VS28

Drama Completed 85759

“Pihak Polis menemu kan longgokan abu yang masih hitam di pulau tu dipercayai terdapat kejadian membakar mayat Zamari selepas dia dibunuh. Tapi forensik tak jumpa serpihan tulang kesan kebakaran. Jadi polis percaya, mayat Zamari dibakar dan serpihan tulang dicampak kedalam laut”

“Tapi kenapa Daim boleh dituduh?”
Mansor mendekatkan tubuhnya ke sisi meja mendengar bicara Peguam bela mereka.

“Bukti cap jari Encik Daim ada pada pisau berwarna hitam yang dijumpai tidak jauh dari tempat kebakaran. Dan pihak polis juga menemui telefon bimbit milik Encik Daim.”

“Daim tak bunuh Zizie Pa. Semua ni fitnah Papa. Eva ada masa kejadian.. Zizie kejar kami dengan gun.”

Dahlia mengelus lembut belakang Eva. Menenangkan anaknya.

Sejak Eva diambil dari pula semalam, wanita itu tak lepas menangis. Mata dah bengkak. Kulit wajah pun pucat.
Hati ibu mana yang tak susah hati melihat keadaan anaknya begini.

“Setakat ni, pihak polis tidak menemui sebarang kelongsong peluru yang boleh membuktikan ada senjata lain yang digunakan selain pisau berukuran 12inci dan berwarna hitam.”

Mansor mengangguk lagi mendengar keterangan Peguam bela bernama Lee itu.
“Macamana polis boleh sahkan itu mayat Zamari?”

Peguam Lee menyandarkan belakangnya. Dia sendiri pun rasa sukar untuk mengambil kes ni memandang ianya kes pembunuhan berprofil tinggi.
“Polis menjumpai lengan Zamari bahagian kanan yang disyaki dipotong sehingga ke radial. Tompokan darah yang dikesan milik Zamari, juga dijumpai di banyak tempat.”

Eva yang mendengar hanya mampu mengalirkan air mata tanpa dia sendiri mahu menyekanya.
Bahu terhenjut menahan sendu.
“Daim tak salah Pa....”

Suara sayu Eva makin memilukan Mansor.
Dia pun pasti Daim tak bersalah, dan Mansor kenal dengan anaknya sendiri. Tak mungkin Eva akan mengada-adakan cerita semata-mata untuk membela suami wanita itu sendiri.
“Lia.. awak bawak keluar anak kita dulu, saya nak bincang dengan Lawyer Lee.”

Dahlia mengangguk perlahan lantas memujuk anaknya.
Mulanya Eva masih meronta. Tangisan terus begema. Namun akhirnya menurut bila terus dipujuk.

Setelah pintu bilik pejabat peguam Lee ditutup, Mansor kembali memandang Peguam Lee.
“You rasa Daim masih boleh diselamatkan ke?”

Sekali lagi Peguam Lee menyandarkan belakangnya di kerusi.
“Susah saya nak kata Encik Mansor, segala bukti memang terarah pada Daim. Kalau ikut record lampau Encik Daim, dia bersih dan tak pernah lakukan apa-apa jenayah. Mungkin kita boleh cuba untuk selamatkan dia.”

Mansor mengangguk laju.

“Buat masa ni dia masih direman dibalai untuk siasatan. Saya dah cuba untuk ikat jamin, tapi pihak polis tak benarkan kerana ini kes jenayah yang besar.”

Panjang keluhan yang terbit dari bibir Mansor.
Dari semalam.. dia mintak untuk berjumpa dengan Daim, tapi pihak polis tak dibenarkan. Hanya peguam Lee sahaja yang dibenarkan berjumpa menantunya itu.

Lima hari kehilangan Eva dan Daim begitu mengusarkan hati Mansor dan Isterinya. Clara juga sentiasa menangis mengenangkan adik lelakinya.
3 hari lepas, pihak polis berjumpa dengan Mansor dan mengesahkan mereka sudah menjumpai tempat Daim dan Eva berada. Namun dia terkejut apabila diberitahu Daim dituduh membunuh Zizie a.k.a PA Eva.

Memang Mansor langsung tak percaya semua tu, dia kenal dengan Daim. Walau Daim pandai bersilat, tapi tak mungkin lelaki itu akan menggunakan kebolehan dia untuk membunuh. Daim bukan lelaki sekejam itu.

“Kru produksi yang mengesahkan kehilangan Eva dan Daim ada menceritakan yang kali terakhir diorang nampak Eva dan Zamari menaiki sebuah sampan yang dipandu oleh nelayan sekitar pulau.”

Mansor kembali menegakan badannya untuk mendengar lanjut bicara Peguam Lee.

“Tapi tak seorang pun dari kru yang dapat kenal pasti wajah nelayan tu, dan sehingga sekarang tak seorang pun penduduk pulau yang membuat report tentang kehilangan ahli saudara mereka. Sampan yang digunakan untuk membawa Eva dan Zamari juga dikatakan dicuri dari penduduk sekitar pulau. Jadi polis tak boleh nak tuduh lelaki itu kerana mereka masih tak pasti kewujudan lelaki berkenaan..”

Mansor membuka kacamata rabunya dan diletakan diatas meja. Sekali lagi nafas ditarik dalam.

“Kes ni terlalu complicated Encik Mansor, of course saya lawyer bebas yang juga your family lawyer. Tapi saya tak pasti boleh atau tidak nak uruskan kes ni.”

Kali ni jari Mansot memicit kuat tengah dahi. Kening tebalnya bercantum erat.
“You kenal ke mana-mana lawyer yang boleh uruskan hal ni Lee? I sanggup bayar berapa pun asalkan Daim dibebaskan.”

Peguam Lee telan liur.
“You tahu kan tentang firm Dato Jambi.”

Dahi Mansor berkerut.

“I know you still remember about his son. Lukas Abraham. Saya rasa dia sangat berkebolehan untuk menguruskan kes ni. Because Lukas is one of the top criminal Lawyer in this country. Nobody can’t fight him.”

Mansor menyandarkan belakang badanya ke kerusi.
Wajah Peguam Lee dipandang. Namun fikirannya menerawang tentang Lukas. Jika dia merayu pada lelaki itu, masihkah Lukas ingin membantu?
Sedangkan kes ini berkenaan Daim.
Wajah diraup perlahan...
Apa lagi yang harus dibuat demi menyelamatkan menantu kesayanganya?

*****

Eva mengiring sambil memeluk bantal milik Daim.
Sejak kepulanganya dari pulau 4 hari yang lalu, Eva terus tinggal di bilik Daim. Semua baju dan kelengkapanya dipindah kebilik suaminya

Sungguh Eva rindukan Daim....

Selama empat hari ni, Eva cuba pergi kebalai untuk menemui Daim namun dihalang, kerana suaminya masih direman. Hanya Peguam Lee sahaja yang dibenarkan berbicara dengan Daim.

Pilunya hati Eva hanya tuhan yang tahu. Saat dirinya mula dibentang bahagia kenapa tiba-tiba duka membadai rasa?

Lima hari terdampar di pulau tanpa gangguan, Eva merasakan setiap hari adalah hari terindah bagi dia.

Setiap pagi, saat matanya dibuka. Wajah Daim terus menerpa. Bunyi pertama yang akan didengar ketika tidurnya terjaga adalah nafas Daim.

Eva rindu Daim. Eva rindu wangian maskulin milik suaminya.

Dan kerana itu, dia takkan lari dari bilik Daim. Bilik ni penuh dengan wangian asli dari tubuh Daim. Bantal, selimut, cadar malahan baju yang tergantung didalam almari juga mempunyai bau lelaki itu.

Flashback.

Eva merapatkan tubuh ditingkap kayu yang sengaja dibuka luas.

Tiada apa yang kelihatan dihadapan, memandangkan malam sudah semakin jauh. Hanya samar-samar cahaya bulan yang malu untuk muncul kan diri.

Rasanya sejak 4 hari yang lalu lalu, malam-malan begini. Tanah pulau sudah disimbah hujan namun malam ni tiada.

“Luasnya kau bukak tingkap Eva, nanti nyamuk masuk”

Eva menoleh sekilas sebelum membiarkan Daim menghampirinya.

Semakin dekat suaminya, semakin kuat bau tembakau muncul. Hidung Eva digerak kiri dan kanan. Busuk!

“Kau ni bila nak berhenti merokok?”
Mata Eva kembali memandang keluar.

Daim melingkarkan kedua lengannya sasa pada pinggan Eva sebelum melabuhkan dagunya keatas bahu wanita itu.
“Aku akan berhenti kalau kita dah ada anak?”

Cuping telinga kanan Eva terasa panas saat nafas Daim menghembus lembut dari belakang.
Dia membiarkan otot dada yang kental milik lelaki itu menempel belakang badanya. Selesa..
“Kau janji ye, kalau kita ada anak, kau akan berhenti merokok?”

Daim mengangkat dagunya dari bahu Eva sebelum berdiri tegak. Namun pelukan pada isterinya tak dilepaskan.
“Jadi kau setuju nak bagi aku anak?”

Soalan apa ni wahai Daim Akli?

Dah dua malam kau sentuh aku tanpa ‘protection’ takkan lah aku tak terfikir kemungkinan yang akan berlaku.

Lagipun ketika Daim menyentuh Eva, wanita itu baru seminggu habis darah kotor.
Anything can happen.
Eva takkan menidakan rezeki yang diberi oleh Dia.

Benda dah halal nak buat apa disimpan? Ye tak?

“Eva.. kau dengar tak cakap aku?”

Eva meraih kedua lengan Daim dipinggangnya supaya lebih erat memeluk.
“Aku dah sedia untuk hidup dengan kau, that means aku sedia untuk bagi anak pada kau Daim”

Cup! Pantas bibir Daim hinggap dipipi Eva sebelum kembali melabuhkan dagunya dibahu kanan wanita itu.
“Thanks Eva.. aku tak sangka aku masih ada peluang untuk bahagia dengan kau setelah banyak perkara aku dah lakukan pada kau sejak 10 tahun yang lalu”

“Im.. kan aku dah kata kita jangan ungkit lagi pasal perkara tu.”
Bahu kanan Eva bergerak-gerak saat Daim menganggukan kepalanya.

“Cuma aku betul-betul tak sangka, Zizie adalah anak kepada Uncle yang langgar Danish dulu, dan selama ni dia rapat dengan kau sebab nak balas dendam. Kalau lah aku lambat sikit jumpa kau, aku tak boleh bayangkan apa yang terjadi pada kau Eva. Aku betul-betul takut Eva. Aku taknak kehilangan kau. Aku boleh gantung diri kalau kau merana Eva.”

Eva mengutum senyum, urat hijau yang timbul dilengan Daim dimain dengan jemarinya.
“Kalau aku jadi kahwin dengan Lukas dulu, kau pun nak gantung diri?”

Rambut Eva sedikit melayang saat Daim mengeluh kuat.
“Aku rasa bodoh sangat masa aku biarkan kau couple dengan Lukas dulu, kalau boleh aku nak tarik kau, then kurung dalam bilik aku supaya kau tak jumpa Lukas lagi”

“Kenapa kau tak buat?”

Daim diam, air liur diteguk keras.

“Dari dulu aku mengharapkan kau halang aku untuk terus bersama Lukas. Tapi kau biarkan hubungan kita sampai tahap nak berkahwin. Aku sedih time tu Im.. aku pun tak tahu kenapa aku terus cintakan kau walau Lukas ada bersama aku.”

Daim menguatkan pelukannya.
“Eva.. janji dengan aku untuk terus cintakan aku sampai bila-bila ye.”

Eva mengangguk laju.
Mata terus memandang kegelapan diluar.
Bunyi ombak seolah-olah lagu untuk mereka berdua menari dengan perlahan.

Udara sejuk mula menghinggap, setitis demi setitis hujan turun dan akhirnya terus lebat.
Eva dan Daim tak sempat menutup tingkap menyebabkan wajah mereka sedikit basah terkena tempias.

Sewaktu jendela kayu dirapatkan.

Eva menunduk tawa apabila melihat rambut dan wajah Daim basah kerana lelaki itu kelam kabut menutup tingkap saat Eva berlari ke belakangnya, berlindung.

“Kau gelak kan aku Eva?”
Kaki Daim melangkah mendekati isterinya. Raut indah wanita itu ditatap penuh sayang.

Mata Daim tertancap pada tengah hidung Eva yang turut basah terkena tempias
“Muka kau pun basah tahu tak.”
Hujung lengan baju diangkat dan disapu kehidung isterinya.

Eva kaku.. titik air yang jatuh dihujung rambut Daim membuatkan nafsunya berkocak pantas.
Wajah lelaki itu jernih dengan tompokan air hujan. Makin membuat jantung Eva berlari laju.

Perlahan jemarinya diangkat dan berlabuh lembut disisi rahang Daim.
Kemudian dilurut lembut hingga kehujung bibir lelaki itu.
Dada Eva terus berkocak kuat.

“Kau nak ke?”

Pantas mata Eva dibawa keatas dan tepat memandang bola mata Daim.
Terus tindakanya kaku, liur ditelan payah.

Daim mengambil jemari Eva yang masih tersangkut dihujung bibirnya dan ditekapkan kedada sebelum wajahnya ditunduk sedikit memagut bibir atas Eva.

Eva pejam mata.. rasa yang masih sama namun sentiasa dia rindukan.
Dan untuk tiga malam berturut-turut dia lemas dalam dakapan Daim.

Sungguh Eva mengharapkan setiap malam dia lena dalam pelukan Daim.
Namun siapa menduga.. malam itu adalah malam terakhir dia menyentuh seluruh tubuh Daim.

End flashback.

Sekali lagi airmata Eva turun membasahi pipinya.
Hingga ke hari ini, kehangatan sentuhan Daim masih terus dirasa.

Terus Eva mengeratkan pelukan pada bantal milik suaminya.

Kerap kali bilik suaminya dikujungi sebelum mereka bekahwin. Namun entah kenapa sejak dia pulang dari Pulau tempoh hari..
Bilik Daim seolah-olah nyawa pada dia.

Kadang-kadang dia merasakan Daim ada disebelahnya bersama tidur dikatil, kadang -kala. Ternampak bayang lelaki itu berdiri di balkoni memandangnya.
Dan kadang kala-kala ternampak susuk Daim keluar dari kamar mandi dengan membiarkan rambut masih dibasahi dengan air.

Arrrgghh! Peritnya rindu ini!

Raungan Eva terus bergema sehingga Clara membuka pintu lantas memeluk erat adik iparnya yang berteluku di kepala katil.

“Eva.. Eva jangan macam ni, Eva kena kuat ye.”

Eva menggelengkan kepalanya. Wajah masih disorok ditengah peha yang merapat kedada.
“Eva tak kuat Kak Clay.. Eva tak kuat.”

Makin hiba hati Clara mendengar tutur Eva diselang sendu yang kuat.
Dia dapat agak, berduanya Eva dan Daim di pulau tempoh hari merapatkan lagi hubungan mereka.
Namun kenapa Eva dan Daim harus berpisah?

Hah! Kejamnya dunia!

Clara turut dirundum sedih mendengar perkabaran kehilangan satu-satunya adik kandung beliau. Setiap hari dia berdoa semoga Dain selamat.

Dan tidak disangka. Kembalinya Daim dengan membawa gelaran pembunuh.

Sumpah Clara tak percaya adik lelakinya sanggup buat kerja bodoh macam tu.

Clara membesar bersama Daim, segala suka duka dikongsi bersama. Malahan saat Kedua ibu dan bapa mereka meninggal, Daim dan Clara pernah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain dan tidak akan berpisah walau apa sahaja yang berlaku.

Jadi mustahil Daim boleh melakukan pembunuhan dan membiarkan diri dipenjara. Mana arah tuju Clara selepas ni tanpa darah daging disisi.

“Eva.. Kak Clay pun sedih Eva.. Im satu-satunya darah daging yang masih bersama Kak Clay. Tapi Kak Clay kena kuat sebab Kak Clay tahu Im tak salah. Kak Clay percaya Im akan dibebaskan.. Eva pun kena kuat. Eva kena percaya dengan husband Eva.”

Eva angkat muka. Lengan meleret ke hujung hidung menahan hingus yang keluar.
“Eva rindukan Im.. Eva taknak Im jauh dari Eva.. Eva sayang kan Im Kak Clay...”

Clara menyapu lembut ubun-ubun Eva.
Lantas sekali lagi memeluk adik iparnya.
“Kalau macam tu, Eva kena kuat, Eva kena percaya yang Eva akan kembali bersama Im. Kalau Eva terus menangis Eva akan sakit. Kalau Im tahu Eva sakit makin Im risau.”

Eva mula perlahankan tangisannya. Air hingus ditarik kuat.

“Tadi Uncle Mansor bagitahu akak yang kemungkinan besar Im akan dihantar ke penjara esok pagi. Jadi Eva mungkin akan dapat melawat dia.”

“Yeke Kak?”
Mata Eva bersinar, kedua kakinya disilakan.

Clara mengangguk perlahan.
“So.. Kak Clay nak Eva tidur awal malam ni, jangan nangis lagi. Esok Eva nak jumpa Im kan.. takkan Eva nak tunjuk mata bengkak Eva kat Im.. nanti Im makin risau.”

Bibir Eva digigit kuat sebelum menganggukan kepalanya.

“Tidur ye..”

Eva mengikut arahan Clara, kepala dibaringkan atas bantal sebelum badan diluruskan.
Mata sekali lagi memandang Clara
“Kak Clay teman Eva tidur malam ni boleh?”

“Ye lah..”
Clara mengangguk kepala lantas turut membaringkan tubuhnya bersebelah adik iparnya.

Pantas Eva memeluk pinggang Clara dan menyorokan muka disisi badan wanita itu.
Sebentar kemudian terdengar bunyi dengkuran halus menandakan Eva sudah tertidur.

Perlahan Clara melurut kepala Eva sebelum airmatanya menitis laju tanpa cuba disekat.
Dia juga rindukan Daim.
Saat ni Clara juga tak kuat untuk hadapi semua ni...

****

Selepas menjamah makanan tengahari dengan kadar sedikit, itu pun sebab dipaksa oleh Dahlia.
Eva terus menaiki Vellfire miliknya sambil dipandu oleh pemandu upahan Mansor.
Clara turut mengikutinya.

Kakak ipar Eva dah berjanji untuk menemani Eva berjumpa Daim. Sedang dia juga rindukan adiknya sendiri.

Sewaktu melalui pintu pagar keluar.
Tak putus-putus kelipan lampu dari wartawan mengambil gambar Eva.

Eva tak mampu menghalang lagi.
Dibiarkan sahaja wartawan berkhemah dihadapan rumahnya dan Daim.

Sejak dia kembali dari pulau, wartawan tak habis-habis mengejarnya untuk mendapatkan berita terkini.

Sehingga Mansor mengajikan dua orang pengawal yang khas untuk menjaga Eva. Bukan dia ingin menyorok Eva. Tapi Mansor takut Eva diapa-apakan.

Eva pun langsung tak menghalang wartawan dari menuduhnya macam-macam. Yang Eva tahu, dia perlu fikirkan cara untuk menyelamatkan suaminya.

Apa sahaja sangkaan public, Eva ketepikan.
Instagram, Fac, twiter dan segala media sosial miliknya dibekukan seketika.

Madam Jenny, pengurus wanita itu yang menguruskan segalanya.
Madam Jenny juga pasti Daim tak bersalah.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Dihadapan pintu penjara, beberapa kumpulan wartawan telah berhimpun.

Siapa lagi yang ingin mereka kejar, kalau bukan artis Eva Natasha.

Malahan wartawan lebih dulu mengetahui yang suami pelakon itu sudah dimasukan ke penjara. Manakala Eva adalah orang terakhir yang tahu.

Saat Eva turun dari Vellfire nya, kelipan dari lampu kamera kembali memancar terang.

Eva Natasha hari ini bukan Eva Natasha dulu yang terpaksa keluar ke tempat awam dengan memakai topi, mask dan kaca mata gelap semata-mata ingin melarikan diri dari wartawan dan kamera.

Eva tak malu menampakan diri yang sedang berjalan menuju masuk kepenjara.
Dia tak kisah apa pandangan peminat. Sebab Eva tahu suaminya tak bersalah!

Dua pengawal upahan Mansor menghalang ketat dan memberi ruang kepada Eva Dan Clara untuk masuk.
Dengan cara ini sahaja dapat mempercepatkan langkah Eva tanpa gangguan.

Segala bentuk soalan dari wartawan, Eva tak endahkan. Kaki terus melangkah bersama Clara hingga masuk kedalam kawasan penjara.

Di bahagian lobi, Eva dan Clara terpaksa meninggalkan semua barang peribadi sebelum mengisi borang untuk mendapatkan pas lawatan.

Banyak juga prosedur yang dijalankan sehingga tubuh Eva Dan Clara di ‘scan’ bagi memastikan mereka berdua tidak menyorok barang larangan.

Setiba masuk di bilik lawatan.
Eva dan Clara disuruh duduk sementara menunggu warden penjara membawa Daim berjumpa mereka.

Mata Eva memerhati keadaan dihadapannya.
Bederet telefon yang diletakan diatas meja dengan cermin yang menghalang antara meja banduan dan pelawat.

Ketika mata terus menilik, Eva terpandang seorang lelaki dengan seragam merah berjalan disebalik cermin kaca sambil diekori oleh seorang warden dibelakangnya.

Eva bangun. Dia pasti lelaki itu adalah Daim. Suaminya.
Clara turut bangun memandang kehadapan.

Belum sempat nama Daim diumumkan oleh pegawai penjara bagi memberitahu kepada keluarga terdekat, Eva dah meluru mendapatkan lelaki itu.

Daim diarahkan untuk duduk dibahagian meja tepi sekali.
Dan pantas Eva turut melabuhkan punggung berhadapan suaminya.

Air mata yang sarat ditubir, gugur lagi.
Padahal dia dah janji dengan Kak Clay takkan menangis, namun saat melihat wajah cengkung Daim hatinya terus terbawa hiba.

Pipi Daim sudah dilihat terdapat janggut yang menghitam, di sisi dahi lelaki itu juga ada kesan lebam.
Ketika Daim mengangkat tanganya dan menyentuh cermin tebal, kelihatan kebiruan dibeberapa bahagian kulit lengan lelaki itu.

Hati isteri mana yang tak pilu melihat keadaan Daim yang berubah drastik dari 5 hari yang lalu!

Clara yang berdiri dibelakang duduk Eva, mengelus lembut bahu adik iparnya untuk memberi kekuatan. Sedang dirinya turut ingin meraung saat ni.

Daim mencapai telefon dihadapanya. Bergitu juga Eva.

Hanya ditalian telefon sahaja yang boleh dia dengar suara Daim kerana cermin dihadapan yang memisahkan Eva dan suaminya amat tebal hingga tak tidak boleh menembusi sebarang bunyi.

“Eva...”

Makin mencurah air mata Eva saat mendengar suara garau Daim di tubir telingannya.

Clara juga tak tahan melihat aksi Eva.. air matanya turut gugur.

“Eva... please... jangan nangis sayang...”
Daim melekatkan tapak tangannya pada cermin. Dia ingin sentuh Eva. Dia ingin dakap Eva. Sungguh hatinya tak kuat jika Eva menangis..

“Im.. aku rindukan kau...”

Daim angguk kepala laju.
“Aku pun rindukan kau Eva.. tolong jangan menangis.. aku okay kat sini”

Okay?
Please Daim.. tolong la jangan menipu aku. Dari riak wajah kau, aku tahu kau sedang sengsara sekarang ni.
“Im....”
Eva tak dapat teruskan ayatnya lagi saat sendu makin mengambil bicara.

Clara faham.. perlahan telefon ditangan Eva diambil dan dibawa ke sisi kepalanya.
“Im.. kau sihat?”

Daim mengangguk laju.
“Akak jangan risau, Im okay kat sini”

Kali ni Clara pula yang mengangguk kepalanya.
“Im.. kau kena kuat ye.. Uncle Mansor sedang tolong untuk lepaskan kau. Semua tahu yang kau tak bersalah Im”

“Ye kak.. Im tahu, lawyer dah inform dengan Im. Akak doakan Im berjaya untuk lawan kes ni ye”

Clara menitip mata adiknya yang berair.
“Im... akak akan sentiasa doakan Im.. Im satu-satunya darah daging akak yang masih ada.. akak takkan benarkan apa-apa pun terjadi pada Im.”

“Terima kasih kak”
Daim membawa matanya kepada Eva..
“Akak cakap kat Eva yang Im sentiasa sayang kat dia.. Im nak Eva kuat semangat supaya Im dapat bangkit semula.. Cakap lagi kat Eva, yang Im amat menyintai dia.”

Terus air mata yang ditahan Clara gugur kembali.
Tak sangka begitu dalam cinta adiknya pada Eva.
Tangan ingin memberi telefon kembali pada adik iparnya namun Daim menghalang.

“Kak... Im tak kuat kalau terus dengar Eva menangis.. Im mintak akak kuatkan Eva ye..”
Seraya menghabiskan ayatnya Daim meletakan kembali gangang telefon sebelum mendirikan tubuh.

Eva yang melihat disebalik cermin turut bangun. Ganggang telefon di tangan Clara dicapai.
Bibir terus memanggil nama Daim namun suaminya itu berlalu masuk ke sel tanpa menoleh lagi.

Pantas Clara memeluk Eva sebelum kedua-duanya menghembur tangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

****

Hanya sebentar penemuan Eva dan suaminya namun masih tak cukup membuah rindu yang terbuku.

Sewaktu kembali kedalam Vellfire.. Eva masih tak melepaskan gengaman Clara. Dia perlukan kekuatan kakak iparnya saat ini.

“Eva sabar ye... Im cakap dia taknak tengok Eva menangis sebab tu dia cepat-cepat masuk semula.”

Eva angguk kepala. Bahu terus menanggung sendu. Dia faham tindakan Daim sebentar tadi. Cuma Eva yang masih tak boleh menahan perasaannya bila melihat Daim.

Vellfire milik Eva sudah 10 minit meninggalkan penjara. Namun sendu Eva masih bebaki.
Pandangan dipusing kepada Clara sebelum air hidung ditarik lagi.

“Kak Clay..”

Clara yang sedang memandang keluar tingkap melirik kearah adik iparnya.

“Teman Eva jumpa Lukas..”

Clara kerut dahi. Permintaan Eva tiba-tiba membuatkan hatinya tersentak.
“Untuk apa nak jumpa Lukas.”

Eva menarik nafas panjang sebelum memghembur pandang keluar tingkap.
“Eva pasti, hanya Lukas yang dapat membantu untuk membebaskan Im”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience