BAB 4

Romance Completed 56522

"Astaghfighullahalazim, Inas!!!" Datin Salwa yang berdiri di depan pintu bilik terkejut. Dilihatnya Inas cuba mencederakan dirinya dengan kaca dari botol minyak wangi yang pecah berderai itu. Nasib baik dia cepat. Bukan kepalang terkejutnya dia sebentar tadi apabila terdengar bunyi berantakan dari bilik anaknya itu. Terus dia bergegas pergi melihat.

"Inas... Apa yang Inas cuba buat ni? ingat Allah Inas," cepat - cepat dia mencapai serpihan kaca dari tangan anaknya itu. Ada sedikit kesan lupa pada tangan anaknya itu.

"Abang... Cepat datang sini, tengok apa yang anak abang cuba nak buat ni," laung Datin Salwa memanggil suaminya. Risau pula jika Inas bertindak di luar kawalan.

"Apa yang bising - bising ni?" terbuntang mata Dato' Lokhman memandang ke arah anaknya. Dia yang ketika itu berada di muka pintu bilik.

"Kamu nak mati cepat ke Inas? tak takut azab Allah. Nak sangat mati katak. Torehlah lagi biar betul - betul mati, senang kerja daddy nanti, kuburkan aje kamu terus," bukan lagi menghalang, tetapi makin disuruhnya.

Membulat mata Datin Salwa. Terkejut dengan kata - kata suaminya itu. Hati semakin cuak jika anaknya betul - betul melakukan perkara itu.

"Inas benci daddy, Inas benci mommy, mommy dan daddy dah tak sayangkan Inas, biar Inas mati, baru puas hati mommy dengan daddykan," ujar Inas cuba merampas serpihan kaca dari tangan mommynya.

"Abang, kenapa abang cakap macam tu? Inas ni satu - satunya anak kita. Abang dah tak sayang anak ker?" marah Datin Salwa. Kadang - kadang dia pun geram dengan perangai suaminya. Orang memanggil supaya tolong redakan emosi anak, ni tidak makin ditambahkan lagi rawang di hati anaknya itu.

"Haa, biarkan dia. Dia nak mati sangatkan, bagi dia kaca tu, biarkan dia nak buat apapun yang dia suka. Diakan dah besar, dia boleh buat apa yang dia suka," gerutunya, kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Tahap kesabarannya dah semakin menipis dengan Inas. Selama ni apa yang anaknya itu mahukan dia tak pernah menolak, semua diturutinya. Sebab itu makin lama makin naik lemak. Sekarang dia dah malas mahu memberi muka.

Inas menangis tersedu - sedu. Dia menundukkan wajahnya. Tidak mahu memandang kelibat daddynya yang semakin menghilang di balik pintu. Hidupnya sangat tertekan sekarang ini.

"Sabar sayang, mommy ada, jangan buat kerja gila. Mommy sayangkan Inas. Daddy pun sayangkan Inas. Kami semua sayangkan Inas," Datin Salwa cuba memujuk anaknya. Dia faham akan gelodak jiwa anaknya sekarang ini. Tapi dia juga tiada pilihan. Semua telah ditetapkan oleh suaminya. Jika 'A', maka 'A' lah, tidak akan jadi 'B' atau 'C'... Sebagai isteri dia terpaksa menurut.

"Kalau semua sayangkan Inas, mommy dan daddy takkan sanggup buat Inas macam ni. Takkan permainkan perasaan Inas. Inas pun ada hati, Inas juga ada pilihan hati Inas. Tapi mommy dan daddy dah hancurkan kebahagiaan hidup Inas. buat apa Inas teruskan hidup kalau macam ni, baik Inas mati," Inas seakan mengugut mommynya. Dia cuba mencapai serpihan kaca yang masih ada di atas lantai. Tapi segera ditepis kuat oleh Datin Salwa. Datin Salwa memeluk anaknya erat - erat. Air matanya juga berjujuran memikirkan hal anak tunggalnya ini.

________


"Macam mana doktor dengan anak saya?" soal Datin Salwa kepada doktor keluarganya yang diminta untuk datang memeriksa Inas. Anaknya itu pengsan.

"Inas okay datin, takde apa - apa yang serius, cuma mengalami dehidrasi. Nanti saya bagi 'oral rehydration salt' bancuh satu paket dengan 250 ml air masak dan bagi dia minum, di samping itu, kena pastikan Inas minum air yang cukup setiap hari," balas Doktor Irwan.

Datin Salwa mengangguk faham, memang sejak akhir - akhir ini Inas seolah - olah mengabaikan pemakanannya. Jadual makannya sudah ke laut dalam. Badan anaknya juga semakin susut.

"Kalau takde apa - apa saya minta diri dulu, papehal dato' dan datin call je saya," ujar Doktor Irwan mohon pamitan untuk untuk beransur.

"Okay baik doktor, saya hantar doktor ke muka pintu," ujar Dato' Lokhman. Risau juga dia pada Inas. Dia sayangkan anaknya, bukannya dia tidak sayang. Salah dia juga sebab terlalu berkeras.

Doktor Irwan mengangguk dan diikuti oleh Dato' Lokhman, menapak setiap anak tangga hingga ke muka pintu utama. Bergegas naik semula ke tingkat atas menuju ke bilik anaknya. Inas satu - satunya anak dia. Mana mungkin dia tidak risau.

Dato' Lokhman duduk di birai katil, tangannya mengusap lembut kepala anaknya. Wajah Datin Salwa dia pandang sayu. Seakan menyatakan rasa bersalahnya.

"Maafkan abang. Abang terlalu berkeras dengan anak kita. Tujuan abang hanya satu, ingin mendidik dia. Salah kita juga sebab terlalu memanjakan dia selama ni," seoktaf ayat itu terpacul dari bibirnya. Ubun - ubun anaknya dia usap penuh kasih.

Datin Salwa hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. "Takpe abang, biar Azeem yang didik dia selepas ni. Sal percayakan Azeem. Sal yakin dia mampu membentuk anak kita."

Mereka keluar usai membetulkan selimut pada badan Inas. Datin Salwa menutup perlahan pintu bilik itu. Bilik itu sudah dibersihkan oleh Tini pembantu rumahnya.

Inas menggeliatkan badannya. Terasa bisa - bisa dan lenguh seluruh sendi di badannya. "Arghhh," dia mengerang perlahan. Lantas kaki dia juntaikan di birai katil. Selipar berbulu yang terletak di tepi katil itu dia sarungkan pada kaki, bergerak malas menuju ke pintu bilik. Perlahan pintu bilik itu dikuaknya. Kaki melangkah perlahan menuruni satu - satu anak tangga. Kepalanya masih lagi terasa sedikit pening. Nampak kedua orang tuanya sedang duduk di ruang menonton. Langkahan kaki dihala ke arah situ.

"Inas,,, sayang dah sedar. Tadi Inas pengsan. Mari sini dekat mommy," Datin Salwa menggamit dengan tangan kanannya ke arah Inas.

Inas duduk di sebelah mommynya. "Macam mana rasa badan Inas? dah okay sikit?" Datin Salwa menyoal. Tangannya menggosok - gosok perlahan tangan Inas. Ibu mana yang tidak risau. Sampai pengsan anaknya memikirkan masalah itu.

Dato' Lokhman memandang ke arah anaknya. "Daddy minta maaf sebab terlalu berkasar dengan Inas, maafkan daddy. Daddy nak bagitau satu benda. Daddy buat semua ni sebab daddy sayangkan Inas," lembut pertuturannya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh itu.

"Inas berlapang dada terima Azeem menjadi suami Inas. Tapi jangan pernah mengharapkan sesuatu yang lebih terhadap ikatan perkahwinan ini," Datar sahaja ungkapan yang terkeluar dari mulutnya. Usai mengatakan itu, dia berlalu pergi dari situ. Naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Mata Dato' Lokhman dan Datin Salwa buntang. Terkejut dengan perkhabaran itu. Masing - masing berpandangan sesama sendiri. Sungguh mereka tidak sangka, Inas sudah menerima Azeem sebagai suami.

*******

Pandangan Inas kosong. Dia sudah penat. Pagi - pagi lagi mommy meminta pergi ke butik kawannya untuk mencuba baju pengantin. Azeem menggenggam stereng. Tidak dia ambil kisah Inas yang sedang melayan perasaan di sebelahnya. Hanya membiarkan wanita itu dengan dunianya.

Kereta membelok dan berhenti di salah sebuah parking. Azeem keluar dari kereta. Manakala Inas hanya membatukan diri.

"Jom keluar, mommy Inas dah tunggu dekat dalam, kalau tak abang dukung," ajak Azeem, ada sedikit ugutan dalam kata - katanya, pintu sebelah Inas dibukanya.

"Tskkk..." Inas berdecit. "Tepilah" dia turun juga dari kereta.


Inas berjalan longlai menuju masuk ke dalam butik, lelaki itu masih setia mengekori dari belakang. Hatinya kosong. Hanya jasad yang ada di sini, sedangkan fikirannya melayang entah ke mana.

"Dah sampai pun Azeem dengan Inas, datang sini. Mommy dah pilih beberapa pasang baju. Kamu berdua pilih nak warna apa dan design macam mana," Datin Salwa menunjukkan beberapa pasang baju kepada mereka berdua.

Inas hanya memandang sepi. Tiada jiwa untuk membuat pilihan.

"Inas nak baju warna apa untuk majlis nikah dan resepsi? Kalau ikut cadangan mommy, baju nikah biarlah warna putih atau cream."

Inas hanya menggelengkan kepalanya. "Mommylah yang buat pilihan. Jangan tanya Inas," Dia menjawab malas.

Datin Salwa hanya melepaskan keluhan. "Azeem, kamu nak warna apa?" dipalingkan pula wajahnya ke arah bakal menantu. Mohon agar diberikan jawapan.

"Auntielah yang pilih, Azeem ikut je, tak kisah baju mana pun yang auntie pilih," Azeem juga memberi jawapan yang hampir sama dengan Inas.

Sekali lagi keluhan panjang dia lepaskan. Susah betul kalau masing - masing jenis keras kepala. Susah - susah sangat biar dia yang buat pilihan.

"Okay, untuk nikah ambil yang cream ni, untuk resepsi pula kita guna tema purple, so kita pilih yang ni. Baju gaun berwarna purple muda dia tunjukkan pada pelayan butik itu.

"Ni semua baru sampai, limited edition. Kau jangan risau, satu je yang ada dan tak akan sama dengan pengantin yang lain, mesti cantik bila dah tersarung dekat tubuh anak kau nanti," ujar Datin Norzi, kawan Datin Salwa. "Boleh cuba dulu," baju kurung moden berwarna cream itu dia hulurkan kepada Inas.

Inas mencapai huluran itu. Dengan langkah malas dia bergerak ke arah fitting room. Azeem juga membuat perkara yang sama. Sepuluh minit kemudian...


"Cantiknya Inas. Ngam - ngam baju di badan, auntie dah tak perlu nak betulkan lagi sizenya. Try pula baju gaun," Baju kedua pula dihulurkan kepada Inas.

Datin Norzi menghampiri pula Azeem yang tegak berdiri tidak jauh dari situ "Pengantin lelaki pun elok terletak. Auntie tak perlu lagi nak betulkan size juga, okay Azeem, dah boleh cuba baju kedua," arah Datin Norzi.

Datin Salwa hanya memerhati. Akhirnya dia juga yang memilih untuk dua pengantin yang tiada rasa ini. Kenapa dia kata tiada rasa? tiada rasa kerana aura pengantinnya sudah ke laut dalam.

"Azeem bawalah Inas jalan - jalan. Harini hari cuti umumkan. Bawa pusing - pusing mall ker, bawa jalan - jalan dekat taman ker, Kesian Inas dah berapa lama berkurung dekat dalam rumah tu," Datin Salwa memberi cadangan yang ketika itu berada berhampiran kereta setelah urusan fitting baju selesai. Tujuan sebenar supaya mereka berdua ni dapat luangkan masa bersama, supaya jurang yang jauh itu dapat dirapatkan.

Azeem hanya tersenyum kelat. Satu bala lagi yang datang. Nak kena bawa wanita yang tengah mood swing - swing ni keluar jalan - jalan pula. Auntie oh auntie. Memang saja je ni.

"Apa ni mommy? Inas nak baliklah. Inas takde mood nak keluar pergi mana - mana. "Kau hantar aku balik," matanya dijegilkan kepada Azeem. Marah benar Inas. Dia dah buat semua yang mommy pinta. Takkan nak paksa lagi dia keluar berdua dengan anak orang gaji tu.

"Inas, jaga bahasa, mommy tak pernah ajar Inas bercakap biadap macam ni. Azeem bakal suami Inas. Tolong respect sikit sayang," Teguran itu ibarat di angin lalu bagi Inas.

"Bakal suami apa??? Bakal suami paksa rela??? ke rela dalam terpaksa???" Inas seakan menyindir.

"Inas... Jangan biadap, jaga sikit air muka mommy. Nanti kata dek orang mommy tak pandai ajar anak," sekali lagi Datin Salwa menegur. Geram pula dengan perangai anaknya itu. Malu dia pada Azeem.

Inas berpeluk tubuh, dia buka pintu kereta dan menghenyakkan punggungnya di tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Bammm!!!

Terhinggut bahu keduanya. Kot ye pun nak marah, jangan pintu kereta yang dijadikan mangsa. Masing - masing mengelengkan kepala.

Lama - lama boleh terkopak juga pintu kereta ni. Hmmm... Azeem hanya mampu bersabar. Ye, bersabar selagi boleh.

"Maafkan auntie Azeem, auntie dah gagal mendidik Inas menjadi manusia yang sopan," mohon Datin Salwa, Ada nada sebak dalam setiap tutur katanya.

"Errr... Jangan cakap macam tu auntie. Auntie tak ada salah apa - apa pun. InshaAllah lambat laun hati Inas akan lembut juga," balas Azeem seraya meminta diri. Tuan puteri dekat dalam kereta dah semakin memuncung.

*******

Azeem yang berbaju melayu slim fit berwarna cream melangkah gagah masuk ke dalam rumah. Majlis pernikahan di buat di dalam rumah sahaja. Itu permintaan dari Inas. Mereka terpaksa akur. Inas bersetuju untuk berkahwin dengan Azeem pun sudah seribu syukur buat mereka.

Dalam gementar, Azeem mengambil tempat di hadapan bakal bapa mertuanya. Sempat dia menjeling ke arah pasangan pengantinnya yang duduk diam di atas mini pelamin. Cantik... Desisnya di dalam hati. Dia menghadiahkan secebis senyuman buat Inas, walaupun dia tau, tidak akan ada balasan dan hanya syok sendiri. Azeem bermain dengan perasaannya sendiri. Gementar yang dia rasakan ketika ini memang tidak boleh dibawa berbincang. Usai kembali mengadap bakal mertuanya. Tangannya menyambut huluran tangan Dato' Lokhman. Tangan masing - sudah berada di dalam genggaman. Majlis akad nikah dimulai dengan dinikahkan oleh Dato' Lokhman sendiri.

"Aku terima nikahnya Inas Nafeesa Binti Lokhman dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai,"


"Sah..."


"Sah..."


"Alhamdulillah," Ujar Dato' Lokhman.

Azeem menyelesaikan solat sunatnya terlebih dahulu. Selesai solat sunat dia menghampiri isterinya untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tangan Azeem menggigil untuk meraih tangan Inas bagi acara menyarung cincin. Dia tarik nafasnya dalam - dalam dan perlahan juga dia hembus bagi meredakan rasa gementarnya ketika ini.

Selesai menyarung cincin, Inas untuk kesekian kalinya menurut kata - kata dari Datin Salwa. Dia menunjukkan wajahnya. Bibirnya merapat dan mencium kekura tangan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

Azeem mengucup dahi isterinya itu lama. Seakan ada satu perasaan asing yang mula menjengah jiwanya tika ini. "Terima kasih sayang," terucap kata - kata itu di tepi telinga Inas.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience