BAB 1

Romance Completed 241827

Zaim menghenyak punggungnya di atas kerusi, sejak akhir - akhir ini, sakit kepalanya menjadi - jadi. Stress mungkin. Sudah dia pergi mendapat rawatan di hospital tapi menurut doktor, dirinya baik - baik sahaja. Bacaan tekanan darah juga tiada masalah dan tahap kolesterol juga baik.


Hmmm... Matanya melilau ke seluruh ruang pejabat. Sesekali tangannya memicit pelipis matanya. Menyucuk - nyucuk pula di bahagian situ. Terkerjip - kerjip kelopak matanya.

TINGGG...

Mata kembali terfokus pada atas meja kerjanya. Handphone yang terletak di atas meja tidak jauh daripadanya itu dia raih. Terus dibuka aplikasi whatsApp. Matanya tunak memandang ke arah skrin handphonenya. Dia melepas keluhan pendek. Siapa lagi yang selalu teksnya kalau bukan Datin Zara. Wanita yang tidak pernah jemu untuk mengingatkan dia itu ini. Laju dia membalas. Harini sudah tiga kali dia diingatkan untuk dinner bersama keluarganya malam ni. Dah tak boleh nak mengelak lagi. Bukan dia tak suka, tapi hmmm... Bila dah pergi ke sana, akan ada je topik yang tidak menyenangkan hatinya.

Mata beralih ke arah jam di skrin komputer ribanya. Lagi 20 minit waktu kerjanya habis. Dia kembali menyandar pada kerusinya. Mata dia pejam sejenak bagi melegakan kepala yang sedang sarat itu. Tidak semena ingatan lama kembali bertandang.

FLASHBACK...

(Setahun yang lepas...)

"Ni kerja kau yer Tasha, kau cakap kau pergi kursus dekat Perak tiga hari." Zaim mengetap rahang apabila dia bertembung dengan tunangnya itu di sebuah cafe. Dia yang ketika itu ada temujanji dengan client di situ terpempam apabila melihat wanita itu sedah elok terlentok manja sambil bertepuk tampar dengan lelaki yang cukup dia kenali.

"Errr... Ab... Abang... Tasha boleh terangkan. Tasha datang sini sebab urusan kerja. Tasha lupa nak bagitau abang, yang Tasha tak jadi pergi kursus tu. Tunda hari lain." Natasha tergagap ingin memberi penjelasan.

"Dengar dulu bro yang apa aku nak cakap, aku just sembang kosong je dengan tunang kau. Kami takde apa - apa pun."

BUKKK...


Satu tumbukan hinggap di wajah lelaki yang sedang duduk di samping Natasha. Muka cuak lelaki itu amat jelas di pandangan matanya. Biasalah apabila sudah tertangkap.

"Aku tak perlukan penjelasan kau, semua sudah jelas. Aku tak sangka Dib. Kau sanggup caras tunang aku. Kau taukan Tasha tunang aku, tapi kenapa kau rapat - rapat dengan dia. Kau kawan baik aku, tapi kau tergamakkan... Mulai harini aku takde kawan macam kau. Dan kau Tasha, aku putuskan pertunangan ni. Nanti aku akan maklumkan pada orang tua kita." Turun naik nafasnya menahan rasa amarah tapi dia perlu hormatkan orang yang masih ramai di dalam cafe tu. Jika tidak, lunyai dia kerjakan Adib, kawan yang makan kawan tu. Betul - betul kawan tak guna. Marahnya dalam hati.

Matanya tajam memanah pada Adib dan Natasha. Dilihat lelaki itu menggosok pipinya yang terkena tumbukan dia sebentar tadi. Sakitlah tu, hmmm tu baru bunga. Ikutkan lebih lagi dia nak bagi. Biar tahu betapa nikmatnya apabila makan guna straw.

Zaim tau, Natasha tercengang, terkejut juga mungkin kerana dapat lihat dari riak wajahnya. Ah, persetankan semua tu! Buat apa dia nak simpan perempuan yang dah sah - sah curang di belakang dia. Dengan kawan baiknya pula tu. Macam takde orang lain nak curangpun. Hmmm....

"Abang, tunggu, Tasha terangkan, Tasha dengan Adib takde apa - apa, kami hanya kawan jer."

"Cukup Tasha, sekali aku dah ludah, aku takkan jilat balik. Hmmm, takde apa - apa maksud kau sampai boleh bertepuk tampar, murah sangatlah kau ni." Zaim membalas. Sedikit terselit ayat makian. Tegang dan mendatar suaranya.

Mata Zaim beralih pada Adib. Lelaki itu hanya menunduk. Hmmm, baru nak ada rasa bersalah... Sebelum ni takde pulak.

Zaim keluar dari cafe makanan barat itu bersama hati yang berdongkol - dongkol. Sampai hati kau Natasha. Selama ni aku setia dan tatang kau macam minyak yang penuh. Apa yang kau minta, aku cuba usahakan. Hatinya ketika itu merintih pilu. Dia mengorak langkah menuju ke arah keretanya. Handphone di tangan dia tatap, mencari nombor clientnya. Harini moodnya sudah ke laut dalam untuk berbincang urusan kerjanya.

"Tuan, kita tunda hari lain perjumpaan kita, harini saya kurang sihat." Alasan spontan itu yang dia mampu keluarkan setelah panggilannya disambut. Dia matikan talian setelah itu dan melangkah laju menuju ke arah tempat parking keretanya.

END FLASHBACK...


Zaim melonggarkan sedikit tali leher yang terikat kemas di lehernya. Dia sudah mula rasa rimas. Rambutnya dia raup perlahan. Jam di tangan dia pandang sekilas. Hmmm, sudah setengah jam dia mengelamun. Dia mencapai kunci kereta, baju kot yang tersarung di badan dia lepaskan dan dia letakkan pada lengan belah kirinya. Segera dia berlalu keluar. Tugasnya sekarang perlu mengadap Datin Zara, mamanya. Baik dia cepat ke sana sebelum telinganya disajikan dengan bebelan panjang dari mamanya itu.

Kereta membelok dan berhenti di perkarangan rumah banglo dua tingkat. Di garaj kelihatan terparkir elok kereta adik lelakinya. Hmmm, tak keluar pulak mamat ni harini. Biasa kalau hari tak bertukar gelap, takkan nampak batang hidungnya. Sebab sejenis yang panas punggung apabila duduk kat rumah. Paling tidak, rumah ini hanya dijadikan sebagai tempat tidurnya sahaja.

Zaim Luqman menapak masuk ke dalam rumah. Rasa penat otak dengan kerja yang tak pernah habis di pejabat buat dia menjadi sedikit lesu.

"Kemana semua orang dalam rumah ni? senyap sunyi jer," bicara mulutnya perlahan. Matanya melilau ke dalam sekeliling rumah.

Zaim berlari anak naik anak tangga menuju ke bilik. Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 6.30 petang. Waktu makan malam di dalam rumah ini adalah jam 8.00 malam. Badan sudah merasa sedikit melekit dengan peluh dan buat dirinya terasa tidak selesa. Pintu biliknya dia buka. Sejak selepas habis belajar dan mula bekerja dia lebih suka tinggal berasingan. Mahu berdikari. Pada mulanya permintaannya itu dibantah keras oleh mamanya. Dari menyewa sehinggalah dapat memiliki rumah sendiri. Dia sudah cukup puas dan bersyukur.

Usai mandi dan solat maghrib, dia mengambil kesempatan untuk merehatkan diri barang seketika. Tepat jam 8.00 malam, dia melangkah longlai turun ke bawah. Di ruang makan sudah siap sedia menunggu mama, papa dan adik lelakinya di meja makan.

"Zaim, dah sampai pun kamu, mama tak perasan kamu dah balik. Meh sini duduk makan." Datin Zara menegur. Nampak lemah wajah anak bujangnya itu. Mungkin disebabkan kurang rehat. Mana taknya, hidup sehari - hari memanjang asyik fikirkan pasal kerja...

"Yer, ma, waktu Zaim sampai tadi, semua orang duk dalam sarang, mana nak perasan. Zaim tak tidur sini malam ni, terus balik lepas makan," Zaim Luqman membalas hambar. Tangannya pantas mencedok lauk ke dalam pinggan nasi yang sudah terhidang di depan mata.

"Dah malam ni sayang, kenapa tak tidur sini jer. Esokkan hari minggu." Datin Zara memujuk lembut. Hati anak sulungnya ini sedikit keras, berbeza dengan anak bongsunya, walaupun sedikit ligat tapi selalu mendengar cakap apabila ditegur.

"Ha'ah Zaim, kenapa terburu - buru nak balik? esokkan hari cuti." Dato' Mustaza pula menyampuk. Entah apalah yang ada dekat rumah dia tu, bukannya ada isteri pun.

Zaim Luqman hanya diam tidak membalas. Sebenarnya dia selesa tidur di rumah sendiri. Jika tidur di sini, macam - macam isu akan berbangkit nanti. Bukan dia tak kenal dengan mamanya itu. Sentiasa mencari peluang. Nanti adalah isu favourite yang dia nak ulas, nak bincang dan nak rungkai, macamlah dia tak tau.

"Makan kenyang - kenyang sayang. Sedap ni Mak Limah masak." Datin Zara tidak habis - habis mahu memancing mood sembang anaknya itu. Sekarang nak dengar dia bersembang macam dulu sudah tiada. Kalau dulu suara dialah yang riuh dalam rumah ni. Tapi semua berubah apabila dia putus tunang dengan Natasha.

Dia tersentak. Sejak dua menjak ni selalu sangat fikirannya menerawang jauh. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa ada je perkara yang mengganggu ruang fikirnya.

"Zaim, tujuan mama ajak kamu ke sini sebenarnya mama ada hal nak tanya dan bincang dengan kamu..."

Zaim Luqman angkat wajah. Ditunakkan matanya pada si mama yang duduk bertentang dengannya. Menunggu perkara apa yang ingin dibincangkan itu. Sepertinya dia sudah dapat mengagak.

"Hal apa?". Cuba untuk bertanya.

"Zaim bila nak cari isteri? Umur pun bukan muda lagi, dah 30 tahunkan. Mama teringin nak rasa pegang cucu. Kawan - kawan mama ramai dah yang jadi nenek, seronok tengok diorang main dengan cucu." Datin Zara meluah. Ni pasal kes semalamlah, kawanya dari Persatuan Datin - Datin pakat bawa cucu semasa perjumpaan semalam. Dia diulit perasaan cemburu. Sebab tu harini tak nyempat - nyempat dia suruh anaknya bujangnya itu balik ke sini. Ada anak dua pun, yang sorang belum ada tanda - tanda nak berumah tangga. Yang sorang lagi workaholics, sibuk dengan kerja jer memanjang. Sejak putus tunang, makin berganda - ganda pula sibuknya. Yang si adik pula sibuk nak bersosial dan dengan futsalnya, walaupun umur dah 27 tahun, tanda - tanda nak kenalkan dengan mana - mana perempuan pada dirinya seolah - olah dalam mimpi. Ikutkan dah layak sangat dah tu nak pegang title 'bapa'. Bukan nak mengeluh anaknya semua lelaki, tapi jika dirinya dapat melahirkan anak perempuan sudah tentu sekarang ini impiannya nak memegang cucu sudah tercapai.

Dato' Mustaza tepuk dahi. Ah, sudah! Soalan cepu mas tu, dia tau, soalan itu cukup tidak disukai oleh anak bujangnya itu. Dia berbalas pandang dengan kedua anak lelakinya. Si bongsu asyik menunduk, takut terpalit dengan soalan cepu mas tulah agaknya.

"Zaim busy, banyak kerja dekat pejabat. Urusan sendiri pun tak lepas, macam mana Zaim nak jaga anak orang." Dia membalas datar. Tetapi tetap kedengaran tegas. Sebetulnya hatinya seakan tertutup buat insan yang bernama wanita. Nak kata fobia, entahlah...

"Kalau nak difikir sibuk jer, memang sampai kesudahlah kamu tak berkahwin. Dan memang sampai ke sudah jugalah peluang mama nak rasa pegang cucu tu takde. Sayang, orang lain pun bekerja juga, takdelah teruk sangat macam kamu ni. Kalau nak fikir pasal kerja, sampai mati pun tak akan habis. Mama bukan apa, mama dengan papa ni makin hari makin meningkat usia. Entah sampai bilalah kami ni akan hidup. Jangan nanti apabila kami berdua ni mati, sampai kesudahlah kempunan nak rasa pegang cucu," Datin Zara menambah panjang. Sesekali anaknya ini harus juga diugut dengan perkataan 'mati'. Baru ada akal sikit fikirannya.

"Mama jangan cakap macamtu, Zaim bukan tak nak kahwin. Zaim busy, kerja menimbun, lagipun jodoh Zaim belum sampai. Nanti kalau seru tu dah sampai, Zaim bawalah bakal menantu tu jumpa mama," Zaim mengendurkan suaranya. Dia tau, dia tak boleh nak berbahas dalam soal jodoh ni dengan mama. Dia tetap kalah. Hmmm... Perempuankan selalu menang.

"Seru tu bila agaknya sayang? 35, 40 atau 45? Umur kamu pun bukannya muda lagi, dah 30 tahunkan tahun ni. Umur macam kamu ni dah patut ada anak tiga."

Zaim telan liur. Anak tiga pulak. Bila nak habis ni? Baik aku diam. Kang lepasni tak pasal - pasal dari anak tiga jadi lima. Haruuu...

"Kalau susah - susah sangat, kamulah Zaf, kahwin dulu," seoktaf kata pula yang keluar dari mulut mamanya itu. Kepada si bongsu pula dia tujukan kata.

UHUKKK - UHUKKK


Zafrul terbatuk kecil. Sampai tersedak dia. Hmmm dah agak dah mesti akan terpalit. Dia memandang abang sulungnya itu dengan wajah cemberut.

Zaim menahan ketawa melihat riak wajah adiknya itu. Mesti bengang tahap gaban apabila dia juga turut terlibat dalam hal ni.

"Apa Zaf pulak??? Zaf muda lagi. Lagipun mana boleh langkah bendul. Alonglah yang kena kahwin dulu. Lepas Along kahwin baru giliran Zaf," Zafrul membalas. Dia memandang tidak puas hati pada Si Along. Ni Alonglah punya pasal. Gerutunya.

"Okaylah, Zaim sudah siap. Zaim kena gerak dulu." Zaim Luqman menolak kerusi, dia angkat punggung. Kelihatan mama dan papanya juga suda selesai. Dia kena gerak juga. Kang makin panjang lagi isu ini akan dibahaskan.


Zaim Luqman menghampiri mamanya, tangan dia hulur mahu bersalam. Kekura tangan itu dia kucup dan perkara yang sama juga dia lakukan pada papanya.

"Zaim gerak dulu."


"Emmm, yela, hati - hati memandu. Esok datang sini tak?".

"Belum tau lagi. inshaAllah. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Ucapan salamnya dijawab serentak oleh mereka.

Datin Zara memandang belakang badan anaknya itu sehingga menghilang dari pandangan.

"Perangai keras kepala tu ikut abanglah. Sebijik ikut perangai abang."

"Eh, abang pulak yang kena..." Dato' Mustaza menggelengkan kepala. Si bongsu pula sudah cepat - cepat meninggalkan meja makan. Masuk ke bilik la tu. Cepat je nak lari.

Bab - bab awal ni sesi berkenalan dengan watak - watak dulu yer... (>_<) Happy reading... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience