Chapter 1

Family Completed 22837

Bab 1

PROLOG

Semua barang di atas meja study aku tolak sehingga terjatuh ke atas lantai. Pasu bunga kaca yang terletak elok di bahagian hujung kanan meja sudah pecah berderai. Langsung aku tak pedulikan laungan mama yang menyuruhku membuka pintu. Along yang hanya mampu memerhari dari tingkap yang kututup memandang tanpa kata.

“Jiya…” Mama seru namaku lagi.

Aku pekakkan telinga. Bibir bawah kuketap bilamana air mata mula gugur.

Nobody understands me. People always pretend like they know me well. Dan realitinya… they know nothing about me. Sepanjang enam belas tahun aku hidup, aku jumpa macam-macam manusia. Ada yang memandang sinis, ada yang pura-pura kasihan dan ada yang sengaja nak ambil kesempatan. Sebab tu aku tak mudah percayakan orang dan malas nak percayakan sesiapa. Hatta keluarga sendiri pun aku tak mampu nak percaya.

“Jiya, kalau Jiya dengar suara mama, Jiya buka pintu,” ujar mama lembut.

Pandangan aku dan Along bertaut. Renungannya tajam tapi aku buat tidak endah. Laju saja aku menarik kain langsir.

Bantal-bantal di atas katil aku tendang dengan kaki sehingga terjatuh ke atas lantai. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk lepaskan amarahku. Tak mampu nak menjerit, tak mampu nak tengking. Kalau aku penat tendang barang, aku tidur. Bangun tidur, aku sambung balik tendang barang. Tak ada siapa peduli. Mama hanya diam dan akan susun balik semua barang.

Benda yang sama berlaku setiap hari. Aku bosan, aku penat.

“Jiya tak kesian ke dengan mama? Mama penat, sayang. Takkan setiap hari Jiya nak jadi macam ni.”

Mama tak kesian ke dengan aku? Aku pun penat. Kenapa mama nak paksa aku buat benda yang aku tak suka? Aku tak suka sekolah. Aku tak suka berhadapan dengan orang ramai. Aku lebih suka duduk di rumah dan buat kerja sendiri. Tak boleh ke dalam sehari mama tak sebut pasal sekolah? Ini hidup aku dan aku yang akan tentukan hidup aku. Aku bukannya kacau hidup orang lain pun. Mana pernah aku buat jenayah. Memang… tak ada siapa faham aku.

EvenI can’tunderstand myself.

Cuba mama jadi abah. Abah langsung tak peduli pasal aku. Tengok aku pun dia malas sebab semua benda yang dia cakap aku tak nak ikut. Aku lagi suka macam tu. Abah dah putus asa tapi kenapa tidak mama?

Senyap. Suara mama tak kedengaran lagi. Dah penat agaknya.

Pintu diketuk sekali lagi. Aku tarik nafas berat. “Buka pintu, Jiya. Mama bawakkan nasi.”

Aku tutup kelopak mata.

“Makanlah sikit. Dari kelmarin Jiya tak makan apa-apa.”

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Jiya memberontak tidak mahu ke sekolah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience