BBW 02- Puteri yang tertukar.

Conspiracy Series 6650

"Puan Smith, ini laporan DNA yang puan minta." Doktor menyerahkan sampul putih kepada Jenny dengan wajah serius.

Jenny menyambutnya dengan tangan terketar. "Dan... suami saya serta Tyra? Bagaimana keadaan mereka?"

"Suami puan stabil. Dia sedar sekejap tadi. Cuma agak lemah. Tyra pula… dia telah keluar hospital. Ini alamat yang sempat kami dapat sebelum dia pergi."

Jenny mengangguk perlahan. "Pemandu yang melanggar suami saya... bagaimana?"

Doktor tunduk, teragak-agak mahu menjawab.

---

Di rumah kecil berwarna biru muda, Asher sedang menyiapkan kek kecil bertulis Happy Birthday Rebecca.

Tiba-tiba, bunyi siren memecah kesunyian. Dua kereta polis berhenti di hadapan rumah.

"Ini rumah Encik Hudson?" tanya pegawai berpakaian seragam.

Asher yang bingung menjawab, "Ya… saya anaknya. Kenapa dengan papa saya?"

Pegawai itu menghulurkan kotak kek yang renyuk sedikit. "Ini ditemui dalam kereta ayah kamu. Dia terlibat dalam kemalangan dan telah dibawa ke hospital."

Asher merampas kotak itu, matanya mula berkaca.

"Rebecca! Siap cepat. Kita kena ke hospital sekarang. Papa—papa kemalangan!"

"Mama nak ikut!" Rebecca yang terpinga-pinga berlari menghampiri Asher.

Mereka menaiki kereta polis dengan jantung berdegup kencang.

---

Namun sebaik tiba di hospital...

“Maafkan saya...” ujar doktor perlahan. “Kami telah cuba sedaya upaya… Tapi Encik Hudson tidak dapat diselamatkan.”

Dunia terasa berhenti seketika.

Asher menggenggam tangan Rebecca yang menggeletar. Mulutnya ingin bersuara, tapi suara tersekat di kerongkong.

"Kenapa… dengan papa?" suara Rebecca pecah, matanya mencari wajah anaknya.

Asher akhirnya memeluk ibunya erat dan teresak. "Papa dah… pergi, mama. Papa dah tak ada..."

Jeritan kecil Rebecca pecah di lorong hospital yang sunyi. Tubuhnya melurut ke lantai, seolah-olah separuh jiwanya diragut pergi bersama suami tercinta.

---

Keesokan harinya, Asher pergi ke gereja dengan mata yang sembap. Paderi tua menyambutnya dengan senyuman tenang, tapi penuh simpati.

“Saya... saya nak kebumikan ayah saya dengan cara yang sepatutnya,” ujar Asher, suaranya serak.

"Baik, anak muda. Dalam tradisi kita, loceng besar gereja akan dibunyikan sebanyak 33 kali... satu bagi setiap tahun kehidupan Jesus."

Asher diam, mendengar dengan hati yang remuk.

“Jenazah akan dimandikan dan dipakaikan jubah putih. Kita akan letakkan dia dalam keranda, dan semasa upacara, kita akan membaca doa bersama-sama."

“Asher, walaupun kamu masih muda, kamu satu-satunya anak lelaki. Kamu berhak memimpin doa terakhir untuk ayah kamu.”

Asher mengangguk perlahan. Air mata jatuh lagi. Tapi kali ini, ada keteguhan di matanya. Dia mahu menghormati ayahnya, walau apa pun yang berlaku.

Loceng gereja bergema petang itu. Setiap dentingan menyayat hati, seolah-olah menangisi pemergian seorang ayah yang penuh kasih.

Jenny sudah tidak sabar lagi, dia membuka sampul surat untuk melihat keputusan DNA suaminya dan Tyra. dan andaiannya terbukti benar, Tyra adalah darah dagingnya yang dilarikan 5 tahun yang lalu.

Jenny kemudian meminta doktor dan jururawat untuk menjaga Tyson sementara dia mahu pergi ke rumah Tyra.

Jenny melihat ke arah rumah usang itu, tangisannya semakin kuat.
"Kasihan anakku terpaksa tinggal di rumah yang kecil ini.
Jenny mengetuk pintu rumah tersebut.
"Puan cari siapa?"soal nenek.
"Ini rumah Tyra?"soal Jenny.
"Ya betul silakan naik"jemput nenek.
"Begini ya pakcik dan makcik. 5 tahun lalu anak saya telah diculik. selepas dua bulan seseorang memberikan maklumat tentang seorang bayi yang menyerupai anak saya, tak lama saya membawa pulang anak itu ke rumah dan menjaganya selama 5 tahun. tetapi hari ini selepas melihat Tyra naluri saya kuat mengatakan jika ini adalah anak saya, setelah Tyra bersetuju untuk mendermakan darahnya untuk suami saya, saya minta doktor untuk menjalankan ujian DNA dan ini keputusannya. Datuk mengambil keputusan DNA itu lalu membacanya.
"Jadi puan datang ke sini mahu mengambil cucu saya?"soal datuk?

"Saya cuma mahu membawa pulang anak kandung saya supaya dia boleh hidup dalam kemewahan."balas Jenny.

"Kami akan pulangkan Tyra jika puan kembalikan cucu kami dahulu"balas nenek.
"Saya akan bantu pakcik dan makcik untuk mencarikan cucu kamu.
"Tak perlu cari, dia ada di rumah puan"balas nenek yakin.
maksud makcik?"soal Jenny.
"Anak saya Katherine, pernah mengatakan bahawa anak perempuannya akan dibesarkan seperti seorang puteri raja. dia telah membuat satu kalung seperti ini yang palsu, nenek menunjukkan kepada kalung di leher Tyra.
Kemudian anaknya ditukarkan dengan Tyra. Katherine kata bila Kyra sudah menjadi CEO di syarikat besar itu Kyra akan memulihkan ekonomi keluarga kami"jelas nenek.
"Saya akan pulangkan Kyra beserta bonus yang banyak kerana telah membesarkan Tyra. jom Tyra kita nak balik sekarang "kata Jenny.

Tyra memeluk datuk dan nenek dan tidak mahu berpisah dengan keduanya.
"Bila bila masa Tyra boleh datang melawat ke sini kan?"pujuk Jenny.
"Pakcik Macam mana?
"Daddy, daddy dah selamat mujur Tyra dermakan darah kepada daddy"balas Jenny.

"Kita ada dimana ni makcik?"Soal Tyra bila melihat rumah yang besar itu.
"Jangan panggil makcik, panggil mommy sayang, ini rumah Tyra, jom atuk Tyra dah lama nak jumpa Tyra"Jenny mengajak Tyra turun.
"Mommy bawa siapa balik ni, daddy ok tak mommy?"Kyra menyoal.
"Ini Tyra anak kandung mommy, esok mommy bawa Kyra balik ke rumah Atuk dan nenek Kyra.

"Tapi ini rumah Kyra, Kyra nak tinggal di sini?"rayu Kyra.
"Stop it, you bukan anak I, esok you balik ke rumah sebenar you, your mom dah tipu I selama 5 tahun.
,"Apa daddy beritahu Jenny dulu budak tu bukan cucu daddy."tuan Tyler muncul di pintu utama.
"Ya daddy Jenny salah, dan ini Tyra yang sebenarnya Tyra Smith."Jenny menolak Tyra kepada Tuan Tyler.
"Tyra cucu Atuk, pewaris perniagaan Tyrant"Tuan Tyler memeluk Tyra .

"Mak Semah bawa Tyra ke bilik princess ok"ujar Jenny.
"No it's my room, no one can Go inside my room without my permission, Kyra berlari menaiki tangga ke tingkat tiga dimana biliknya berada.
Mak Semah terpaksa berjalan turun ke tingkat bawah untuk memberitahu puan Jenny bahawa bilik princess telah dikunci dari dalam oleh Kyra
Jenny terpaksa mendaki tangga ke hadapan Bilik anak perempuannya itu.
"Kyra ini mommy, buka pintu.
Pintu dibuka tetapi Kyra cuma menunjukkan mukanya sahaja.
"Buka pintu ni Kyra ini bilik Tyra. bagi Tyra masuk berehat"pujuk Jenny.
"No ini this is my room, and I am not sharing."pekik Kyra.
"Kalau you tak nak berkongsi ambil barangan you dan pergi rumah ini atau pergi tinggal dibilik bawah sebelah bilik Mak Semah "Kata Jenny.

"But that was a maid's room, I am the princess so this is my room"kata Kyra.
"No this room was prepared for my only daughter so she is right here, you are not belongs here, so the maid's room suits you"balas Jenny.

"Come Tyra, let's rest in my room, I am sleeping alone because Daddy still in the hospital."kat Jenny, Tyra mengikut di belakang Jenny menuju ke bilik utama.Jenny menceritakan kepada Tyra sejarah penculikan Tyra dan usaha yang dilakukan oleh keluarga Smith untuk mendapatkan semula pewaris perniagaan Tyrant group tersebut.

mood menulis sudah kembali siang esok Che da bagi double update ok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience