BAB 2

Mystery & Detective Completed 4732

Aku menangis semahu-mahunya pada sebidang dada yang tidakku kenali. Dia memeluk badanku dengan erat sekali sambil mengusap kepalaku dengan perlahan.

"Saya taknak buta!! Saya nak penglihatan saya balik!! Awak dah pukul kepala saya sampai saya buta!!" Aku menjerit sambil memukul badannya yang tegap itu. Dia seperti tidak memperdulikannya dan membiarkan sahaja perbuatanku itu.

"Saya nak mata saya balik!! Pulihkan semula mata saya!!!" Laungku dengan kuat sambil menangis sepuas-puasnya pada dadanya. Tanpaku sedar hingusku juga terkeluar dan mengotori baju milik jejaka itu.

"Aku tahu kau marah. Marahlah aku, bencilah aku, pukul lah aku. Aku rela Fiona. Aku terima segalanya." Katanya dengan perlahan sambil mengusap kepalaku seperti seorang budak kecil.

Aku tersentak, bagaimana dia boleh mengetahui namaku? Adakah lelaki ini terlebih dahulu mengenali aku?

Disebabkan aku terlampau penat mengeluarkan air mataku. Aku mula kehilangan tenaga dan rebah pada dakapannya.

****

Aku mula tersedar. Aku membuka mataku dan ianya masih sama lagi iaitu gelap. Aku ingatkan itu hanyalah sebuah mimpi yang mengerikan tetapi malangnya tidak. Aku merasakan bahawa ada seseorang yang sedang memeluk erat pada pingganku. Tangannya yang besar itu cuba aku tepis tetapi malangnya tidak berjaya kerana kekuatannya mengalahkan kekuatanku. Kalaulah aku dapat melihat wajah gerangan susuk tu, sudah pastinya wajahnya terkena oleh tamparanku.

"Awak..tolong lepaskan tangan awak. Saya tak selesa." Ujarku dengan perlahan.

Aku mula merasakan dia mula mengerakkan tubuhnya dan nafasnya terasa pada leherku. Hidungnya mula menggeselkan leherku dengan perlahan sampai aku menjerit kegelian. Dia terus menghentikan perbuatannya.

"Awak tolong jangan buat saya macamni. Tolong lepaskan saya, saya nak balik pada keluarga saya. Saya mohon pada awak." Kataku sambil meminta simpati padanya.

"Aku takkan lepaskan kau sebab kau adalah nyawa aku." Ujarnya.

"Awak kena tahu yang saya ni baru lepas kehilangan suami saya dan saya masih lagi trauma sampai sekarang. Saya perlukan masa untuk tenangkan diri sendiri." Ujarku.

"Aku tahu kau baru kehilangan suami engkau dan aku akan cuba bantu engkau untuk tenangkan diri engkau." Ujarnya.

"Tapi bukan dengan cara ini sebab saya rasa terseksa dan saya perlukan sebuah kebebasan. Dan kalau boleh saya nak awak pulihkan semula penglihatan saya semula sebab saya perlukan mata saya untuk menjalani kehidupan saya." Ujarki

"Aku boleh jadi mata engkau." Katanya. Dia melawak apa ni?

"Jangan nak merepeklah. Tolonglah fahami saya." Ujarku.

Dia pula hanya mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sepatah bicara pun. Aku mula mengeluh perlahan. Macamana nak fahamkan mamat ni ha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience