BAB 14: Cinta?

Drama Series 28608

Shahir hanya memandang Fatin dengan muka paling ketat sekali di dalam dunia. Fatin tetap bertegas untuk tidak pindah. Terlalu banyak kenangannya di rumah ini. Dia juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan Papanya itu. Air matanya ditahan daripada mengalir. Dia perlu tunjukkan yang dia kuat di hadapan semua orang. Shahir hanya menenungnya.

" Boleh tak kau ikut je cakap aku. Aku buat semua ni untuk kebaikan kau jugak!" pekik Shahir.

Namun Fatin masih tidak berganjak. Malah matanya lansung tidak berkelip. Dia merenung ke dalam mata Shahir.

" Kebaikan apanya? Cuba awak bagitau saya apa kebaikan kalau kita pindah sekali pun?!" tanya Fatin.

Emosinya sudah tidak terkawal. Suaranya ditinggikan. Shahir yang mendengar pertanyaan itu rasa tercabar. Dia tersenyum sinis.

" Ooh. Kebaikan? Kau nak tahu apa keburukan dia? Meh sini biar aku bagitau. Kau pernah tak rasa kena godok dengan pisau kat perut kau tu? Pernah? Takkan? Jadi biar aku jalankan tugas aku sebagai suami kau untuk kekalkan macam tu. Ok?" terang Shahir.

Shahir melangkah pergi. Fatin tersentak. Air mata yang mengalir tanpa disedarinya diseka. Keningnya masih berkerut. Namun dia sebenarnya buntu. Apa yang dimaksudkan Shahir? Nafasnya ditarik dalam dan dihembus kuat. Dia cuba menenangkan dirinya. Nampaknya dia terpaksa akur. Kerjanya tadi ditinggalkan. Dia terus terlentang dia atas katilnya. Kata-kata Shahir tadi masih bermain di dalam fikirannya. Dia berdecit.

" Isy. Psiko! Ya Allah! Kenapalah aku ada suami macam tu?! Kejap baik kejap psiko kejap poyo.. Haih! Kalau macam nilah tiap-tiap hari.. Mampus aku!! Dahlah baik aku tidur lagi bagus." leter Fatin.

Laju dia punya berleter kalah bullet train.. Lepaskan geram agaknya.. Akhirnya Fatin terlena dengan pipi yang basah. Penat dengan semua drama dalam hidupnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Idlan meniarap di atas katil sambil merenung telefonnya. Tertera nama Fatin di kanta telefonnya. Dia mengeluh perlahan.

" Nak call ke tak? Nak call ke tak?" tanyanya sendiri.

Kejadian di dalam lift tadi menjengah ke fikirannya lagi. Akhirnya hati tergerak untuk menekan butang hijau di kanta telefonnya itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir menjengah ke dalam bilik. Fatin sudah pun berlayar sampai ke Indonesia. Dia melangkah masuk dan mendekati katil itu. Shahir hanya mendengus perlahan melihat Fatin. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Laci di sebelahnya dibuka. Buku nota diambil. Terdapat banyak lukisan di dalam buku itu sejurus sahaja dibuka. Pensil dicapai. Tangannya mula melukis.

Tangannya terhenti apabila mendengar bunyi telefon berdering. Ada seseorang menelefon Fatin. Namun Fatin masih lena dibuai mimpi. Shahir berfikir seketika. Patut dia angkat ke? Tak patut? Tangannya hanya terus bergerak mencapai telefon Fatin. Keningnya berkerut apabila nama Idlan tertera di kanta telefon Fatin. Sungguh ingatannya tidak dapat menangkap wajah lelaki bernama Idlan itu. Kalau Nairah pernahlah dia jumpa ketika majlis perkahwinan mereka. Butang hijau ditekan.

" Hai Fatin. S-Sory lah call malam-malam ni. Saya sebenarnya nak minta maaf. Yalah. Masa kat dalam lift tu saya terlebih emosi pulak. Saya tak boleh terima yang awak dah jadi isteri orang. Saya minta maaf ok?" terang Idlan.

Shahir tercengang. Kenapa? Siapa? Bagaimana? Kejadian apa? Apakah?!! Banyak persoalan muncul di fikirannya. Shahir hanya terdiam tidak terkata.

" Fatin? Awak marahkan saya lagi ke?" tanya Idlan lagi.

Shahir tersentap. Dia ketawa kecil. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

" So kau suka Fatin ke? Sory lah. Fatin dah dibeli. Bye."

Panggilan ditutup. Shahir meletakkan telefon Fatin ke tempatnya kembali. Keadaan sunyi seketika. Kenapa dia rasa pelik? Dia marah? Marah sebab mamat Idlan tu ke? Kenapa dia marah? Mungkin ke sebab dia dah jatuh..

Tiba-tiba tangan Fatin bergerak dan betul-betul mendarat di atas pehanya. Shahir terkejut. Dia menoleh ke arah Fatin. Shahir mengeluh. Nampaknya dia masih tidur lena. Shahir memanfaatkan peluang itu dengan menilik setiap inci wajah Fatin. Sungguh Fatin memang cantik. Dengan pipinya yang tembam kemerah-merahan. Bulu matanya yang cantik tersusun. Bibirnya yang nipis merah jambu. Ayu. Setiap lelaki yang melihatnya buat kali pertama mesti tertarik untuk melihatnya buat kali kedua. Shahir mengeluh sedikit.

Mungkin dia memang sudah jatuh cinta kepadanya. Shahir mengalihkan tangan Fatin. Kepalanya diletakkan ke bantal. Tapi dia harus buang perasaan itu. Kerana mungkin satu hari nanti tangan dia jugalah yang akan membunuh Fatin.

Mata Shahir makin berat. Berat dan berat. Sehinggalah Shahir lena diulit mimpi.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience