Get the app for full experience
SELEPAS pemandu teksi pergi, Zatul memandang ke sekeliling sambil menarik nafas dalam-dalam dan melangkah menuju ke rumah dua tingkat atas papan bawah batu itu. "Assalamualaikum," Zatul memberi salam sambil membuka kasut Converse yang bersarung di kakinya dan memanjangkan leher melihat ke dalam rumah yang pintunya sedang terbuka luas itu. "Waalaikumsalam." Sayup-sayup kedengaran suara wanita dari arah dapur menyambut salamnya. "Angah!" jerit Hajjah Fatimah lalu meluru ke arah Zatul dengan perasaan teruja. Zatul menghulurkan tangan untuk menyalami ibunya, namun Hajjah Fatimah terus menarik tubuhnya ke dalam pelukan. "Astaghfirullah, mak... aduh! Argh!" Zatul mendesah sambil menyeringai menahan kesakitan. "Hah? Kenapa, kenapa?" soal ...