EP 5 : Pencinta Kucing Tahu Tak 9 Fakta Pasal Kucing Ni?

Mystery & Detective Completed 1789

Seperti yang kita tahu, kucing adalah seekor haiwan yang manja. Namun, kucing ada fakta yang tak semua orang tahu. Kucing bukan je boleh jadi peneman kita, tetapi mampu menghilangkan tekanan pada manusia. Kucing adalah binatang perliharaan yang boleh memberikan ketenangan pada manusia bila kita tengok je keletah dia kan.

Ini fakta menarik pada kucing yang korang mungkin tak tahu.

1.    Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah.

2.    Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.

3.    Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.

4.    Sama seperti anjing, kucing juga bleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat.

5.    Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar, cuba kedip mata anda dan pandang ke arah lain kala merenung matanya.

6.    Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat.

7.    Kucing boleh menerima haba atau kepanasan dengan baik kerana sejak azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun.

8.    Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.

9.    Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience