- Bab 3 -

Drama Series 5663

"Saya telah hantar fail tuntutan penceraian Puan Sera di pihak Tengku Daniel kelmarin lagi, pihak mahkamah akan menetap seminggu dari sekarang proses penceraian Puan."

"Terima kasih Encik Zain, saya nak minta maaf kalau saya terpaksa menyuruh Encik Zain mempercepatkan proses penceraian saya tu."

"Takpa Puan Sera, ini memang sdh kerja saya sebagai peguam Syarikat QS ni, kalau begitu saya nak minta diri dahulu Puan."

"Baiklah, terima kasih lagi sekali Encik Zain."

Encik Zain hanya tersenyum lalu melangkah keluar dari pejabat Sera.

-----------------------------------------------------------------------

Daniel memecut laju kereta miliknya yang menuju ke rumah Nadia. Sampai di depan rumah Nadia, Daniel mengetuk pintu rumah Nadia seakan ingin memecahkan pintu itu.

"Nadia, buka pintu ni cepat !!" Teriak Daniel.

"Eee sekejap la, yang kau tak pandai sabar ni kenapa ?". Sahut Nadia dari dalam rumah sebelum membuka pintu untuk Daniel.

Daniel terus meluruh masuk dan menangkap pergelangan lengan Nadia. "Kenapa malam masa dekat hotel tu ada orang yang boleh nampak kita, bukan kau kata semua clear ke ? Ke kau yang sebarkan gambar tu supaya hal ini berlaku hah ?" Tanya Daniel kepada Nadia, walaupun hakikatnya Daniel telah mengetahui kebenarannya.

"Ya, aku yang sebarkan, kalau aku tak buat begini belum tentu kau nak bertanggungjawab kandungan perut aku ni." Jawab Nadia.

Daniel bingung kenapa Nadia perlu melakukan sebegini, "Aku dah janji dengan kau, aku akan kahwin dengan kau, kenapa kau tak percayakan aku, sampai kena sebarkan gambar kita ?".

Nadia berasa marah Daniel mempersoalkan kenapa dia harus sebarkan gambar mereka.

"Sebab kau suami orang Daniel, dan abah kau dari dulu tak pernah restu hubungan kita, aku ada maruah daniel, aku tak nak jadi perempuan simpanan kau sampai bila-bila, aku sangat cintakan kau sampai aku sanggup biarkan baby ini berada dalam rahim aku kerana kau Daniel, aku tak sanggup kehilangan kau, sebab tu aku melakukan ini." Jelas Nadia yang sekarang telah mengalirkan air mata.

Daniel yang mendengar luahan kata Nadia terkaku dengan penjelasan kenapa dia melakukan hal itu.

Daniel dengan pantas menarik tubuh Nadia dan memeluk dengan erat, "Aku akan sign surat penceraian aku dengan Sera, dan bawa kau jumpa abah aku, walau abah aku mungkin tak setuju, aku tetap akan nikah dengan kau dan menjadi daddy anak kita, aku janji."

Nadia terharu mendengar kata-kata Daniel, Nadia menyatukan bibirnya bersama dengan bibir Daniel. Mereka hanyut dengan perasaan cinta mereka.

-----------------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian

"Dengan ini saya sebagai hakim mengesahkan yang Tengku Daniel bin Tengku Hasan dengan Sera Amani binti Abdullah sah bercerai." Tok, tok, tok, dengan itu Sera sah bercerai dengan Daniel di hadapan hakim.

Sera yang hadir bersama peguamnya Encik Zain menunggu Daniel di luar mahkamah.

Sera yang melihat Daniel yang baru sahaja keluar dari bilik mahkamah terus mendekati Daniel yang bersama-sama dengan Nadia.

"Daniel, jangan lupa perjanjian tu."

"Aku tahu lah, tak payah kau nak ingatkan aku, ah sebelum aku lupa Sera, aku rasa kau patut keluar dari rumah aku sekarang juga, tak manis orang pandang pasangan yang baru bercerai satu rumah." Kata Daniel sambil menyindir Sera.

"Kau tak payah suruh aku keluar pun, aku akan keluar sendiri, sebab aku sedar diri yang aku bukan 'isteri' kau lagi."

Sebelum Sera melangkah pergi Sera sempat mengatakan ini kepada Daniel, "Lagi satu, aku rasa kamu dah boleh kahwin dah, nanti 'tak manis' orang pandang bersanding atas pelamin perut dah besar." Kata Sera sambil memandang perut Nadia

Kemarahan Nadia bangkit setelah mendengar kata-kata Sera itu.

"Kau sengaja nak bagitahu semua orang aku tengah mengandung huh, nak cakap aku yang rosakkan perkahwinan kamu, aku rampas suami kau, eh kau la duluan rampas Daniel dari aku, kau la yang............".

Sera malas nak mendengar cakap Nadia langsung pergi membiarkan Nadia bersendirian. Nadia yang melihat Sera pergi begitu sahaja bertambah marah.

"KAU TUNGGU NASIB KAU SERA !" Nadia berteriak kepada Sera yang sudah pun menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.

"Nadia dah lah, aku dah bercerai pun dengan Sera, sekarang aku akan atur perkahwinan kita."
Kata Daniel untuk meredahkan kemarahan Nadia yang membuak-buak ketika ini.

Sera singgah di rumah Daniel untuk mengambil barangan miliknya sebelum keluar dari rumah Daniel.

Sera meninggalkan kunci rumah di atas meja dan melihat rumah ini buat kali terakhirnya sebelum keluar dari ini.

Sera mengetuk pintu rumah seseorang, dan tidak lama kemudian pintu itu dibuka oleh tuan rumah itu.

"Farah, aku nak tumpang rumah kau boleh?"

Farah yang memandang Sera terus memeluk badan Sera, "Mestilah kau boleh tinggal dekat sini, kau ok tak ni? Dah jom masuk kita cerita kat dalam."

"Aku dah dengar pasal isu suami kau tu, aku nak tanya kau tapi aku takut kau stress, tu lah aku tak nak ganggu kau".

"Aku dah bercerai dengan Daniel tadi siang, aku dah bebas dari perkahwinan tu".

"Serius lah, jadi family kau tahu?"

"Dato Ahmad yang sendiri suruh aku tuntut cerai dengan Daniel, tapi Datin tidak setuju, tapi yang penting aku dah bercerai dengan Daniel."

"Tak pernah aku nampak orang lain Happy lepas cerai, tapi kau lain."

"HAHAHA, kes aku lain Farah, tak boleh nak samakan, atleast pasangan yang lain dulu kahwin bercinta, mereka bercerai disebabkan tiada jodoh, bukan atas dasar perniagaan. Eee dah la, aku nak naik tidur dulu, bye."

Farah hanya tersenyum melihat Sera naik ke biliknya.

'Aku doakan kau dapat jodoh yang baik-baik, yang muda dari kau pun boleh hehehe' kata farah dalam hati.

-----------------------------------------------------------------------

6 bulan kemudian,
London

"Mama sabarla, urusan han dekat London ni belum selesai lagi, dah selesai Han akan balik Malaysia dengan sendiri."

"Ayat dan perkataan yang sama yang mama dengar setiap tahun kalau mama tanya han bila nak balik Malaysia, lagipun mama ada hal penting yang nak sampaikan dengan han".

"Kalau mama nak kata hal penting itu soal syarikat, mama kata dengan daddy yang han belum sedia."

"Tak han ini benda lain, mama ada ken.......".

"Mama, han nak pergi dah ni, nanti han call mama nanti". Ilhan terus mematikan panggilan itu.

Telefon Ilhan berbunyi lagi lantas Ilhan mengangkatnya.

"Hello, han where are you ? We already arrive at your studio."

"Ya, wait for me, I'm on my way." Ilhan terus mengambil kunci kereta miliknya dan memandu ke studio miliknya.

Setelah habis melanjutkan pelajaran, han menjadi photographer model, setelah setahun, han menjadi photographer professional dan membuka sebuah studio miliknya sendiri, han tak nak mengambil alih syarikat milik ayahnya kerana han berfikir dia masih muda dan belum layak untuk memimpin syarikat ayahnya.

Ilhan mengambil keputusan untuk tidak balik ke Malaysia sehingga dia betul-betul rasa dirinya bersedia untuk mengambil alih syarikat ayahnya. Oleh itu, Ilhan telah membuka sebuah studio photograph untuk dia menyara hidupnya di bumi London dan tidak mengharapkan duit keluarganya.

"Han, Raisya, i mean your girlfriend said that she can't do the shot anymore."

Jake berkata kepada Ilhan. Ilhan hairan dan bertanya kepada Jake.

"What do you mean she can't?"

"Raisya already back to Malaysia since yesterday, i know it from Lisa, she just told me in the phone call this morning."

Watak Ilhan dah muncul (≧▽≦), jangan lupa baca new chapter akan datang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience