BAB 2

Thriller Completed 3653

“Betul ke kau nak siasat pasal rumah tu Dira,” tanya Najib sewaktu kami sama-sama berjalan menuju ke restoran Sri Kenanga untuk makan tengahari.

“Aku ada pilihan lain ke Jib?”

“Memang si tua tu tak sedar diri kan. Geram pula aku, tak pasal-pasal kena juga,” Najib melepaskan keluhan. Dia yang baru setahun lebih bernaung di bawah jajahan Encik Firman sudah merasa tertekan dengan perangai lelaki tua itu, inikan pula Nadira yang sudah lebih 6 tahun bekerja bersama Encik Firman. Dia pun tidak tahu bagaimana wanita di sebelahnya itu tahan bekerja dengan bos macam itu sedangkan ramai rakan sepejabatnya yang lain sedikit demi sedikit meninggalkan mereka. Najib pun berura-ura mahu berhenti kerja kerana sekarang dia tengah berusaha mencari kerja lain.

“Macam biasa Dira?” soal wanita genit yang sudah mendekati meja mereka. Nadira hanya menganggukkan kepala. Kerana sering bertandang di restoran itu, pekerja malahan bos restoran itu sudah mengenali dirinya.

“Awak?” tanya wanita genit itu mengalihkan pandangannya ke arah Najib.

“Ikut order Nadiralah,” sahut Najib sambil melemparkan senyuman kepada wanita genit itu. Manis! Desis hati kecilnya.

“Dira! Dira!” Najib melambaikan tangan ke arah Nadira yang seolah-olah melamun jauh.

“Eh, kau panggil aku ke?”

“Kau kenapa? Apa yang kau menungkan? Pasal kerja yang Encik Firman bagi ke?” tanya Najib bertalu-talu.

“Ha’ah! Aku takutlah Najib. Kalau takde apa-apa yang kita jumpa macam mana?”

“Kenapa dengan engkau ni? Selama ni tak pernah pun aku tengok kau macam ni,”

“Entahlah Najib. Aku tak tahu kenapa hati aku rasa lain macam je bila Encik Firman suruh siasat pasal rumah tu,”

“Engkau janganlah buat aku takut Dira. Kang tak pasal-pasal aku tak nak join engkau. Aku tak kisah kena buang kerja dengan si tua tak sedar diri tu,”

“Alah, engkau ni macam perempuan. Belum apa-apa lagi dah nak takut,”

“Engkau yang mulakan dulu,”

“Dahlah, jom makan,” Nadira mempelawa Najib lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tetapi hatinya masih lagi terfikir akan rumah putih atas bukit yang menjadi perbualan mereka sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience