BAB 9

Mystery & Detective Completed 29704

"Urgh.... Auuww..."

Aina mengeluh kesakitan. Semuanya masih kabur. Ternampak seperti ada cahaya di sebelah kanannya. Lilin.. Apa dah jadi? Aina tidak ingat apa-apa.

"Aina, kau tak apa-apa?"

Mata Aina melilau ke kiri. Saiful? Dia duduk memandang wajah Aina dengan air muka penuh kerisauan.

"Apa dah jadi ni, Saiful ?"

Aina cuba membeliakkan matanya. Terlihat seperti ada dua manusia di hadapannya. Seorang gadis berambut ikal mayang seperti sedang khayal dengan dunianya. Dipandang pula seorang lagi manusia di sebelah gadis berambut ikal mayang itu. Saat itu, Aina benar-benar terkejut apa yang dipandangnya?

"Fazira? Kau? Kenapa?"

Terlihat Fazira menangis dengan kain yang diikat pada mulutnya. Aina sudah menggigil. Adakah penjenayah itu sudah berjaya menangkap mereka semua? Aina juga hendak menangis.

"Jangan risau.. Aku akan bawa kamu semua ke syurga."

Badan Aina menggigil secara tiba-tiba. Anak matanya beralih ke arah suara tadi. Bibirnya juga semakin kering. Air mata sudah mengalir membasahi pipinya. Jantung berdegup kencang malah seribu kali lebih laju kencangnya.

"Ke... ke.. napa?"

"Memang patut mereka terima nasib macam ni. Keseronokan... Membutakan mata manusia."

"Tapi kenapa Huda?? Huda tu sepupu aku! Sepupu aku, SAIFUL !!"

Saiful ketawa berdekah-dekah. Dia berdiri sambil memegang pisau di tangannya. Aina cuba berdiri namun badannya telah diikat pada kerusi. Saiful mendekati gadis yang berambut ikal mayang tadi. Terlihat Fazira masih lagi menangis teresak-esak.

"Kenapa libatkan Fazira? Kau patut tak bawa aku ke sini. Aku boleh bawa kau ke polis !"

"Fazira tau kau nak settlekan kes ni jadi aku tak boleh biarkan dia lepas. Memang tepat tekaan aku. Walaupun dah disuruh untuk panggil polis, kau masih datang risaukan aku."

Aina memandang wajah Fazira. Masih lagi menangis gadis sunti itu. Aina terasa benarbenar bersalah. Dia yang melibatkan Fazira. Melibatkan Fazira dalam semua ini. Sepatutnya, dia biarkan sahaja pihak polis menyelesaikan kes ini.

"Kenapa Saiful? Kenapa kau buat macam ni? Kau bukan jahat, kau baik !"

"Kau nak tau kenapa? Okay.. Aku cerita kisah aku 10 tahun dahulu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience