Bab. 01

Family Completed 223671

DENGAN air mata yang dari tadi tidak berhenti membasahi pipinya, summayah menghampiri suaminya beserta ibu bapa mertuanya yang duduk di ruang tamu bersamaan seorang wanita.

    "Sayang.. Tolong jangan nangis lagi, abang tak sanggup tengok sayang sedih macam ni. " pinta Amsyar pada isteri nya itu.

    " abang.. Maya taknak abang buat keputusan macam ni, abang rezeki tu di tangan tuhan.. Siapa kita nak buat macam tu, lagipun dokter tak sah kan pun diantara kita ada masalah. Mungkin saja rezeki kita masih belum ada lagi bang.. " Ujar summayah sedikit sebak mendengarkan apa yang dikatakan suaminya beserta ibu bapa mertuanya itu.

    "Maya! Kamu tu tak sedar lagi ke ha? Dah setahun kami bagi kamu peluang untuk berikan zuriat pada Amsyar, tapi mana semua tu? Tempoh permintaan kamu sudah habis. Sekarang ni mama nak kamu tunaikan janji kamu untuk izinkan Amsyar untuk kahwin lagi sekali! " sampuk puan salwa.

   "Mama.. Tolong bagi maya masa lagi untuk berusaha, insyaallah maya akan bagi keturunan untuk mama dengan papa.. "  Bidas summayah sedikit tidak bersetuju dengan rancangan kedua mertuanya itu. Walaupun dia pernah berjanji untuk mengikuti saja keputusan mereka. Tapi kenyataan itu tak dapat diterima nya untuk seketika. Dia tidak mahu harus berbagi kasih dengan sesiapa.

    "Keputusan kami muktamad! Ucapan maya mama tuntut, jadi sekarang tiada istilah tidak mengizinkan untuk berkahwin lagi sekali. Sebab kamu sendiri dah kata dengan kami akan mengikuti saja keputusan kami. Jadi inilah yang kami berikan kepada perkahwinan kamu jalan keluar" Bantah puan salwa.

Amsyar yang berdiri mendengar perdebatan mengenai perkara itu hanya diam seribu bahasa. Tidak tahu harus mengatakan apa. Dia sangat mencintai isterinya tapi tak mungkin untuknya membantah keputusan kedua orang tuanya. Meskipun ia adalah salah dan akan menyakiti hati isteri nya. Tapi perjanjian tetap perjanjian. Masa mereka sudah habis, sekarang mereka harus menunaikan perjanjian itu semua.

     "Maya.. Saya tahu bukan mudah untuk kamu menerima semua nya, tapi percayalah shuha takkan pernah dapat mengantikan tempat maya dihati abang am, niat shuha hanya untuk memberikan zuriat pada hubungan kalian.."  Ujar shuhada yang dari tadi diamkan diri terus menghampiri summayah yang masih bersedih dengan keputusan yang dibuat oleh mereka.

    "Abang am..  Shuha tak berniat untuk musnahkan perkahwinan abang am dengan maya, shuha hanya mengikuti saja keputusan dan takdir yang sudah ditetapkan untuk shuha."  ujarnya lagi Turut simpati dengan hubungan itu.

   "Minggu ni mama akan tetapkan perkahwinan shuha dengan Amsyar!, ingat mama taknak dengar apa apa bantahan dari sesiapa! Termasuk dari kamu maya! Ingat dengan apa yang pernah kamu katakan pada mama yang kamu akan mengikuti saja keputusan mama. " Ujar puan salwa sedikit tegas pada menantu dan anaknya itu.

Sedangkan summayah  hanya mengeluarkan air mata mendengar apa yang dikatakan ibu mertuanya itu.  Sudah terlambat untuk nya menghalang perancangan itu. Keputusan sudah pun dibuat. Dan perjanjian sudah tamat tempoh pada yang ditetapkan oleh mereka. Untuknya memberikan zuriat dalam masa setahun, tapi masih belum ada sebarang tanda dia mengandung.

   "Amsyar! Mama nak kamu bawa shuha pergi butik perkahwinan hari ni juga. Tak payah nak berlengah lagi . Kamu tetap akan kahwin dengan shuha." Arah puan salwa pada anak lelaki nya itu. Sedangkan shuhada hanya menurut saja sebelum membawa lelaki itu untuk mengikuti nya pergi dari situ.

   "Sayang abang pergi dulu ye.. " izin Amsyar sebelum diheret pergi dari situ. Tanpa sempat menghulurkan tangan nya untuk dijabat isteri nya itu.

Sedangkan Summayah terus mengambil langkah pergi memasuki bilik sedari kepergian suaminya dari situ. Sedih bercampur baur dengan masalah dirinya. Tak mungkin dia tidak boleh mengandung, dia sendiri sudah mendapat kan kepastian dan terbukti dia tidak ada masalah. Sama seperti suaminya yang juga sihat-sihat saja. Jadi apa yang menjadi permasalahan pada mereka membuatkan mereka sulit untuk mendapatkan zuriat itu?.

* * *

    "Abang nak pakaian macam mana untuk baju nikah kita nanti? Kalau kita pilih warna yang ini boleh tak? Sebab shuha baru pertama kali kahwin jadi shuha tak tahu, tak macam abang dah kahwin. Jadi abang tahulah macam mana nak pilih baju nikah yang bagus kan? " ujar shuhada pada Amsyar yang dari tadi hanya termenung diamkan diri disamping nya.

    "Kamu pilih lah mana yang terbaik untuk kamu shuha, saya tak tahu nak pilih macam mana.. Kamu sendiri tahu kan perkahwinan saya dengan summayah tak macam ni.. Kami berdua kahwin pun tanpa kehadiran sesiapa" Balas Amsyar datar.

Perkahwinan nya dengan summayah dulu pun tidak seperti yang dilakukan ibunya pada perkahwinan nya dengan shuhada. Ibu dan ayahnya pun tidak menghadiri perkahwinan nya di kampung dulu. Dah summayah bukanlah menantu pilihan apalagi yang dimahukan ibunya. Bahkan ambik masa yang lama untuk ibunya menerima summayah masuk kedalam keluarga nya. Sampailah sekarang ibunya seperti terpaksa menerima summayah itu ada lagi di dalam keluarga itu.

    "Takpelah, biarkan shuha saja yang uruskan semuanya.. Tapi shuha cuma mahukan abang am ada disamping shuha untuk menemani shuha, ye abang? " Ujarnya sebelum kembali meneruskan pilihan nya.

Sedangkan Amsyar hanya mengangguk perlahan sebelum mengambil tempat duduk untuk menunggu nya memilihkan pakaian dihari pernikahan nanti.

* * *

   "Kamu ni salwa tak rasa bersalah ke buat pada menantu kita macam tu? Kamu dah buat keputusan yang tidak disetujui oleh mereka. Kamu masukkan orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Kamu tidak rasa bersalah kah? " Tegur Encik kamarul pada isterinya itu sebaik saja hanya mereka berdua disitu.

     "Salwa buat semua ni untuk kebaikan bersama. Awak tu tahu apa? Bukannya awak tahu pasal mereka. Yang awak tahu hanya uruskan kilang beras awak tu" Balas Salwa sambil menanggalkan segala perhiasan nya kedalam laci untuk membersihkan diri.

    "Macam ni lah kamu, tiap kali saya nak tegur ada saja yang nak dijawabnya. Kamu tak sedar ke yang mereka itu hanya terpaksa menerima keputusan yang kamu inginkan. Mereka itu masih berusaha, cubalah kamu ni prihatin sikit untuk bagi mereka itu masa" Ujar encik kamarul lagi.

    "Awak tak perlu nak ajar saya, awak ingat tau kalau bukan disebabkan saya awak tu tiada ada di tempat awak sekarang ni. Saya lebih tahu apa yang saya buat jadi awak tak perlu nak bantah semua keputusan saya. " Jawabnya lagi sebelum puan salwa berdiri dari duduk nya dan terus memasuki bilik mandi.

Sedangkan encik kamarul hanya menggeleng kepala memandang kepergian suaminya itu. Jangan kan mereka semua. Dia sendiri sebagai suami terpaksa mengikuti saja telunjuk isteri itu. Tiada siapa yang mampu menghalang apalagi cuba membantah keputusan nya.

* * *

Summayah yang tertidur di atas katil terbangun dengan jeritan dari ibu mertuanya yang dari tadi berteriak diluar bilik nya. Dengan mengetuk pintu kuat berulang kali. Sebelum Summayah menyeka air mata yang masih tersisa di diwajahnya.

    "Kamu kenapa lambat sangat nak buka pintu ni ha?, amboi orang lain sibuk kerja kau sedap sedap tidur sampai tak masak untuk makan malam eh. Kenapa? Kau masih tak boleh terima ke dengan keputusan mama untuk kahwin kan anak mama dengan shuha tu? " Jerkah Puan salwa pada menantu nya itu.

   "Maafkan maya ma.. Maya tak larat sangat, tolong bagi maya rehat malam ni.. " pintanya dengan seluruh tubuhnya yang tampak lesu tidak bermaya. Dengan wajahnya yang pucat.

    "Sebab ni lah saya tidak pernah suka kamu jadi menantu saya, Kamu tu pemalas sangat tahu tak! Macam mana lah anak saya tu boleh jadikan kamu tu isteri dia. " Ujarnya sedikit tidak puas hati.

Sedangkan summayah hanya diamkan diri saja mendengar segala cacian dan hinaan yang dilontarkan padanya. Sekarang ini dia sudah tidak larat mahu perdebatkan lagi semuanya. Sudah cukup semuanya menyiksa batinnya. Dia perlukan masa untuk terima segalanya.

    "Ingat maya! Kau menangis air mata darah sekali pun aku takkan pernah batalkan semuanya untuk simpati dengan kesedihan kau! Aku akan tetap kahwinkan Amsyar dengan menantu pilihan aku.. Tak kisahlah kau suka atau tidak! " bentaknya lagi sebelum berlalu meninggalkan menantu nya itu disitu.

Sedangkan summayah yang tadinya hanya diamkan diri memandang kepergian ibu mertuaku itu terus menangis teresak-esak disitu. Mengapa semua itu berlalu terlalu cepat? Mengapa setahun itu tidak cukup untuk menampakkan usahanya? Apalagi dia harus lakukan untuk buatkan semua itu tidak akan pernah berlaku?.

* * *

   "Abang am.. Abang okey? Kenapa abang diam je dari tadi? Abang pikirkan apa? Abang.. Kalau abang terpaksa kahwin dengan shuha.. Tolong abang cakap! Shuha taknak jadi perosak rumah tangga abang.. Abang niat shuha hanya untuk buat semua orang bahagia. Bukan termenung diamkan diri macam ni" Ujar shuha pada Amsyar yang hanya memandu tanpa bersuara.

    "Shuha.. Abang tengah memandu, abang tak pikirkan apa apa.. Lagi satu shuha jangan cakap macam tu.. Abang tak pernah anggap shuha sebagai seorang pemusnah. Abang justru berterima kasih pada shuha sebab terima permintaan mama untuk lahirkan zuriat abang. "  Balasnya pada wanita itu.

   "Maafkan shuha abang.. Shuha tak bermaksud marahkan abang.. Shuha cuma taknak sesiapa terpaksa dengan apa yang ibu kamu tentukan.. Lagipun shuha rela hati mengorbankan diri shuha untuk kebahagiaan abang dan semuanya. Shuha bersedia untuk jadi isteri kedua abang.." Ujarnya

Sedangkan Amsyar hanya mengangguk faham sebelum mengusap lembut ubun-ubun wanita itu.

   
Setibanya mereka berdua di rumah itu. Amsyar mula membawa shuhada memasuki rumah atas permintaan ibunya. Untuk mengajak shuhada turut makan malam bersama mereka.

    "Shuhada.. Kenapa kamu berdua nak tercegat lagi di luar tu? Cepatlah masuk.. Makan malam dah siap dah tu.." Arah puan salwa pada anaknya dengan bakal menantu nya itu.

   "Halah.. Sabar lah.. Nak kahwin dah pun, nanti kamu berdua boleh lah berdua-duaan lama mana yang kamu berdua mahukan. Sekarang ini kamu berdua masuk dulu kita makan malam ye. " ujarnya lagi dan terus masuk kedalam terlebih dahulu.

Shuhada beserta Amsyar hanya tersenyum kecil. Sebelum keduanya memasuki rumah itu.

     "Summayah mana mama? Dia tak ikut makan malam sekali ke? " Tanya Amsyar sedari tidak melihat langsung kelibat isterinya disitu. Takkanlah isterinya itu masih bersedih dengan apa yang sudah terjadi?

    "Betul tu aunty.. Shuha tak nampak pun maya ada dimana.. Dia ada dekat bilik ke? Takpela.. Kalau macam tu shuha panggil dia sekali ye.. " sampuk shuhada.

    "Dah tak payah!, shuha duduk makan dulu.. Pasal maya tu dia memang taknak keluar dari dalam bilik tu. Ikut dia lah, ingat dia tak ada, orang dalam rumah ni kebulur ke? Tahu tak! Mama sampai terpaksa pesan semua makanan ni disebabkan isteri kamu tu malas nak masak! Itu yang kamu nak sangat ke  Amsyar? Kalau tak dikenang kan dia tu menantu mama dah lama mama halau dia keluar tahu tak! " Ujar Puan salwa tidak puas hati.

    "Kenapa mama? Maya tak sehat ke?.. Takpelah biar Amsyar pergi tengokkan dia dulu. " ujarnya dan terus berdiri dari duduknya. Sebelum tiba-tiba puan salwa bersuara menahan nya untuk pergi.

    "Amsyar kamu duduk! Biarkan saja isteri kamu tu! Dia bukannya sakit pun.. Saja mengada nak kan perhatian kamu! Ingat eh Amsyar! Mama tak ajar kamu untuk tinggal kan tempat duduk kamu sebelum tetamu balik. Dah cepat makan.. Nanti lepasni kamu hantar shuha balik" Arahnya pada anak lelaki nya itu. Sedangkan Amsyar hanya terdiam sebelum kembali melabuhkan punggung nya di kerusi.

    BARU saja balik dari menghantar shuhada ke rumahnya. Amsyar terus saja bergegas menuju ke bilik untuk menemui isteri nya. Dia sangat risaukan summayah. Sepanjang makan malam isteri nya itu tidak keluar keluar. Bahkan sampai selesai makan sehingga lah dia terpaksa menghantar  shuhada balik isteri nya itu tidak keluar dari bilik.

    "Sayang!.. Buka pintu ni please!.." laung Amsyar dari luar bilik sambil mengetuk pintu berulang kali.

    "Sayang! Tolong benarkan abang masuk!.. Sayang tahu kan berdosa biarkan suami memanggil tanpa sahutan, abang nak jumpa isteri abang.. Tolong buka pintu ni! " Pintanya lagi. Dengan tidak putus asa mengetuk pintu itu berulang kali sehinggakan isteri nya membukakan pintu bilik itu untuk nya.

Sedangkan Summayah yang tadinya kembali terlena sedikit terganggu dengan ketukan pintu berulang kali. Sebelum summayah mencelikkan matanya dan bangun dari perbaringannya perlahan lahan menuju kepintu untuk membuka.

   "Sayang!.. Kenapa ni? Kenapa macam ni?.. Tolong jangan buat abang risau macam ni.. Kalau ada apa apa sayang cakap pada abang.. Jangan diam tak bersuara macam ni. " Soal Amsyar bertalu-talu sambil memegang kedua bahu isteri nya.

    "Abang jangan sentuh saya! Dan tolong jangan ganggu saya.. Saya perlukan masa bersendirian sekarang saya minta maaf " Balasnya dengan suara yang sedikit serak. Dan tubuhnya yang begitu lemah untuk berdiri terlalu lama.

   "Tak! Abang tak kan lepaskan pegangan ni sampai sayang cakap apa yang terjadi pada sayang!.. Tolong jangan buat abang macam ni.. " ujarnya lagi cuba untuk memaksa isteri nya itu bercakap dengan nya.

    "Selepas apa yang dah jadi abang masih tanya kenapa?.. Abang sedar tak apa yang dah jadi sekarang? Atau abang hanya berpura-pura tidak tahu dan seolah-olah tidak memahami perasaan maya?. Abang tak pernah menolak dengan kemahuan mama! Abang semua nak dengar cakap mama..sampaikan mama buat keputusan untuk hubungan kita! Abang sedar tak semua tu?" Ujarnya dengan air mata perlahan lahan membasahi pipinya. Dia benci dengan perasaan ini. Dia benci dengan dirinya yang hanya bisa menangisi keadaan tanpa kekuasaan.

welcome to my novel, and thanks for reading.. have fune

Share this novel

Dewi pesona
2024-04-14 03:07:10 

V14GR4 USA ASLI ORIGINAL. ☎️/?O

mynn.nnym
2023-12-14 17:26:30 

Time stamp 17:30 141223 ❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience