C-3 RUN

Romance Completed 92061

'Kau suka aku ke?'

'Eh mengarut mana ada, kau kan kawan aku. Mana boleh suka suka nanti jadi janggal lah' balasnya hingga aku tersenyum nipis.

Kalau betul dia cuma anggap aku seorang sahabat kenapa dia layan aku lebih daripada apa yang aku sangkakan.

'Yeke? Betul ni kau tak suka aku? Jangan menyesal pula'

'Amboi kau macam nak ugut aku je ni, ke dah ada someone special ni. Taknak share dengan aku ke?' Balas dia tanpa rasa bersalah.

Segala kata kata aku langsung tidak tak mengerti yang sebenarnya aku menganggap dia lebih daripada kawan.

'Kau mmg tak suka aku ke?' Tanyaku lagi sekali hingga wajahnya berubah menjadi serius.

'Aku serius tanya El, kau suka aku atau tidak?' Tegasku

'Aku taknak hubungan kita lebih daripada kawan aku taknak kehilangan kau bila suatu hari nanti kita berpisah hanya kerana cinta. Aku takut hubungan kita jadi renggang aku cuma nak teruskan hubungan kita macam ni'

Aku terkilan mendengarnya , tapi sejujurnya walau apa pun alasannya aku tetap terasa.

'Tapi aku takboleh El, makin kau teruskan hubungan kita. Makin aku bergantung harapan pada kau' balasku tapi dia membalas dengan senyuman kecil pula hingga aku terasa lagi sekali

'Takkan kau nak kita putuskan hubungan persabahatan kita mcm tu je' balasnya lagi.

'Ye, kita kena putuskan hubungan persahabatan ni El. Aku taknak teruskan lagi' jawapanku membuatkan dia terdiam terkilan melihatku.

Riak wajahnya ada riak seperti marah juga ada yang sedih, tapi sukar untuk aku tafsirkan.

'Up to u, aku takkisah apa pun keputusan kau. Aku taknak paksa orang untuk berkawan dengan aku' wajahku kian berubah saat jawapan itu keluar dari mulutnya.

'Sebab aku nak kau dengan aku jadi satu hubungan yang l---'

"Allahuakbar!" Aku mengucap kuat saat terbangun dari mimpi tadi. Kepalaku lagi sekali menyerang kesakitan.

"Allaahh sakittttt" gerangku hingga aku menangis teresak esak. Sakit ini tak pernah aku rasai seumur hidup.

Tiba tiba sakit dikepalaku beredar begitu saja , mata aku buka besar melihat keberadaanku skrg adalah bukan di wad biasa yang aku ditempatkan.

"Aku kat mana"

Kenapa tiap kali aku nak dengar apa yang lelaki tu cakap mesti tersangkut sebab aku terbangun. Yang makin buatkan aku keliru bila aku takdapat melihat wajah lelaki itu sepenuhnya, hanya suaranya saja yang mampu aku dengar.

Wajah aku sendiri pun aku tak dapat nak lihat sepenuhnya. Kadang kadang aku keliru , itu aku ataupun bukan.

"Astagfirullahalazim, kenapa dengan aku. Apa semua ni Ya Allah , aku penat nak berfikir lagi"

Airmata aku terus mengalir saat aku cuba memaksa diriku untuk berfikir.

'Aku nak dia! Mana dia!' Itulah yang aku ingat semasa emosiku terlalu kacau tadi sebelum aku diberi dos tidur oleh Dr.Hila tadi. Tapi aku pelik, siapa yang aku cari. Kenapa aku perlu cari dia sedangkan aku tak kenal dia siapa.

Perlahan aku bangun dari katil, masuk saja ke tandas. Aku hampir terkejut sendiri melihat wajahku di depan cermin tandas.

Dengan lembut aku meramas kulitku yang buruk dengan bekas parut yang hitam. Kepala aku geleng berkali kali sebelum aku menangis sendiri.

'Buruknya'
'Hodoh banyak sangat parut hitam'

"Apa semua ni, kenapa dengan aku. Apa yang dah jadi" rambut aku tarik sekuat kuatnya sebelum aku tumbuk cermin dengan tanganku sendiri.

"DEAH!"

Dr.Hila memandangku dengan cemas sebelum dia mendekati aku dengan penuh berhati hati.

"Letak serpihan kaca tu dkt lantai Deah jangan bahayakan diri kau" arah Dr.Hila apabila dia menyedari ada serpihan kaca yang aku genggam.

"Jauh! Jangan dekat!" Serpihan hujung kaca yang tajam aku halakan kepada Dr.Hila agar dia menjauh dari aku.

"Deah, tenang Deah. Turunkan kaca tu please"

"CERITAKAN, CERITAKAN APA YANG DAH JADI DENGAN AKU 2 TAHUN YANG LALU!!!!" jeritku lagi sekali hampir anak tekakku keluar.

Dr.Hila melepaskan keluhan berat , perlahan dia mengambil kaca di tanganku dengan penuh hati hati sebelum dia buang ke tong sampah. Aku dibawa ke bilik kaunseling hospital olehnya manakala tangannya mengusap belakangku agar tidak emosi lagi.

"Duduk dulu, aku akan cerita"

"Tapi aku nak kau makan dulu ubat ni. Untuk kontrol emosi kau awal awal. Mungkin kisah kau akan buat kau marah"

Aku terkilan sebentar, apa maksudnya.

"Taknak"

"Kau nak aku cerita ke tak? Kalau x nk aku takkan crita"

Aku menjeling Hila. Ugutan apa pula ni.

Aku turuti kata kata Dr.Hila , ubat dan air putih yang diberikan oleh Dr.Hila itu aku telan 2 biji bersama air putih. Manakala tapak tanganku yang berdarah kerana kaca sebelah kanan dilap terlebih dahulu sebelum dia balut dengan kain putih.

"Pahit" rungutku tentang ubat itu namun dr.Hila membalas dengan senyuman kecil. Pelik muka Dr.Hila sama seperti daddy.

"Sebelum aku cerita, aku nak kau tanya apa yang kau nak tau sangat tentang diri kau" kata Dr.Hila yang duduk bersila di depanku.

"Aku nak tau siapa aku masa 2 tahun yang lalu dan kenapa tiba tiba aku koma and muka aku buruk macam ni"

"Kau Deah Alana Calista , anak kepada penyumbang terkenal di hospital ni iaitu Tuan Hendrick dan Datin Azura mempunyai 3 orang abang lelaki. 2 tahun yang lalu kau adalah penuntut universiti semester akhir dalam bidang diploma undang-undang"

"2 tahun yang lalu sebelum kemalangan, Dalam perjalanan ke parti reunion bersama bekas kawan kawan kau sekolah menengah, ada perkara yang terjadi tak dijangka dan menjadi misteri ke hari ni"

"Maksud nye?" Tanyaku inginkan keyakinan.

"Kereta yang kau bawak, ada orang sengaja putuskan wayar fungsi brek kereta hingga kau takdapat kawal kereta kau sampai kau terbabas di tepi jalan raya besar yang sudah lama tidak di lalui"

"Sesetengah org menganggap itu adalah kerja makhluk halus"

"Tapi pihak polis dapati yang buat tu adalah orang yang rapat dan berdekatan dgn kau, disebabkan tiada kamera CCTV semasa wayar brek kau diputuskan menyebabkan pihak polis susah untuk ikut jejak jenayah yang cuba nak bunuh kau tu"

"Beberapa kawan rapat dan org yang terdekat dgn kau sudah di soal siasat tapi tiada sorang pun yang mencurigakan"

"Sampai ke harini , jenayah tu belum dijumpai. Tapi pihak polis percaya yang jenayah tu sdg jalani hidup seperti biasa"

"Muka kau pula terkena dengan serpihan kaca cermin kereta depan waktu kemalangan dulu tapi bila di siasat semula, sebenarnya sebelum terkena dgn cermin kereta muka kau sudah tergeser dengan batu ataupun jalan raya oleh seseorang sblm kemalangan ,sbb ada kesan lain yang ada di muka kau iaitu bekas geseran di dahi kau. Sampai sekarang kesan parut tu masih ada. Tapi jangan risau, tu cuma lah sel mati yang sudah menjadi parut"

"Kau tau ke sapa yang buat muka aku macam ni?"

Dr.Hila terdiam, takkan aku nak bagitau siapa? Aku tau siapa yang buat tapi aku takut kalau Deah buat sesuatu yang jahat kepada orang itu.

"Please, aku perlu tau sapa yang buat. Aku janji takkan bahayakan sesiapa sekalipun" rayuku kepadanya hingga wajah Dr.Hila memandangku dengan simpati.

"Yana, yang buat muka kau ni adalah Yana Helsey. Orang yang selalu bencikan kau tanpa sebab , masa kau rapat dgn aku dulu. Kau selalu mengadu dgn aku yang Yana macam bencikan kau"

"Kita rapat ke dlu?"

"Yes"

Aku mengangguk angguk sebelum aku tersenyum kecil.

"Kau tau sapa kawan kawan baik aku? Aku nak jumpa dorang"

"Eh kau nk buat apa ni Deah? Jangan buat benda gila Deah" kata Dr.Hila yang agak terkejut dengan soalanku.

"Tak aku cuma nak tengok dari jauh, aku janji"

Dr.Hila melepaskan keluhan berat saat aku membuat muka kesian lagi sekali di depannya.

"Orang yang rapat dgn kau cuma Lina, Dahlia dan seorang laki tapi aku tak pasti siapa. Yang aku tau dia kawan rapat kau yang dulu"

'Kawan lelaki tu mesti lelaki yang selalu muncul dalam mimpi aku. Hay dan El. Tapi itu dua org' getusku di hati sebelum aku genggam tanganku sekuatnya.

"Ada apa apa lagi kau nak tau?"

"Ahh ye aku nak tau umur aku berapa?"

"24 tahun" balasnya.

"Muda lagi" balasku sendiri.

"Kau kenal tak siapa lelaki yang nama depan dia mula dengan Hay?"

Dr.Hila berkerut dahi sebelum dia mengeleng kepala. Patut ke aku bagitau siapa Hay dan El? Hila terdiam melihat reaksi muka Deah yang nampak geram semacam.

[]

POV

"Abang hensem!" Deah berlari ke arah seorang lelaki yang memakai baju biru tua dan cap hitam yang membelakangi sekarang.

"Abang hensem!" Jerit Deah lagi sekali saat lelaki itu masih tidak menoleh

"Ye?" Wajahku berubah saat menoleh memandang orang yang memanggilku berkali kali tadi.

Tangan ditelefonku hampir hampir saja terjatuh dari telefon. Wajah Deah aku tatap lama manakala airmataku turun jatuh ke pipi.

"Abang hensem kenapa ni?" Tanya Deah kepadaku, tiba tiba dengan berani dia mengelap airmataku.

"Tak, takde apa" aku geleng sambil tersenyum kelat sebelum aku renung wajahnya semula. Ya Allah aku rindukan wajah gadis ini.

"Oh ni, dompet kau. Jatuh tadi masa aku lalu kat sini. Nah" dompet milikku yang ada di tangan dia, dia hulurkan kepadaku.

"Thanks Deah"

Deah berkerut dahi memandangku.

"Mana tau nama aku? Aku tak bagitau apa apa lagi pun"

Kali ini aku pula berkerut dahi, Deah tak kenal aku ke?

"Ah tak, tu kat nametag baju tu. Ada nama kau" balasku dengan logik.

"Asal nangis tadi? Ada problem ke? Ke ada orang yang kau sayang , sakit kat sini" tanyanya memandangkan aku ada di halaman hospital. Sengaja aku ke sini untuk lihat Deah dari jauh tapi Deah pula yang sudah menjumpai aku dulu dulu.

'Kaulah orang yang aku sayang , org yang aku tunggu tunggukan selama ini'

"Kau buat apa kat sini?" Balasku untuk lari dari soalannya tadi.

"Aku pesakit kat hospital ni. Saje nak ambik angin kat luar ni" balasnya sambil tersenyum manis hingga aku terkedu melihat senyuman yang sudah lama aku inginkan dulu.

Aku mengangguk angguk sebelum aku toleh ke kiri melihat sekumpulan doktor berlari kearah aku dengan Deah.

"Alamak, macam mana dorang boleh tau ni" rungut Deah.

"Cik Deah! Cik Deah tak dibenarkan keluar lagi!!" Jerit doktor itu yang semakin hampir dengan aku dan Deah.

"Weh aku pergi dulu weh. Nanti kita jumpa lagi byee!" Jerit Deah sebelum dia berlari ke depan.

"Ahh TAKNAK! Aku taknak duduk wad lagi!! Taknak!!! Aku nak keluar!!!" Terjerit jerit Deah berlari sambil ketawa terbahak bahaka melihat doktor mengejarnya dari belakang.

"Cik Deah! Takboleh keluar lagi!!! Cik Deah masih sakit!!"

"Aku sihat!!!! Taknakkk!!!!"

Aku tersenyum kecil melihat gelagat Deah dan sekumpulan doktor itu berkejaran di tempat yang sama saja. Lain betul perangai Deah sekarang.

"Er--doktor boleh saya tanya sesuatu"

"Ye encik?"

"Sebenarnya Deah tu kawan saya, blh tak saya tau kenapa dengan Deah tu ye?"

"Ohh cik Deah tu mangsa koma 2 tahun yang lalu, cik Deah baru sedarkan diri 2 minggu yang lepas tapi dia disahkan lumpuh ingatan dan gangguan emosi yang tak boleh terkawal"

Aku terkilan sebentar, patutlah Deah nampak lain daripada yang lain. Dulu Deah pendiam dan lembut berbicara, dia cuma riang pada orang yang berdekatan saja termasuk diri aku sendiri.

Tapi sekarang, Deah nampak terlebih aktif malah dia nampak sedikit biadap apabila buat doktor doktor yang mengejarnya itu penat kelelahan di belajar.

"Cepatlah kejar, apa barang kena bayar gaji tapi nak kejar pesakit pun dah penat" perli Deah sambil ketawa terbahak bahak di depan doktor2 itu.

"Cik Deah, jom masuk cik Deah"

'Eloklah kalau kau lupa aku sapa Deah, sekurangnya aku masih ada peluang untuk buka cerita baru dengan kau mulai dari harini' getusku di hati sebelum bibirku tersenyum nipis.

"Okay lah okay lah jom, tapi ada satu syarat" balas Deah sebelum bibirnya terbit satu senyuman sinis.

"Kejarlah aku kalau dapat hahaha!" Deah kembali berlari ke depan.

"Cik Deah tunggu!!!!"

"Byeee ABANG HENSEM!" sempat Deah melambai lambai kearahku sebelum dia berlari masuk ke hospital terlebih dahulu daripada doktor doktor lain.

"Betul ke kau ni Deah, comel" gumamku perlahan sebelum bibirku tersenyum kecil lalu aku balas lambaiannya tadi.

Kesan parut di muka Deah masih belum hilang, taksangka cara jijik Yana itu smpai skrg memberi kesan pada muka Deah.

Tapi bagi aku Deah tetap cantik , cuma di mata aku bukan di mata lelaki lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience