bab 24

Romance Series 423079

“Kau kenal aku?” soal Ayriz berkerut. Setahunya dia tidak pernah melihat wajah perempuan di hadapannya ini. Perempuan itu menganggguk perlahan.

“Kau siapa?”

“Mel… kawan Wawa.” jawab Mel takut takut. Berubah air muka Ayriz. Dia terus bangun dan menjauhkan diri dengan perempuan itu.

“So kau ex girlfriend Haikal?” soal Ayriz yang mula mengubah nadanya. Isac dan Lim hanya menjadi penonton apabila pengenalan mereka meragukan.

“Sa….saya minta maaf.” ucap Mel sayu.

“Apa sebenarnya plan kau dengan perempuan tu hah?! Kau memang nak musnahkan keluarga diaorang ke? Kenapa kau buat macam ni dekat Haikal? Cakap!” tengking Ayriz. Sekali lagi Ayriz bertukar karekter seperti orang lain. Ternaik bahu Mel dengan terjahan Ayriz. Mel kembali menangis.

“Cakap!” sekali lagi Ayriz menengking. Hatinya sakit mengenangkan apa yang jadi kepada Haikal dan mengenangkan nasib sebabkan kawannya Wawa dia sudah mendapat gelaran janda. Mel masih lagi diam tidak mengeluarkan kata. Ayriz mula hilang sabar kemudian dia mencengkam kuat kedua lengan Mel. Mel mengerang kesakitan.

“Cakaplah! Cakap! Apa korang tak puas dengan keluarga diaorang! Cakap!” kali ini suara Ayriz bergetar menahan sebak. Isac juga menyedari suara gadis itu seakan ingin menangis.

“Dah budak.” arah Isac menyuruh gadis itu berhenti.

“Cakaplah Mel! Cakap!” Ayriz masih tidak putus asa. Dia mengoncang bahu Mel berkali kali. Namun kali ini dia tidak dapat menahan sebaknya… air mata mengalir laju membuatkan semua di dalam bilik itu terkejut. Baru sahaja tadi Ayriz menengking gadis itu dan sekarang dia pula yang menangis.

“Apa yang kawan kau tak puas hati dengan perkahwinan aku…. cakap dengan aku kenapa?” tanya Ayriz dalam esakkan. Ayriz melepaskan Mel dan terduduk menangis. Mel seperti tidak tahu apa yang berlaku. Isac mendekati Ayriz yang sudah teresak…

“Dah la kau tak payahlah nangis.” pujuk Isac lembut tidak bernada kasar namun masih tersisa dengan nada biasanya. Lim dan Mel hanya melihat mereka.

“Cakap dengan aku, macam mana aku nak diam… sebabkan kawan dia aku janda sekarang, Isac…..” adu Ayriz lagi. Makin kuat esakkan Ayriz. Jelas mereka bertiga terkejut dengan khabaran itu. Mel menutup mulutnya menahan sebak dan terkejut. Wajah Isac kian berubah apabila mengetahui hal itu. Patutlah gadis di hadapannya kelihatan kurus dan pucat. Perlahan lahan Isac memeluk gadis itu bagi menenangkan. Ayriz menyembamkan mukanya ke dada Isac. Sakit yang dirasakan seperti menikam dirinya. Isac mengusap kepala Ayriz.

“Shhhhhh… okay okay aku ada.” pujuk Isac lagi. Kali ini baru nampak sifat penyayang lelaki itu. Sedikit pun dia tidak mengeluh semasa memujuk gadis itu. Lim yang menyaksikan tersenyum sebaris. Mel pula sejak tadi mendiamkan diri kerana rasa bersalah.

Setelah setengah jam Ayriz menangis dia minta diri untuk pulang. Dia tidak boleh melihat perempuan itu di hadapannya. Dia takut dia akan buat perkara yang diluar jangkaannya.

“Aku nak balik. Kau nak bunuh, kau bunuh lah.” kata Ayriz tanpa riak. Manakala Mel sudah seperti cacing kepanasan ketika itu.

“Kau sure, kau nak aku bunuh perempuan ni?” soal Isac sekadar saja bertanya. Ayriz hanya menganggukkan kepala tanpa berfikir.

“Kalau aku bunuh mesti kau buat report. Lepastu kau nak sumbat aku dalam penjara?” sekali lagi Isac cuba melihat riak Ayriz. Ayriz mengerutkan dahi.

“Kalau aku report aku tempah maut aku juga. Aku bersubahat. Tentu depan rumah kau tu ada cctv.”

“Tolong Ayriz…. jangan buat saya macam ni…tolong saya, saya tak nak mati.” rayu Mel sudah teresak. Ayriz menggaru kepalanya yang serabut lalu terus mengcengkam kuat pipi Mel. Mel mengerang kesakitan.

“Kau diam boleh? Aku rimas.” Dengan riak tidak puas hati Ayriz berkata begitu. Ayriz terus menolak kepala Mel kebelakang lalu terus bangun. Isac memerhati gadis itu. Hal ini buatkan Isac makin tertanya tanya dengan perwatakkannya.

“Aku balik dulu.” kata Ayriz terus melangkah keluar. Terdengar jerian Mel memanggil manggil nama Ayriz namun Ayriz menghiraukan dan terus keluar daripada rumah.

“Mana Mel ni dah dua hari tak balik? Aku call tak angkat.” bebel Wawa seorang diri sambil dia masih lagi mendail nombor rakannya itu.

“Kalau balik rumah parents kau ke apa bagitahulah… dia ni cakap orang pandai tapi diri sendiri pun sama je.”

Kali ini sudah masuk panggilan ke 5 Mel masih tidak mengangkat panggilan itu. Wawa pula sudah putus asa. Dia hanya berfikir yang Mel balik ke rumah mak ayahnya. Tidak lama itu telefonnya berdering.

“Hah kau nak apa?” soal Wawa tanpa sebarang salam.

“Aku minta maaf lepas ni aku tak dapat berurusan lagi dengan kau?”

“Eh apahal pulak? Kau belum habis kerja lagi kau tahu? Kau jangan macam macam.”

“Aku dapat job lagi besar daripada ni. Duit kau aku pulang balik.” Wawa mula bengang. Rancangannya baru bermula, lelaki itu sudah menarik diri.

“Kau memang tak guna kan!” bentak Wawa di hujung talian.

“Kau tak payah risau. Job tu aku suruh kawan aku tang buat.”

“Siapa pula ni? Boleh percaya ke kawan kau tu?” soal Wawa yang masih lagi marah.

“Dia lagi pantas dapat info. Cuma mahal sikit.”

“Arhhhhh aku tak kesah! Yang penting aku nak perempuan dengan lelaki tu lingkup.”

“Apa apa aku roger kau.” kata lelaki itu sebelum matikan talian.

“Tak guna punya jantan, kerja separuh jalan dia bagi dekat orang lain macam tu je…. arhhhh tak kiralah asal kerja aku bagi settle.”

“Kau dengar sini baik baik. Aku lepaskan kau ni… kalau aku tahu kau bagitahu sesiapa atau report polis memang family kau aku cari. Ingat jangan main main dengan aku… faham tak?” Lim memberi amaran yang sudah diarahkan oleh Isac. Dia sendiri kurang gemar dengan sikap Isac yang berlepas tangan dengan mudah seperti tiada apa apa yang berlaku.

Mel hanya menganggukkan kepalanya berkali kali. “Suara kau mana? Faham ke tak faham?”

“Fa…faham.” tergetar getar dia menjawab.

“Ingat Mel kita ada perjanjian, budak budak aku sentiasa perhatikan kau…. sikit bukak mulut jangan tanya kenapa riwayat kau habis.” Isac pula memberi amaran. Wajahnya tegang dan merenung tajam ke arah Mel. Sekali lagi Mel mengangguk perlahan.

Isac perlahan lahan menghampiri Mel. Mel mula takut sekiranya Isac ingin melakukan perkara yang sukar dijangka. Mel terus menutup mata apabila merasakan wajah Isac betul betul dengannya.

“Kau patut berterima kasih dengan Ayriz… kalau bukan sebab dia, dah lama aku bunuh kau.” bisik Isac. Tercengang Mel ketika itu.

‘Ayriz?’

“Lim suruh budak ni hantar perempuan ni. Pantau dia.” arah Isac terus keluar apabila Lim bersetuju. Manakala Mel sudah melepaskan nafas lega dan bersyukur. Kalau tidak sudah pasti mak ayahnya diserang sakit jantung.

kalini pendek sikit… hehehe memang suka bgi korang tertanya tanya

Share this novel

Muhd Farid
2022-08-24 11:28:58 

sedih betul bab ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience