Fakhrul merenung ke arah isterinya. Matanya tidak berkedip melihat bidadari yang sedang berbaring mengiring ke arahnya. Matanya tidak mampu ditutup. Pemandangan yang dia nantikan selama empat tahun.
Hana Aishah sedang tidur dalam satu ketenangan yang sudah terlalu lama dia tidak lihat diwajah isterinya. Nafas hangat yang dihembus keluar melalui mulut isterinya yang terbuka sedikit itu menampar wajahnya. Mata yang seperti selalu tidak tutup sepenuhnya itu menandakan tidur yang lena.
Kesempurnaan wajah yang menjadi penghuni mimpinya semenjak enam tahun lepas. Besarnya kebesaran Dia, memberinya peluang walaupun dosanya yang bergunung tinggi. Mengembalikan kebahagiaan dunia yang dia berdoa dalam setiap solatnya berkekalan sehingga ke akhirat.
Petang itu dia mahu saat itu berhenti. Kalau dia mampu membekukan masa sudah pasti dia lakukan. Bahagia dan ketenangan yang hadir itu sudah terlalu lama mereka nantikan sehinggakan Fakhrul takut sekiranya masa itu berlalu , dua bend aitu akan turut hilang.
Sepasang anak mata coklat yang awalnya penuh kesakitan , beransur hilang dan digantikan dengan cinta yang disangkanya sudah hilang. Air mata lelakinya mengalir tanpa rasa malu beberapa jam lepas saat dia dapat melihat cinta yang sangkanya sudah pergi.
“Aishah rindu Abang. I miss you” saat bait kata itu meniti bibir isterinya segala tembok yang ada antara dia dan Hana Aishah seperti melebur pergi.
Mungkin di puncak kasih mereka adalah tempat di mana dia dapat melihat isi hati isterinya. Tanpa amarah , tanpa ragu – ragu , tanpa rasa takut.
Sejujurnya Fakhrul takut. Terlalu takut. Sewaktu di rumah arwah nenek Hana Aishah dia merasakan kegelojohannya mahu menyalurkan segala cintanya membuatkan Hana Aishah semakin terluka.
Menyesal itu tidak kerana rindunya terubat untuk seketika tetapi membayangkan pergelutan emosi isterinya selepas malam itu membuatkan Fakhrul merasa bersalah. Malam itu dia sekali lagi gagal memikirkan keadaan isterinya.
Tetapi kali ini dia mengikut rentak isterinya. Membiarkan Hana Aishah mencari rentak yang tidak menyakiti isterinya. Untuk kali pertamanya dia gembira kerana beberapa jam lepas , mereka seperti pasangan yang baru mengenal cinta.
Fakhrul menyesali kegelojohannya yang akan berakhir dengan kelukaan untuk Hana Aishah setiap kali. Tadi untuk kali pertamanya semenjak mereka menjadi suami isterinya , hatinya puas. Puas kerana dia dapat memberi sesuatu yang selama ini tidak pernah dia berikan perhatian.
Keselesaan Hana Aishah , kehendak Hana Aishah , kebahagiaan isterinya… ahh segalanya terlalu sempurna tadi. Dia dapat merasakan kegembiraan isterinya yang tidak pernah ada sepanjang mereka hidup berdua.
“Bukan susah pun Fakhrul. Kalaulah engkau dengar dan tidak gelojoh dalam berkata mahukun menghakimi” suara hatinya sempat mengutuknya.
Fakhrul cepat – cepat mematikan suara hatinya dan kembali kepada momen itu. Tangannya naik memaut pinggang isterinya disebalik selimut itu. Desahan Hana Aishah kedengaran sebelum tubuh isterinya kembali rapat kepada tubuhnya.
“I love you Hana Aishah. I love you more than anything” Fakhrul berbisik di telinga isterinya lembut.
“Emmm, Aishah sayang Fakhrul” tubir mata Fakhrul menjadi hangat sebelum bibirnya mendarat di ubun – ubun isterinya.
**************************************************************
Mata Fakhrul merenung Hana Aishah yang kelihatan berseri pagi itu. Kecantikan Hana Aishah yang sentiasa membuatkan jantungnya berentak irama bahagia. Skirt labuh berwarna hitam yang menyapu permaidani rumah itu dipadankan dengan blaus berwarna sama. Wajah yang sempurna tanpa dicalit solekan yang sentiasa menyakitkan mata Fakhrul.
“Mak Zah. Hana nak laksa. Pleaseeeee” suara ceria Hana Aishah kedengaran daripada dapur sehinggalah ke ruangan makan yang penuh pagi itu.
Kapten Azam dan Puan Sri Maria semalam bermalam di situ. Dan pagi ini , ipar duai Fakhrul ikut serta untuk melawat Idora yang baru sahaja melahirkan. Maka meriahlah pagi itu mereka semua bersarapan.
“Alaa please Mak Zah. Tak nak tunggu petang. Nak laksa for breakfast. Hana dah check dah. Barang semua ada” senyuman lebar terukir di bibir Fakhrul saat dia melihat kelibat isterinya yang sedang memeluk pinggang Mak Zah memujuk. Panjang muncung isterinya mendengar bebelan Mak Zah.
“Tak boleh. Petang baru Mak Zah masak. Hana makan dulu bihun goreng Mak Zah buat. Makan yang putih bukan merah. Semalam makan tengah hari je. Lepas tu sampai ke pagi ni tak turun. Hana dah la gastrik” Mak Zah membebel sambil menyusun makanan di atas meja makan itu.
“Gastritis lah and Hana ok je la. Mana ada gastritis dah. Please. I really want laksa. Nak laksaaaaaa” habis pipi Mak Zah dikucup Hana Aishah berkali – kali.
“Adik. Jangan kacau la Mak Zah tu. Duduk sarapan dulu. Dah penuh perut barulah makan benda pedas. Perut awak tu dah la sensitive” Teacher Basirah sudah bersuara maka Hana Aishah melangkah dalam keterpaksaan ke arah Fakhrul dan Adam.
“Panjangnya muncung. Kalah keris Mat Kilau” Fakhih yang baru tiba di ruangan makan sempat mengusik Hana Aishah. Tetapi yang mengejutkan seisi ruangan itu adalah jeritan insan yang terlalu dirindui Adam.
“Adam!” jeritan Mary Irina kedengaran mengejutkan mereka.
Tetapi yang paling teruja haruslah Adam. Tidak sempat Fakhrul menahan Adam sudah berdiri di atas kerusi bayinya. Mary yang cantik berbaju gaun berwarna ungu itu sedang berlari laju menuju ke arah Adam.
“Am down. Down. Faster babah. Faster” Adam merenung ke arah Fakhrul dengan arahan yang tegas.
“Amboi garangnya” Kapten Azam mengusik Adam.
“Muka perangai semua sebijik babah dia. Padan la tu, buku bertemu ruas” Hana Aishah mengomel sebelum punggungnya dihenyak kasar di kerusi di sebelah Fakhrul.
“And you still love us both sayang” Fakhrul sempat mencuri satu kucupan yang selamat mendarat di pipi Hana Aishah sebelum menurun kan Adam. Hana Aishah mengetap bibirnya menahan geram dengan aksi spontan Fakhrul.
“Apa you ni?” tangannya mengesat bekas tempat ciuman Fakhrul menggunakan hujung lengan bajunya. Fakhrul melihat wajah isterinya yang sudah berkerut seribu.
“Masam nya muka tu” bibir bawahnya pula menjadi mangsa Fakhrul. Bibir Hana Aishah tersepit di antara ibu jari dan jari telunjuk kanan Fakhrul. Mata Hana Aishah dijulingkan ke atas.
“Tukar tempat la macam ni. Ishhh” Hana Aishah mendengus kasar saat bibirnya dilepaskan.
“Ok jom” Fakhrul ikut berdiri sebelum mengangkat pinggannya mahu membuntuti Hana Aishah.
“Fakhrul please refrain yourself from irritating me. Its too early for me to deal with you” Hana Aishah menjelingkan matanya tetapi yang menyambut hanyalah senyuman Fakhrul. Senyuman yang membuatkan pendiriannya sentiasa goyah seperti saat itu.
“I`m not sayang. I just want to be near you 24/7” Hana Aishah membuat muka menyampah sehingga pecah tawa mereka di meja makan.
“Adik jangan bertekak depan rezeki. Duduk makan” Kapten Azam menegur tegas saat melihat bibit bibit pergaduhan yang seperti mulai muncul. Hana Aishah mengetap bibirnya geram sebelum melarikan pandangannya daripada Fakhrul.
“Eeee geram lah” punggungnya kembali di labuhkan di kerusi. Hana Aishah menjadi hilang punca saat melihat wajah Fakhrul yang dihiasi senyuman semenjak mereka bangun tidur pagi tadi.
Mengingatkan semalam , penyesalan yang dia harapkan hadir tidak kunjung tiba. Entah apa yang merasuk diri Hana Aishah dia pun tidak tahu tetapi yang pasti malam tadi tidurnya nyenyak. Tanpa ubat yang setiap malam dia ambil, dia tidur tanpa sedar akan malam yang mula disinari mentari pagi.
“Sorry sayang if I overstep myself” Hana Aishah tersentak daripada lamunannya saat bisikan Fakhrul kedengaran. Cukup kuat hanya untuk telinganya mendengar.
Makanan di dalam pinggannya di kuis. Seleranya tiba – tiba mati. Pelbagai persoalan bermain di mindanya tentang malam semalam, perasaan yang pelik – pelik mulai muncul dan dia menjadi semakin tertekan. Emosinya yang tadi positif tiba – tiba bertukar negatif.
Saat tangan Fakhrul memaut pahanya di bawah meja , Hana Aishah menjadi semakin tertekan. Ikutkan hati dia mahu sahaja dia tengking Fakhrul yang kembali berkelakuan seperti mereka tiada permasalahan.
“You threw yourself at him tonight, what was he suppose to think?” suara hatinya memerli.
“Im sorry sayang. Sayang makan ok. I wont disturb you or you want me to go away” inilah sebabnya dia menyampah.
Baru sahaja hendak membenci Fakhrul ada sahaja perkara yang lelaki itu buat untuk membuatkan dia merasa bersalah. Beberapa helaan nafas dia ambil untuk menenangkan dirinya untuk tidak membuat drama di hadapan keluar mereka.
“Just eat” Hana Aishah berbisik sebelum menyumbat masuk nasi lemak ke dalam mulutnya. Selaju mungkin untuk melarikan diri daripada meja itu.
******************************************************************
“You merayap pergi mana pulak tadi? Since after breakfast dah hilang” Hana Aishah bertanya kasar saat Fakhrul melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia sedang duduk bersandar sambil menepuk punggung Adam yang sudah terlelap selepas menyusu.
Selepas sarapan , dia terus memerapkan dirinya di dalam bilik. Dia angkut Adam dan anak – anak saudaranya ke dalam bilik sebelum sempat sesiapa memberinya tugasan lain seperti melekat dengan Fakhrul 24 jam.
Hasilnya tunggang terbalik bilik tidur itu dibuatnya tetapi Hana Aishah puas melihat kegembiraan Adam. Dia tidak pernah melihat Adam sebahagia itu.
Mungkin kerana sepupu – sepupu Adam sabar melayan anaknya yang masih tidak mampu bertutur secara jelas. Mungkin kerana mereka tidak meninggalkan Adam yang masih merangkak dan tidak mampu berjalan sendiri itu.
“Sorry sayang. Abang banyak mak pergi rehab tadi. I missed the previous 2 appoinment. Kamal did update but I wanted to see the rehab physician myself” Hana Aishah terus tersentak saat itu.
Punyalah dia sibuk dengan kesihatan Fakhrul dan masalah jiwanya , dia lupa tentang temu janji ibunya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Tetapi rasa itu membuatkan hatinya jengkel tiba – tiba.
“You tak payah nak tunjuk baik sangat. Yesterday shouldn’t have happen” tanpa berfikir sesaat mulutnya laju meluahkan rasa menyampahnya.
Fakhrul yang sedang berjalan menuju ke arah dia di atas katil terus terhenti langkahnya. Wajah yang tadi tersenyum walaupun dalam kepenatan yang jelas lagi bersuluh terus lenyap.
Beberapa saat berlalu sebelum Fakhrul melangkah semula ke arahnya. Anak – anak saudaranya awal tadi sudah diambil pergi pembantu rumah. Yang ada di dalam bilik itu hanyalah mereka tiga beranak sahaja.
Hana Aishah melihat wajah suram lelaki itu. Diam merenung ke permaidani. Dalam setiap saat yang berlalu rasa marah tadi tadi mula digantikan dengan satu perasaan lain saat melihat wajah lelaki itu yang terluka.
“What you said was right. My sorry will never be enough. I will never be able to erase your pain. It will never erase the bad memories I`ve painted in your life” tubir mata Hana Aishah terasa panas saat itu.
“I`m sorry if I hurt you again yesterday. I want to show you only love but I don’t know how. Abang rindu sangat sayang” tersekat – sekat suara Fakhrul saat meluahkan rasa hatinya. Fakhrul mengumpal tangannya menahan dirinya daripada menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.
“Sorry sayang. Abang tak fikir perasaan sayang semalam. I just wanted to show you how much I miss you love. It hurt so much carrying this overflowing love that I am so desperate to show you but at the same time I don’t want to hurt you… but I guess I… I did. Again…. Right” Hana Aishah melarikan wajahnya saat melihat butiran yang mulai gugur daripada tubir mata Fakhrul.
Hana Aishah mengigit bibirnya kuat menahan esakannya.
“Sayang rest. I`ll take care of Adam. Sorry I left you alone with him” saat Adam bertukar tangan Hana Aishah menarik gebar menutupi seluruh tubuhnya. Matanya di pejam rapat dan di saat itu dia dibawa kembali ke petang semalam.
Setiap sentuhan Fakhrul penuh hati – hati kerana takut melukai dia jadi kenapa maaf yang lelaki itu beri. Dia yang memaksa kerana mahu menghapuskan memori lama dan itulah yang dia dapat tetapi kenapa hari ini marahnya kembali.
****************************************************************
“Kak Dik ok?” Hana Aishah memaut tangan Hana Aqilah yang memeluk tubuhnya erat daripada belakang.
“Aktifnya baby” Hana Aishah tersenyum memberi komen saat dia dapat merasakan tendangan padu bayi Hana Aqilah.
“Ye aktif sangat. Achik tak sabar nak tahu the gender. I hope it’s a boy. Ermm actually tak kisahlah janji baby sihat. Sempurna , cukup sifat” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar harapan Hana Aqilah.
“Bila scan? Achik follow up dengan specialist mana?” Hana Aishah bertanya sambil membantu Hana Aqilah untuk duduk di pankin. Entah ke mana Fakhrul dan Adam pergi. Saat dia terjaga daripada tidurnya bilik tidur yang tadi bersepah sudah bersih manakala kesunyian yang menyelubungi bilik itu menyesakkan dadanya.
“Dengan kawan Abang Fakhrul. Achik tak sure nama dia apa. Tapi next week dah masuk 24 weeks so nak buat detail scan” buat sekelian kalinya Hana Aishah terdiam.
“He seems to be taking over everything” tanpa sempat dia tahan, bibir Hana Aishah meluahkan rasa hati yang terpendam.
“Of course, la Kak Dik. Kak Dik kan tak ada , so memang abang Fakhrul take over everything. Mak abah check up , pastu Beeqa`s issues. Kalau tak ada Abang Fakhrul achik pun tak tahu what will happen to us” Hana Aishah diam mendengar.
“Mak kan tak nak keluar rumah lansung since after you left so abang Fakhrul will come every month buat check up , susun ubat mak abah macam dulu Kak Dik buat , settle kan their sakit pening… actually kitorang semua punya sakit pening. Achik bersyukur sangat ada Abang Fakhrul..” Hana Aishah merenung wajah adiknya saat suara sebak adiknya yang mulai tersekat itu.
“Achik rasa Achik jahat sangat dengan arwah Adam tapi waktu Beeqa kena diagnosed with deafness, Abang Fakhrul lah yang arrange semua benda. Time tu lah tiba dapat tahu jantung Beeqa ada lubang , time tu … time tu lah semua benda nak jadi. It doesn’t feel like you weren’t there. Cause he was there like how you will be there for us” kuat genggaman Hana Aqilah di akhir bicara adiknya itu.
Tubir mata Hana Aishah yang tadi hangat mulai menurunkan air mata. Murah sungguh air matanya saat itu. Apa yang cuba Tuhan sampaikan kepadanya ini. Mindanya kusut dengan permainan emosi yang mencelarukan segala pendiriannya.
“Sorry, Achik tak ada niat nak lukakan hati Kak Dik tapi Achik nak tengok Kak Dik happy dengan Abang Fakhrul. I don’t know what happen between you too but his love for you never faded. He`s trying so hard to fill in your spot when you were gone” Hana Aqilah tersenyum pahit melihat kakaknya yang sedang merenung ke rumpunan yang menghijau itu. Air mata kakaknya mengalir lebat membasahi genggaman tangan mereka.
“Kak Dik pandang Achik” Hana Aqilah menarik wajah kakaknya merenung tepat ke dalam anak matanya.
“Don’t pity him but for once listen to your heart. Kak Dik tanya balik hati Kak Dik. If you really loves him then don’t hurt him because you are only hurting yourself” Hana Aishah memeluk erat Hana Aqilah saat adiknya memberitahu satu hakikat yang dia cuba melarikan dirinya daripada.
“You deserve so much happiness Kak Dik. Don’t run away from it. You did so much already for everyone. Just let him take care of you now” Hana Aqilah mengusap belakang badan kakaknya yang sedang bergetar dengan esakan.
Hana Aishah menghabiskan masanya bersama Hana Aqilah sehingga matahari terbenam. Terlalu banyak yang berlaku sepanjang ketiadaannya. Dia lari membawa luka dan kembali bersama luka yang sama. Masih lagi berdarah kerana seperti yang Hana Aqilah katakan , siapa yang dia mahu menipu saat itu.
********************************************************************
Hana Aishah sedang duduk berteleku di atas sejadah selepas isyak. Bayangan Fakhrul dan Adam lansung tidak kelihatan semenjak dia bangun daripada tidurnya petang tadi.
Ketenangan itu amatlah dia perlukan. Solatnya tidak diganggu sesiapa pun. Khusyuk yang dia cari untuk memintak petunjuk pada yang satu. Fakhrul datang membawa seribu janji , janji yang sejujurnya tidak pernah Fakhrul berikan kepadanya dahulu.
Memang semenjak dahulu lagi dia meminta dan terus meminta tetapi lelaki itu tidak pernah berikan. Mungkin kerana Fakhrul tahu bahawa satu hari nanti dia akan melukai hati Hana Aishah. Kepercayaan yang dia pinta , hormat yang dia mahukan. Segalanya dijawab dengan kebisuan.
“Am I asking too much? I just want respect. I just need him to trust me” Hana Aishah berbisik di atas tikar sejadah itu.
“Apa yang sedang Engkau tunjukkan kepada aku Ya Allah. Jalan apa yang sedang aku lalui ini Ya Allah. Aku bingung” Hana Aishah meratapi nasib perjalanan hidupnya.
“Kenapa Engkau izinkan aku lari sejauh itu kalau di pengakhirannya aku tetap kena kembali ke tempat yang sama memberi aku seribu duka. Dia , insan yang sama membuat tidur aku tidak pernah lena , dia lelaki yang sama mengotori ikatan yang sepatutnya suci ini … kenapa rasa ini masih ada. Kenapa Engkau tak padam rasa … sakit Ya Allah … sakit!!” Hana Aishah mengongoi di atas tikar sejadahnya.
Entah berapa lama dia terbaring di dalam tangisannya dengan kitab suci dipeluk seeratnya. Ketenangan yang dia mahukan , petunjuk yang dia idamkan , jalan yang dia mahu Tuhan tunjukkan tidak kunjung tiba. Lelah dia menghadapi segalanya.
Haruman Fakhrul semakin kuat menandakan kehadiran lelaki itu. Haruman yang tadi hanya berlegar di ruangan menjadi semakin kuat. Kehadiran Fakhrul membawa kembali ketenangan yang dia cari. Rasa kebas itu kembali hilang. Seperti semalam. Untuk seketika Hana Aishah dibawa lari daripada segala memori pahit.
“Aishah penat. Penat sangat” bibir Hana Aishah bergetar hebat.
“What are you doing to me Fakhrul?” jujur pertanyaannya petang itu. Saat itu Fakhrul sudah ikut berbaring bertentangan dengannya. Mata Hana Aishah menusuk ke dalam anak mata hitam yang pagi tadi dipenuhi dengan bahagia. Bahagia yang membuatkan hati Hana Aishah tenang.
“Kenapa tenang itu datang bila you ada? You are the reason behind every pain that I`m having. You are the sole reason I cant sleep at night. Being with you reminded me of each and every pain that you gave me…. but… but why…. Why the only peace I could get is by being with you?” Hana Aishah bertanya jujur.
“Kenapa bukan dulu Fakhrul. I bagi you peluang. Tak terkira peluang I bagi Fakhrul. After what… Allah, Allah … you left me and Adam … you tak kesian lansung dekat I. You tak kesian lansung dekat Adam. Kesian Adam… anak I tunggu you Fakhrul. Adam waited for you and you didn’t come. Sampai akhir nafas dia….”
“And here I am. Still stupidly needing you after what you did to me and my baby. Kenapa I bodoh sangat Tengku Fakhrul?” tawa Hana Aishah bergema saat dia habis bertanya. Dalam tangisan yang lebat itu Hana Aishah tertawa.
“I bodoh. I bodoh Fakhrul. Like how you`ve always told me. I ni tak layak jadi doktor. I tak layak hidup. I`m a bad mother. I`m a bad daughter. I`m a bad wife. I`m bad at everything. Everything I touch got ruined. I should’ve just die” Hana Aishah mengongoi di dalam tawanya.
****************************************************************
“Aishah nak mati. Abang doa Aishah mati. Please. I cannot live without you nor with you” air mata Fakhrul jatuh berguguran saat mendengar rayuan isterinya.
Adam sudah ditinggalkan di bilik papanya tadi. Petang tadi selepas pertembungan dengan Hana Aishah , Fakhrul membawa Adam ke tempat kegemaran anaknya. Zoo. Hanya dia dan Adam sahaja petang tadi. Puas dia dapat meluangkan masanya dengan Adam. Hanya mereka berdua tanpa sesiapa.
Rindunya pada Adam tidak mampu dia ungkapkan. Selepas dia dimasukkan ke hospital sehinggalah petang tadi masanya hanya terhad bersama Adam. Dia tidak mahu melayan sakit ditubuhnya kerana itu dia memaksa dirinya setiap hari untuk kembali ke rutin asal.
Dan dua hari ini seperti Allah tahu tekanan yang dihadapi isterinya. Dua hari ini kekuatannya hampir kembali sepenuhnya kerana dia mampu menguruskan Adam sendiri tanpa bantuan isterinya. Fokus isterinya yang terlalu risau akan kesihatan Fakhrul sebelum ini turut lari. Untuk itu Fakhrul bersyukur.
Hana Aishah sudah seperti patung bernyawa sepanjang dia tidak sihat itu. Fakhrul pula tidak mampu berbuat apa walau bagaimanapun dia memaksa dirinnya sehinggalah beberapa hari ini. Tetapi sebagai gantiannya , Hana Aishah kembali sakit. Sakit yang selama ini disangkanya sudah hilang.
“Abang bersyukur sangat semalam Allah bagi Abang peluang” Fakhrul memulakan bicaranya. Tersekat – sekat suaranya memulakan bicara. Tangannya naik mengelus lembut pipi yang sembap itu.
“You were so beautiful. You were so happy. Happier than the last time I ever saw you happy” Fakhrul tersenyum pahit gagal menyembunyikan kesakitan di sebalik bicaranya.
“The happiness that I saw for the last time when Adam`s heartbeat echoed through the room” genggaman isterinya semakin kuat saat Fakhrul mengingkap memori itu.
“Abang gagal jadi suami sayang. Abang gagal jadi babah Adam. I succeeded in everything but I failed as husband and a father. The part where I prayed so much and prepared so well so I wouldn’t mess it up” bibir Fakhrul bergetar menyusun bicara.
“I don’t know what to do anymore. I don’t know which road should I take anymore. For the first time in my life I`m clueless” wajah Fakhrul saat itu terpancar kegagalan. Kegagalan yang tidak pernah dia sangka akan hadir di dalam hidupnya.
Renungan mereka bertaut. Tetapi tautan hari itu penuh dengan kebingungan. Semalam saat isterinya mengizinkan dia menyalurkan cinta yang bergunung tinggi itu , Fakhrul sangkakan jalan kebahagiannya mereka sudah kembali terbuka.
Sentuhan semalam berbeza sangat dengan sentuhan hari ini. Semalam saat tubuh mereka menjadi satu, segalanya terasa lengkap sempurna. Kedua serpihan teka teki terakhir sudah dijumpai dan mereka telah menyempurkan peta hidup mereka.
Hari ini sepasang tangan yang semalam memeluknya erat sedang memeluk kitab suci itu sekuat mungkin untuk terus mengharapkan serpihan iman yang tinggal untuk terus bernafas.
“Sayang… sayang tunjuk dekat abang jalan mana yang sayang nak abang pilih. Abang janji abang akan ikut” Fakhrul akhirnya memberi kata putus.
Hatinya menjerit takut perpisahan yang akan isterinya pinta. Perpisahan yang akan membunuh jiwanya tetapi dia tidak mampu melihat kesakitan Hana Aishah lagi.
****************************************************************************
“Finally dude” Emir memeluk erat Mikhail saat sahabatnya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur itu.
Terasa seperti segala bebannya diangkat pergi sedikit. Emir benar – benar bingung akan situasi yang sedang Hana Aishah lalui. Sudah hampir seminggu dia tidak dapat menjenguk Adam dan Hana. Setiap kali dia mahu melawat , Kapten Azam akan menghalaunya balik.
“Where is both of them?” Mikhail bertanya dengan wajah kusutnya.
“To be honest with you I don’t know. She was off the grip for past 1 week. I`ve trying to get hold of her but ….” Mikhail terus memotong laju kata – kata Emir.
“Did you call Uncle Fadhil?” Emir menganggukkan kepalanya.
“He said Hana need to be the family” Mikhail menganggukkan kepalanya sebelum kakinya melangkah menuju ke arah tempat parkin.
Emir hanya membuntuti Mikhail. Dia risaukan Hana Aishah dan Adam tetapi seminggu ini dia benar – benar bingung dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi. Kerana itu saat Mikhail menelefonnya daripada dalam kapal terbang , dia benar – benar bersyukur.
“Let me drive” wajah Mikhail tenang setenang bicaranya tetapi Emir sudah terlalu lama mengenali sahabatnya untuk tertipu.
“You think you are calm enough to meet her straight?” Emir bertanya saat mereka memasuki lebuh raya.
Mikhail diam tidak menjawab dan untuk sesaat Emir tidak tahu mahu risau ataupun gembira dengan kehadiran Mikhail.
“The only way I`m gonna be ok is after seeing her and my boy in one piece” Mikhail menjawa selepas beberapa ketika.
Share this novel