BAB 2

Action Series 76024

Current – MALAYSIA

THE DAYYAN'S MANSION

PUAN Sri Tiara Helena merangkul tubuh tegap suami tercintanya dari arah belakang. Dia hanya tersenyum sahaja apabila lelaki itu meraih tangannya yang melekap kemas di dadanya yang bidang itu lalu melabuhkan kucupan penuh kasih di kekura kedua belah tangan beliau.

"Rania sudah tidur, treasure?"

"Sudah abang..." Puan Sri Tiara Helena tergelak kecil.  Sudah tua-tua begini pun masih lagi 'her so called ex stepbrother' kesayangan memanggilnya dengan panggilan T.R.E.A.S.U.R.E! 

Tan Sri Dayyan Rafael Kim memberi anggukan sekilas dan kembali semula menghadap ke hadapan lalu dibuang pandangnya pada kolam renang rumah agam.

"Jomlah kita masuk ke dalam bilik, abang. Sudah pukul tiga setengah pagi ni. Tiara mengantuk dah ni."

"Sayang pergilah tidur dulu. Abang mahu pastikan yang Rania betul-betul lena."

Ada sebab mengapa Tan Sri Dayyan Rafael Kim mahu berlama sedikit di ruangan luar balkoni kamar. Ini kerana dia mahu memastikan yang anaknya tidak menjerit dan mengigau semasa wanita muda itu sedang melenakan diri. 

"Tiara risaulah abang. Sejak kebelakangan ni makin kerap si Rania tu bermimpi benda yang sama. Terus terang abang... Tiara takut sebenarnya kalau Rania..." Tutur bicara Puan Sri Tiara Helena terhenti apabila jemari kekar si suami membelai bibirnya.

"Everything is under control sayang. Trust me."

Tan Sri Dayyan Rafael Kim membawa isteri tercintanya ke dalam pelukan kemas beliau lalu dilabuhkan kucupan pada puncak ubun-ubun wanita kesayangannya ini.

Halwa Puan Sri Tiara Helena mula menangkap keluhan tipis yang dilepaskan oleh sang suami tercinta.

Dia tahu suaminya juga risau!

****

"JEREMY... sebelum kita ke office, boleh tak you singgah mana-mana kedai yang jual anak patung?"

Jeremy Smith mula menghalakan pandangan ke cermin tengah kenderaan dalam mahu melihat biasan seraut wajah cantik jelita Dayyan Rania Kim yang duduk di bahagian belakang penumpang.

"Maaf Cik Rania. Tan Sri sudah berpesan pada saya yang Cik Rania tidak dibenarkan singgah ke mana-mana. Kena terus pergi ke office." Jeremy Smith kembali fokus memandu.

Dayyan Rania Kim mula merengus kasar dan menumbuk belakang kerusi pemandu sebagai tanda protes! 

"Cik Rania mahu cari apa? Nak belikan dan mahu hadiahkan anak patung pada kawan Cik Rania ke? Saya boleh tolong belikan untuk Cik Rania."

Jeremy Smith melemparkan senyuman tipis hormat melalui pantulan cermin kenderaan di bahagian tengah. Dia mula menawarkan diri. Terkadang, beliau jatuh kasihan juga dengan wanita muda cantik jelita ini yang agak terkongkong hidupnya.

Tetapi... ada sebabnya mengapa Dayyan Rania Kim dikawal ketat pergerakannya.

"I nak cari anak patung yang sama macam dalam..."

"Sama macam dalam apa Cik Rania?"

"Sama macam dalam..." Dayyan Rania Kim mula mengigit bawah bibirnya sambil jemarinya memintal-mintal tali tas tangan yang berada di atas ribaan.

"Kalau I lukis gambar rupa anak patung tu, you rasa you boleh jumpa tak yang serupa, Jeremy?" Dayyan Rania Kim bertanya pada pemandu peribadinya itu.

"Apa sahaja untuk Cik Rania... mestilah boleh." Jeremy Smith memberi jaminan. Itu perkara senang! Hanya di hujung jarinya sahaja!

**

THE DAYYAN'S HOLDINGS

HARI kedua dia menyandang jawatan CEO, Dayyan Rania Kim dibawa oleh setiausaha 'homoseksual' beliau melawat kawasan di unit bahagian pentadbiran yang berada di bawah naungan The Dayyan's Holdings.

"So boring..." Dayyan Rania Kim mula mengomel.

Hariz Hamzil yang mendengar omelan Cik CEO itu hanya tersenyum sahaja. 

"Jangan macam tu Cik Rania."

"Susah kalau jadi anak tunggal ni. Mesti nak kena teruskan legasi turun-temurun." Dayyan Rania Kim terusan mengomel.

"Bukan lama pun Cik Rania pegang jawat..." Hariz Hamzil terdiam terus!

"Cakap tu bagilah penuh, Hariz!" Dayyan Rania Kim membentak kecil.  Pantang sungguh jika ada manusia yang sejenis suka berbicara dengan ayat tergantung!

TING!

BEEP! BEEP!

"Hariz, kita sambung nantilah do department tour. I nak naik ke bilik. Jeremy text I. I ada minta dia tolong belikan anak patung."

Dayyan Rania Kim menekan punat lif.  Tubuhnya sedikit terkinja-kinja. Tidak sabar mahu melihat 'anak patung' itu!

*

HARIZ Hamzil dan juga Jeremy Smith hanya statik sahaja berdiri di sudut berhampiran dengan pintu pejabat CEO. Hanya tangan mereka sahaja bergawang dalam menepis setiap balingan beberapa anak patung berbulu gebu yang dilemparkan oleh Dayyan Rania Kim ke arah mereka berdua.

"Kenapa you tak cari anak patung macam I lukis tu, Jeremy?" Ternaik sedikit tonasi suaranya dalam memarahi pemandu peribadinya itu.

"Hodohlah anak patung yang Cik Rania minta saya carikan tu. Jadi saya belilah anak patung yang comel-comel."

"Mana ada anak patung yang I lukis tu hodoh... ke you nak cakap yang lukisan sketch I yang hodoh sebenarnya!"

"Err... both." Jeremy Smith menayangkan sengih sumbing. Manakala Hariz Hamzil pula sedaya gigih mengemam ketat bibirnya yang sudah terketar mahu mengukir sengihan geli hati.

"Bagi balik kertas yang I lukis sketch anak patung tu!"

"Maaf Cik Rania... saya dah buang kertas tu."

"Arghhh!"

Hariz Hamzil dan Jeremy Smith mula berbalas renungan, lalu serentak keduanya menjongket bahu dalam pasrah melayani amukan 'comel' Cik CEO muda 'trang tang tang' ini yang kembali melontarkan beberapa anak patung berbulu gebu ke arah mereka berdua.

***

THE DAYYAN'S MANSION

SEUSAI makan malam, Tan Sri Dayyan Rafael Kim mula melepaskan amarahnya.

"Kuat mengadu juga ya si Hariz dan Jeremy tu." Dayyan Rania Kim mula menyindir sinis.

"Apa sahaja yang Rania buat, diaorang akan laporkan pada daddy! So do not blame them!" Tan Sri Dayyan Rafael Kim kembali memarahi anak perempuannya.

"Daddy tu pun makin melampau! Dulu daddy mana ada pernah control Rania. Sepatutnya masa Rania kecil dululah daddy kawal Rania tapi ini terbalik pula!" Dayyan Rania Kim mula melawan.

"Daddy... Rania... sudah-sudahlah tu." Puan Sri Tiara Helena pantas bersuara dalam mencuba memutuskan pertelagahan di antara dua orang insan kesayangannya ini sebelum keadaan lebih memburuk.

"Pasal anak patung pun daddy nak marah Rania!"

"Dayyan Rania Kim!  Stop argue dengan daddy, sayang." Puan Sri Tiara Helena mula bertegas. 

"Rania pun sudah letih nak bertekak.  Since Rania balik dari US after grad... ah nope! Not that! I think since Rania start mimpi merepek-repek benda yang sama... daddy terus dingin dengan Rania... or perhaps... I don't know! Seriously I don't know!"

Dayyan Rania Kim mula menapak mendekati lif rumah agam. Mahu segera naik ke kamar beradunya. 

TING TONG!

"Maaf Tan Sri, Puan Sri... Cik Rania. Tadi ada courier datang. Bungkusan untuk Cik Rania. Saya sudah scan Tan Sri, ada anak patung di dalam."

Dayyan Rania Kim segera menerpa.

Tan Sri Dayyan Rafael Kim tidak sempat merampas bungkusan tersebut kerana anak perempuannya lebih pantas mencapai bungkusan itu dan mula berlari mengelilingi ruang tamu sambil membuka balutan kotak besederhana besar tersebut. 

Berlari sebegitu hanya kerana tidak mahu membenarkan sesiapa pun merampas bungkusan tersebut daripada tangannya.

"Rania!"

Tan Sri Dayyan Rafael Kim dan Puan Sri Tiara Helena bergegas mendekati figura Dayyan Rania Kim yang tiba-tiba sahaja rebah!

"Abang... anak patung tu..." Puan Sri Tiara Helena mula terasa melemah tubuhnya.

Tan Sri Dayyan Rafael Kim pantas meraih anak patung tersebut dan terus melempar ke arah salah seorang anggota The Za'os.

"Bakar!" Tan Sri Dayyan Rafael Kim memberi arahan penuh bengis.

Tan Sri Dayyan Rafael Kim mencempung anaknya... yang masih lagi kuat dan gagah kudratnya mengangkat beban berat puterinya.

Puan Sri Tiara Helena membuntuti langkah suaminya yang mencempung tubuh Dayyan Rania Kim menuju ke lif rumah agam sambil jemarinya lincah mencari nombor bimbit doktor peribadi mereka.

"Abang... macam mana anak patung tu boleh ada semula? Tiara takut abang kalau Rania..."

"Everything is under control sayang. Kita uruskan hal Rania dulu. Dah tenang sikit, we made a called with him."

"Abang rasa ada orang cuba 'main-main' dengan kita? Balas dendam mungkin..." Puan Sri Tiara Helena menebak.

Tan Sri Dayyan Rafael Kim dan Puan Sri Tiara Helena saling berbalas renungan tanpa bicara. 

Namun yang pasti...

Panahan renungan mereka saling berisyarat bicara menzahirkan sesuatu yang tidak indah bakal 'menyapa' keturunan The Dayyan's @ The Za'os tidak lama lagi.

Mellbie ISR
31/10/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience