HARIS menyusuri pantai. Itulah tempat yang mampu menenangkan jiwanya. Bunyi pukulan ombak benar-benar menenangkan. Bahkan angin di tepi pantai itu juga mampu mendamaikan perasaannya ketika itu.
Haris tiba-tiba terkaku melihat figura di depannya. Dengan baby-T merah hati dan juga seluar palazo berwarna cream. Rambut panjang paras pinggang dibiar lepas bebas. Hampir tidak berkedip matanya.
"Khaty..." Haris menegur. Khaty segera menoleh. Kaget dia melihat Haris di situ. Siapa sangka setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya mereka bertemu semula.
"Hai, Haris..." Khaty mengukir senyum. Entah mengapa sikapnya berlainan dari selalu. Jika dulu, pasti Khaty akan tergedik-gedik menempel dengannya tetapi tidak ketika itu. Khaty kelihatan sangat tenang. Malah kelihatan sangat matang.
"Sorang je ke?" Khaty angkat kening lantas ketawa kecil.
"Taklah. Cuba you tengok sekeliling, kan ramai ni. Mana pula I sorang. Lagipun kan you ada." Entah mengapa jantung Haris berdegup kencang.
Penasaran sungguh jadinya. Kenapa begini rasanya? Tak pernah dia berasa begini apabila berdepan dengan Khaty.
"Lama kan kita tak jumpa lepas I kacau you dekat restoran tu. Apa khabar Juwita?" Khaty menyoal ramah. Haris menggosok lembut belakang tengkuknya.
"Yep. Juwita sihat. Dah mengandung empat bulan." Berubah riak Khaty. Kecil benar hatinya ketika itu. Benci sangat ke Haris kepadanya sehingga tidak mahu menjemputnya ke majlis perkahwinan mereka. Namun dia segera menepis perasaan itu, senyuman diukir bagi menutup kesedihan di hati.
"Tahniah you. Bakal jadi papalah ni." Haris ketawa. Khaty kelihatan sangat polos ketika itu. Terbit rasa bersalah di hatinya.
"Taklah. Bukan anak I." Berubah wajah Khaty. Jelas terpinga-pinga dengan jawapan Haris.
"Actually, Juwita tu my cousin." Haris membongkar rahsia. Melopong Khaty mendengarnya.
"I rimas dengan you sebab tu I minta Juwita menyamar." Wajah Khaty berubah riak. Sampai begitu sekali Haris ingin menghindar dirinya. Buruk sangat ke dia sehingga dilayan begitu?
"Sorry Khaty." Seakan mengerti perubahan riak wajah Khaty, Haris memohon maaf. Khaty ukir senyum.
"Teruk sangat ke I?" Terpacul juga soalan itu dari bibit Khaty. Haris tersengih malu.
"Takdelah teruk sangat. Tapi I sebenarnya memang rimas dengan perempuan yang gedik ni." Haris tersengih. Berharap kejujurannya tidak melukakan hati Khaty.
"Tak apalah Haris. Memang salah I. Mungkin sebab I ni anak tunggal. Jadi terlebih manja." Khaty ketawa menutup rasa hatinya.
"I'm sorry..." Tulus sekali ucapan Haris. Khaty tersenyum manis.
"I boleh maafkan you tapi dengan satu syarat." Haris jungkit kening menanti syarat yang ingin dikatakan oleh Khaty.
"Teman I lunch nanti. I tak sempat breakfast tadi." Khaty tersengih apabila melihat Haris tersenyum.
"No worries. Hari ni sebagai tanda minta maaf I, I sanggup teman you sampai malam." Khaty ketawa bahagia. Entah megapa dirasakan layanan Haris ikhlas kali ni. Tiada lagi keterpaksaan.
* * * * *
ZAILANI tahan hati. Dari pagi tadi emosi Juwita tidak stabil. Ada je yang tak kena. Salah sikit, habis dicampaknya apa yang berada disekelilingnya. Apa teruk sangat pembawakan Juwita. Dia sendiri tidak mengerti.
"Sayang jangan macam ni. Tak elok marah-marah. Syaitan suka bila sayang macam ni. Pergi ambil wuduk sekarang." Tegas sekali kata-kata Zailani. Juwita tersentak. Mula merebes air matanya. Zailani mengeluh halus.
Langkah kaki diatur menghampiri Juwita yang berada di atas katil. Sudah sebulan Juwita dinasihatkan untuk berehat memandangkan Juwita nyaris keguguran akibat terlalu aktif dan Semenjak itu jugalah emosi Juwita tunggang terbalik.
Zailani meraih lembut tubuh Juwita masuk ke dalam pelukannya. Diusap lembut belakang Juwita. Entahlah dia sendiri kurang arif dengan emosi wanita mengandung. Namun Sedaya upaya dia cuba untuk memahami keadaan Juwita.
"Ju tak nak duduk rumah. Ju rimaslah abang. Ju nak pergi kerja." Akhirnya Juwita melepaskan apa yang terbuku di dalam hati. Tergeleng kepala Zailani mendengarnya.
"Abang takde halangan kalau sayang nak pergi kerja tapi sayang kenalah jaga diri. Tak boleh nak lasak-lasak sangat. Ingat tak doktor pesan apa?" Zailani sabar memujuk.
"Ju janji Ju tak lasak. Ju takkan pergi side. Tolonglah. Ju rasa macam nak gila duduk rumah ni." Terbit rasa simpati di hati Zailani mendengar luahan hati Juwita. Arif benar dia, Juwita bukanlah wanita yang reti duduk diam.
"Okey, abang izinkan. Dengan syarat, pergi balik kerja dengan abang. Tak boleh drive sendiri." Akhirnya Zailani akur dengan kemahuan Juwita. Dia tidak mahu Juwita tertekan. Tekanan juga mampu memberi kesan kepada kandungannya.
"Betul ni?" soal Juwita dengan wajah yang ceria. Zailani ukir senyum lalu mengangguk.
"Thank you, abang. I love you so much." Juwita mengucup pipi kiri dan kanan Zailani berulang kali. Zailani sedikit tergamam apabila Juwita melafazkan kata keramat itu. Perkataan yang amat sukar didengari oleh Zailani dan terlalu payah untuk diucapkan oleh Juwita. Betapa mahalnya ungkapan itu.
Share this novel