidak faham. Tersengih-sengih dari tadi.
"Apasal muka macam nasi basi ni?" seloroh Natrah. Dua-dua nampak pucat. Muka aku ni nampak macam hantu ke?
"Takde apa. Ha ha ha...." sahut Hasma diiringi gelak tawanya. Dia menyiku lengan Azizah sebagai isyarat diam sekaligus memberitahu tentang kad tersebut. Memahami akan isyarat Hasma, Azizah cepat-cepat mengambil kad tersebut. Dan semuanya berlaku di belakang mereka.
"Yeke? Apa benda yang korang sorokkan kat belakang tu? Jangan ingat aku tak nampak?"
Tercengang kedua mereka. Cepat-cepat Azizah sorokkan di dalam poket seluarnya. Namun akibat tergopoh-gapah, kad tersebut terjatuh ke atas lantai. Belum sempat Hasma atau Azizah mengambilnya, Natrah terlebih dahulu bertindak.
"Oo kau dapat surat cinta eaa Azizah? Siapa mamat bertuah tu?" Wajah Natrah ceria sahaja. Saja hendak mengusik Azizah.
Hasma sudah garu kepala. Dia menjeling ke arah Azizah. Matilanak!!
Demi terbacakan kad tersebut dan nama padanya, wajah ceria Natrah berubah kelat. Muram. Dan sayu.
"Majlis perkahwinan Mikail Nur Irfan dan Aliya Baizura" Ada getaran pada suaranya saat nama itu meniti di bibirnya.
"Ohh encik Eirfan nak kahwin. Ni ke yang korang sorokkan dari aku? Kenapa? Korang frust ke?" Natrah sorok perasaannya. Walhal dalam hati dia rasa nak menjerit saja. Rasa nak cekik-cekik leher si Eirfan itu. Arghhh!!! Patutlah datang bergandingan semalam. Rupanya sebab ini.. Hmmm baiklah...
"By the way, aku nak balik ni. Encik Ehsan suruh aku ikut dia pergi Kuantan. Last minute job! So jumpa korang lagi dua hari. Bye" Natrah berlalu ke meja kerjanya. Langkah kaki terasa lambat sangat nak berjalan. Tiba-tiba dia rasa tak suka dengan Eirfan. Rasa macam, nasib baik dia pergi dengan Ehsan. Kalau pergi dengan Eirfan, mahunya dia cepat-cepat resign! Arghhh!!! Ni ke maksud kedatangan Aliya tempoh hari? Dan Eirfan, kenapa menabur racun setelah berjaya memaniskan hari-hari dan hatinya?
Share this novel