Angin mula hembusi ke ruang kelas, mengelilingi ke segenap penjuru ruang yang ada. Dedauan dari pohon tua tersengaja memasuki ke kelas melalui tingkap terbuka akibat kuatnya hembusan tadi. Disebalik tingkap terdapat bayangan hitam setinggi kira-kira menyamai ketinggian tingkap disitu. Bayangan itu melewati di lorongan koridor sekolah dengan kelajuan bersahaja lalu menghala ke arah kelas 4 Hang Tuah.
"Bangunnn..." ketua kelas mula mengucap. "Assalamualaikum cikgu". Para pelajar mula mengikuti ucapan olehnya. "Assalamualaikum, cikgu". "Wassalam..." Cikgu Hasim mulai membalas salam dari pelajarnya. "Semua boleh duduk" ujar oleh nya.
"Cikgu, kenapa jawab salam pendek saja? Hasif mula mencari pasal.
"Cikgu hanya mencukupi syarat menjawab. Lagipun kamu tak perlu beri tahu kenapa saya jawab seperti itu". Beliau berasa terkesan dengan pertanyaan tadi. "Sebenarnya aku jawab penuh, dia tak dengar" gumam beliau di dalam hatinya.
"Ehem...ehem...ehhemmm." besar pulak kahak petang ni. "Baiklah kita akan mulakan kelas sebentar saja lagi. Keluarkan buku latihan semalam yang cikgu berikan". Beliau tahu seberapa doa yang mereka bacakan agar pemeriksaan kerja sekolah tidak akan adakan. Beliau sudah "pro" dalam menangkap keresahan muka pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan ini adalah taktik yang tidak terjangka oleh para pelajar. Seperti kita tahu kerja sekolah yang diberikan berkemungkinan guru tersebut akan lupa bahawa kerja sekolah telah diberi dan para pelajar berharap kelupaan tersebut terus merasuki kepada para guru di sekolah itu. Malangnya, beliau telah sedar akan fenomena tersebut dan mengambil langkah proaktif. Mungkin tiba masa mengubah takdir di masa depan.
Hasif mulai berasa gelisah seperti cacing kepanasan kerana kerja sekolah diberikan tertinggal di rumah. Kerja sekolah yang diberikan kesemuanya telah siap dan boleh ditanda oleh cikgunya. Akibat tersalah ambil buku latihan yang lain semasa mengikuti jadual semalam. Dia berpendapat punca terjadi disebabkan tempias kesalahannya kerana permainkan cikgunya tadi. Dia mungkin akan berikan alasan tertinggal di rumah, namun taktik tu tidak berkesan terhadap cikgu Hasim. Mahu tidak mahu dia kena cari alternatif yang bijaksana agar alasannya kukuh diterima.
Baiklah, kesemua telah hantar buku latihan masing-masing, kecuali si Hasif anak Ahmad. Ye kamu, mana bukunya? tanya cikgu Hasim. "Saya...err..saya...hmmm" gugup mulut Hasif kerana terlalu gementar. Mulutnya masa kini bertukar masin, kekeringan air liur, tiada apa lagi untuk ditelannya. "Sebenarnya saya dah siap cikgu, cuma...buku tu tertinggal di rumah..."(ucap secara perlahan..) kata Hasif. Apa kamu ucapkan Hasif? tanya beliau. "Saya tidak mendengar secara jelas penjelasan kamu". Bertanya kembali beliau terhadap Hasif.
"Buku saya, Haikal curi cikgu" secara tetiba mulutnya berkata. Haikal dengan terkejut beruknya mula ternganga dan terpegun pengakuan si kawannya. Nampaknya itulah kali terakhir mereka bergelar sahabat sejati. "Eh cikgu bukan, bukan saya yang curi buku latihan dia." Haikal mula membantah perkataan kawannya. "Takkanlah saya meniru jawapan dia semalam di rumahnya dan curi pula". Haikal mula menyedari ucapannya kerana terlepas cakap yang tak patut diketahui. "Kenapalah aku cakap melulu saja" keluh si Haikal. Jawapannya meleset sama sekali terhadap jangkaan cikgunya. Bertepuk dahi beliau dengan gelagat pelajar-pelajarnya.
"Baiklah, cikgu tak marah sangat pun kalau kamu semua tak siapkan kerja sekolah yang diberikan." mulai ceramahi pelajarnya. "Namun, sebaiknya kamu semua kena lah bertanggungjawab dengan peranan sebagai seorang pelajar." Kita sebagai pewaris bangsa kena lah pandai dan bijak dalam mengatur dan memimpin masyarakat demi mewujudkan negara yang maju dan aman sentosa." Beliau akhiri ucapannya walaupun tak kena dengan jawapan diberikan. "Hasif, saya tahu kamu siap kerja sekolah diberikan, tapi jangan mula berbohong dengan memfitnah kawan baik kamu." Ucap beliau dengan baik. "Dia mempercayai kamu dengan baik dan tak sepatutnya kamu perlakukan sebegitu kepadanya." Saran beliau. "Berterus teranglah bahawasanya kamu tertinggal buku tersebut di rumah. 'settle'. Kurang baiknya, kamu patut dikenakan hukuman sebab tertinggal buku di rumah. Itu salah kamu ye. Bukan salah kawan kamu." ujar beliau. Haikal dengan gembiranya mendapat pembelaan sewajarnya, dia amat berterima kasih kepada cikgunya kerana memahami. "Dan kamu, patut ikut hukuman sekali dengan si Hasif sebab meniru jawapan dia." Cikgu dengan bijaknya menyeimbangkan penalti diberikan. "Saya tak patut gembira awal tadi..huhu" keluh si Haikal.
Part kawan-kawan Haziq ye ;-)
Share this novel