Bab 15

Vampire Series 4580

“ Jadi Cealyn memang dah kembali ? Kau pasti ke Bray ? Mana tahu ahli sihir tu salah tengok ke apa . ” soal Kein apabila mendengar penjelasan Braylon .

“ Itu lah . Kau jangan main cakap saja . Mana tahu manusia tu cuma sama rupa dengan Cealyn . ” sokong Adryan .

Cleo hanya membisu . Lidahnya kelu . Tidak tahu apa yang harus dirasakan sekarang .
Aku gembira kalau kau kembali Cealyn . Tapi kenapa ? Kenapa sebagai seorang manusia ? Kau tau kita tidak boleh bersama kalau kau seorang manusia kan ?
Gembira dan kecewa menjadi satu .

“ Aku pun susah nak percaya sebenarnya . Tapi perangai Emelyn buatkan aku ragu-ragu . Seolah-olah dia tu Cealyn yang sebenar . ” kata Braylon lagi . Senyuman kecil yang terukir di bibir Emelyn masih bermain di mindanya .

Cleo melepaskan keluhan berat . Dia pun ragu-ragu dengan situasi ini .
Jika diperhatikan dengan lebih dekat , Emelyn memang sama seperti Cealyn . Terutama sekali senyuman itu .

“ Habis sekarang macam mana Cleo ? ” soal Kein . Braylon dan Adryan turut memandang ke arah sahabat karib mereka .

“ Macam mana apa ? ” terasa aura dinginnnya .

“ Kalau betul dia Cealyn , kau.. ”

“ Aku tak percaya yang dia tu Cealyn . Dan memang aku tak nak percaya . ” potong Cleo .

Serta merta suasana menjadi sunyi buat seketika . Tahu betul mereka akan sikap Cleo yang tidak suka bercerita tentang Cealyn .

“ Aku tak nak dengar lagi nama dia . So please , jangan cerita pasal dia lagi . ” sambungnya lagi . Wajahnya diraup kasar .

Braylon , Kein dan Adryan hanya akur . Cukuplah hati Cleo terluka dengan pemergian Cealyn .

“ Maaf menganggu . Cleo , ada seseorang tunggu kamu dekat luar . Pergilah jumpa dia . ” kata aunty Bethany dengan lembut . Cleo hanya mengangguk .

“ Aku gerak dulu . ” kata Cleo lalu melangkah keluar dari biliknya .

••••

Aku yang dekat dalam bilik ni dah boleh jadi orang gila tau tak . Kejap baring , kejap duduk , kejap berdiri , kejap baring lagi balik .
Kata-kata ahli sihir itu tidak dapat aku lupakan . Roh Cealyn hidup dalam aku ? Betul ke ?
Lantas kedua tangan aku memegang dadaku .

“ Cealyn , betul ke yang kau ada dekat dalam aku ni ? Kalau ada , duduk diam-diam eh . Jangan kau nak keluar masa aku tidur pula . Tak sanggup aku nak makan daging manusia . ” kataku perlahan sambil menepuk-nepuk dada sendiri .

Kan aku dah cakap , aku ni boleh jadi orang gila dah dekat dalam bilik ni .
Emelya pula pergi main dengan aunty Bethany . Aku tengok Emelya macam anggap aunty Bethany sebagai ibu kandung dia .
Tapi tak apalah , kesian juga Emelya . Baru berumur sebelas tahun sudah menjadi anak yatim .

Aku berjalan menuju ke balkoni . Nak lupakan semua yang mengganggu akal fikiran aku .
Nanti silap hari bulan , betul-betul boleh gila aku jadinya .

Setibanya aku di balkoni , mata aku dihiasi dengan dua makhluk Tuhan yang aku anggap sepasang kekasih sedang berbual di taman bunga .
Aku mengecilkan mataku , memandang ke arah lelaki yang lagi berbual dengan gadis itu . Dan aku pasti ! Itu Cleo .
Eleh cakap cintakan Cealyn seorang je , ni tiba-tiba ada perempuan lain ni apa cer ?

“ Sabar Cealyn sabar , aku faham perasaan kau . ” kataku seorang diri sambil menepuk dadaku perlahan .

Lama aku memandang ke arah pasangan itu . Macam dapat saja aku rasakan suasana romantik diantara mereka berdua .

“ Tengok apa tu ? ” sapa seorang lelaki di belakang aku .

Lantas aku menoleh ke belakang untuk mengetahui siapa gerangan yang masuk bilik orang tanpa minta izin tu .
Kein yang berdiri di sebelah Emelyn buat-buat tidak tahu dengan pandangan tajamnya .
Amboi kau , suka hati saja masuk bilik orang .

“ Dah tak pandai ketuk pintu ke ? ” soalku tanpa memandang wajahnya . Pandanganku difokuskan ke taman bunga .

“ Awak tengok apa ? ” soal Kein semula . Soalan Emelyn hanya dibiarkan berlalu .

Aku memandang wajah Kein sambil tersenyum nakal . Berkerut dahi Kein melihat tingkah laku aku .

“ Saya tengok Kdrama . Best tau . Free lagi tu . ” kataku sambil ketawa kecil . Yalah . Memandangkan rupa diorang ni cantik ngan handsome belaka , sesuai sangat lah aku cakap Kdrama hihi .

Laju saja mata Kein dihalakan ke arah yang aku pandang tadi . Kein mengecilkan matanya untuk memastikan siapa dua orang yang lagi berbual itu sebelum dia turut ketawa kecil .
Dan kali ini , Kein pula yang tersenyum nakal ke arah aku . Seram sejuk aku dibuatnya .

“ Cemburu ke ? ” soal Kein .

Ohok ! Terbatuk aku dengar soalan kau . Cemburu ? Hm jap , aku tengok balik .
Aku memandang pasangan itu buat seketika lalu memandang ke arah Kein semula .

“ Tak . ” jawabku sepatah sambil menggeleng perlahan .

Kein tersenyum kecil apabila mendengar jawapan aku . Kau memang sama seperti Cealyn , tak pandai cemburu .

“ Kenapa senyum ? Ada yang lawak ke dekat sini ? ” soalku semula dengan mata meliar mencari punca-punca kenapa dia senyum sendiri . Ala , teringatkan crush lah tew hehe .

“ Tak ada apa . Saya cuma fikirkan macam mana lah awak nanti kalau awak jatuh cinta dengan Cleo , confirm pandai cemburu punya . ” kata Kein dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .

“ Kenapa awak dengan Braylon cakap benda yang sama eh ? Ada sesuatu yang menarik ke tentang Cleo sampai saya boleh jatuh cinta dengan dia ? ”

Jujur aku cakap , aku tak suka bila diorang cakap macam ni . Kalau aku jatuh cinta betul-betul macam mana ?
Tak ke merana aku dibuatnya . Dah lah dia ni Vampire , aku pula manusia hm .

“ Kita tengok saja nanti . ” usik Kein .

Eii aku patahkan juga taring kau ni . Tak habis-habis nak usik aku . Kang aku yang jadi Vampire dekat sini nak ?
Habis pecah tawa Kein melihat wajah Emelyn yang ketat . Marah nampak .

••••

“ Dah lama kita tak jumpa kan Cleo ? . ” kata gadis itu sambil tersenyum manis .

Cleo hanya mengangguk sambil tersenyum kecil .

“ Alyaa apa khabar ? ” soal Cleo pula .

Alyaa , sahabat sepermainannya sewaktu kecil . Cuma mereka sudah lama tidak berjumpa . Ibu bapa mereka juga kawan karib .

“ Alyaa sihat . Awak ni makin dewasa makin handsome pula saya tengok . ” usik Alyaa .

Cleo hanya ketawa kecil . Ketawa dan senyuman yang palsu . Semua ini hanya kerana dia mahu menjaga hati Alyaa .
Kalau diikutkan hatinya , dia juga tidak ingin senyum atau ketawa . Kerana semua ini mengingatkan dia tentang kenangannya bersama Cealyn . Kenangan yang penuh dengan bergurau senda .
Tiba-tiba matanya terhala ke arah Kein dan Emelyn yang lagi berbual mesra di luar balkoni . Kalau sekali pandang saja , memang mereka akan dikatakan sepasang kekasih .
Serta merta hati Cleo menjadi panas . Entah mengapa dia merasa seperti itu . Dia seperti tidak suka melihat Emelyn mendekati lelaki lain . Tapi mengapa ?
Kerana dia mempunyai rupa yang sama seperti Cealyn ?

“ Cleo ? Are you okay ? ” soal Alyaa sambil menyentuh lembut bahu lelaki itu . Risau juga dia melihat reaksi Cleo yang berubah menjadi tegang .

Cleo yang baru tersedar dari lamunannya terus mengubah reaksi tegangnya menjadi reaksi tenang . Senyuman kecil terukir di bibirnya .

“ Kita pergi tempat lain . ” kata Cleo lalu menarik tangan Alyaa untuk beredar dari tempat itu . Tidak tahan dia melihat kemesraan Kein dan Emelyn .

Perasaan apa ini ? Cemburu ? Tak mungkin ! Tak kan dia mempunyai perasaan dengan manusia itu ?
Semua ini terlalu pantas untuk dia merasa seperti itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience