Hana terbangun apabila handsetnya berbunyi. `Hello'. Sapa Hana perlahan. Mamai lagi! `Hello, hana'. Balas Khairul. Mesti tidur ni! Hana yang mendengar suara Khairul pantas membuka matanya. Hish! Apahal dia call aku! Dahlah malu aku tak habis lagi! Gumam Hana dalam hati.`Khai..kenapa call saya? 'soalnya. `Macam ni.. Besokkan cuti.. So.. Macam mana kita pergi berjalan ke pantai? Kita ajaklah Qilla dengan Hafi sekali'. Ujar Khairul. Harap-harap dia terima! Hana memandang sekeliling. Baru perasan Qilla takde! Mana pulak minah ni! `Hana okay je.. Nanti Hana bagitau kat Qilla.. Hana baru perasan yang Qilla takde dalam bilik.. Entah ke mana perginya'. Balasnya. Khairul tersenyum mendengarnya. `Okaylah.. Nanti kalau ada apa-apa.. Hana call ke.. Mesej ke kat Khai'.balasnya.`Okay..bye'. Balas Hana.. `Bye'. Balas Khairul. Hana terus mematikan talian. Hish! Mana pulak si Qilla ni! Tertiba pintu dibuka. Terjengul muka Qilla. `Qilla! Kau ke mana ha?'soal Hana. `Saja jalan-jalan kat bawah. Bosan.. Terperap je dalam bilik.. Nak kejut kau.. Tak sampai hati pulak aku'. Balasku. Aku duduk di sebelah Hana. `Apa-apa jelah.. Ni tadi Khairul baru telefon aku'. Balasnya. Aku tersengih memandangnya. `Dia nak apa? 'soalku sambil tersengih. `Dah! Tak payah nak tersengih.. Besokkan kita cuti.. So.. Dia ajak kita pergi pantai.. Jomlah Qilla!' ajak Hana. `Aku okay je'. Balasku. Mesti ada Hafi sekali! Hishh! Menyampah pulak aku! `Cantik! Ehh jomlah teman aku gi beli makanan! 'ajaknya. `Jom'. Balasku. Kami bangun lalu keluar dari bilik. Aku menguncinya. Mulanya aku ingatkan si Hana ni nak beli makanan kat kafe! Rupanya kat luar universiti! Hampeh! Buat penat aku je! Sedang kami duduk untuk menunggu pesanan.. Tertiba orang menegur. `Qilla.. Hana'. Kami menoleh. Nizam! Adam! Aku lihat muka Hana. Pucat! Kami berdiri. Hana berdiri di belakangku. `Kau nak apa?'soalku kasar. `Rilek.. Rilek.. Kami datang jumpa korang ni.. Kami nak mintak maaf.. Kami tak nak kacau korang dah.. Terutamanya Hana.. Just aku nak korang ingat... Percakapan Nizam terhenti. Dia memandang Hana. `Hana'. Panggilnya. Hana memandang. `Aku nak kau tau.. Selama ni aku ikhlas '. Sambungnya. Adam yang berada di sebelah hanya diam. `Takpelah Nizam.. Tapi sorry.. Aku tak boleh balas keihklasan kau.. Aku anggap kau sahabat je.. Harap kau faham'. Balas Hana. `Aku faham.. Aku mintak maaf sebab kacau kau dengan qilla'. Ujarnya lagi. Kami hanya mengangguk. Aku memandang Adam yang sedari tadi ralit memandangku. Nizam yang perasan, pantas menyiku lengan Adam. Tersentak Adam dibuatnya. `Ehh.. Sorry sorry.. Aku termenung pulak'. Ujar Adam sambil tersengih. `Hana.. Qilla.. Aku pun nak mintak maaf.. Mula dari sekarang.. Kita lupa benda yang lepas.. Sekarang ni.. Kita jadi kawan and bukan lawan? 'Ujarnya sambil mengangkat kening. Aku terpana melihatnya. Hish! Apahal dengan aku ni! `Cik'. Panggil seseorang. Aku dan Hana menoleh. `Ni makanan yang cik berdua pesan tadi'. Balas pelayan itu. `Oooo yee.. Terima kasih'. Ucap Hana. Aku senyum kepada pelayan itu. Pelayan itu mengangguk sambil tersenyum sebelum pergi. Kami memandang semula ke arah Adam dan Nizam. `Korang dah nak balik asrama ke? 'soal Nizam. Kami mengangguk serentak. `Err.. Okay.. Tapi.. Lepas ni.. Kita boleh jumpa lagi kan?' soal Nizam lagi. `Mestilah! 'balas Hana. Adam dan Hafi tersenyum mendengarnya. `Kalau macam tu.. Besok kita lepak.. Nak?' soal Adam. Kami yang mendengar berpandangan sesama sendiri. Kami memandang mereka semula. `Err.. Sorrylah.. Besok kami ada hal'.balasku. Aku menjeling Adam sekilas. `Erm.. Takpelah '. Balas Adam hampa. `Qilla.. Hana.. Kami berdua blah dululah. Jumpa lagi'. Balas Nizam. Kami mengangguk. Sebelum mereka berlalu pergi aku masih dapat menangkap yang Adam masih memandangku. Hana menyiku lenganku. Aku memandangnya sambil mengangkat kening. `Kau perasan tak? 'soal Hana. Kami berlalu pergi dari situ. `Perasan apa? Soalku. Saja aku buat-buat bodoh! `Kau ni! Faham ke.. Buat-buat tak faham!' marah Hana. Dia tahu yang Qilla sengaja. Aku tersengih. `Perasan yang Adam asyik memandang aku? 'soalku. Hana mengangguk. `Perasan.. Kenapa?' balasku. `Kau tak rasa apa-apa ke? 'soal Hana pula. `Rasa apa pulak kau ni?' soalku pula. Pelik! `Rasa suka? 'selamba Hana menyoal. `Haa? Suka? Mana ada!! Merepeklah kau ni!' marahku. Aku pun tak tahu apa perasaan aku pada dia sebenarnya! `Aku tanya je.. Lagipun aku tengok muka Adam tadi.. Dia.. Macam suka kat kau'. Balas Hana. Aku memukul bahu Hana perlahan. `Kau jangan merepek! Kau tak ingat? Apa yang dia cakap kat aku dulu? Yang kat kafe tu? Mustahillah dia suka aku! 'balasku. `Takde yang mustahil dalam dunia ni Qilla. Hati kita boleh berubah. Dari benci boleh jadi suka'. Balas Hana. Aku terdiam seketika. `Kau saja kenakan aku ke apa ni? 'dugaku. Hana menggeleng. `Betul kau tak sukakan Adam?' soalnya setelah kami masuk ke dalam bilik. Hana duduk di atas katil sambil memandangku. `Betullah wahai kawanku! 'balasku. Aku duduk sebelahnya. `Pada Hafi?' duganya lagi. Aku tersentak. Asal nama dia yang keluar! `Hafi? Lagilah tak! 'balasku. `Okay.. Tapi nanti kalau jadi apa-apa.. Kau jangan menyesal pulak.. Kalau kau ada perasaan pada mereka.. Baik kau luahkan.. Mana tau dalam diam.. Mereka pun suka kat kau'. Balas Hana. Aku hanya diam. Buntu! `Aku masuk mandi dulu.. Lepas tu.. Baru kita makan sesama'. Ujar Hana. Aku hanya mengangguk. Kau pun ego Qilla! Aku tak tahu macam mana nak bantu kau dah! Gumam Hana dalam hati. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Aku mengeluh. Tertiba aku teringatkan mereka. Hafi? Adam? Aku suka mereka ke? Arhhh! Tak! Ini semua tak boleh jadi! Aku perlu lupakan mereka! Ujarku dalam hati. Tertiba kepalaku berasa pening. Aku memegang kepalaku yang berdenyut. Aku baring sambil memicit kepalaku. Kenapa dengan aku ni! Hingga Hana keluar pun aku masih tak perasan. Aku leka memicit kepala. Hana yang melihat menjadi pelik. Apahal kawan aku ni? Sampai aku keluar pun.. Dia tak perasan. 'Gumam Hana dalam hati. Dia duduk di sisi Qilla yang sedang baring. Dia memegang tangan kawannya itu. Aku yang terasa tangan kananku dipegang, aku membuka mata perlahan-lahan. Bila dia keluar? Arh! Leka sungguh aku! Gumamku dalam hati. `Kau kenapa? Okay tak? Soal Hana. `Aku tertiba peninglah Hana. Kepala aku ni.. Berdenyut kuat sangat'. Balasku. Hana memegang kepalaku. Dia memicit perlahan kepalaku. Aku berasa lega sikit. Aku memegang tangan Hana yang berada di kepalaku. `Dahlah.. Aku okay sikit dah.. Thanks'. Ucapku. Hana tersenyum. `Dahlah.. Kau gilah mandi dulu.. Lepas tu kita makan sesama.. Kalau kepala kau rasa pening lagi.. Cakap je.. Nanti aku tolong urutkan '. Balas Hana. Aku hanya mengangguk. Aku turun dari katil lalu mencapai baju dan tuala sebelum menuju ke bilik air. Hana hanya melihat Qilla. Setelah Qilla tiada.. Dia termenung seketika . Hana menggeleng. Takkanlah! Qilla takkan ada penyakit itu! Dia hanya sakit kepala biasa! Gumam Hana dalam hati. Mungkin firasat aku je. Sambungnya. Dia terus bangun lalu mencapai telengkung dan sejadah untuk menunaikan solat. Aku yang sudah selesai mandi keluar dari bilik air dalam keadaan pening! Mata aku jadi kabur! Pantas aku duduk di atas katil. Aku memegang kepalaku. Arhh! Sakitnya! Hana yang sudah selesai solat pantas menerpa ke arah Qilla. `Qilla.. Qilla.. Kau okay tak ni? 'soalnya. Ehh bodohnya soalan aku! Sah sah lah dia tak okay! Marah Hana dalam hati. `Sakit.. Sakit.. Kepala aku.. Kepala aku sakit sangat'. Balasku perlahan. `Dah.. Dah.. Kau baring dulu'. Dia membaringkanku. Aku hanya menurut. Aku sudah tak larat! Rasa nak pitam! Hana memicit kepalaku. Ya Allah! Tolonglah! Jangan kata yang Qilla menghadapi penyakit ni ya Allah! Aku tak sanggup! Aku tak sanggup untuk kehilangan orang yang aku sayang lagi! Gumam Hana dalam hati. Dia memandang Qilla. Qilla! Walau apa pun yang terjadi.. Aku akan jaga kau! Please! Jangan tinggalkan aku! Kau saja kawan yang aku ada sekarang! Aku sayangkan kau! Gumam Hana lagi. Hana terasa ingin menangis. Tapi dia tahan. Dia tak nak yang Qilla tahu dia menangis. Aku sedikit lega setelah Hana memicit kepalaku. Aku membuka mata. Aku memandang Hana yang sedang memicitku. Kenapa mata dia? Berair? Hana menangis? Tapi.. Sebab apa? Takkan.. Takkan sebab aku kot. Ujarku dalam hati. Aku yang masih pening tidak berupaya untuk bersuara. `Hana.. Dahlah.. Kepala aku dah lega sikit.. Aku nak solat lu.. Lepas tu baru kita makan'. Ujarku. Hana berhenti memicit. Dia membantu aku bangun. Aku memandang Hana sekilas. Pelik! Asal dengan Hana ni? Aku terus memakai telekung dan menunaikan solat. Hana duduk sambil menunggu Qilla. Seusai solat, aku dan Hana makan makanan yang kami beli tadi. Mulanya aku berasa loyar namun aku membiarkan saja. `Esok kita nak gerak kol baper? Soalku setelah selesai makan. `Kau tetap nak pergi ke esok? Kalau tak larat.. Tak payahlah pergi.. Kita boleh pergi lain kali'. Balas Hana. Aku yang mendengar menggeleng. `Aku okaylah.. Lepas kau urut kepala aku tadi.. Aku terus rasa lega.. Thanks hana'. Ucapku ikhlas. `Tak payahlah kau nak berterima kasih dengan aku.. Aku picit je pun.. Besok lepas subuh kita siaplah '. Ujar Hana. Aku hanya mengangguk. `Kau pening lagi ke?' soal Hana sambil memegang kepalaku. `Takdelah.. Aku okay dah'. Balasku. Bohong! Aku masih berasa pening! Loyar! Aku terasa ingin muntah, aku tahan! `Takpelah.. Kau baringlah.. Aku urutkan kepala kau.. Besok.. Masa kita berjalan.. Kau takdelah rasa pening.. Baringlah'. Ujar Hana. Dia tahu Qilla bohong. Sebab itu dia memicit kepala Qilla. Hana mula tidak sedap hati. Sungguh! Dia risau! Aku hanya baring mengikut kata Hana. Hana terus memicit kepalaku. Aku terlelap ketika Hana leka memicit kepalaku. Hana yang melihat Qilla sudah tidur pantas menyelimutkannya. Dia terus memicit kepala sahabatnya itu. Setelah agak lama, dia pun berhenti. Dia baring sebelah Qilla. Qilla.. Walau apa pun yang jadi, aku akan jaga kau.. Aku akan jaga kau sampai Sihat.. Aku takkan biarkan kau tinggalkan aku. Gumam Hana dalam hati. Aku harap apa yang aku fikir ni tidak betul. Sambungnya lagi. Dia terus melelapkan mata.
Share this novel