BAB 1

Romance Completed 3993

“Uncle, Mimi nak cupcakes yang ada gambar hello kitty atas dia tu. Bolehlah uncle… Mimi nak…” Rengekan gadis kecil molek yang memakai skirt dan bertocang dua tu menarik perhatian Afiqah yang sedang mengelap tingkap kedainya dibahagian luar.

“Tak boleh sayang. Cupcakes tu manis, banyak gula. Nanti gigi Mimi yang lawa nie habis rongak.” Lelaki itu memujuk anak saudaranya.

“Tapi Mimi nak… Mimi janji nanti balik rumah Mimi gosok gigi 3 kali. Betul!” bersungguh-sungguh gadis yang pada pandangan Afiqah mungkin baru berumur 5 tahun. Gadis kecil tu masih tak berputus asa memujuk lelaki yang dipanggilnya Uncle itu dengan menarik hujung baju.

“Mimi, I said no… means no. Kenapa degil nie?” Suara lelaki dah berubah mungkin sebab dah malas nak melayan kerenah si kecil yang tak faham bahasa.

“Tapi…” Mata Mimi dah berair… terasa nak menangis apabila permintaannya ditolak mentah-mentah.

Afiqah menggeleng perlahan kepalanya melihat cara lelaki melayan kanak-kanak. Kasar! Tak pandai berlembut langsung. Kain pengelap ditangan dan botol spray yang dipegangnya dibawa masuk ke dalam kedai. Sejurus kemudian tak sampai 5 minit Afiqah keluar kembali. Terkejut Afiqah apabila melihat gadis kecil yang bernama Mimi itu sedang menangis. Kakinya bergerak pantas ke arah mereka.

“Uncle jahat!” Mimi menangis semahu-mahunya. Dia duduk mencangkung di kaki lima itu sambil menangis.

Lelaki itu merengus kuat. Bosan dengan kerenah anak saudaranya yang sorang nie. Tidak dihiraukan anak saudaranya yang sedang menangis tu. Matanya memandang ke arah jalan.

“Yang drebar nie pun satu, lembab betul. Kalau aku tau aku drive sendiri tadi.” Jam dipergelangan tangan dibetulkan. Tiba-tiba ada seorang wanita muncul di depan Mimi dan dia.

“Adik, jangan menangis ok. Nie kakak hadiahkan cupcakes dekat adik.” Afiqah turut mencangkung disisi Mimi.

Mimi yang tadi menangis teresak-esak mula diam. Matanya memandang Afiqah dan cupcakes dihadapannya silih berganti.

Matanya masih berair lagi tapi dia dah tak menangis.

“Cuba adik tengok, ada gambar hello kitty atas dia. Comel kan?” Afiqah cuba menarik perhatian Mimi. Dia mahu memujuk Mimi.

Dengar sahaja perkataan Hello Kitty terus Mimi tersenyum kepada Afiqah. “Hello Kitty…” Mimi menyebut perlahan.

“A’ah, Hello Kitty, kakak bagi dekat adik cupcakes nie.” Afiqah menghulurkan kek cawan itu kepada Mimi dan Mimi menyambutnya.

Lelaki tadi a.k.a Uncle Mimi yang garang tu memandang tajam ke arah Afiqah. “Kau siapa? Pandai-pandai nak bagi makanan dekat anak saudara aku nie.” Spontan cupcakes di tangan Mimi dirampas. “Entah-entah kau letak ubat dalam kek nie.”

Humaih, kasarnya bahasa siap menabur fitnah dekat aku lagi tu. Melampau orang tua nie. Afiqah mengutuk dalam hati.

“Assalamualaikum encik.” Sinis suara Afiqah memberi salam. “Mak saya ajar, kita kena buat baik sesama manusia. Mak saya pesan, dengan budak jangan tinggi suara. Mak saya cakap, yang tua dihormati yang muda disayangi. Mak saya kata, tak baik fitnah orang. Mak saya bagitau, apa yang dia cakap dekat saya semua tu suruhan agama. Ajaran nabi dan perintah Allah. Assalamualaikum.” Terus Afiqah meninggalkan lelaki tu dengan Mimi. Pintu kedai dibuka…

Tapi tiba-tiba Afiqah berpaling semula memandang lelaki tu. “Oh ya… mak saya ada juga cakap, antara orang yang menzalimi dirinya sendiri tu bila mana dia berdoa tapi mendoakan orang lain.

Dua kali saya bagi salam dekat encik. Salam tu kita bagi sebab nak mendoakan kesejahteraan orang yang disapa. So, encik jawab la salam saya tu ya kalau tak nak tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri.” Afiqah mengenyitkan matanya. Lelaki tadi terpana dek kenyitan mata Afiqah. Berdessup dia rasa!

Ambik kau… Afiqah tersenyum puas melihat riak muka lelaki tu yang nampak gila terkedu! Speechless la tu kena sembur dengan aku. Tu la, budi bahasa ada tak nak guna, kan dah kena.

“Muka ja hensem tapi hati batu memang dasar hantu.” Afiqah mengutuk perlahan.

Lelaki itu hanya memandang Afiqah memasuki kedainya semula. Tak pernah-pernah seumur hidup dia kena tarbiyah dekat kaki lima kedai tepi jalan pulak tu! Memang perempuan nie belum kenal dia siapa. Lelaki tu tersenyum. Senyuman yang ada makna tersembunyi di sebaliknya.

“Uncle, cupcakes Hello Kitty Mimi!”

Lelaki tu tersedar dari lamunan, matanya memandang cupcakes ditangannya dan kedai hadapannya bersilih ganti.

“Nah, sayang.” Cupcakes tadi di beri kepada Mimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience