?INTRO?

Crime Completed 8878

"Tolonggggggg!!!!! Lepaskan aku Melati. Jangan seksa aku macam ni. Tolonglah, aku merayu" Rayu si mangsa. Suaranya sudah mula serak kerana terlalu sering menjerit.
Melati mengheret sebilah kapak berkarat yang berlumuran darah. Sesekali dia tertawa dan tergelak.
"Siapa suruh kau ada skandal dengan laki aku? Aku dah banyak kali beri kau amaran. Tapi kau? Hurmmm..jadi kau tanggunglah" Melati mundar mandir dengan mengheret kapak tersebut mengelilingi mangsanya yang terikat.
"Melati, maafkan aku. Maafkan aku.. Tolong aku. Aku sanggup sembah kaki kau. Asalkan kau lepaskan aku. Aku janji aku takkan ganggu suami kau lagi"
Melati memberhentikan langkahnya. Wanita itu berdiri di belakang mangsanya itu. Kapak berkarat yang setia bersamanya di julang dan di letakkan di atas bahu. Melati membungkukkan sedikit tubuhnya. Bibirnya menghampiri ke sisi wajah si mangsa.
"Malam ni, aku tak rasa nak bunuh kau. Tapi, aku rasa nk bagi sesuatu yang istimewa untuk kau."
Wanita yang terikat itu mulai rasa cuak. Wajahnya berubah serta merta. Peluh dingin merecik di dahi.
"Kau takut?" soal Melati berbisik di pendengaran mangsanya.
Tiba-tiba..
"Aaarrggghhhhhhhhhhh!!!!!!" suara wanita itu menjerit nyaring.
Darah membuak-buak keluar dari potongan yang di lakukan Melati. Secebis daging yang menyerupai telinga berada di tangan Melati. Telinga yang di potong, di layangkan di hadapan mata si mangsa..
"Hadiah dari aku untuk seorang bakal madu. Hahahahahaha!!" Melati ketawa mengekek-ngekek..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience