BAB 3

Romantic Comedy Completed 3994

“Relax la. Aku cari IC la kau ada Nampak tak?” dengan riak tak bersalah Tasnif bersuara.

“IC? Ni kali ke berapa IC kau hilang ni?” rungut Afifah sebelum mengambil tempat diatas katil Tasnif. Mengeleng dia melihat bilik Tasnif. Memang la itu bilik Tasnif tapi yang jadi mangsa untuk kemas adalah dia. Bukan dia tak kenal si Tasnif ni suka buat sepah tapi nak kemas susah. Last-last dia jugak yang kena tolong kemaskan. Kalau tak kemas nescaya tikus akan beranak-pinak dalam bilik tu.

“Last sekali kau letak mana?” tergaru-garu kepala Tasnif sebelum menarik rambut. Itu la cara Tasnif mengingat bila lupa.

“Aku tak ingat” ujarnya perlahan. Sedih gamatnya.

“Itu la masalah kau. Suka letak barang merata-rata lepas tu lupa. Apa la nak jadi dengan kau ni. Sedih aku tengok” bebel Afifah.

“Dah la mak cik. Aku tengah tension kau pergi membebel kenapa?”

“Assalaamuaikum…..” bunyi salam mematikan pertengkaran antara mereka.

“Siapa tu wei kau pergi tengok. Aku busy ni” arah Tasnif sambil menyelongkar setiap sedut bilik. Lambat-lambat Afifah bangun dari katil Tasnif. Sebelum keluar dari bilik tersebut dia sempat sekeh kepala Tasnif. Dia ketawa puas bila mendengar Tasnif mengaduh. Hahahah….rasakan…suka sangat cari pasal dengan aku.

“Ya cari siapa?” soal Afifah sebaik sahaja sampai dimuka pintu. Berkerut keningnya apabila melihat dua orang lelaki berdiri tegak dihadapan pintu rumah.

“Saya cari Nur Tasnif Binti Sheikh Bukhari” lancar sekali Nadhim bersuara. Nama tu dah hafal siap-siap. Mana tak hafal kalau tiap-tiap hari duk belek IC si Tasnif tu. Kalau la surat beranak yang tercicir dengan berat badan masa lahir, waktu lahir, nama mak ayah dan semuanya la dihafalkan.

“Amboi selafaz je sebut nama Tas, macam akad nikah pun ada” seloroh Afifah. Zainal disebelah sudah terkekeh ketawa. Tajam Nadhim menjeling kearah Zainal. Hampeh punya kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience