“Mari sini. Kita berbual sekejap.” Mak Kiah mengajak Diana duduk seketika di pondok kayu tidak jauh dari simpang rumahnya. Diana dengan penuh sabar menanti jawapan dari Mak Kiah.
“Ayah kau belum meninggal dunia.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Mak Kiah. Alangkah gembiranya hati si anak, tatkala mendengar ungkapan itu dari mulut Mak Kiah.
“Jadi, ayah kandung Diana masih hidup?” Sekali lagi Diana bertanya hakikat yang baru sahaja Mak Kiah katakan.
“Betul. Ayah kau masih hidup.”
“Dia dekat mana mak?” Tanya Diana. Tidak sbar rasanya dia ingin bertemu dengan ayah kandungnya.
“Dia dekat penjara. Di ibu kota.”Seraya kata-kata itu di ungkap, mati senyuman Diana yang berkobar-kobar mahu bertemu ayahnya.
“Ke..kenapa ayah Diana dekat pejara?”
“Sebab.. dia, dia yang tertikam mak kamu.”
‘Ya Allah! Ujian apakah ini? Ujian apakah yang telah Kau berikan kepada aku, hamba-Mu yang lemah ini.Baru sahaja aku hendak merasakan sedikit kemanisan kasih sayang kedua orang tuaku, kau ambilnya pergi buat selamanya. Kau hukum aku dengan ujian ini. Yang menyeksakan batinku.Ya Allah! Sentiasalah Kau bersama ku di sini. Melewati hari-hariku yang penuh kepedihan hidup ini.Berilah aku kekuatan, walau hanya secebis kasih sayang-Mu agar aku tetap tabah dalam ujian ini. Aku tak kuat, Ya Allah. Aku tak kuat lagi..’ Rintih Diana di dalam hatinya.
“Apa yang terjadi sampai ayah bunuh mak?”Mak Kiah memandang tepat ke wajah anaknya itu. Mungkin dah tiba waktunya, Diana bertemu ayahnya yang sebenarnya di penjara di ibu kota sana.
PERTELINGKAHAN di antara dua insan ini telah menjadikan anak kecil yang baru sahaja berusia sepuluh bulan sebagai saksi perpisahan mereka pagi itu.Bunyi tangisan anak kecil yang dalam ketakutan, seakan memahami sistuasi kedua orang tuanya.
“Kau ni dah gatal sangat ke sampai nak ke kota sana kerja? Hah!” Tanya Harun.Isterinya hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk dia membuka mulut, menjawab pertanyaan si suami.
“Kau pekak ke aku tanya kau ni!” Bukan sekadar jerkahan dari lelaki itu, tetapi di tonjol-tpnjol kepala si isteri.
“Awak ni dah kenapa hah! Dah tak ada adab lagi ke?” Tini akhirnya akur dengan takdir.Dia nekad, untuk berpisah dengan suaminya. Derita batinnya makan hati dengan si suami yang langsung tak pernah perdulikan rumah tangga mereka sejak dia di sahkan hamil.
“Oh.. dah pandai menjawab rupanya! Menjawab lah lagi! jawablah kalau kau nak aku bunuh kau!” Ugutan Harun mengecutkan hati Tini . Tini terus berlalu meninggalkan suaminya yang tengah berang di ruang tamu rumah mereka.Terus dia mendapatkan anaknya yang menangis di buaian kerana terkejut mungkin dengan jerkahan dan pertelingkahan dia dan suami. Jadi tidak nyenyak untuk anaknya itu lena.Sekejap sahaja suasana di dalam bilik ini menjadi sunyi sepi. Diana kini sedang lena di dalam pelukan maknya.Kegusaran di hati Tini makin menjadi. Hendak dia minta suaminya untuk melepaskan dirinya, takut. Takut dengan ugutan yang belum sampai sejam tadi.
“Aku nak duit.”
Tiba-tiba sahaja suaminya itu berdiri di tengah pintu bilik mereka.Akibat terkejut dengan suara suaminya itu, Tini hampir-hampir menjatuhkan Diana dari dakapannya.
“Kau pekak ke? Aku cakap aku nak duit.” Sekali lagi Harun mengulangi kata-katanya.
“Saya mana ada duit. Awak mana pernah bagi saya duit.” Jawab Tini.
“Kau jangan nak kelentong aku. Kau ingat aku tak tahu? Tanah arwah mak Kak Kiah dah cagarkan dekat bank. Separuh duit tu dia bagi pada kau.” Harun memberitahu.Terdiam Tini dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Mana dia dapat tahu hal ni? mesti ada yang beritahu. Dasar tak guna!
“Saya tak ada duitlah. Awak tak dengar ke saya cakap?”
“Kau jangan nak membohonglah dengan aku. Aku tahu, kau sorokkan duit tu dekat mana? Cepat!” Tengking Harun.Sekali lagi Diana menangis. Tini cuba mententeramkan anaknya. Namun si suami masih berterusan bertanya.Kerana tidak puas hati dengan jawapan si isteri, dia terus menyelongkar kawasan bilik pula. Habis semua kain baju mereka di geledah.
“Mana duit tu bodoh!” Harun masih mencari. Seperti kucing yang kelaparan untuk mendapatkan ikan di bawah tudung saji.
“Saya cakap tak ada. Tak adalah!” Tini pula meninggikan suaranya.Dia tidak betah dengan suasana di sini. Dia ingin pergi, pergi jauh dari lelaki ini yang menghuru-harakan dunianya.
“Kau tengking aku? Berani kau tengking aku!” Harun mendapatkan isterinya yang sedang duduk di katil bersama anaknya.
“Abang!! Sakit!!”Kuat tarikan rambut Tini Harun tarik. Rasanya ada jugalah rambut yang tercabut. Sampaikan anaknya terelepas dari dakapan emaknya sendiri.
“Sakit bang.. lepaskanlah saya…” Rintih Tini dalam rayuannya. Namun sia-sia sahaja.
“Kau memang nak mampuskan! Kau dengan anak kau tahu menyusahkan aku je!”Genggaman pada rambut Tini di lepaskan. Namun bisanya masih terasa lagi di kepala.
“Baik kau beritahu aku, mana kau simpan duit tu.” Sekali lagi Harun bertanya Tini.
“Ada. Dekat.. dekat bawah gerobok tu.” Tini menunding jari ke gerobok pakaian mereka.Dengan langkah yang tergopoh-gapah, Harun ke tempat yang di maksudkan oleh isterinya.Begitu juga dengan Tini. Dia juga tergopoh-gapah mencapai anaknya yang merengek di katil, keuar dari bilik.Namun nasibnya tidak baik kerana keadaan itu di sedari oleh Harun. Sepantas kilat Harun mendapatkan isterinya yang sudah lari dari bilik bersama anak mereka.Kerana berang dengan sikap isterinya yang cuba melarikan diri, sempat lagi Harun mencapai gunting pemotong baju yang tajam di atas laci solek.Niatnya hanya ingin menggertak, namun segalanya berubah bila dia dengan tak sengajanya menikam isterinya. Di depan kakak dan abang iparnya.Sebelum kejadian tikaman itu, berlaku pergelutan dan pertengkaran yang membuatkan Harun tanpa sedar telah menusukkan gunting itu ke perut Tini.Berjujuran airmata Diana saat mendengarkan pengakuan yang di katakan oleh Mak Kiah sebentar tadi. Serasa tidak percaya. Atau mungkin semua ini hanyalah rekaan semata?
“Jadi ayah Diana sudah mati? Mana kuburnya mak?” Tanya Diana.Ingin benar dia bertemu ayah kandungnya. Setelah sekian lamanya, baru hari ini Mak Kiah sudi bercerita hal yang sebenar.
“Belum.” Pendek jawapan Mak Kiah.
Share this novel