bab 37

Romance Series 423079

“Woi!!!!! Berapa lama lagi kau nak kurung kitaorang ha! Mana bos kau!” Jerit Sya daripada dalam.

“Woi!” jerit Sya lagi.

“Riz tekak aku dah sakit panggil diaorang daripada tadi…diaorang pekak ke?” soal Sya geram.

“Kau tunggu kejap… 1, 2….3.” saat itu juga pintu dibuka kuat membuatkan Sya sedikit terkejut.

“Kau apahal perempuan! Terjerit-jerit… kau nak mampus ke?”

“Mana bos kau hah? Dia nak apa sebenarnya… pengecut! Daripada tadi aku tunggu sini, kau nak apa!”

“Eh perempuan ni memang menguji kesabaran aku…. Kau memang tak sabar nak mampus ke?”

“Mestilah… tak akan aku nak mati sebelum tengok muka penyangak tu.” celah Ayriz sambil tersenyum mengejek. Lelaki itu merenung tidak puas hati dengan Ayriz. Lantas itu lelaki itu terus menghempas pintu keluar daripada tempat itu.

“Ayriz kau sure ke? Apa aku nak jawab dekat semua orang nanti?” soal Sya lagi masih ragu-ragu dengan rancangan adik sepupunya.

“Kalau aku tak selamat, aku nak kau cari peluang lari daripada sini.”

“Riz… aku…”

“Aku tak nak kau jadi mangsa dalam masalah aku. Janji dengan aku lari..” rayu Ayriz sambil memandang tepat wajah Sya. Perempuan yang pernah menjadi musuhnya. Sya seakan mahu menangis sahaja ketika itu.

Tiba-tiba pintu dibuka kasar semula… Ayriz dan Sya memandang ke arah mereka. Jelas riak mereka berubah apabila melihat siapa yang ada di muka pintu.

“Kau yakin ke kita tak payah call polis?” soal Ami yang duduk bersebelahan Fariz.

“Aku tak nak bahayakan lagi diaorang Mi… kalau kita buat, nyawa diaorang dalam bahaya.”

“Tapi kau tak rasa ni rancangan diaorang untuk kau datang sana?” Soalan Ami membuatkan Fariz terdiam. Dia sangat serabut ketika itu. Pemanduannya juga sedikit terganggu namun masih dalam keadaan selamat.

“Aku tak tahulah… aku kusut.”

“Aku ada plan.” jawapan Ami membuatkan Fariz memandang ke arahnya. Apakah rancangan lelaki itu?

“KAU?” soal Sya dan Ayriz serentak. Jujur mereka tidak terlintas orang itu yang sanggup membuat demikian.

“Kenapa terkejut sangat? Aku lah ni cinta hati kau , Ayriz Elyna.” sinis sahaja kata kata lelaki itu membuatkan Ayriz mengetap gigi kuat.

“Kau nak apa daripada adik sepupu aku ha? Apa lagi kau tak puas hati?”

“Mana boyfriend kau tu? Haritu bukan main lagi dengan aku kan. Ni dia mana? Kau dipergunakan lagi lah.” sekali lagi sinis kata kata lelaki itu dan tertawa kuat.

“Eh musiba*, kau nak apa hah? Apa yang kau tak puas hati dengan aku!” meninggi suara Ayriz menahan marahnya.

“Wo chillah…. saja aku nak tengok kesayangan aku ni… kitakan dah lama tak jumpa.” kata lelaki itu sambil mengusap lembut pipi Ayriz. Ayriz merenungnya tajam tanpa bergerak.

“Dengan siapa lagi kau buat kerja ni?” keras soalan itu.

“Kau ingat aku tak mampu ke buat semua ni?”

“Memang… sebab plan kau sorang, plan ni awal-awal dah kantoi sebab kau kan bodoh!”

PANG!

Terteleng kepala Ayriz terkena tamparan lelaki itu namun sedikit pun Ayriz tidak menjerit malah mengerang.

“Eh jantan! Kau bodoh ke ha!” marah Sya yang seakan ingin sahaja menendang lelaki itu.

“Lain kali cakap baik baik tau sayang.” lembut sahaja lelaki itu bersuara sambil mengusap perlahan pipi Ayriz.

“Apa yang kau buat ni?” soal seseorang daripada pintu membuatkqn Sya memandang ke arah Ayriz dan Ayriz tersenyum sinis. Ini yang dia nantikan.

“Kau rupanya penyangak tu.” kata Ayriz memandang Wawa yang bersilang tangan memandangnya.

“Diamlah kau perempuan. Dah nak mati pun berlagak lagi.”

“Kau ingat aku nak mampus dekat tangan kau dua ekor… ewww jijik.” tanpa rasa takut Ayriz berkata begitu membuatkan Wawa terus ke arahnya.

“Kau cakap aku apa!”

“Pekak pula tu… aku cakap kau jijik… tak tahu malu rampas suami orang.”

“Kau yang rampas dia daripada akulah!”

“Sebab kau bodoh… orang tu macam nak mati sayang kau tapi kau tinggalkan dia. Mana hati kau? Ouh lupa kena salut dengan arang api neraka itu yang hitam sangatkan.”

PANG!

Ayriz tertawa seperti mengejek sambil memandang semula ke arah Wawa yang sedikit takut dengan dirinya. Sya sudah mengelengkan sedikit kepalanya. Tahu dengan apa yang jadi.

“Itu je kau boleh buat?”

“Kau memang dah gilalah perempuan! Naz ambil pistol tembak je dia bagi mampus.” arah Wawa menjauhkan diri.

“Lah awalnya… kau tak nak seksa aku dulu ke? Orang jarang dapat peluang macam ni tau… kau tak nak seksa aku dulu Naz? “ soal Ayriz sambil tersenyum memandangnya. Senyuman itu mampu membuatkan Naz dan Wawa sedikit gementar. Mengapa gadis ini berubah sekian rupa.

“Tembak dia!” arah Wawamula hilang kewarasan.

“Laki dia belum sampai. Aku nak tengok jantan tu merana tengok perempuan ni.”

“Lah kau jemput ex husband aku ke? Ke bakal suami aku tu? Kau tak nak hidang air dulu? Kejap lagi ada upacara pengebumian kan?” soal Ayriz semakin suka memberi pendapatnya.

Tiba-tiba seseorang daripada mereka datang sambil berbisik sessuatu. Naz mengangguk kemudian dia terus bergerak ke belakang Sya dan Ayriz. Ayriz membe signal kepada Sya untuk mengikut plan mereka. Selang beberapa saat dua lelaki masuk dan ditemani orang mereka yang sudah memegang pistol. Saat ini Sya tidak dapat menahan sebaknya melihat abangnya datang untuk menyelamatkannya. Fariz sedikit terkesima melihat perempuan yang berada di belakang Ayriz ketika itu sedang mengacukan pistol.

“Hai sayang… You miss me?“ soal Wawa sambil tersenyum manis.

“A…apa yang you buat ni Wawa? Kenapa you….”

“You yang paksa i buat macam ni kan. Sebab dia perempuan ni, you tinggalkan i.” kata Wawa sambil menarik kuat rambut Ayriz membuatkan Ayriz sedikit mengerang kesakitan.

“Wawa… please lepaskan dia. Jangan buat dia macam tu. Dia tak ada kena mengena please. You nak i melutut pun i sanggup.” rayu Fariz sambil jalan mendekati mereka. Ayriz yang melihat Fariz menambah bara apabila dia melihat lelaki itu merayu.

“Kau dekat lagi… memang bersepai kepala kau dekat situ.” arah Naz sambil menghalakan pistol ke arah Fariz. Fariz mengangkat tangan menyerah.

“Bosanlah borak macam dalam drama. Bila nak mula upacara ni?” soal Ayriz mula bosan. Semua disitu terkejut mendengar ayat yang keluar daripada mulut Ayriz. Ami yang sudah tahu perangai adik sepupunya memandang Sya dan Sya mengangguk sambil menangis. Ami menarik Fariz.

“Kenapa?” soal Fariz pelik.

“Kita dah lambat Fariz.” kata Ami perlahan.

“Perempuan macam ni you nak Fariz? Gila!” Sekali lagi Ayriz ketawa dan terus membuka langkah dengan menyiku perut Wawa dan terus merampas pistol. Suasana menjadi riu. Fariz jelas pucat wajahnya melihat Ayriz begitu.

BANG!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience