Bab 28

Others Series 2183

Kami masuk ke kelas dan duduk di tempat kami. Hana memandang Qilla. Aku yang terasa dipandang segera menoleh. `Kenapa? 'soalku. Hana menggeleng. `Aku nak gi tandas kejap.. Nanti kalau puan Nasuha tanya, kau tolong cakapkan'. Ujar Hana. Aku mengangguk. Ketika Hana ingin keluar, aku lihat dia terserempak dengan Khairul. Mereka berbalas senyuman. Aku tersengih melihat mereka. Khairul pantas menuju ke arahku. `Dah.. Dah.. Tak payah tersengih macam kerang busuk'. Ujar Khairul lalu dia menarik kerusi duduk di hadapanku. `Nah'. Sambungnya. Aku menyambut huluran yang dibagi oleh Khairul iaitu kunci kereta. `Kau nak gi mana? 'soal Khairul. `Tak tahu lagi.. Nak tenangkan fikiran.. Mesti pergi tempat yang nyaman'. Balasku. `Kau ada masalah ke? 'soalnya lagi. Aku tersentak seketika. `Masalah? Mana Ada!' bohongku. Khairul diam. `Khairul'. Panggilku. Dia mengangkat kening. `Aku mintak tolong sikit boleh? 'pintaku. `Tolong apa?' soalnya lagi. Aku mengeluarkan sesuatu dari beg aku. Aku menyerahkan kepada Khairul. Berkerut dahi Khairul memandangnya. Namun dia tetap mengambil. Dia memandangku meminta penjelasan. `Khairul.. Buat sementara ni.. Kau tolong jaga benda ni elok-elok. Jangan bagitau Hana dan Hafi.. And.. Kalau andai satu hari nanti aku dah takde.. Kau boleh serahkan benda ni pada Hana dan.. Hafi.. Just buat sementara ni.. Aku nak kau simpan dulu.. Boleh? 'soalku. Khairul mengangguk. Asal dengan Qilla ni? Pelik semacam je! Tanya Khairul dalam hati. Aku tersenyum melihat Khairul. Aku tahu dia masih bingung. Tapi biarlah.. Biarlah aku yang simpan sendiri.. Lambat laun kau akan tau jugak Khai! Tapi.. Mungkin masa tu.. Aku dah takde.. Gumamku sendiri. `Hafi mana? 'soalku. Khairul tergelak. Aku mula faham. `Kau dah faham? Sah sah lah dia malas! Kerja dia pun tak siap!' balasnya. Aku tersenyum tawar. Hana masuk ke kelas. Dia duduk di sebelahku. `Hai hana'. Sapa Khairul. Hana hanya tersenyum. `Tempat sebelah Hana ada orang ke? 'soalnya lagi. `Takde.. Datang lambat kot'. Balas Hana. Tanpa balasan, Khairul terus duduk di sebelahnya. Aku tersengih sambil mengangkat kening apabila Hana memandangku. Tidak lama kemudian, puan Nasuha masuk. Kami memulakan kelas seperti biasa. Tiba-tiba aku terasa kepalaku sakit! Aduh! Bukan sekarang! Aku memegang kuat kepalaku. Aku cuba menahan sedaya yang mungkin. Aku berpura - pura selamba apabila perasan Hana memandangku. Hana mengangkat tangan tertiba. Aku mula tercengang. Apahal minah ni? `Ye.. Ada apa Hana? 'soal puan Nasuha. Hana memandangku sekilas. `Saya dengan Qilla nak ke tandas kejap.. Boleh?' soalnya pula. `Oooo.. Baiklah '. Balasnya. Tanpa membuang masa Hana menarik tanganku. Aku hanya menurut. Mampus aku kena soal siasat! `Hana! Kita nak gi mana ni?' soalku.`Kan aku cakap tadi.. Kita gi tandas.. Kau temanlah aku kejap'. Balas Hana. Dia perlu tahu sekarang! Dia perlu tahu segalanya! Aku terpaksa menurut. Kami berhenti di depan tandas. Hana memandangku. Aku cuba membuat selamba. Padahal tekak aku rasa loyar! Kepala aku pening! `Ada apa-apa yang kau nak bagitau aku? 'soal Hana. Aku menelan air liur. ``Bagitau apa?' soalku balik. `Qilla! Aku serius ni! 'ujar Hana sedikit tinggi. `Okay! Okay! Hana.. Aku nak bagitau apa? Aku takde apa-apa pun nak bagitau kat kau'. Balasku. `Okay.. Tapi kalau lepas ni.. Aku buat tak layan kat kau.. Kau jangan tanya aku kenapa! Dan aku tahu.. Aku jugak dapat rasa yang kau tau apa yang kau perlu bagitau aku'. Balas Hana. Matanya mula berkaca. Hana terus meninggalkanku. Aku hanya melihat. Aku tersandar di dinding. Aku memegang kepalaku. Air mata mula mengalir. Tanpa dapat ditahan lagi, aku masuk ke dalam tandas, aku terus memuntahkan segalanya. Aku membiarkan air mata mengalir. Aku menutup air paip setelah aku kembali reda. Aku memandang cermin. `Hana.. Kalaulah kau tau apa yang aku derita ni.. Mesti kau akan lebih teruk dari aku Hana! Maaf! Aku memang tak boleh bagitau kau! Aku tak nak kau risau Hana! Aku tak nak bila aku dah takde nanti kau akan menjadi lebih sedih! Jika itu keputusan kau.. Aku terima.. Walaupun aku sedih.. Hatiku sakit.. Aku terpaksa terima.. Demi kita Hana! Demi kita! Maafkan aku! Ujarku perlahan sambil tersedu sedan. Setelah kembali lega, aku keluar dari tandas dan terus menuju ke kelas. Aku berjalan longlai. Aku memegang kepala. Aku semakin pening yang teramat. Pandangan aku semakin kabur. Akhirnya aku rebah! Hana masuk dalam kelas. Khairul memandang Hana. Kenapa? Kenapa mata Hana bengkak? Soal Khairul dalam hati. `Hana'. Panggilnya perlahan. Hana memandang. `Kenapa mata awak bengkak? 'soalnya. Hana menggeleng. Hana memandang di pintu. Mana Qilla ni? Kenapa dia tak masuk lagi? Arhh! Menyesalnya aku cakap tadi! Mesti Qilla sedih! Gumam Hana dalam hati. Dia mula risau. Dia ingin keluar mencari Qilla, tetapi disebabkan dia baru sahaja keluar ditambahkan pula dengan puan Nasuha yang terlebih garang itu.. Dia terpaksa melupakan niatnya itu. Qilla! Masuklah cepat! Aku mintak maaf! Aku mintak maaf Qilla! Aku gagal kawal perasaan aku tadi! Gumam Hana lagi. Air matanya mula mengalir. Khairul yang melihat semakin pelik. Semakin bimbang. Dia mula mencari Qilla. Mana Qilla? Qilla dengan Hana bergaduh ke? Sebab apa? Soalnya dalam hati. Tertiba Hana terpandang akan beg Qilla yang sedikit terbukak. Dia perlahan-lahan mencapai beg kawannya itu. Dia membuka zip perlahan-lahan. Tertiba dia ternampak sampul. Tergetar-getar tangan dia mengeluarkan sampul itu. Dan dia ternampak sebotol ubat. Dia makin pelik! Pantas dia membuka sampul itu lalu dia membacanya. Makin membulat matanya. Air matanya makin laju mengalir. Ya Allah! Kenapa Qilla? Kenapa?! Kenapa kau rahsiakan semua ni? Kenapa?! Baru aku faham.. Baru aku faham kenapa kau asyik pening dari tadi! Ya Allah Qilla! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?! Gumamnya dalam hati. Khairul semakin tidak sedap hati. Aku harus cari Qilla! Mesti! Kebetulan ketika itu kelas puan Nasuha sudah tamat, dia mengambil begnya dan beg Qilla sebelum bergegas keluar. Qilla! Mana kau?! Dia pantas menuruni tangga. Dia perlu ke tandas. Dia yakin yang Qilla masih ada di situ! Sebelum sampai di tandas, dia terpandang akan sekujur tubuh yang terbaring. Kakinya mula lemah. Seluruh badannya mula menggigil. Pantas dia menuju ke tubuh yang sedang terbaring itu. Sebaik dia melihat dia terus terduduk. `Ya Allah!! Qilla!! 'Jerit Hana. Dia terus memangku kepala sahabatnya itu. Dia mula menangis teresak-esak. `Qilla.. Qilla'. Kejut Hana sambil menepuk perlahan pipi Qilla. `Qilla.. Bangun! Aku datang ni! Aku mintak maaf! Aku sedar! Aku tak patut cakap macam tu! Aku mintak maaf Qilla! Aku mintak maaf!' Jerit Hana. Dia mengangkat tubuh Qilla lalu dipeluknya. Dia menangis di bahu Qilla. `Qilla.. Pleasee.. Bukak mata kau.. Jangan buat aku risau'. Bisik Hana tersedu sedan. Dia mencium dahi sahabatnya itu. Dia kembali memeluk Qilla seerat-eratnya. `Hana'. Panggil seseorang. Hana mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Khairul! Khairul terus terduduk. `Kenapa? Kenapa? Kenapa dengan Qilla, Hana? 'soalnya. Suaranya mula serak. Hana hanya menggelengkan kepala. Dia masih memeluk erat Qilla. `Khai.. Hana balik dulu'. Balasnya. `Tunggu! Biar Khai yang hantar korang balik'. Balas Khairul. Hana memandang. `Khai.. Awak tak perlu hantar kami.... `Tak! Biar Khai yang hantar! Pleasee Hana! Khai hantar korang pun jadi lah! Qilla pun kawan Khai gak'. Pintas Khairul. Hana terdiam. Hana memandang muka pucat Qilla. Perlahan-lahan dia mengangguk. Khairul tersenyum. `Biar Hana yang angkat Qilla.. Hana larat '. Ujar Hana perlahan. Khairul mengangguk. Hana bangun perlahan-lahan sambil mengangkat Qilla. Hana memandang Qilla. Qilla.. Qilla.. Nasib kau ringan! Ujar Hana dalam hati. Dia tersenyum sendiri. Bukan dia ingin kata yang dia tak ikhlas. Dia terlebih ikhlas. Terlalu ikhlas. Mereka terus berjalan menuju ke kereta Khairul. Setelah masuk ke dalam kereta, Khairul terus memecut laju. Hana memangku Qilla di belakang. Dia mengusap kepala Qilla. Qilla! Pleasee strong! Demi aku! Rayu Hana dalam hati. Air yang mengalir pantas diseka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience