Chapter : 13

Action Completed 47676

"Lepaskan aku lah gila"

"Hahaha,susah betul nak culik kau, akhirnya dapat jugak. Siapa yang hantar kau? Dah lama aku intip."tanya perempuan itu. Perempuan itu duduk di atas peha lelaki yang di tangkapnya tadi sambil membelai pipi lelaki muda itu

"Kau tak perlu tahu lah betina sial,tak penting pon!"maki lelaki itu.Perempuan itu tidak terasa dengan panggilan yang digunakan oleh lelaki itu terhadapnya,dia sudah terbiasa!

"Sebab penting lah i tanya u sayang"tuturnya dengan lemah lembut, panggilan juga telah di tukar. Dia senyum menggoda. Malangnya iman lelaki itu tidak menipis langsung

Dia bangun dari duduk di atas riba lelaki itu lalu berdiri di hadapan lelaki itu. Dia mengulus muka lelaki itu lalu di cium sekilas. Lelaki itu tergamam.

Anak buah perempuan itu juga agak terkejut dengan tindakan bossnya itu. Lain macam betul,tak pernah bossnya itu mencium lelaki walaupun pakaian astagfirullah

Perempuan itu sebenarnya agak terkejut juga dengan tindakannya tapi sedaya upaya dia menahan malu. Dia menampar mulutnya itu. 'Berani kau cium mamat tu,kalau kakak tahu alamatnya dalam kubur lah aku,nasib dia takde'kata perempuan itu di dalam hati.

"Kai, mana adik kau?"tanya perempuan itu

"Kel ade kerja dekat luar takdi,nanti dia datang la tuh. Kawan sendiri pon tak tau" kata Kai selamba atau nama sebenarnya Khairul. Kai ni mulut memang pedas,tapi dengan adik nya Kelly a.k.a kel memang manja manja kucing. Sayang adik lah katakan

"Kau mulut tu jaga sikit boleh tak?aku bagi tahu kel,kau tak jaga mulut"ugut perempuan itu

"Tak payah, aku dah dengar dah"muncul kelly di depan pintu rumah agam itu

"Eh adik,bila sampai? Kenapa tak dengar bunyi kereta pon?"lembut je suaranya. Kelly memberi jelingan pada abangnya

"Baru je,kalau gaduh macam mana nak dengar. Abang ni kenapa?kan adik suruh abang cakap elok elok dengan kawan adik."Kelly memukul lengan abangnya manakala kawan kelly menjelir pada Kai

"Ye lah ye lah"pasrah

"Dik kau nak tau tak yang kawan kau ni kan....."belum sempat dia berkata mulutnya di pukul oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang kelihatan kawan adiknya itu berada di belakangnya

"Takde apa, Kel jom pergi beli makanan"ajak perempuan itu dengan nada riang

Lelaki yang di ciumnya tadi di pandang sekilas lalu dia keluar dari rumah agam itu

Adelia duduk bersandar di atas kepala katilnya. Dia berasa amat pening dan berdenyut denyut.

Dia tiba tiba teringatkan kejadian masa kecil bersama kawanya. Kawannya itu sentiasa menjaganya ketika dia sakit. Kini, tiada sesiapa untuk mejaganya ketika dia sakit. Dia tidak dapat membendung perasaannya apabila teringat kesalahannya pada sahabatnya. Tapi dia tidak dapat mengawal dirinya apabila mengkhianati dirinya,dia seolah olah di kawal.

Dia cuba untuk tidak mengkhianati kawannya dalam masa yang sama dia juga mahu menjatuhkan kawannya. Suatu ketika dahulu kawannya sentiasa di puji oleh ramai orang tapi tidak dia

Di sebabkan ini lah dia berdendam dengan kawannya yang di panggil Adel.

Sehingga ke hari ini dia ingat apa yang terjadi dan ingin membalas dendam untuk kawannya

Dia mahu jatuhkan agensi yang di tubuhkan. Dia mahu bunuh orang yang kawannya itu sayang. Dia akan buat hidup kawannya merana seperti dirinya

Dendam!!

Akan di balas !

'Kau tunggu je ye Adel, tak lama lagi orang yang kau sayang akan mati'

Dia ketawa seperti orang gila. Dia tidak kisah janji dia dapat puaskan dirinya itu. HAHAHA

"Cik Adelia"panggil seseorang

"Kau dah kenapa hanat,!"maki Adelia

"Cik Adini,call cik Adelia"kata orang itu tergagap. Takut oi.

"Bak sini fon tu."lelaki itu pon menghulurkan talefon bossnya

"Hai akak,adik dah dapat tangkap orang yang intai kita"kata orang yang berada di talian

"Bagus kau dik,"

"Biasalah tengok kakak dia siapa"

"Aku lah tu"

"Ok lah kak,adik keluar dengan kawan ni. Bye love u kak"

"Ok. Love u too"

Panggilan di matikan dan di campak ke tepi. Dia berbaring dan melelapkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience