1 tengah hari - Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kota Damansara
"Jom keluar senyap-senyap. Diorang dah takde dalam kelas nih. Baik kita pergi cepat sebelum diorang balik dari solat" kata Syira.
"Okay jom." kata Faridah sambil mengambil beg sekolahnya dan keluar dari kelas.
Syira dan Faridah keluar dari pintu pagar sekolahnya bersama-sama dengan pelajar lain. Sepatutnya mereka ada kelas tambahan selepas waktu persekolahan tetapi mereka ponteng dan ingin keluar ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan sekolahnya.
"Dah order grab ke Ida ? Ke tak jumpa driver lagi ?" tanya Syira.
"Belum jumpa lagi lah. Eh kita pergi jauh sikit. Takut orang nampak kita pulak kang kantoi kita ponteng. Dahlah aku femes kat sekolah ni" kata Faridah. Syira mencebikkan mukanya.
"Femes la sangat. Hmm okay okay betul jugak" kata Syira lalu mereka pergi ke perumahan kedai yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolah.
"Haa kat sini okay lah. Okay set aku dah jumpa driver tu. 5 minit lagi sampai lah driver tu" kata Faridah.
"Good Ida. Eh kita nak pergi mana dulu ?" kata Syira.
"Aik kan kita dh bincang semalam. Kita pergi lepak jap kat mall pastu kita pergi lah kedai yang aku cerita semalam" kata Faridah
"Oooohh aku ingat Ida. Eh ada satu kedai tu ada buat promotion untuk hari raya kan. Kita pergi lepas kita makan la. Kita kena cepat sebelum raya kang habis orang sapu. Barang murah siapa yang tak nak kan ?" kata Syira.
"Ya tahu pun. Kau ada bawak duit tak ? Takkanlah setiap kali kita keluar pergi mall,aku kena belanja kau pulak ? Aku ada bawa duit sikit nih" kata Faridah.
"Yelatuh sikit. Entah-entah tebal kan purse kau hahahaha. Aku bawak lah. Aku kan suka simpan duit" kata Syira sambil tersengih.
"Hah tuh driver Grab dah sampai. Jom la naik" kata Faridah lalu mereka masuk ke dalam kereta dan pemandu Grab membawa keretanya ke tempat yang telah diminta oleh Faridah.
Rumah Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita - Kota Damansara
Fadzil duduk di luar sambil menatap gambar-gambar kenang-kenangan bersama dengan bekas isterinya yang telah diceraikan dahulu,Azralina. Fadzil menangis.
Puan Yusnita berjalan ke arah Fadzil yang sedang duduk dan memeluk anak sulungnya itu.
"Dah dah Fadzil. Orang tu dah tak nak kau nak buat macam mana. Kau terima lah hakikat yang jodoh kau dengan Lina tak panjang. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kau dah tahu perangai sebenar dia kan. Kalau tak,dia akan terus layan kau macam ni bukannya seperti yang kau kenal dia dulu" kata Puan Yusnita sambil menepuk bahu anaknya itu.
"Masalahnya mama Fadzil sayangkan dia. Fadzil sayangkan dia sangat. Tak sangka dia buat macam ni kat Fadzil. Dia dah tak hormat Fadzil sebagai suami lagi" kata Fadzil dengan muka yang muram.
"Jangan fikir lagi dah. Kau rehat la dulu sementara. Ni ada orang datang nak jumpa dengan kau. Kau mesti kenal dia" kata Puan Yusnita.
"Who mama ?" tanya Fadzil.
"Assalamualaikum Fadzil" kata seseorang memberi salam. Fadzil terkejut dengan penampilannya sekarang ini.
"Fadzil. Kau kenal kan perempuan nih. Syaa. Syaa dah ceritakan segalanya kat mama. Cantik Syaa sekarang. Dah bertudung" kata Puan Yusnita.
"Aunty. Sebenarnya Fadzil dah banyak tolong saya. Saya dah terbuka hati nak pakai tudung. Saya dah lupakan kisah lampau saya yang dulu" kata Syaa.
"Alhamdulillah. Terima kasih Fadzil. Anak mama dah berubah sepenuhnya. Eh berbual la dulu. Mama nak kemas rumah kejap" kata Puan Yusnita lalu masuk ke dalam rumah.
"You macam mana sekarang. Okay ke ?" tanya Syaa.
"I tak okay lagi. Benda semalam asyik bermain dekat kepala I je. I baru je lepas tengok gambar-gambar I dengan Lina tuh. I don't know why but I really rindukan dia" kata Fadzil.
"You kata lepas raya...you nak pergi pejabat agama. Betul ke ? You dah fikir masak-masak ke ? Bila you dah bercerai dengan Lina tu, you dah takde apa-apa hubungan dengan Lina tau" kata Syaa.
"I dah tak tau nak fikir macam mana sekarang ni. Demi Allah I rasa terasa and sakit bila I tengok Lina tu dah tak hormat I sebagai suami. And dia dah tergamak curang belakang I. Give me time untuk I fikir dulu" kata Fadzil.
"Ada satu cara. Nak I tolong you tak ? I sebenarnya tak nak biarkan you dengan Lina terpisah. Lina tu my bestfriend takkanlah nak biarkan Lina tu alone je. I nak tengok Lina tu happy dengan you" kata Syaa.
"Apa yang you nak buat ? You nak satukan I dengan Lina balik ke ? Nonsense la. Takperlah you. I akan buat keputusan nanti. Bagi I masa and ruang untuk fikir semua nih boleh ?" kata Fadzil. Syaa terdiam sahaja sambil melayan perasaan Fadzil.
"Macam ni Fadzil. I akan tolong you juga. I takkan buat apa-apa dengan you. I just nak tolong you je. Please. I tak nak you dengan Lina simpan dendam lagi" kata Syaa.
"Hmm bagi I masa. I nak tenangkan diri I boleh. Ermm I nak pergi bilik jap. Kalau you nak balik,balik lah. Terima kasih sebab datang rumah I. Assalamualaikum" kata Fadzil lalu bangun dan masuk ke dalam rumah.
"Eh Fadzil nak pergi mana tuh" kata Puan Yusnita. Fadzil diam sahaja dan naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya. Dia menggeleng-geleng kepalanya.
"Syaa. Kenapa dengan Fadzil tuh ? Apa yang kau cakap dengan dia tadi ?" tanya Puan Yusnita.
"Aunty...takde apa pun. Saya cuba pujuk dia je. Aunty jangan salah faham. Fadzil masih bersedih lagi je" kata Syaa.
"Hmmm takperlah Syaa. Mungkin Fadzil perlukan space dulu. Aunty kenal anak aunty macam mana" kata Puan Yusnita.
"Okay lah aunty saya balik dulu. Saya nak pergi supermarket cari barang dapur nak buat berbuka nanti. Insyaallah saya datang lagi kalau ada masa" kata Syaa sambil bersalaman dengan Puan Yusnita.
"Okay Syaa. Thank you sudi datang sini. Take care Syaa. Assalamualaikum" kata Puan Yusnita.
"Waalaikumussalam" kata Syaa lalu berjalan keluar dari pagar rumah.
2 petang - Aeon Kota Damansara
"Wahhh betulla Ida. Banyak betul promotion makeup nih ! Macam-macam brand ada. Mana kau jumpa promotion nih ?" kata Syira.
"Syira. Kau ni rajin update gambar kau kat instagram tapi kau memang tak nak baca isu semasa ke. Aku tengok kat post instagram laa. Kedai ni kan ada buat promotion untuk hari raya. Harga diskaun sampai setengah peratus. Siapa yang tak nak ?" kata Faridah.
"Lah mana aku tahu. Kau yang ajak aku. Aku ikut jer. Barang makeup aku dah habis. Alang-alang kau ajak aku,aku nak beli jugak barang aku" kata Syira.
"Okay takperlah. Hmmm mana yang berkenan untuk aku ya" tanya Faridah kepada Syira.
Subang Jaya
Farhad memberhentikan motosikalnnya di hadapan hotel bajet. Dia mengelamun seketika.
"Mungkin aku kena stay kat sini sampai raya. Aku tak nak balik rumah. Aku rasa macam orang asing kat rumah mak ayah aku je. Aku harap janganlah Halim sial tu cari aku sampai ke sini" kata Farhad seorang diri.
Farhad masuk ke dalam hotel dan memesan satu bilik untuk beberapa hari.
"Encik nak stay dalam berapa hari ?" tanya penjaga kaunter hotel tersebut.
"Sampai hari Isnin boleh tak ? Nanti kalau saya dah check out saya bayar full. Boleh tak cik ?" pinta Farhad.
"Okay boleh. Nah ini kuncinya dengan IC. Bilik kat tingkat dua. Terima kasih" kata penjaga kaunter seraya menyerahkan kunci dan kad pengenalan kepada Farhad.
Farhad masuk ke dalam lif dan menekan tingkat dua. Setelah itu Farhad mencari bilik yang dikehendakinya. Farhad menjumpai bilik yang dicarinya dan masuk ke dalam bilik. Farhad terus rebah di atas katil dan terlelap seketika....
Sementara itu di sekolah Faridah...
"Pelajar sekalian,ada sesiapa tahu ke mana Faridah dengan Syira pergi ? Dua kali mereka tidak hadir ke kelas tambahan saya ni" tanya Cikgu Riana kepada semua pelajar di dalam kelas.
Semua pelajar diam dan menggeleng kepala.
"Semua tak tahu ke mana diorang pergi ? Cikgu bukan apa,cikgu banyak terima complain dari cikgu-cikgu lain yang Faridah selalu tak datang kelas tambahan. Kelas hari Sabtu Ahad pun dia tak pernah datang. Cikgu takut kalau dia ada apa-apa masalah nanti" kata Cikgu Riana.
"Tak tahu cikgu. Mungkin diorang dah balik rumah kot. Agaknya diorang malas nak datang kelas tambahan" kata salah seorang rakan sekelas Faridah, Maizatul.
"Hmm kenapa boleh malas nih. Faridah banyak sangat ketinggalan pelajaran nih. Takperlah bagi sesiapa yang tinggal dekat dengan rumah Faridah,tolonglah jumpa dia and suruh dia datang kelas tambahan. Boleh kelas ?" kata Cikgu Riana.
Semua pelajar mengangguk sahaja tanda faham.
"Okay kelas harini kita buat ulangkaji Sejarah. So cikgu dah bagi kertas soalan SPM yang tahun-tahun lepas. Cuba jawab and jangan tiru kawan awak" kata Cikgu Riana.
Sementara itu di rumah Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita....
"Fadzil...mama ni. Buka pintu jap" kata Puan Yusnita. Fadzil membuka pintunya.
"Ya mama. Ada apa nih ketuk bilik Fadzil nih" kata Fadzil.
"Kenapa kunci pintu bilik nih. Kau buat apa dalam bilik nih ?" tanya Puan Yusnita.
"Takdelah mama. Fadzil solat Zuhur tadi. Pastu Fadzil baring kejap. Kenapa mama ?" kata Fadzil.
"Ouh. Mama risau la dengan kau. Mama tahu kau tengah bersedih lagi. Tapi kau jangan buat bukan-bukan Fadzil. Mama tak nak hilang kau nak" kata Puan Yusnita.
"Takdelah mama. Fadzil bukan macam tuh. Fadzil terima je hakikat yang jodoh Fadzil dengan Lina tu tak panjang. Fadzil redha" kata Fadzil.
"Masa Syaa berbual dengan kau,dia ada cakap apa-apa ke ?" tanya Puan Yusnita. Fadzil terdiam sahaja.
"Fadzil. Cakap dengan mama. Apa yang Syaa bualkan dengan kau tadi ? Jangan takut. Mama tak marahkan kau dengan Syaa pun. Mama cuma nak ambil tahu je" kata Puan Yusnita.
"Syaa nak tolong Fadzil mama. Dia nak tolong Fadzil untuk satukan balik antara Fadzil dengan Lina. Fadzil tak setuju dengan dia" kata Fadzil. Puan Yusnita menepuk bahu Fadzil
"Fadzil,okay la tu kalau Syaa nak tolong kau. Syaa kan bff Lina. Dia pun bekas girlfriend kau. Walau bekas sekalipun,dia masih berkawan lagi dengan kau kan. Apa salahnya dia nak tolong kau. Mama tak nak la tengok kau bersedih lagi" kata Puan Yusnita.
"Masalahnya mama,apa yang dia dah buat dengan Fadzil nih sakit tau. Sakit yang tiada ubat. Fadzil macam dah tak boleh buat apa. Sebab tu Fadzil marah and sampai saya lafazkan ayat yang Allah tak suka...." kat Fadzil.
"Mama faham dengan kau. Apa salahnya,Syaa tu jadi orang tengah and selesaikan masalah kau. Jangan lah sampai pergi ke pejabat agama pulak" kata Puan Yusnita.
"Mama...Syaa tu siapa sebenarnya nak masuk campur hal rumah tangga Fadzil ? Dia nak ambil kesempatan je dekat Fadzil nih. Entah-entah dia bukan nak tolong Fadzil pun. Cakap je lebih dia tu. Kalau Syaa suka dengan Fadzil sekali pun,Fadzil tak nak terima dia pun" kata Fadzil. Puan Yusnita menggelengkan kepalanya.
"Fadzil,mama dulu dengan ayah macam ni jugak. Selalu bergaduh. Sebabnya sebiji macam kau. Mama nak cerita ni untuk bagi Fadzil fikir,betapa beruntung ada orang yang mama kenal sanggup tolong untuk disatukan semula dengan ayah kau dulu" kata Puan Yusnita.
"Mama...keadaan sekarang tak sama dengan yang dulu. Fadzil sekarang ni tak tahu nak fikir apa dah" kata Fadzil.
"Memang dulu dengan sekarang tak sama. Tapi hampir sama dengan apa yang jadi kat kau sekarang nih. Mama nak cerita ni Fadzil tolong dengar. Jangan bagitau ayah pasal benda ni. Ayah kau kalau boleh dia tak nak tahu kisah silamnya dulu" kata Puan Yusnita. Fadzil diam sahaja sambil mendengar ibunya bercerita.
"Dulu masa setahun lebih ayah kau kahwin dengan mama sebelum melahirkan kau,ayah kau selalu lepak kat KL malam-malam dengan kawan-kawan dia. Suatu hari,kawan-kawan dia ajak ayah kau pergi club. Ayah kau ikut jer sebab zaman ayah kau dulu memang bole tahan. Bersosial" kata Puan Yusnita.
"Sebijik macam perangai aku...ayah dengan anak sama je perangai" kata Fadzil dalam hati.
"Masa kat club,arak dengan perempuan menari gelek kat club memang berlambak. Ayah kau memang dengan arak memang melayan je. Dengan perempuan yang tengah menari pun melayan. Waktu tuh ada satu hari tu,masa mama kerja office dekat KL tuh,mama balik lambat. Masa mama tengah tunggu kat stesen bas,mama nampak macam ayah kau mabuk,berpeluk dengan perempuan. Mama masa tuh menangis sorang-sorang. Macam orang gila" kata Puan Yusnita.
"Boleh tahan ayah dulu. Mama pergi serang ayah ke masa tu ?" tanya Fadzil.
"Mama rasa dah sedih gila,buat apa mama nak serang dia. Mama sampai rumah tuh mama menangis je sampai tertido. Esok tengah hari tu mama baru bangun. Bila mama pergi ruang tamu,tengok ayah terbaring atas sofa. Mama biarkan je sampailah petang tu ayah bangun pergi mandi kat bilik. Mama dalam bilik lagi duduk menangis je. Ayah tanya kat mama apa yang jadi. Mama diam je tak jawab apa-apa" kata Puan Yusnita.
"Ayah tengah mabuk lagi ke masa tuh ? Ada ke dia serang mama lagi ke pukul mama lagi ke ?" tanya Fadzil kepada Puan Yusnita dengan muka yang cuak.
"Takde lah. Lepas ayah kau mandi pakai baju apa semua barulah ayah tanya apa yang jadi kat mama. Mama marah lah kat ayah kau,tanya siapa perempuan yang ayah peluk kat club semalam. Ayah memang kalau buat benda tu macam-macam dia nafikan. Tapi mama dah nampak segalanya. Gaduh besar juga lah sampai mama kena lempang dengan ayah dulu" kata Puan Yusnita.
"Hmm macam tu sekali ke. Lepastu ? Mama merajuk ke ? Berapa lama ?" tanya Fadzil.
"Dalam seminggu lebih. Apa yang ayah kau buat apa-apa dengan mama macam nak buat baik dengan mama,mama buat tak tahu je sampailah satu hari tuh mama nak buat keputusan nak suruh ayah ceraikan mama. Tapi ayah tak izinkan,ayah terlalu sayangkan mama. Sampai dia merayu dekat mama. Dia cakap kalau mama sayangkan lagi dekat ayah kau,ayah kau nak berubah and bertaubat dengan dosa-dosa yang dia dah buat. Mama diam je and terus tak pedulikan ayah kau" kata Puan Yusnita.
"Lepastu ayah buat apa ? Ayah betul-betul berubah ke mama ?" kata Fadzil.
"Macam ni lah. Selang berapa hari lepas tu,ada orang call mama. Orang tu nak jumpa saya kat luar. Mama tak kenal tapi macam ada petunjuk yang mama nak cari. So mama keluar la pergi ke bandar kejap. Mama tunggu punya tunggu sampailah orang tu sampai. Perempuan juga tapi mama tak kenal dia tu siapa. Dia kenalkan dirinya and then kitorang berborak. Sampai dia masuk kat satu topik pasal ayah kau tuh. Mama rasa pelik,kenapa dia masuk topik pasal ayah kau punya hal la tuh. Mama tanya la banyak kali kat dia...mana dia tahu pasal suami saya. And dia jelaskan perkara sebenar...." kata Puan Yusnita.
"Siapa perempuan yang jumpa mama ?" tanya Fadzil dengan rasa ingin tahu.
"Perempuan tu adalah perempuan yang nak menggoda ayah kau sendiri. Mama terkejut and terus diam. Lebih kurang macam ni lah dia jelaskan...."
"Cik Nita,saya mintak maaf sangat-sangat. Saya bukannya apa. Sumpah demi Allah saya tak tahu yang Shuhaimi tu laki orang. Saya cuma berseronok dengan dia masa malam tu je. Saya yang mengajak dia pergi club malam tu dengan kawan-kawan sepejabat saya"
"Macam tu lah perempuan tu cakap. Siap sumpah atas nama Allah lagi. Mana boleh buat macam tuh. Kang sumpah makan diri baru tahu. Mama terus angkat kaki balik lah. Perempuan tu pun tengok jela mama blah macam tu je. Mama asyik mengelamun je kat rumah. Ayah kau pun sibuk bekerja tak tahu lah dia buat apa kat office tuh" kata Puan Yusnita lagi.
"Mama...masalah dulu antara mama dengan ayah dah selesai ke ?" kata Fadzil.
"Okay. Pointnya macam ni. Perempuan tu call mama lagi dalam 2 hari lepas tu. Mama masa tu kerja lagi. Mama memang dah tak pedulikan dia nak cakap apa cakap jela. Mama dah tak ambik tahu semua tuh. Perempuan tu dia memang betul-betul nak jumpa mama. Katanya ada hal penting. Mula-mula mama tak nak. Tapi bila dia dah merayu suruh jumpa jugak...mama terpaksalah" kata Puan Yusnita.
"Ada apa perempuan nak jumpa dia kalah urgent sangat ? Dia nak apa sebenarnya ?" kata Fadzil.
"Dia kata...dia nak tolong mama. Kembalikan hubungan mama dengan ayah yang hampir terputus. Dia memang dah mengaku salah and banyak kali jugak dia mintak maaf kat mama. Mama memang berat hati sebenarnya. Tapi bila mama tengok dia ikhlas sebenarnya nak tolong mama. Mama terima lah. Tiap hari lepas habis kerja selalu mama jumpa dia. Banyak dia tolong mama. Mama dah mula buat baik dengan ayah. Bincang masalah dengan ayah kau. Siap mama ajak ayah kau jumpa perempuan tuh. Ayah pun macam menjauhkan diri dari perempuan tuh. So alhamdulillah..ayah kau betul-betul berubah. Dia tak jadi kaki minum arak lagi,club pun dia dah tak lepak sampailah sekarang. Pertama kali dan terakhirlah ayah buat macam nih" kata Puan Yusnita sambil tersenyum. Ada kesan air mata pada Puan Yusnita. Fadzil mengelap air mata ibunya.
"Mama,jangan lah nangis lagi. Benda dah lama kan" kata Fadzil.
"Ya walaupun cerita mama ni dah lama pun, Fadzil kena berbaik sangka dengan Syaa tuh. Jangan buat tanggapan negatif kat dia. Dia ikhlas nak tolong kau. Buang segala benda yang tak baik dalam fikiran kau. Kalau ada masa,ajak Syaa datang berbuka kat sini esok ke lusa ke. Nanti korang berbual la and bincang apa yang kau perlu buat" kata Puan Yusnita.
"Insyaallah mama. Mama,perempuan yang mama selalu jumpa tuh ada lagi ke ? Kalau ada dekat mana dia sekarang ?" kata Fadzil.
"Hmmm...dia dah meninggal dunia lima tahun lepas. Accident kereta masa nak balik kampung dengan suami dia. Dua-dua meninggal" kata Puan Yusnita dengan wajah yang muram.
"Ouh yeke mama. Maaf la Fadzil tak tahu. Yelah mama dah rapat dengan perempuan tuh. Siapa tak sedih kan" kata Fadzil.
"Ya mama memang sedih. Masa lepas peristiwa tuh,dia terus berubah. Dia bukan lagi perempuan yang bersosial. Dia terus berubah. Allah dah bukakan hati dia untuk berubah. Alhamdulillah lah dia pergi dengan tenang je" kata Puan Yusnita.
"Tukk tukkk tukkk...." pintu biliknya berbunyi.
Faridah masuk ke dalam biliknya dan berjumpa dengan Puan Yusnita dan Fadzil.
"Assalamualaikum mama. Amboi berbual apa je dengan Fadzil tuh ?" kata Faridah.
"Hmm waalaikumussalam. Takde apa Ida. Hal orang berkahwin. Kau budak-budak lagi. Bila kau balik ni. Tak dengar pun bunyi pintu depan terbukak" kata Puan Yusnita.
"Baru balik ni mama. 4.30 Ida balik dengan Syira naik Grab tadi. Okay mama Ida mandi dulu tau" kata Faridah sambil keluar menuju ke biliknya.
"Eh dah asar nih. Kau tak nak balik ke. Dahlah sehari kau tak bekerja. Esok kau masuk lah balik kerja. Nanti bos kau marah pulak. Lusa kau dah cuti raya" kata Puan Yusnita.
"Takperlah mama. Lepas berbuka ni Fadzil balik lah. Tengok la kalau mood Fadzil okay Fadzil masuk la kerja esok" kata Fadzil.
"Okay mama nak pergi solat Asar jap. Jangan lupa solat Asar tuh. Mintak banyak-banyak kat Allah supaya tenangkan hati kau. Ingat pesan mama nih" kata Puan Yusnita lalu keluar dari bilik. Fadzil mengangguk tanda faham.
8 malam - Subang Jaya
Farhad sedang menikmati juadah berbuka puasa sambil menonton berita di televisyen di dalam bilik hotel. Tiba-tiba Farhad terasa terkejut dengan apa yang diberitahu oleh pembaca berita di televisyen.
"Dua mangsa telah ditemui mati di dalam rumah. Kejadian ini berlaku di Taman Kota Pendamar,Klang. Mayat-mayat telah ditemui oleh penduduk setempat pada pukul 10 pagi tadi dengan kesan tembakan di kepala dan badan serta kesan pukulan di muka salah seorang mangsa tersebut. Kes ini masih di bawah siasatan polis kerana ada unsur jenayah ataupun kes samun. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat..."
"Sim card aku dah buang. Lepas ni takkan ada sesiapa nak call aku lagi. Aku dah serik jual barang sampai kawan-kawan aku jadi mangsa. Mana aku nak lari lepas nih..." kata Farhad seorang diri.
Farhad menjadi runsing ketika ini. Farhad tiada pilihan lain melainkan dia terpaksa menyerah diri kepada pihak polis tetapi Fadzil tidak mahu. Namun begitu sampai bilakah Farhad ingin bersembunyi lagi ?
Share this novel