Sembilan Belas

Other Completed 44787

Tengah malam itu, Hilal menghubungi Thariq memberitahunya ada seseorang sedang mengintip dirumah mereka. Kerana risaukan Hilal, Thariq dan Dinda meninggalkan Cinta dalam keadaan lena.

Mereka berdua berlalu dan berpesan pada jururawat agar memerhatikan pelawat yang masuk keruangan adiknya.

Benar sangkaan Eddie dan Zaril, mariana dan Marlinah datang semula ke hospital dan meluru masuk keruangan Cinta lalu mengunci ruangan dari dalam.

Mereka melihat Cinta sedang dibuai lena. Marlinah memperhatikan perempuan itu sedang lena.

" Kau nak buat apa tu Dik?" Tanya Mariana.

"Kalau boleh aku nak hancurkan wajah dia ni, Aku benci lah." Kata Marlinah lalu mengeluarkan Cutter dari dalam handbag nya.

Seinci lagi akan sampai kewajah Cinta, Dengan cepat Cinta memegang tangan yang ingin melukainya lalu dicengkam erat.

"Lepaskan tangan aku!!" Teriak Marlinah.

Jelas terlihat dimata Cinta satu kebencian terhadap dua perempuan didepannya.

"Kau sedang ganggu Harimau yang sedang tidur. Kau ingat senang kau nak keluar?" Kata Cinta.

"Kau dah gila ke?" Tanya Mariana.

"Aku yang gila atau korang yang gila." Tanya Cinta semula.

"Jangan cuba-cuba nak buat aku jadi pembunuh malam. Aku tak takut setakat nak bunuh kau orang berdua ni." Cinta mencapai Cutter di tangan Marlinah lalu meletakkan diwajah Marlinah.

"Sekali tarik, Ops pasti wajah kau akan berparut." Kata Cinta.

Cinta menekan butangerah yang berada disisi katilnya. Berlarian Security menuju kebiliknya.

Ketukan kuat dari arah luar mengejutkan Mariana dan Marlinah.

"Dendam aku pada kamu semua belum terbalas. Ingat nyawa hutang nyawa." Kata Cinta.

Dia berbaring kembali dan menarik selimutnya menutupi wajahnya. Baru kali ni dia mampu melawan ketakutan.

"Kau!!!" Marlinah ingin menerkamnya namjn dihalang oleh Mariana.

"Jangan. Kau tak dengar ke pengawal ada kat luar tu." Kata Mariana.

Pintu terkuak dan Jururawat itu menghampiri Cinta yang masih lena.

"Korang berdua buat apa kat sini dan siapa korang." Tanya jururawat itu.

"Kami kawan dia." Kata Marlinah.

"Dah sebaiknya korang berdua keluar. Ruangan ni tidak menerima tamu dari luar. Kata Jururawat itu lagi.

Mereka berlalu pergi dengan diperhatikan oleh Luthfi dibalik tiang.

Dia berlalu menemui Fakhrul dan Layla diruangan Sarah.

"Ok ke?" Tanya Fakhrul.

"Ermm orang salah masuk ruangan je." Kata Luthfi menipu Layla dan Fakhrul.

Keesokannya Pakar uang merawat Cinta membenarkan dia dirawat dari rumah disebabkan semalam berlaku kekecohan.

Cinta yang duduk bersandar di kerusi penumpang memandang keluar cermin. Jarinya bermain dengan cincin dijari manisnya.

Dia mengangkat tangannya lalu dilihat Cincin tersebut. Dia mula membuka hati untuk menerima tawaran Panglima Ghaffar.

Cinta mendengar lagu yang sedang berputar diradio kereta abangnya.

"Abang." Panggil Cinta.

"Kenapa Love?" Tanya Thariq.

"Boleh tak kalau Cinta nak pergi tenangkan hati." Kata Cinta.

"Maksud?" Tanya Dinda pula.

"Emm Cinta nak pergi Sabah. Tenangkan hati." Kata Cinta.

"Bila. Dapat Abang Apply cuti awal." Kata Thariq.

"Maksud Cinta, Hanya Cinta seorang." Kata Cinta.

"Kenapa jauh sangat." Kata Thariq.

"Nak nak pergi jauh dari masalah. Dan bila Cinta pulang semula kesini Cinta dah jadi Cinta baru." Kata Cinta.

"Kalau abang tak benarkan?" Tanya Thariq. Thariq melihat melalui cermin pandang belakang jelas terlihat wajah kecewanya.

"Abang benarkan lah Cinta pergi. Biar dia tenangkan hati dia. Bila dia dah tenang Dinda percaya Cinta akan pulang semula.

"Berat hati Abang nak lepaskan dia Sayang." Kata Thariq.

"Takpe lah kak. Cinta ok." Kata Cinta.

Dinda tahu kenapa Cinta memilih untuk pergi ke Sabah. Abangnya telah membaritahu padanya bahawa Cinta ada potensi untuk menjadi seorang pegawai risikan. Bahkan seorang Tentera wanita.

"Ok Jika Abang izinkan, Apa Jaminan abang akan dapat jika Love pergi kesana." Tanya Thariq.

"Cinta nak ubah angin ie bukan nak sambung belajar ke apa sampai abang nak minta jaminan." Kata Cinta. Sakit hati bila banyak syarat yang abangnya minta.

"Ok. Baiklah. But promise Me." Kata Thariq.

"Apa dia." Dia merasa seperti abangnya memberikan green light padanya.

"Call abang 3 kali sehari. Pagi, petang n malam." Kata Thariq akhirnya memberi keputusan.

"Ok Love Promise." Kata Cinta akhirnya.

"But not now Dear." Kata Thariq.

"Why?" Tanya Cinta. Lemah mendengar kata abangnya.

"Abang nak Love sihat dulu. Makan ubat untuk sembuhkan luka didalam tu." Kata Thariq.

"Ok bagi Love masa 2 month." Kata Cinta akhirnya.

"Tapi selama Love disini, Abang taknak Love pergi ke kedai bunga lagi. Abang sangat risau kalau dia datang mengganggu Love lagi." Kata Thariq.

"Jadi siapa akan jaga?" Tanya Cinta.

"Budak haritu." Kata Thariq.

"Ok. Tapi Cinta nak bagitahu Abang ni. Wangian Cinta dah habis." Kata Cinta.

"Ok bagitahu apa bahan dia Abang beli." Kata Thariq.

"Ok boss." Kata Cinta lalu melihat luar melalui tingkap.

Senang hati bila Thariq mulai mempercayainya dan rela melepaskannya pergi jauh dari mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience