Prolog

Romance Series 135662

“Bersabarlah wahai hati yang duka, kerana sesungguhnya status dan latar belakang seseorang itu hanyalah sebatas penilaian di mata manusia bukan di mata tuhan. Berhentilah mengejar cinta manusia Anna. Sesungguhnya ia akan lebih mengecewakan dan bertambah luka.”


Suasana hening malam Anna membawa langkah ke bas stop terdekat sambil menggendong Aiman dan di temani hujan lebat. Hujan yang lebat itu menutup tangis Anna yang semakin menggila. Sakit hati yang tidak mampu di tanggung lagi. Bagasi di tarik perlahan mengikut langkahnya. Semakin jauh dia melangkah, maka semakin jauhlah Tengku Daniel di buang dari hatinya.

Tubuhnya menggigil kesejukan di tahan sekuat mampu. Dia memeluk erat anaknya. Aiman menangis bagaikan tiada henti. Tangisan itu membuatkan hati Anna bertambah luka. Jika dia di hukum, mengapa anaknya juga di hukum sekali. Tidak adakah ada rasa simpati di hati kedua manusia itu?

Hatinya bertanya, layak ke dia di hukum begini? Di saat dia memerlukan pembelaan tetapi malah di hina pula. Dani, kenapa kau buat aku macam ni? Mana janji kau? Bisik hati kecewa Anna. Dia menangis semahu-mahunya. Terasa diri di persendakan oleh sang suami. Dia melangkah dengan hati berduka lara.

Sebentar tadi dia baru saja di halau oleh sang suami. Tak ubah seperti kucing kurap hanya kerana salah faham yang melanda. Dani langsung tidak mahu percaya pada dirinya. Ya Allah, apa salah aku di perlakukan seperti ini. Sungguh berat ujian ini. Aku tak mampu lagi menanggungnya.

Langkahnya berhenti setelah sampai di bas stop. Namun matanya terpanar kerana ada insan yang menunggu kehadirannya di sini. Di hadapannya ada seorang lelaki dan beberapa konco di belakang sedang tersenyum sinis padanya dan ketawa jahat. Hati Anna semakin bengkak. Tak cukup lagi ke dengan apa yang lelaki ini lakukan pada rumahtangganya. Kini datang mengganggu lagi.

“Hahahahah.. Kasihan dia, kena halau ya? Hahahahahah.” Borhan ketawa besar setelah rancangannya berjaya untuk musnahkan kehidupan Anna. Anna mengetap bibir. Dia menahan geram di hati.

“Kenapa kau buat aku macam ni huh?” Jerkah Anna. Terhenti tawa Borhan.

“Kenapa kau tanya aku? Kau yang musnahkan hidup aku dulu! Kau lupa!?” Jerkah Borhan pula.

“Engkau yang musnahkan kehidupan kau sendiri! Tak ada kaitan dengan aku!” Tepik Anna.

“Arghh! Semua punca dari kau! Malam ni kau harus bayar semua perbuatan kau!” Borhan mengisyaratkan tangan pada konco-konconya. Mereka mula melangkah mendapatkan Anna.


Anna berundur ke belakang perlahan-lahan meninggalkan bagasinya lalu berlari tanpa hala tuju. Dia sudah di ancam bahaya. Aiman di gendongannya di peluk erat.


Semakin laju konco Borhan berlari. Semakin laju Anna membawa langkah. Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Anna berlari ketakutan. Dia menuju ke jalan besar. Melintas tanpa memandang kiri dan kanan.

Buk! Tubuh Anna dilanggar sebuah kereta. Tubuh kecilnya berpusing bersama anaknya dan jatuh di atas jalan raya. Darah membasahi jalan tar bersama rintikan air hujan lebat.

Kereta itu terus laju tanpa henti. Pandangan Anna semakin kabur. Tangisan Aiman juga tidak kedengaran lagi. Perlahan Anna menutup matanya. Air matanya mengalir dari kelopak mata yang tertutup rapat. Ya Allah, jika ini berakhirnya hayatku. Aku redha. Sesungguhnya dia sudah putus asa dengan kehidupannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience