Bab 106

Romance Completed 78329

Gia teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Luqman dirawat. Dia memandang disebalik cermin kaca pintu wad. Yang ada dalam wad sekarang ni mummy, Zahirah dan Zarina. Suami Zarina tak ada pun. Ibu pun tak ada.

Zarina terpandang ke arah pintu wad. Dia terpandangkan wajah Gia yang sedang tercongok depan pintu wad. Segera dia mengatur langkah keluar dari wad. Gia yang perasan Zarina menyedari kewujudannya di situ, mengambil langkah untuk melarikan diri. Tapi, laju mana sangatlah dia nak lari dengan perut bonyot tu?

Tangannya direntap dari belakang membuatkan langkah Gia terhenti. Tak tahulah jantungnya dah berdegup kencang sampai di tahap skala mana. Memang kencang gila. Apatah lagi bila dia tengok pandangan mata Zarina melekat pada perut bonyotnya.

“Baru sekarang kau nak muncul? Kenapa kau tak muncul time adik aku tengah nazak je?!” Zarina meninggikan suaranya. “Isteri jenis apa kau ni? Kau tahu tak adik aku punyalah sayangkan kau! Dia cari kau merata tapi kau?!
Langsung tak ambik peduli pasal dia! Tup tup balik sini dengan perut bonyot kau ni?! Anak siapa?!”

“Ya Allah Rina!” Ungku Maria melihat anaknya dengan pandangan tajam. Tak suka Zarina cakap kasar macam tu dengan Gia. “Kenapa dengan Rina ni?”

“Rina tak puas hati dengan dia ni mama! Bila Luq dah jadi macam ni, baru dia tahu jalan nak balik!” Matanya menjeling tajam wajah Gia.

Gia pula mendiamkan diri di hadapan Zarina dan Ungku Maria.

“Cukup baiklah Gia balik sini jugak. Kalau dia tak balik sini langsung? Rina marah jugak!” Bidas Ungku Maria.
“Gia? Gia apa khabar? Bila sampai sini?”

“Gia sihat je mama. Gia baru sampai KL lebih kurang dua puluh minit lepas.”

“Hmmm…makin berisi Gia sekarang. Berapa bulan dah ni Gia?” Tersenyum Ungku Maria melihat perut bonyot Gia. Dia bakal timang cucu lagi dan anaknya bakal jadi seorang ayah.

“Dah enam bulan mama.”

“Yakin je ni anak Luqman! Baru je kahwin berapa bulan!” Zarina mencemuh.

“Ya Allah Rina! Apa pulak cakap macam tu? Jangan main sedap tuduh anak dalam perut Gia bukan anak Luqman. Haih Rina ni…kalau Hakim dengar Rina cakap macam ni, mesti dia marah! Kita ni sebagai seorang isteri bukan je setakat kena patuh suami, jaga makan minum suami, lahirkan anak semua tu tapi mulut pun kena jaga! Jangan lancang nak bidas orang!” Ambik kau! Kena setepek
dengan mama!

“Menang sangat ke menantu kesayangan ni! Kalau bukan sebab dia, Luq takkan masuk hospital!”

“Rina…jangan berat sebelah. Rina sendiri pun tahu semua ni berpunca datang dari Luqman jugak. Yang salah tetap salah dan mama tak pernah sokong dengan tindakan Luqman yang dulu. Bagi mama, cukuplah setakat Gia datang mintak maaf dan berbaik dengan kita. Rina jangan lupa jugak…Gia pernah tumpah darah sebabkan nak protect Luqman jugak. Jangan lupa jasa baik orang pada keluarga kita walaupun kebaikan itu hanya sebesar zarah.”

“Yelah ma…”

“Jom Gia? Masuk jenguk Luqman…” Ungku Maria menarik tangan Gia masuk ke dalam wad.

“Kak Gia!!!” Zahirah menjerit sebaik saja terpandangkan Gia masuk ke dalam wad bersama mamanya.

Gia tersenyum melihat Zahirah yang sedang memeluk tubuhnya. “Amboi! Rindu akak ke?”

“Mestilah! Ira nak call akak tapi takut mengganggu akak pulak. Jadi, Ira tak calllah.”

“Lah…kenapa tak call je? Akak tak busy mana pun.”

“Hehehe…heeeee dah berapa bulan ni akak?! Besarlah perut akak!” Zahirah memegang perut Gia dengan sengihannya yang hampir sampai ke telinga.

“Dah enam bulan.”

“Cucu mama macam mana? Sihat?”

“Alhamdulillah…sihat ma…cuma tulah alahan tu yang paling tak boleh nak tahan. Bangun pagi muntah lepas tu tak boleh bau makanan yang sembarangan. Terus rasa nak muntah.”

“Biasalah untuk ibu mengandung. Kalau Gia nak tahu…Luqman dekat sini kira nak makan je. Makan je apa yang dia nak makan. Tak ikut time langsung. Mula tu mama dah syak yang Gia mengandung tapi mama tak nak fikir lebih-lebih sebab takut Gia memang tak mengandung.”

“Ye ke ma? Banyak sangat ke Luq makan?”

“Banyak sangat Gia. Nak makan semua makanan yang ada depan mata dia. Kadang-kadang makanan Ira pun dia kebas jugak.”

“Betul tu kak!” Zahirah menyampuk. “Sampai kadang-kadang Ira fed up dengan angah. Dia punya nafsu makan tu macam baru keluar dari hutan tebal.”

Gia ketawa kecil mendengar apa yang Zahirah cakap. Haih…aku syak kalau Luqman sedar sekarang ni, dah lama mulut tu kena jentik.

“Ma…malam ni biar Gia yang jaga Luq ya?”

“Lah, tak apalah Gia. Biar mama yang jaga Luq malam ni.
Gia tu kena rehat tambah-tambah lagi mengandung. Tak boleh badan terlampau letih sangat.”

“Gia ok je ma. Gia rasa badan ni kuat lagi. Boleh ye ma?”

“Betul ni?”

“Betul.”

“Baiklah kalau Gia kata macam tu. Kalau ada apa-apa, call je mama tak pun call je Ira.”

“Ok ma.”

Matanya terpandang ke arah Luqman yang badannya dilekatkan dengan wayar yang berselirat dan masih memakai bantuan pernafasan. Kedua-dua kaki Luqman pula berbalut dan tangan kanannya pun turut berbalut sekali. Mukanya pula ada kesan-kesan calar dan bekas luka dari kemalangan.

USAI menunaikan solat Asar, Gia melipatkan telekung dan sejadahnya dan diletakkan kembali ke dalam begnya. Dia berjalan menghampiri Luqman lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

Wajah Luqman diusap perlahan dengan tangannya. Baru je pegang pipi suaminya, air mata dah turun laju. Dia rasa bersalah sangat sebab pergi tinggalkan suaminya.
Dia tahu salah dia tinggalkan suaminya macam tu je tapi dia takut…kalau dia kembali pada Luqman, Luqman akan buat benda yang sama lagi. Sakitkan hatinya lagi.

Aku dah tak nak hadap semua rasa tu lagi. Cukuplah selama perkenalan aku dengan Luqman, hati aku dah cukup terluka dengan perbuatan dia. Sebab tu aku bertindak untuk pergi jauh dari dia. Bukan bermaksud aku dah tak cintakan dia lagi tapi aku perlukan waktu untuk diri aku sendiri…waktu untuk aku sembuhkan kesemua luka di dalam hati aku.

Pintu wad ditolak dari luar. Gia menoleh kepalanya memandang gerangan yang masuk ke dalam wad. Taufiq dan Idham. Dah lama aku tak berjumpa dengan dua orang ni. Gia bangun dan mengukirkan senyuman pada mereka berdua.

“Gia apa khabar sekarang?” Tanya Idham.

“Alhamdulillah…sihat macam biasa.”

“Tak lama Luq bakal jadi ayahlah. Dah berapa bulan Gia?” Teruja si Taufiq macam dia pulak yang bakal jadi ayah.

“Dah enam bulan. Tinggal berapa bulan je lagi nak bersalin.”

“Hmmm…tahniah!” Ujar Idham dengan senyumannya.
Sungguh dia tak sangka Luqman dah nak jadi ayah.
Apa-apa pun dia tumpang happy untuk Luqman dan Gia.

“Idham…Taufiq…boleh saya nak tanya something?”

“Boleh!” Jawab mereka berdua serentak.

“Pasal kes Dariya malam tu…macam mana? Dah settle kan?” Mengikut maklumat yang aku dapat dengan bukti kejadian malam tu serta bukti pengesahan doktor pasal keadaan aku malam tu, kes dah settle dan aku dibebaskan dari sebarang pertuduhan.

Paling yang aku tak sangka lagi, Luqman yang mintak drop kes tu.

“Alhamdulillah dah settle. Awak tahukan yang Luqman mintak drop kes tu lepas dapat tahu semuanya?”

“Ya…saya tahu. Tapi, kenapa dia tiba-tiba drop kes tu? Bukan ke dia memang nak sangat selesaikan kes tu?”

“Saya rasa sebab dia dah tahu yang awak bukan saja-saja nak bunuh Dariya malam tu dan kes malam tu ada kaitan sekali dengan abang tiri dan mak awak sekali. Jericho pun dah bagi keterangan yang sebenar-benarnya. Mungkin sebab tulah Luqman nak drop kes tu.”

“Ohhh…” Gia berjeda seketika. “Taufiq…saya nak mintak maaf dekat awak kalau selama awak terlibat dalam kes ni dah banyak benda yang awak kena hadap angkara abang tiri saya dan mak saya. Saya betul-betul mintak maaf.”

“Tak apa Gia. Buat kerja macam tu memang berisiko. Saya ok je dan saya seronok dapat bantu Luqman dan awak dalam kes ni jugak. Saya tak kisah pun Gia sebab dari awal pertemuan saya dengan awak, saya yakin yang awak tak seteruk macam apa yang Luqman cakap. Saya yakin awak ada niat yang baik pada kami berdua tapi saya tahu awak ada benda yang cuba sembunyikan dari kami semua. Cuma, saya tak nak bertanya lebih-lebih. Saya lebih suka siasat sendiri.”

Bibir Gia tersenyum kecil.

“Lagipun abang tiri awak dan mak awak dah tak ada. Lupakan jelah apa yang dah jadi. Tutup buku lama dan buka buku baru.”

Gia sekadar mengiyakan dalam hati. Tapi…aku tak tahu kepulangan aku ni dapat diterima oleh Luqman atau tak. Tapi, aku tak rasa dia boleh terima aku semudah tu je. Apa pun penerimaan dia terhadap kau, kau hadap jelah Gia. Kalau betul dia tak boleh terima aku lagi, aku akan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience