bab 2

Romance Completed 841801

Malam telah berganti siang,seperti biasa Puteri Arabella akan bangun seawal pagi persiapkan dirinya untuk ke kampus.
Selepas pernikahannya dengan Karl ,dia dibawa oleh Karmila ke rumah suaminya.
Menjalani hidup bertiga tetapi tetap sendiri.
Menjalani siang ditemani teman namun bila malam menjelma dia kesunyian bertemankan malam memandang bintang di langit ,bicara dengan bulan dan bintang dan kekadang menatap foto wajah kedua orang tuanya yang telah pergi meninggalkan dirinya.

Flasback on..

Meskipun Karl dan Puteri Arabella menolak keras tentang perjodohan mereka berdua namun pernikahan itu terjadi jua.

Dua minggu selepas perjumpaan itu mereka disatukan.

Semuanya berjalan lancar tanpa pengetahuan isteri pertama Karl.

"kita rahsiakan sahaja tentang pernikahan ini,tapi ibu tak kisah kalau Karl nak terus terang kepada Tania,itu lebih baik" kata Karmilla kepada anak lelakinya itu.
Dia bukan ibu yang terlalu egois dan tidak faham hati dan perasaan anaknya itu tetapi dia lakukan ini juga bersebab,sebab itu buat masa ini tidak mampu dia ungkapkan kepada sesiapa pun buat tika ini.

"alah ibu..lagipun Karl kan mampu ...Tania kan selalu sibuk ke sana sini,Along rasa tak salah kalau Karl nikah dengan Puteri" kakak sulung Karl menimbal balas.
Karina merupakan kakak satunya Karl yang sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak yang berusia tujuh dan lima tahun.
Suaminya juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dia sendiri merupakan wanita yang berkerjaya,miliki beberapa cawangan kedai pakaian berjenama di ibu kota.
Keluarga Karmila memang merupakan keluarga golongan elit dan disegani kerana ketokohan mereka dalam bidang perniagaan dan juga mempunyai ramai rakan perniagaan yang semua golongan kayangan.
Tidak hairanlah dua anaknya juga mengikut jejak dia dan arwah suaminya.

Berbalik kepada Karina tadi yang sudah jelas tidak menyukai Tania pastinya menyokong usaha ibunya untuk menjodohkan adiknya itu dengan Puteri Arabella.
Di lihat dari sudut yang jelas Puteri Arabella lagi layak untuk menjadi isteri Karl adiknya itu.
Dia mengenali Puteri Arabella juga melalui ibunya dan pernah berbual mesra ,dia senang dengan perwatakan baik yang dimiliki oleh perempuan itu.
Bukan tiruan dan berlakon.

"kalau kak long sendiri suka kalau nanti abang long duakan kak long?" tanya Karl kepada kakaknya itu dengan nada tegas.

"isu kita berbeza Karl,yang jelasnya kau tu diabaikan selalu...kak long tahulah macam mana hidup kau Karl" Kak longnya mencebik,dia sendiri tidak faham macam mana adik lelakinya itu jatuh cinta dengan Tania yang jelasnya kelihatan palsu itu.

"kak long tak rasa apa yang Karl rasa,yang alaminya adalah Karl bukan kak long" nada kecewa dan luahan hatinya Karl pamerkan.
Mahu marah,kecewa namun sudah terjadi .
Berundur sebelum berperang memang tidak,bertahan pasti sakit,teruskan pun pasti terluka.
Itulah yang dia rasakan kini,tersepit di antara cinta pada Tania dan taat kepada ibunya,mana harus dia pilih ?

Menolak lagi pasti ibunya kecewa dan jika Tania tahu soal pernikahan ini pasti lebih kecewa dan terluka.
Fikirannya semakin buntu.
Pernikahan sudah pun terjadi kini,usia baru dua puluh tujuh tahun dan kini sudah miliki dua isteri.
Patut bangga tapi kenapa harus terluka.
Kita merancang namun tuhan yang tentukannya.

"sudah..ibu tak nak kamu berdua adu mulut lagi...nikah tetap nikah..ibu yakin Puteri Arabella adalah jodoh Karl ,cinta boleh dipupuk jika sudah terbiasa tak mustahil apa yang penting sekarang adalah keputusan ibu muktamad" tegas Karmila melirik ke arah kedua anaknya itu.

Karl merengus geram,dia tahu meskipun membantah atau memberontak pernikahan tetap terjadi.

Dia sayangkan ibunya itu dan sama sekali tidak akan mampu kecewakan ibunya yang telah banyak berbakti kepadanya .

Setelah ketiadaan ayah ,ibunyalah yang bersusah payah memulakan dari awal sehingga berjaya dan kini hasilnya syarikat miliknya mampu berdiri megah.
Syarikat hartanah yang dia miliki kini dibangunkan oleh orang tuanya itu dan diambil alih olehnya kini.

"ok Karl setuju tetapi dengan syarat pernikahan ini adalah rahsia...Karl tak nak Tania tahu dan orang lain juga,majlis hanya kita sahaja yang hadir" Karmila agak terkejut namun lega kerana akhirnya Karl setuju untuk menikahi Puteri Arabella.

Amanah yang dijaga selama ini tertunai sudah ,dia merasa lega.

Persepakatan telah dibuat,Puteri Arabella juga tidak membantah sama sekali.

Akhirnya pernikahan mereka berlangsung dengan jayanya meskipun tanpa majlis yang gah seperti pernikahan antara Tania dan Karl dulu.

"ibu harap kau jaga Puteri baik-baik,bertanggung jawab dan berlaku adil,dia masih muda,ajari dan bimbingi dia jika dia berbuat salah,ibu sayangkan dia seperti anak ibu sendiri" pesan Karmila kepada Karl selepas majlis akad nikah tadi.

Karl hanya mengangguk dan tidak berjanji atau berkata apa apa pun.

Puteri Arabella yang dari tadi sedang duduk dibangku sendirian sesekali menoleh ke arah mertuanya dan suami yang sedang bersembang itu.
Di jarinya tidak merah seperti perempuan yang baru menikah,tidak berinai sampai ke kaki.
Dia tidak melakukan itu hanya satu alasan kerana pernikahan ini adalah rahsia dan jika dia melakukan hal itu pasti banyak mulut yang akan bertanya lebih lagi kerana dia masih perlu menjalani hidup sebagai pelajar.
Alasannya jelas pernikahan ini perlu ditutup sementara demi menjaga banyak hati terutamanya hati Tania madunya itu.

"puteri" dia menoleh ke arah Karina iaitu kakak kepada Karl yang senang dipangggil kaklong itu.

"kak long..duduklah" dia mempersilakan Karina yang kini sudah menjadi kakak iparnya itu.

"dah jadi isteri orang kan..tahniah kak long senang sangat puteri jadi adik ipar kaklong" Karina menghamburkan pelukannya .

"terima kasih kaklong...tapi Puteri ni tak ubah macam perosak pula " lirihnya sedih.
Wajahnya menghibakan .

"berbeza Puteri,puteri dinikahkan bukan perampas,puteri tidak pernah merampas hak sesiapa pun cuma menumpang sedikit sahaja,jadi yang kedua itu tidak semestinya perosak,kaklong yakin suatu hari dan saat nanti Karl akan bukakan mata hatinya memilih mana kaca dan berlian" Puteri Arabella tidak memahami apa maksud ucapan Karina itu namun hanya mampu berdoa agar pernikahan mereka akan berjalan mulus.

Kenapa ibu mertuanya dan juga kakak iparnya itu begitu menyokong pernikahan ini sedangkan mereka juga adalah perempuan ,tidak punyai hatikah mereka .
Tidak terfikirkah oleh mereka perbuatan ini merupakan satu tindakan kejam menghancurkan banyak hati.
Seperti juga dirinya kini yang nyata tersepit antara hati dan perasaan orang lain.
Isteri kedua yang dinikahi tanpa ada cinta pasti lebih memilukan .

", tapi tetap akan dipandang perampas juga kak long,Puteri tidak mahu nanti bila Kak Tania tahu semuanya nanti pasti Puteri dimaki hamun olehnya...dan mungkin juga ditinggalkan oleh abang Karl sebab Puteri bukan wanita yang dia cintai" lirih Puteri Arabella dengan airmata mula membasahi pipinya.

Karina memandangnya,menyeka airmata yang mengalir di pipi adik iparnya itu.
Memberikan senyuman di bibir.

"kak long harap Puteri tabah dan sabar ya,kak long mungkin tidak ada di tempat Puteri merasai semua ini,tapi kak long yakin suatu masa nanti Karl pasti membuat pilihan yang tepat" dia mengusap perlahan bahu adik iparnya itu.

"puteri takut kak long,takut puteri tak sekuat apa yang ibu dan kak long harapkan,walau macam mana pun Puteri tetap perempuan kedua dalam hidup mereka" memang berat hidup baharu yang akan dia tempuhi kini.
Adakah bahagia atau airmata yang akan menanti hidupnya nanti.

"kak long doakan Karl dan Puteri bahagia"ucap Karina sekadar memberi semangat kepada adik ipar bongsunya itu.
Isteri kedua kepada adiknya,satu adik dapat dua adik ipar.

Dia bukan wanita yang menyokong poligami tetapi tidak tahu kenapa boleh menyokong pernikahan adik lelakinya itu.
Pernah dia bertanya kepada ibunya alasan apa yang membuatkan ibunya itu memaksa Karl menikah lagi namun ibunya hanya menjawab agar Puteri Arabella dilindungi.
Entah melindungi daripada apa pun dia tidak tahu dan tidak faham.
Mungkin sebab Puteri Arabella tidak memiliki sesiapa lagi selepas kematian kedua orang tuanya dan ibunya merasa bertanggungjawab untuk terus menjaganya.

Hanya setakat itu sahaja ,tetapi tidak berani untuk bertanya lebih,dia tahu dan faham macam mana sikap diktator ibunya itu,seram bila marah.
Tapi sebagai anak dia juga terpaksa akur meskipun sempat melarang agar ibunya tidak melukakan hati Tania yang juga menantunya itu.
Alasan jelas adalah dia hanya ingin melihat Karl bahagia.

Bahagia yang macam mana ibunya maksudkan itu sedangkan Karina tahu yang Karl terlalu mencintai Tania,malah sanggup menentang ibu sendiri semata - mata ingin memiliki Tania.
Ibu membantah ketika itu namun tetap berlembut hati demi melihat kebahagian anak lelakinya.
Tetapi tidak menyangka yang ibunya membuat rancangan menikahkan lagi dengan anak sahabat baiknya pula,mahu menentang tidak lagi mampu kerana Karina juga tahu adik lelakinya itu semakin pudar bahagianya sejak menikahi Tania insan yang dia cintai itu.
Mungkin sebab itulah ibunya mengambil peluang lagi memaksa Karl bernikah meskipun Karl menolak sebelumnya.
Bagi Karmila ,Puteri Arabella adalah pilihan yang tepat untuk mengembalikan bahagia anaknya itu.

flashback off...

Selepas memastikan semua rapi ,Puteri Arabella menuruni perlahan tangga menuju ke ruang dapur terlebih dahulu.

Sudah menjadi kebiasaannya sejak tiga bulan yang lalu selepas menjadi isteri Karl dia selalu menyempatkan dirinya sediakan sarapan dan kekadang makan malam suaminya itu.

Tiga bulan pernikahan mereka namun tetap tidur berasingan.

Mereka bertiga juga duduk satu bumbung atas permintaan ibu mertuanya .

Tania sampai saat ini tidak mengetahui bahawa Puteri Arabella adalah isteri kedua suaminya yang dia tahu adalah Puteri Arabella adalah sepupu jauh suaminya .

"ini siapa?" tanya Tania saat pertama kali ibu mertuanya membawa Puteri Arabella selepas seminggu anak lelakinya menikahi Puteri Arabella.

Karl juga tidak kalah terkejutnya saat ibunya membawa isteri keduanya itu ke rumahnya .
Dia melirik ke arah isteri keduanya yang tertunduk seolah takut menatap matanya itu.
Gementar dan gugup yang mungkin wanita itu rasakan dan Karl dapat melihat dengan jelas.

"ini...anak saudara ibu dari kampung" ucap Karmila tenang,dia tidak mahu melanggar kesepakatan yang telah dibuat antara dia dan Karl.

Dia akan memegang pada janji,melainkan keadaan memaksa.

"ooo..Karl tak pernah beritahu pun yang dia ada sepupu yang secantik ini" dia melirik ke arah suaminya itu.
Memang dia akui perempuan yang dibawa oleh mertuanya itu sungguh cantik dan berbeza wajah dengan Melayu asli,dia menatap aneh kerana tidak mungkin jika aslinya melayu,perempuan yang dibawa mertuanya berbeza dengan keluarga belah suaminya itu.
Dia juga tidak begitu rapat dengan keluarga suaminya itu tetapi pernah bertemu dengan mereka sewaktu pernikahan dulu.
Tetapi kelibat wanita ini tidak dia temui ketika itu.

Perasaan aneh timbul di benak fikirannya.
Karl hanya tersenyum nipis,perasaannya masih lagi tidak keruan.
Tidak mampu berfikir dengan jernih apa lagi perancangan ibunya kali ini.

"ibu nak buat sementara waktu ini ,Puteri Arabella tinggal di sini..." Tania kelihatan mengerutkan kening hairan.
Membawa perempuan lain ke rumahnya bukan sesuatu yang baik lebih lagi seorang perempuan muda dan cantik.

Dia tahu jika itu ucapan ibu mertuanya maka tidak akan ada bantahan sama sekali.

"apa bu?" tanya Karl tidak terima dan terkejut.
Dia tahu selepas menikahi Puteri Arabella seminggu yang lalu tidak sehari pun dia kembali mengunjunginya .
Matanya melotot tajam ke arah isteri keduanya itu,geram dan marah dia rasakan,juga sedikit takut andai rahsia pernikahan mereka akan ketahuan oleh Tania.
Mungkin kerana tindakannya itulah yang membuatkan ibunya terpaksa membawa madunya itu ke rumahnya.
Dia sama sekali tidak sanggup menghancurkan hati dan perasaan wanita yang sangat dia cintai itu.

"buat sementara,dia akan habis belajar dalam enam bulan lagi,kampusnya dekat dari rumah korang,jadi ibu nak dia tinggal di sini dulu..boleh kan? lagipun dia yatim piatu dan tak salahkan kalau kita membantu orang dalam kesusahan" pinta Karmila sambil menarik tangan menantu keduanya itu untuk masuk.
Tuan rumah hanya masih tercegat diambang pintu melihat langkah Karmila membawa tetamunya itu.

"ibu...kan Puteri..." tak sempat Puteri Arabella menghabiskan kata katanya Karmila sudah pun memotong.

"muktamad...duduk sini dulu..bolehkan Karl?" Karmila menekan nama anaknya itu.
Perkataan muktamad sudah menjadi trend di mulut mertuanya itu,teringat saat dipaksa menikah .
Kelu tanpa bicara dibuatnya,jauh sekali untuk membuka bicara lagi.
Karmila mempunyai keperibadian yang tegas dan tidak hairanlah dia boleh menjadi wanita contoh dalam perniagaan .

"iya...boleh" ucap Karl dalam keterpaksaan.
Mengangguk pasrah,lagi-lagi demi menjaga hati ibunya.
Dia melirik ke arah isteri mudanya itu sekali lagi.
Pandangannya tetap tertunduk ke lantai.

Ada rasa kasihan dan iba meskipun tadi sempat merasa marah dan geram,sudah terlanjur menikahi perempuan itu maka sudah menjadi tanggungjawab nya juga untuk menafkahinya.
Kesal tidak berguna lagi...hanya jalani sahaja kini mengikut alur takdir yang tertulis.

Namun sebagai suami dan manusia dia juga tidak mahu terus berdosa mengabaikan isterinya itu.
Isteri yang tidak pernah sama sekali dia berikan hak selepas pernikahan mereka itu.
Puteri Arabella kelihatan gugup apabila suaminya menatap tajam ke arahnya.

Dia hanya mampu mengulas senyum kekok,takut dan gugup dia rasakan kini.
Tania juga tidak mampu untuk berkata tidak kerana dia tahu mertuanya itu tidak terlalu sukakan dia.

"boleh bu..saya tak kisah asalkan dia tak ganggu privasi kami berdua" dia merangkul lengan suaminya itu.
Menunjukkan kemesraan kepada wanita muda yang dalam diam tanpa pengetahuannya adalah madunya sendiri.

Jika dia mengetahui fakta sebenar nanti apakah akan sehangat itu lagi hubungannya dengan Karl.
Biarlah masa dan waktu yang menentukannya.

"dia bukan budak kecil,tahulah dia bawa diri,ibu nak kau layan dia baik baik,ibu tak nak korang jadikan dia pembantu pulak nanti" sinis Karmila,cukup tahu sikap menantu isteri pertama anak lelakinya itu.
Sedikit sombong dan selalu tinggi diri.
Setahun menikahi anaknya ,Tania tidak pernah sekalipun menjenguknya di rumah,jika datang hanya Karl sendiri sahaja.

Alasannya sibuk dan ada urusan di luar kota ataupun di luar negara.

"tak ibu..dia tetamu kami sekarang ini" ucap Tania ,ada ketidak relaan di hatinya kini,kecantikan Puteri Arabella itu membuatkan Tania sedikit cemburu.

Meskipun wanita itu bertudung litup tidak mustahil jika suaminya akan terpikat suatu hari nanti.

Dia tidak faham kenapa mertuanya itu beria sangat untuk membawa Puteri Arabella ke rumah mereka sedangkan boleh sahaja sewakan rumah untuk menempatkannya.
Dia perlu berhati-hati tidak mahu rumahtangga nya ada benalu yang menikam dari belakang,tetapi mampukah dia mencegahnya sebelum terjadi.

Panggilan ibu kepada ibu mertuanya itu juga membuatkan dia beranggapan sendiri bahawa perempuan di depannya itu terlalu akrab dengan keluarga Karl.
Pasti disayangi kebanyakan orang,penampilan sopan dan muslimah bukan seperti dirinya.

Bermula dari itulah Puteri Arabella tinggal bersama mereka.

"bik...semua sudah selesai,puteri pergi dulu ya" selesai menata makanan di meja terus dia berganjak untuk ke kampusnya.

Tiga bulan dia bergelar isteri Karl Eusoff tidak sehari pun mereka akan makan satu meja.

Puteri Arabella akan segera berganjak dari dapur seusai memasak kerana tidak mahu melihat kemesraan yang tercipta antara suami isteri itu.
Pernah dia terserempak dengan mereka sedang berpelukan dan bercium mesra di tangga sebelum ini membuatkan hatinya sedikit terusik dan bermula dari itulah dia mula tidak menampakkan diri di depan suami isteri itu.
Meskipun dia juga ada hak yang sama namun dia sedar diri siapa dirinya hanya sekadar menumpang di sana.

"tak makan dulu ya puteri?" tanya bibik Santi yang merupakan pembantu rumah Karl yang ditugaskan setahun lebih yang lalu sejak mereka majikannya itu bernikah.

Bibik Santi juga tidak tahu siapa sebenarnya Puteri Arabella ketika ini yang dia tahu perempuan cantik itu hanya lah sebagai sepupu majikannya dan ternyata perempuan itu adalah seorang perempuan yang peramah dan baik hati.

Selalu berbicara lembut dan gelak ketawa saat mereka berdua memasak.
Berbagai cerita perempuan itu kongsikan kepadanya membuatkan dia tidak lagi kesunyian bila berada di dapur .
Bibik Santi juga tidak berani untuk bertanyakan soal hubungan sebenar antara majikannya dengan perempuan yang dia kenali beberapa bulan yang lalu.
Cukup dia berani katakan Puteri Arabella mempunyai keperibadian yang cukup unik,suka merendahkan diri bila dipuji,tutur kata lembut dalam bicara dan seorang yang ceria.

"Puteri dah masukkan dalam bekal nanti puteri makan kat kampus" itulah kebiasaanya yang dia lakukan,mengelak dari suami dan madu adalah pilihan terbaik buatnya.

Dia tidak mahu Tania ada syak wasangka terhadapnya kerana dia bukan wanita perosak rumahtangga orang.
Cukuplah hanya dia tahu statusnya sebagai isteri kedua Karl.

Isteri yang tidak pernah mendapat nafkah batin sekalipun.

Dia akui Karl memberinya kehidupan mewah yang sama seperti Tania tetapi hanya satu hal sahaja yang membezakan mereka iaitu nafkah batin tidak sama sekali Karl berikan kepadanya.

Dia masih ingat lagi malam pertama mereka dulu.

"abang nikah dengan puteri bersebab jadi jangan harapkan abang akan tunaikan sepenuhnya tanggung jawab abang kepada puteri" ucap Karl selepas mereka kembali ke bilik mereka.

" satunya wanita yang abang cintai adalah Tania dan buat masa ini belum terbuka untuk sesiapa pun..." ucapan lirih namun tertusuk sampai ke jantung.
Hakikat hidup sudah tertulis buat Puteri Arabella saat terima ijab dan Qabul itu,kena terima meskipun sudah pun tahu macam mana nanti penerimaan suaminya.
"Puteri faham...buatlah dengan kesesuaian kehendak abang...Puteri tidak akan menuntut hak itu melainkan abang yang meminta.." dia berjeda di situ.
Setenang mungkin menahan rasa dan duka di hatinya,untuk tumpahkan airmata tidak mungkin kerana belum masa dan tikanya untuk dia perlihatkan betapa murahnya airmata seorang perempuan.
Dia menahan rasa itu ,agar airmata tidak mengalir membasahi pipinya saat terdengar pengakuan suaminya di malam pengantin.

Jika orang lain sedang bergembira di malam pertama tidak bagi mereka berdua.

"puteri sedar diri,Puteri juga punyai hak yang sama tetapi puteri tak nak berlaku atas paksaan...abang tak perlu risau,selepas ini Puteri akan jagakan jarak,cukup kita membuat lakonan di depan ibu yang kita berdua menerima antara satu sama lain,puteri tak nak kecewakan ibu..pernikahan kita cuma atas kertas sahaja...cukup buat ibu bahagia" sambungnya lagi.

Karl memandang isteri mudanya itu tidak percaya dengan ucapannya,perkataan yang ingin dia utarakan sudah pun diucapkan oleh Puteri Arabella.

Tidak menyangka yang isterinya itu berucap tenang dan tidak ada kemarahan sedikit pun dalam nada ucapannya itu,tidak seperti dia sangkakan sebelumnya yang perempuan keduanya itu akan marah kepadanya,namun bukan begitu reaksi perempuan itu.
Wajah yang dia pamerkan itu setenang air di kali,tidak ada sedikit pun rasa kemarahan dan emosi malah senyum tipis dia hadiahkan kepadanya.

Dia salah beranggapan sebenarnya ,ternyata perempuan itu lebih dewasa bila bercakap tidak menggunakan emosi sama sekali malah lebih tenang daripadanya.
Dia boleh bernafas lega kerana tidak perlu ada banyak tuntutan dari isteri keduanya itu.

"ok..tapi soal pelajaran,makan minum abang akan laksanakan,apa yang akan abang berikan kepada Tania abang akan berikan juga kepada puteri cuma hak..." tak sempat Karl habiskan katanya Puteri Arabella memotong dia tidak sanggup lagi mendengar ucapan itu.

"baik...puteri faham...terima kasih,Puteri terima seadanya..." dia bangun dari duduknya dan mencapai tuala dan membawa pakaian gantinya menuju ke bilik mandi.

Karl hanya mampu terdiam dan melihat arah langkah isteri yang baru dinikahinya itu.

Itulah bermulanya kerenggangan hubungan mereka.

Malam itu mereka tidur sekatil namun ada pembatasan bantal di tengahnya.

Puteri Arabella juga tidak pernah melepaskan tudungnya meskipun waktu tidur.

"bik...puteri mana?" tanya Tania tatkala mereka sudah pun berada di meja makan.
Setiap hari juga Tania akan bertanyakan soalan yang sama,sekadar menunjukkan rasa padahal dia cuma ingin dengar bibik Santi akan kata yang Puteri Arabella sudah keluar membawa beg pakaian maksudnya sudah tinggalkan rumahnya namun jawapan yang tidak sepatutnya dia dengar bahawa perempuan itu rupanya hanya ke kampus sahaja dan nyatanya akan kembali lagi setelah itu.

"macam biasa puan,selepas masak dia akan ke kampusnya" jawab bibik Santi betul dugaan Tania jawapan yang sama sahaja dia dapat.
Tania menarik nafas kecewa.
Karl menarik kerusi dan duduk melihat ke arah makanan di depannya.

Sudah tiga bulan Puteri Arabella menyedia kan makanan kepada mereka,namun tidak pernah sehari pun mereka makan semeja.

Karl hanya bertemu dengan isteri mudanya itu hanya saat berpapasan sahaja dan sesekali bertegur sapa.
Itu pun Puteri Arabella akan menundukkan pandangan tanpa bertatap lama.

"aneh kan Puteri tu you,tak pernah sekalipun dia makan dengan kita,dia rajin masak dan masakannya memang top" ucap Tania sambil menyendukkan nasi goreng ke pinggannya.

"emm..." hanya itu yang dijawab oleh Karl .
Perasaannya tidak pernah ada terhadap perempuan itu ,namun tetap rasa bersalah kerana mengabaikan keberadaannya dan membiarkan isteri mudanya itu sentiasa menghindarkan diri daripada mereka.

Ucapan Puteri Arabella ketika malam pengantin mereka ternyata benar,dia akan menjaga jarak antara mereka.

"sayang...minggu depan I ada urusan kat Singapura dalam seminggu" ucap Tania.

Karl menghentikan makannya dan menatap wajah isterinya itu.
Mood paginya tidak lagi ceria.

"selalunya macam tu kan?bila masa you nak ada masa dengan I?" tanya Karl sedikit emosi namun dia tidak mahu melukakan hati wanita itu.

"you tahu kerja I kan macam mana? sorry lah...I janji bila I puas dan dapat apa yang I nak I akan berhenti dan berikan tumpuan sepenuhnya pada hubungan kita" Tania mengangkat dua jarinya seolah mengikrarkan perjanjiannya.
Namun dia sendiri tidak pasti sejauhmana ucapannya sendiri .

Karl hanya mampu mengangguk dan pasrah,dia tidak mahu Tania rasa terbeban fikirannya akibat pertanyaannya nanti.
Impian Tania adalah menjadi model sampai antarabangsa dia tahu dan tidak mahu menjadi seorang suami yang mengekang kebebasan isterinya itu.

Cukup Tania tahu batasnya sebagai seorang isteri.

Dia sering melihat keakraban isteri tuanya itu bersama lelaki lain tetapi dia tetap bersikap positif mungkin kerana tidak mahu melihat yang dirinya cemburu.

Meskipun cemburu itu tandannya sayang namun dia tidak mahu cemburu buta.
Selagi dia tidak melihat perkara sewajarnya dengan mata dan kepalanya sendiri Tania berlaku curang atau sebaliknya dia tetap akan letakkan kepercayaan penuh itu .

Dia juga yakin yang Tania juga mencintainya sebagaimana dia mencintai wanita itu.

Tania adalah cinta pertamanya dan dia patut syukuri kerana wanita itu telah menjadi miliknya ,namun kenapa selepas menikahi wanita itu semuanya berubah.

Perasaan cintanya tak pernah berubah namun dan rasa sedikit tidak selesa dengan hubungan mereka.
Mungkin inilah yang dikatakan bila bercinta dulu rasa semuanya indah namun bila sudah saling memiliki akan berubah apakah dia sendiri yang mudah merasa jemu atau kerana sikap Tania yang selalu tidak menentu itu.

Tania adalah bunga kampus semasa belajar dahulu,mereka adalah sama umur dan belajar di tempat yang sama,cuma berbeza fakulti sahaja.

Sering berjumpa dan lepak bersama menimbulkan bibit- bibit cinta di hatinya.

Dia tahu ketika itu bukan hanya dia yang jatuh cinta kepada Tania malah ramai lagi lelaki lain yang sama-sama ingin merebut hati Tania namun akhirnya Tania luluh dengan pujukannya.

Dia tidak tahu adakah wanitanya itu ikhlas menerimanya saat itu atau ada sebab tertentu.
Tetapi sudah terlambat semuanya kerana kini mereka sudah pun menjadi suami dan isteri maka dia perlu melanjutkan usahanya itu kerana Tania adalah wanita yang dia cintai .

Namun dia juga tidak membayangkan akan hadir seorang lagi wanita lain dalam hidupnya kerana baginya kesetiaan dalam perhubungan itu adalah wajar namun apa yang dia mahukan ternyata tidak sama dengan alur takdir yang Maha Besar tetapkan antara dia dan Puteri Arabella.

Hadir perempuan itu menjadi isteri keduanya.
Isteri yang tidak pernah dia anggap ada dan tidak ada sedikit pun perasaan cinta di hatinya saat ini.
Bayangkan dengan umurnya baharu sahaja menginjak 27 tahun namun sudah pun terikat dengan dua isteri,mungkin itu boleh dikatakan dia adalah kategori lelaki yang bertuah,namun betul kah benar begitu?

Mungkin benar sekiranya isteri keduanya itu adalah wanita yang dia cintai sebagaimana dia cintai Tania namun hakikatnya berbeza mereka menikah adalah kerana terpaksa.

Hatinya masih utuh tersimpan untuk Tania.
Terpesona dengan kecantikan Puteri Arabella itu wajar namun untuk hati tidak mampu Lagi dia bukakannya.
Biar takdir menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience