17

Romance Completed 95763

"Kak. Masak cepat sikit. Aku kebulur." Dia memeluk tubuh sambil hidungnya menghidu bau masakan perempuan itu. Tetapi dibalas dengan jelingan perempuan itu. Satu-persatu bahan dimasukkan ke dalam masakannya.

"Sekali lagi kau panggil aku macam tu, kuali ni melayang dekat kau." Kuali diangkat dekat dengan mangkuk.. Kemudian, berhati-hati masakannya dituang ke dalam mangkuk. Kini, siap sudah satu menu iaitu Daging Masala. Aromanya menusuk ke rongga hidung. Sedap. Perut juga ikut berkeroncong.

"Lama kau tak datang sini? Selalu Brasier aje yang terpacak dekat sini hujung minggu." Pintu kaca oven dibuka. Meena Nelson memasukkan sebekas Murtabak Biskut ke dalam oven. Dia beralih pula ke bahan yang lain.

"Aku sibuk." Jawabnya ringkas. Ikram Benjamin meneguk sebotol air mineral. Penatnya masih belum hilang. Dalam diam tangannya mencuri sedikit makanan dan dibawa ke mulut.

"Sibuk apa? Sibuk bercinta dengan Anggun Dahlia? Aku suruh kau kerja dengan aku uruskan akademi ni kau tak nak. Mengada-ngada nak jadi butler yang entah apa-apa tu." Ayatnya mengundang tawa Ikram Benjamin.

"Hahaha. Aku sibuk kerjalah. Aku nak uruskan kafe Anggun Dahlia. Lepas itu, aku kena uruskan pula Manaory. Takkan aku nak mengharapkan si Louis sampai ke tua. Itu pun kalau dia sudi bekerja sampai tua dengan aku, kak." Dia malas mahu bertekak dengan perempuan tua itu.

Sebenarnya tidaklah tua mana. Cuma beza dua tahu saja darinya. Jika dia berumur 33 tahun. Perempuan itu pula berumur 35 tahun. Nampak saja sebaya, tetapi tidak ya. Mungkin kelebihan perempuan itu kelihatan remaja berbanding umurnya.

"Kau tu selalu sibuk pasal aku dengan Brasier. Diri kau tu, bila nak berumahtangga? Aku takut nanti tak ada lelaki yang nak kan kau." Ikram Benjamin memandang perempuan itu. Semuanya sudah tersedia pada dirinya. Entah mengapa sehingga sekarang dia tidak berkahwin. Jual mahal seperti Anggun Dahlia? Ah, sekurang-kurangnya dia mampu bermain harga dengan bidadarinya itu. Tidak lama, dia tersengih sendiri.

"Jom makan. Nanti lambat balik kesian pula Dahlia tu." Meena Nelson membawa makanan yang lain dan dihidangkan dimeja. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi.

"Itulah kau, kak. Selalu sangat ubah topik. Kalau nak harapkan keluarga kau yang jaga kau, hmm sampai matilah kau takkan dapat semua tu. Kau tu perempuan. Mana boleh hidup sendiri. Sampai satu masa nanti kau memerlukan seorang lelaki dalam hidup kau. Memanglah sekarang ni kau tak merasa semua tu. Sebab semuanya masih cukup dari segi kesihatan kau, harta kau, pekerjaan kau. Nanti kalau kau tiba-tiba jatuh sakit, siapa yang nak jaga kau? Kau nak mengharapkan aku? Sorry kak. Aku pun ada kehidupan aku sendiri. Kau nak harapkan Brasier, adik sepupu kau tu? Dia pun akan berkahwin satu hari nanti." Makanan masih tidak dijamah. Dia merenung tajam ke arah Meena Nelson. Dia betul-betul tidak faham kenapa harus bersikap hati batu? Menyesakkan lagi keadaan. Rumit!

"Syyy...kau makan. Lepas itu bawa balik makanan yang aku masak tadi. Aku dah siap bungkuskan untuk Dahlia." Dia meneruskan suapan. Urusan hidupnya tahulah bagaimana mahu diuruskan. Lagipun, dia tak rasa memerlukan semua itu. Ya, semuanya. Baik suami, perkahwinan mahupun zuriat. Dia tidak suka hidup dalam komitmen sebegitu. Cukuplah dia sudah sibuk dengan pengurusan akademinya.

"Hmm." Ikram Benjamin meneruskan suapan. Dia mengeluh sambil memandang perempuan itu.

--------
(Penthouse Ikram Benjamin - 9 malam)

Beg bungkusan makanan diletakkan dikitchen island. Rambutnya yang berserabut dibetulkan. Rimas. Dia mahu mandi. Matanya meliar ke sekeliling ruang bawah penthouse. Kosong. Senyap saja. Ke mana agaknya Anggun Dahlia? Kakinya melangkah menuju lif. Butang lif ditekan ke tingkat atas. Elok saja pintu lif terbuka, ada seseorang sedang berdiri tegak didepan lif. Hampir saja jantungnya terkeluar dari landasan.
Dadanya diurut.

"Sayang! Ya allah! Kenapalah pakai mask tengah berjalan macam ni. Terkejut tahu tak? Sayang nak ke mana ni?" Jantungnya masih berdegup laju. Perempuan oh perempuan. Jika dirumah dengan diluar lain benar penampilannya. Bukan dia mahu mengata Anggun Dahlia itu selekeh. Tidak. Cuma jika dirumah ikut suka hati dia saja keluar dari bilik dengan mask yang masih terlekat dimuka. Bikin orang lain terkejut. Sudahlah waktu malam.

"Abang...err..sorry, sorry. Dahlia nak ke bawah. Nak makan buah epal. Lapar. Tadi petang tak sempat makan dekat kafe." Tangannya membuka mask putih itu. Lalu dibuangkan ke dalam tong sampah yang ada disebelah pintu lif. Dia tersengih serba salah kerana membuat lelaki itu terkejut.

"Hmm...makan buah epal je? Makan yang berat sikit tak nak?" Ikram Benjamin menyimpul senyum. Niat dihati tadi sebenarnya mahu membebel kerana perempuan itu masih belum makan. Tetapi ada eloknya niat itu ditukar menjadi bahan usikan.

"Dah malam tak elok makan berat. Tak apa. Daia turun dulu. Nak buah epal." Dia melangkah memasuki perut lif. Langkahnya diikut oleh Ikram Benjamin.

"Tapi makan berat yang ni elok untuk sayang. Nak tak?" Dia tersengih nakal. Keningnya dimainkan sambil merenung Anggun Dahlia. Dia merapati perempuan itu ke dinding lif.

"Ikram Benjamin bin Ikram Hadi. Jangan main-main ya. Orang dahlah tengah lapar ni." Mukanya ditayang geram. Mahu berasap telinga sekejap lagi.

"Hahaha. Nama penuh terus dia sebut ya kalau marah. Okey, okey. Tak kacau lagi. Jom, abang teman sayang makan. Abang ada bawa balik makanan." Dia tersenyum. Mereka melangkah keluar dari lif. Ikram Benjamin terlebih dahulu membuka beg bungkusan makanan yang dibawa tadi.

"Banyaknya? Siapa yang masak?" Keningnya bertaut. Dari tadi lelaki itu tersenyum. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Kawan abang masak." Ikram Benjamin menyimpan senyum. Dia masih lagi mahu mengusik perempuan itu.

"Siapa?" Terus berubah riak muka Anggun Dahlia. Bukan riak marah. Tetapi riak ingin tahu. Mungkin cemburu. Cemburu? Tidak tentu pasal!

"Meena Nelson." Kali ini nama itu meniti dibibir Ikram Benjamin dengan sengihan.

"Oh...err...Meena...Nelson tu siapa?" Teragak-agak dia mahu bertanyakan soalan itu. Betul ke soalannya? Atau dia tidak patut bertanya kemudian terus saja makan makanan yang dibekalkan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience