Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 9

Humor Completed 61915

2017

"Berani betul kau datang sini, kau tak takut ke kena buli?,"
tanya Farid Husin, dengan gaya lagaknya berdiri sambil mencekak pinggang

Awaisha Laila sedang duduk hanya mampu menundukkan kepala, dia tidak berani menjawab apatah lagi yang menanya itu adalah Farid Husin yang selalu membulinya di sekolah namun atas permintaan dari nenek farid Husin ketika bertemu dengannya di sekolah ingin mengupahnya supaya mengajar Farid Husin, dia menerimanya, kerana makciknya sedang menghadapi masalah kewangan

"Berapalah nenek aku bayar kau?,"

Awaisha Laila masih tidak menjawab

"Aku benci betul dengan orang sempurna, tapi buat-buat tak sempurna, boleh dengar tapi buat pekak, ke kau nak aku tampar muka kau, baru kau boleh bercakap?,"

mengigil-gigil tubuh Awaisha Laila bila di ugut Farid Husin

"1000,"

"1000 je,"
Farid Husin tergelak
"Sekurang-kurangnya lepas nie takdelah kau makan nasi dengan ranting kayu,"

Awaisha Laila tetap menundukan kepala, membiarkan saja Farid Husin menghinanya

"Cuba kau angkat kepala, geram pulak aku tengok,"

tanpa ada perasaan bersalah Farid Husin menolak dahi Awaisha Laila sehingga wajah gadis itu terdongak ke atas dan setiap kali Awaisha Laila ingin menundukan kepalanya semula, Farid Husin akan menolak dahinya dengan kuat

Awaisha laila hanya mampu menahan kesakitan, dahinya kemerahan, setelah sejam berlalu Farid Husin hanya menghabiskan masa bermain games dan dia pula menjadi mangsa menyiapkan kerja-kerja sekolah Farid Husin namun selepas Nek Ja pulang Farid Husin akan berpura-pura belajar dengannya

"Sha, sebelum balik makan dulunya,"
Pinta Nek ja, tersenyum memandang Awaisha Laila

Awaisha Laila mengangguk

"Kenapa nenek ajak dia makan dengan kita, tak cukup lagi ke duit yang nenek dah bayar, pandai-pandailah dia guna duit tu makan kat rumah, orang miskin mana layak duduk semeja dengan kita Nek,"

"Woi Farid, yang kaya tu aku dengan bapak kau bukannya kau, dia nie miskin tapi dia cerdik, bukan macam kau, kaya konon tapi bodoh,"

Farid Husin ketawa terbahak-bahak, Awaisha Laila terkedu mendengar perbualan Nek ja dengan Farid Husin, bergitu kasar bahkan Farid Husin seperti tidak mengambil hati dengan kata-kata Nek ja

"Sha tak usah hairan, memang macam nie Nek ja bercakap dengan Farid, dengar macam bertengkarkan tapi sebenarnya tak, inilah cara orang melaka bercakap,"

Awaisha Laila terangguk-angguk,

**

Ampang Jaya

Malam minggu, Rumah Farid Husin riuh-rendah dengan seluruh ahli keluarga Farid Husin datang ke rumahnya untuk makan malam, Datin Hadibah bersama anak lelakinya turut datang semata-mata ingin merasai masakan nasi minyak dengan mee bandung masakan Mak Fazura, Said bohkari datang bersama isteri dengan anak gadisnya,

Dato sri Hassan kamarudin tidak habis-habis memuji Farid Husin kerana berjaya menyelesaikan masalah saman bahkan siap mendapat dua projek besar dari Tan seri Omar, lega betul hatinya,

kaum lelaki ketika itu hanya duduk bersembang di ruang tamu, kaum perempuan pula semuanya sibuk di dapur riuh rendah jadinya

Bob anak kepada Datin Hadibah seusia Fazira bertubuh gemuk dengan baju terangkat sehingga melepasi perut boroinya sedang berbaring di depan tv sambil mengosok-gosok perut

"Bob?,"
Panggil Fuad Sobri

Bob yang sedang berbaring mengankat muka memandang Fuad Sobri

"Pergi dapur, cakap kat diorang pakcik Hassan tanya, lambat lagi ke, cakap je pakcik dah lapar,"

"Kau nie Along, suka hati je petik nama ayah,"
Balas Dato Sri Hassan kamarudin

"Alaa Yah, kalau petik nama ayah, cepat sikit diorang buat kerja, tak akan tak siap-siap lagi, dah lapar nie,"

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng
"Ayah pun dah lapar, pergilah Bob beritahu diorang,"

Bob mengangguk, bersusah payah dia bangun dari baringannya sehingga terpaksa di bantu Farid Husin

"Saya keluar sekejap Dato, ambil tenaga sikit,"
Kata Said bohkari, tersenyum

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk, dia tahu kalau Said bohkari ingin merokok,
dalam masa yang sama Farid Husin turut memerhati Said bohkari ada sesuatu yang ingin dia tanyakan pada pakciknya,

Selepas keluar dari rumah, Said bohkari berjalan melewati pagar di luar kemudian berdiri sambil menyalakan liter tanpa menyedari Farid Husin sudah berada di belakangnya

"Pakcik?,"

Said bohkari sedikit terkejut, dia menoleh
"Farid merokok ke?,"

Farid Husin mengeleng
"Tak pakcik, Farid ada sesuatu nak tanya pakcik,"

"Tentang Awaisha ke?,"

Farid Husin mengangguk, perlahan
"Farid tak tahu pula selama nie, pakcik yang jaga Awaisha,"

Said bohkari menghembus asap rokok, wajah Farid Husin di renung agak lama, dia sedar cepat atau lambat Farid Husin pasti akan menanyakan hal tersebut

"Sejak pakcik uruskan masalah farid dengan Awaisha di balai polis lima tahun yang lepas, Awaisha kena halau dari rumah selepas makcik dia tahu dia mengandung, selama sebulan dia hidup merempat Farid, tiada rumah, tiada duit, mujur pakcik cepat jumpa dia,"

Farid Husin tersenyum
"Hidup macam itulah yang sepatutnya dia terima, kalau bukan kerana dia, nenek mungkin masih hidup sampai sekarang,"

Said bohkari mengeleng
"Sebenarnya Farid, apa yang pakcik buat untuk Awaisha, semua tu dari amanah arwah Nek Ja, bukannya pakcik buat untuk suka-suka,"

"Ya itu Farid tahu pakcik, tapi setahu Farid amanah yang arwah nenek berikan pada pakcik hanya untuk memastikan bayi dalam kandungan tu gugur bukan menyuruh pakcik jaga Awaishakan,"

Farid Husin serius memandang wajah Said bohkari, lama, tidak keruan Said bohkari di buatnya, dia juga hairan entah bila arwah Nek Ja menyuruh dia untuk gugurkan kandungan Awaisha Laila

"Farid. arwah Nek Ja tak pernah menyuruh pakcik gugurkan kandungan Awaisha, sebenarnya arwah Nek Ja lah yang suruh pakcik menjaga Awaisha,"

Farid Husin tersenyum manis, manis itu hanya datang dari senyumannya, bukan dari hatinya, sakit betul hatinya dengan alasan Said bohkari, sanggup menjaga perempuan yang telah menyebabkan arwah neneknya mati dengan memberi alasan itu dari amanah arwah neneknya

"Tak apa pakcik, semua tu dah lama berlalu, yang penting anak dalam kandungan tu dah tiada, Farid pun dah lama maafkan Awaisha,"
Kata Farid Husin, walaupun hakikatnya dia tidak pernah memaafkan Awaisha Laila

Said bohkari tersenyum paksa, dia mula ragu kalau Farid Husin sebenarnya masih berdendam pada Awaisha Laila tapi dia tidak berani bertanya

"Abang, pakcik Said, masuk makan!,"
Kedengaran suara Fazura memanggil

"Jom pakcik makan,"
Pelawa Farid Husin,

Said bohkari mengangguk sambil memijak putung rokok, dia berjalan di sebelah Farid Husin dengan hati yang masih ragu

Farid Husin menjeling tajam, giginya di getap,

"Pakcik tengok je nanti, macam mana aku hancurkan hidup perempuan yang pakcik jaga selama nie,"
Getus hati Farid Husin, kemarahannya sudah sampai ke kemuncak

Suasana di dalam rumah Farid Husin begitu meriah seperti seluruh keluarga sedang berbuka puasa, walaupun keadaan sedikit kecoh dengan permintaan Dato Sri Hassan kamarudin menyuruh isterinya menghidangkan sekali mee bandung di atas meja

"Letak jelah Mee Bandung tu sekali, senang kami nak makan,"
Kata Dato Sri Hassan kamarudin pada isterinya, dia tidak berpuas hati bila melihat hanya hidangan nasi minyak di hidangkan di atas meja

"Ya.. ya, saya hidang sekarang,"
Jawab Datin Sri Sahara

"Kot, kot dah habis,"
Celah Bob tiba-tiba sedang duduk di sebelah Farid Husin

"Kenapa pulak dah habis?,"
Soal Fuad Sobri, hairan

"Tadi waktu Bob pergi dapur, Mama, Kak Fazilah, Kak Irene dengan kak Farah tengah makan mee bandung,"
Jawab Bob bersungguh-sungguh

Dengar sahaja jawapan dari Bob, Fuad Sobri, Dato sri Hassan kamarudin, Farid Husin dengan Fadil Fitri serta-merta memandang Datin Sri Sahara

"Hiss.. kau nie Bob, bila masa pulak diorang makan,"
Marah Datin Sri Sahara, serba salah memandang suami dengan anak-anaknya

"Kenapa?,"
Tanya Datin Hadibah bila mendengar nama anaknya di sebut

"Anak kau Dibah, cakap kau dengan anak-anak aku makan mee bandung tadi,"
Jawab Datin Sri Sahara

Apa lagi mencekak pingganglah Datin Hadibah memandang anaknya

"Hiss kau nie Bob, mulut tu baik-baik sikit, mana ada kita orang makan?,"

Bob tersengih-sengih, sambil menunjuk telefon pintarnya
"Alaa Mama.. Bob ada rakamlah,"

Dengar saja ada rakaman, cepat-cepat Datin Hadibah dengan Datin Sri Sahara lari masuk ke dalam dapur membuatkan Fuad sobri, Farid Husin, Fadil Fitri tergelak terkekeh-kekeh, Dato sri Hassan kamarudin sekadar mengeleng kepala manakala Said bohkari tersenyum

**

Jam sudah menunjukkan 10.30 malam, Awaisha Laila duduk di atas meja sambil menikmati maggie kari baru sahaja di masak, lapar sungguh perutnya, dia bukan seperti Fazura yang pandai memasak, dari dulu dia hanya pandai mengoreng ikan,

Keluh di lepaskan perlahan, skrin Telefon pintar di tatap sambil menyuap Maggie kari ke dalam mulut, sejak dia makan malam bersama Farid Husin di Cyberjaya, rindu kepada lelaki itu semakin menjadi-jadi sehingga terdetik hatinya ingin menghantar pesanan whatsapp sekadar bertanya kabar untuk melepaskan rindu, di kala itu, jantungnya sudah mula berdengup kencang bila teringatkan senyuman manis Farid Husin bagaikan tidak pecaya hubungannya dengan Farid Husin sudah kembali intim, takut juga Awaisha Laila bila memikirkannya, Awaisha Laila sentiasa sedar siapa dirinya,

Di saat Awaisha Laila ingin menyuap Maggie kari ke dalam mulut, Kedengaran bunyi ketukan di luar pintu rumahnya, Awaisha Laila sedikit Terperanjat sehingga tertumpah kuah Maggie kari atas meja

"Siapa pula ketuk malam-malam nie, tak akan pakcik?,"
Kata Awaisha Laila perlahan, masih teragak-agak untuk bangun

Ketukan masih kedengaran di luar pintu tetapi orang yang mengetuknya tidak memberi salam, itu membuatkan Awaisha Laila menjadi cemas

"Assalamualaikum, Sha ini aku,"

Dengar sahaja suara yang memberi salam, terus terbangun Awaisha Laila dari duduknya, manakan tidaknya suara itu adalah suara Farid Husin

"Ya Allah, macam mana Farid boleh tahu aku tinggal kat sini,"
Getus hati Awaisha Laila, bergegas dia masuk ke dalam bilik untuk memakai tudung

"Waalaikummusalam,"
Jawab Awaisha Laila sambil memperbetulkan tudung sebelum dia membuka pintu

"Farid?,"

Farid Husin tersenyum,
"Kuatnya bau Maggie kari,"

"Macam mana Farid boleh tahu saya tinggal sini,"

Farid Husin melirik-lirik bola matanya memerhati ruangan apartment

"Aku pernah duduk Apartment nie, waktu aku berlajar dulu, so aku cuma agak je kalau pakcik said yang jaga kau, mesti dia bagi kau tinggal kat apartment nie,"

"Tapi Farid, saya minta maaf, saya tak boleh benarkan Farid masuk,"

"Buat apa aku nak masuk, aku datang sini cuma nak bagi makanan nie pada Sha, nah ambik,"

Farid Husin menghulur paper bag pada Awaisha Laila

"Fazura bagi ke?,"
Tanya Awaisha Laila sambil mengambil paper bag dari tangan Farid Husin

Farid Husin mengeleng,
"Itu aku bungkuskan untuk Sha,"

sebenarnya Farid Husin menipu Fazura, kononnya bungkusan nasi minyak dengan mee bandung itu ingin di berikan kepada Hamdan tapi sebenarnya dia macari alasan untuk pergi berjumpa Awaisha Laila

"Okaylah aku balik dulu,"

"Terima kasih Farid,"

Farid Husin mengangguk
"Sha, awak nampak cantik walaupun tak make-up, sejuk hati aku Sha,"

Berderau darah Awaisha Laila bila di puji Farid Husin, hampir saja dia menyuruh Farid Husin masuk ke dalam rumah, namun hatinya cepat-cepat beristifar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience