SCENE 28

Drama Completed 7675

Faris cepat-cepat membuka skrin telefonnya apabila satu notifikasi masuk menandakan satu mesej daripada Letizia. Faris kini bagaikan sudah jatuh cinta dengan aura Letizia. Dia bagaikan sudah lupa akan isteri dan anaknya di rumah. Hal ini kerana dia sudah banyak menghabiskan masa bersembang melalui aplikasi Whatsapp dengan Letizia.

Faris naik pelik apabila Letizia menghantar location terhadapnya. Tanpa berlengah, Faris menghubungi Letizia terus. "Hi, Letizia." Faris memulakan perbualan. Letizia terus menjawab. "Hi, Faris. I tahu kenapa you call I ni. Mesti nak tanya why I sent you location, kan?" Faris tersenyum. Letizia bagaikan dapat meneka akan persoalannya itu.

"Faris, I harap you dapat datang ke location yang I sent tu. I ada buat party sedikit. So, please come to my apartment. Please!" Letizia berkata dalam nada yang sangat manja. Faris betul-betul cair mendengar akan pujukan Letizia itu. Namun, dia masih pelik akan jemputan Letizia itu. "Party? Like what party?" tanya Faris hairan.

"You come first and you will know." balas Letizia. Kemudian, dia terus mematikan talian. Faris berkata dalam hatinya. "Aik, dia ni dah putuskan talian pula." Dalam hati Faris tertanya-tanya maksud Letizia itu lalu memikirkannya sama ada dia patut pergi atau tidak ke location yang dihantar oleh Letizia itu tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience