SARA Saira. Siapa tak kenal Dia.
Gadis yang berjaya mencapai cita citanya. Ya, sejak kecil lagi dia mahu menjadi seorang wartawan. Kini dia menjadi seorang wartawan antarabangsa. Dia seringkali dihantar ke negara negara yang maju seperti Jepun, Amerika dan banyak lagi.
Kini dia terkenal di stesen penyiaran televisyen. Rupanya yang cantik diwarisi oleh neneknya yang berasal dari Korea. Neneknya menjadi pelakon yang terkenal suatu ketika dahulu.
Sara juga adalah seorang anak kepada keluarga ternama. Siapa tak kenal Tan Sri Aryan Dan Puan Sri Natasya. Sara boleh je bekerja di syarikat ayahnya tapi alasannya mahu cari pengalaman.
Sudah Sara! Jangan bangga diri. Nanti jadi riak!
Ok straight to the point.
Aku Sara Saira. Peramah orangnya. Hak hak!
'Entah apa yang merasukimu.. Hingga kau tega menyakiti aku..."
Hmmm.. sedap lagu ni.
Kenapa semua tengok aku?
Oppss lupa phone bunyi. Ada panggilan rupanya. Aku berikan senyum semanis mungkin.
"Hello? Siapa ni?" Sape pulak call aku ni?
"Sara Saira! Pukul berapa kau nak sampai..!!!" Aduii.. Sakit telinga aku. Jangan marah marah nanti cepat tua.
Aku tengok phone. Ohh.. Boss call... Jap sekarang pukul berapa. Oh no, Aku lewat setengah jam.
"Sorry boss.. bas lambat sampai. Sorry.."
"Kenapa naik bas. Mana kereta kau??!!" Busy body betul lah boss ni..
"Rosak!"
"Hmm.. Kau tunggu aku kat stesen bas. Aku ambik!" Haaa... Boss dah turun padang..
"Tapi boss.."
Tett...
Kurang asam punya boss. Matikan camtu je. Lah buat keputusan sendiri...
Aku lihat ada wanita yang sarat mengandung. Aku berdiri lalu berikannya tempat dudukku. Islam mengajar kita untuk berbuat baik.
"Terima kasih" Dia tersenyum manis.
"It's ok" Aku tunjuk tanda ok.
Nampak tak betapa baiknya aku. Haha.. Melawak melawak..
Tapi, aku rasa bas lambat lagi. Haishh. Terpaksa aku buat macam ni.
"Pakcik, tolong berhenti kat perhentian bas paling dekat. Please." Aku buat muka comel.
Pakcik tu menjeling sekilas lalu. Dia mengangguk kecil.
"Thanks pakcik. Sayang pakcik!" Aku melompat kecil. Haishh macam budak budak. Nasib tak bergegar bas ni.
Pakcik tu tersenyum.
Sampai je perhentian bas, aku lari keluar apabila pintu terbuka.
"Thanks pakcik!" Aku melambai. Macam budak Ribena dah. Atau pun macam orang gila. Hahaha!!
Aku pecut macam ratu pecut negara, siapa dia? Tah, Tak ingat.
Ahh.. tak sempat.
"Hai, cik adik" sekumpulan budak lelaki datang.
Mati aku..
Share this novel