Gunuivere turun ke tingkat bawah selepas selesai mandi.Dia melihat dua adik beradik itu sudah menunggunya di meja makan. Gunuivere mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Andy.“Selamat menjamu selera."Kata Andy memecah kesunyian mereka di meja makan.“Awak berdua tinggal berdua saja kah?"Tanya Gunuivere.“Ya.. kedua Ibu bapa kami telah terkorban semasa kami masih berumur 4 tahun."Jawab Andy.“Maaf saya tak sengaja tanya..saya turut bersimpati."kata Gunuivere dan menerukan suapannya.
Gunuivere melihat Leon kerana Leon sangat handsome ,putih melepak, dan warna matanya agak pelik kerana warna matanya ialah Oren kemerahn.Begitu juga dengan Adiknya Andy.Gunuivere tertanya tanya siapakh mereka berdua.“Ada apa² soalan yang nak ditanya lagi ke Geni?"Tanya Leon.“Ehh... setahu saya... saya belum bagitahu nama saya siapa.. macam mana awak tahu nama saya pula ni."Gunuivere kehairanan.Leon mengalihkn pandangannya ke arah Andy kerana dia telah tersasul menyebut nama Gunuivere.“Saya tahu nama awak sebab nama awak tertulis di baju yang awak pakai semalam."Jawab Leon dengan pantas.Gunuivere menganggukn kepalanya.
Share this novel