(sessantatotto)

Other Series 152486

Tok! Tok! Tok!

"Carrissima.."

Wajah bersih Dom menjenguk ke dalam setelah pintu dibuka, tersenyum manis padanya.

"Mika.. awak pergi mana tadi? Saya cari awak tau." adu Aleena manja.

Phone di tangan ditutup dan diletakkan di meja kopi bersebelahan katil sebelum kembali menatap Dom.

"Mis dispiace cara. Saya ada perkara yang perlu diuruskan tadi.." Dom meminta maaf seraya mendekati Aleena di atas katil beradu mereka.

Duduknya dilabuhkan ke atas katil sebelum tangan mula meliar ke perut Aleena, mengusapnya lembut.

Tersenyum si ibu dengan gelagat suaminya.

"Can't wait for our baby huh?" tanyanya dengan kening terangkat. Mengusik.

"Of course sayang. Lagipun inikan anak pertama kita. Mestilah saya tak sabar!" pipi Aleene dicubitnya lembut, geram.

Ketawa kecil wanita itu sebelum terus direbahkan kepala di bahu bidang Dom yang rapat di sebelahnya.

"Saya pun tak sabar jugak. Mesti dia ada ciri-ciri kita kan Mika.. Anak mummy ni mestilah jadi seorang yang berani, lemah-lembut dan good-looking, Kan baby?" tangan Dom yang masih diperutnya dipegang lembut sebelum bertentang mata sesama mereka.

Wajah gembira Aleena menanti kelahiran anak mereka mendukakan hati Dom. 'What should I tell her?' bimbang dengan penerimaan Aleena kelak.

'But I need to..'

"Carrissima.. we need to talk, sweet." tubuh dialihkan menghadap Aleena agar mereka bertentangan.

Tangan pucat itu digenggam sebelum dibawa ke bibir dan dikucup sekilas.

"About what?" wajah polos Aleena yang menatapnya dengan senyuman menyesakkan jiwa Dom.

'Aku tak nak kehilangan kau..'

Nafas panjang diambil, mengumpul kekuatan untuk mengutarakan rancangannya.

"I need to go back to Italy for some reason. Saya-" belum habis bicaranya, Aleena terus memintas kalut.

"But why? You don't have to. Macam mana kalau mereka buru awak nanti? Macam mana kalau mereka apa-apakan awak
di sana? It's too dangerous. Just stay here with me.. Everything will be fine."

Damn.

Sudah diagak reaksi Aleena akan begini. Tangannya pula yang digenggam wanita itu seerat-eratnya. Mata heterochromia itu menatapnya sayu, memintanya patuh dengan keinginan si tuan.

"Carrissima.. This is the best solution for us. Kalau saya tak pergi ke sana, perhaps that old man would find us soon. Saya tak akan bahayakan nyawa awak dan anak kita."

Bersungguh Dom cuba memujuk. Dia tak boleh menggunakan paksaan dan kemarahan sekarang. Bukan pada wanitanya.

Dipujuknya Aleena selembut yang mungkin, mengharapkan pengertian si isteri.

"Tapi saya tak nak..." Aleena mula memberontak kecil. Tangan Dom digoncangnya sedikit, memujuk dengan air mata yang mula mengalir deras.

"Sayang.. don't be like this. Please sweet.." tangan kasar yang mahu mengesat pipi yang mulai basah itu ditepis Aleena, tak mahu dipegang. Protes.

Dom mengeluh berat, cuba memikirkan kata yang sesuai untuk dituturkan pada Aleena.

Suasana bilik tersebut diam beberapa ketika sebelum suara Aleena kedengaran bertanya,

"Do you love me?" soalnya perlahan, hampir tak kedengaran.

"Carrissima?" Dom bertanya kembali, meminta kepastian.

"Am asking you, do you love me?!" sedikit tinggi suaranya bertanya dengan wajah memerah akibat menangis. Geram dengan Dom.

"Yes I do. You're the person I love the most in this whole world. No one else sayang.." jawabnya jujur dari hati.

"Then don't go! If you love me, don't go! I'll not allow you to leave me!" Aleena cuba memaksa Dom agar mengubah keputusannya.

Dia tak sanggup kehilangan lelaki itu buat selamanya. Rose Nere, kumpulan lama suaminya itu bukan calang-calang.

Walaupun Dom berkemahiran dan alpha, pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila dia menentang kumpulan itu bersendirian.

Anak buah Dom juga tidaklah seramai mereka. Bagaimana jika lelaki itu diapa-apakan? Cedera? Atau mungkin lebih teruk, mati?

"Tak!! Saya tak benarkan! Awak jangan pergi.. tolonglah.. Am begging you.." bagai hilang waras saja Aleena tiba-tiba.

Emosinya bercelaru dengan keadaan genting itu. Dia terdesak mahukan Dom di sampingnya. Dia tak mahu kehilangan suaminya.

"Cara.. Please understand me. Cosa dovrei fare? I should protect you didn't I?" (Jadi saya sepatutnya buat apa?) lembut dan pasrah saja suara Dom mencuba lagi.

Gelengan wanita itu dengan selang tangisannya membuatkan Dom berdesis sukar. Dia mengeluh berat.

Aleena ditariknya merapati sebelum dipeluk si isteri yang sedang menangis sakan ke bahunya. Diusap lembut kepala dan tubuh itu agar reda tangisannya.

"Maafkan saya Aleena. Ianya untuk kebaikan awak juga. If anything bad happen to you because of me, I'll blame myself for the rest of my life. Jadi tolonglah faham sayang.." sayu suara itu memintanya memahami.

Aleena hanya berterusan menangis tanpa menjawab. Dia sedar dan tahu keadaan mereka, hanya dia tak mampu.. dia tak mampu membiarkan Dom pergi..

'What else is left for me if you are not by my side? Life is nothing Mika..' rintih hatinya.

Aleena membatu tanpa bersuara sepatah pun. Hanya ramasan kedua tangan itu di belakang tubuh Dom saja yang bergerak-gerak.

Sesekali Aleena bergesel dengan wajahnya ke leher Dom tanpe mengangkat wajah. Lelaki itu hanya membiarkan saja tanpa berkata apa-apa.

Tiba-tiba, kata-kata Aleena menyentak Dom.

"Fine.. I let you go." bisiknya perlahan di sebelah leher Dom.

Terkedu lelaki itu sebentar, tak percaya dengan jawapan yang diperoleh dari si isteri.

"Oh carrissima.. I'm-"

Tubuh Aleena cuba dijarakkan, mahu melihat wajah itu tetapi Aleena mengeraskan tubuhnya. Tak mahu menatap wajah Dom.

Baju yang dipakai lelaki itu digenggamnya erat sebelum memintas kata,

"However, you have to promise me something." tuturnya lagi.

Dom mengangguk perlahan seraya mengucup ubun-ubun hitam itu lama.

"Anything for you my love."

Aleena terjeda sebentar sebelum berbisik dengan sendu,

"Promise me no matter what happen, you will come home to me. Alive.. can you?" pintanya perlahan.

"I want you to raise our child together with me.. lihat dia tidur, tersenyum gembira, ketawa bila awak bermain bersama, menangis bila lapar, mula berguling, merangkak.. mesti riuh kan nanti?" ketawanya kecil dengan kata-kata sendiri.

Tersekat-sekat suara Aleena pada pendengarannya, besar harapan wanita itu..

..mengharapkan pada sesuatu yang tidak pasti.

Dapat Dom rasakan titisan air mata pada pangkal bahunya yang terdedah. Sesekali henjutan kecil bahu Aleena dapat dia rasakan, cuba menahan tangisnya.

'You have no idea what I really feel Aleena.. it feels like I just want to die leaving you.' kepala ditundukkan memeluk erat tubuh Aleena dalam dak

"I promise you carrissima.." mata berkaca Dom dipejam sekali, menitis menanggung pilunya.

'Please forgive me sayang.'

~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu, Dom meluangkan masa bersama Zen, Andy dan Aleena sebelum bertolak keesokkannya.

Suara riuh rendah Andy dan Dom mewarnai rumah agam itu. Wajah gembira dan suara Dom diamati Aleena semahunya.

'Tak.. aku yakin dia akan selamat. Mika dah janji.' Aleena menyedapkan hatinya.

Selepas meluangkan masa bersama, mereka kembali ke bilik tidur. Aleena tak lepas memandang ke arah Dom yang sibuk dengan phone nya, duduk menyandar pada kepala katil.

Tubuh dibangunkan dari pembaringan sebelum mengesot merapati Dom. Tubuh itu dipanjatnya tanpa segan sebelum memeluk leher Dom manja.

Tak kisahkan berat badannya yang makin bertambah, kepala dilabuhkan bersebelahan leher Dom sebelum mengucupnya sekilas. Ketawa kecil lelaki itu sebelum bergerak sedikit membetulkan duduknya dan tubuh Aleena di atas tubuhnya.

Dahi licin itu dikucupnya sayang sebelum bertanya lembut,

"Have you drank your milk cara?" Anggukan kecil diberikan tanda menjawab pertanyaan Dom.

"I going to miss you Mika.. A lot." suara sayu itu sekali lagi meruntuhkan jiwa Dom. Dia mengeluh berat sebelum dipeluknya tubuh wanita itu seeratnya setelah phone diletakkan ke tepi.

"Carrissima.. Do you remember that you asked me before to give a name for our hero?" soalan Dom membuatkan Aleena pantas mengangkat kepalanya menatap si suami.

Manis dan lebar senyuman itu dihadiahkan padanya, sebelum seulas bibirnya dikucup lembut sekilas.

"I thought of a name.. but you will not like it." Dom ketawa kecil sambil mengelus rambut Aleena ke belakang telinga wanita itu.

"It's okay Mika.. saya tak kisah. Tell me what is it?" tanya Aleena pula, leher Dom dirangkulnya di belakang. Menanti jawapan Dom.

Dia tahu lelaki itu tak pandai bab-bab begini, sebab itu jugalah sengaja dia meminta kepada Dom.

"It was Fulhert Emmerich Vanni.. and his Islamic name was Farazdaq Asysyuhada. How's that?" Dom tersengih menanti persetujuan si ibu.

Aleena ketawa mendengarnya membuatkan Dom mula mencebik tak suka.

Pipi si suami dikucupnya sayang sebelum berkata, "I love it sayang.. I really love it as long as you named him."

"Jadi.. mummy panggil Faraz ye? Sayang suka tak?" ujarnya pada si anak di dalam kandungan.

"Of course he must like it. kan Faraz?" perut Aleena diusapnya lembut.

Malam itu mereka berbual sakan bagaikan tiada hari esok kerana Aleena tahu, masa mereka bersama sudah tidak lama lagi..

"I love you Mika.."

"I love you too carrissima.."

Lampu mula ditutup Dom.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience