BAB 26

Romance Completed 13562

Pagi Ahad itu Puan Sabrina sibuk memasak lauk-pauk dibantu oleh Najwa. Walaupun anak gadisnya itu baru berumur 7tahun, Najwa sudah dibiasakan dengan kerja-kerja dapur sejak berumur 5tahun.
Mereka sekeluarga bersiap untuk majlis selamat rumah tengahari nanti. Biarpun menu masakan ala kadar sahaja, mereka tetap bersyukur. Hanya ahli keluarga dan jiran terdekat yang dijemput hadir kerana majlis ini hanya diadakan sederhana sahaja.
Tengku Emran sibuk mengemas ruang tamu dan mengemas meja makan bersama ayahnya, Encik Ibrahim. Tugas menyapu diserahkan kepada Tengku Emran kerana lelaki itu tidak kekok melakukan perkara-perkara yang perempuan boleh lakukan kecuali memasak. Bab memasak memang dia ke laut.
Setelah selesai mengemas, Tengku Emran menjenguk ibunya ke dapur. Aroma rendang ayam menusuk hidungnya. Perutnya serta merta berlagu minta diisi. Tengku Emran cuba mencicipi masakan Puan Sabrina dengan tangan tapi pantas dihalang.

"Erp! Sabar... Kita tunggu sama-sama sampai tengahari nanti ye?"

Najwa yang sedang membancuh air minuman tertawa lucu melihat muka cemberut abangnya apabila ditegur begitu oleh ibu.

"tak padan dengan lelaki. Kuat merajuk! Haha"

Najwa mengusik abangnya. Tengku Emran yang geram diusik begitu pantas menghampiri Najwa dan mengeleteknya. Bertambah berdekah Najwa menahan geli hati serta geli di bahagian pinggang. Suasana pagi itu ceria dengan tawa Najwa serta telatah Tengku Emran yang makin galak mengeletek Najwa.

"Im.. Najwa.. Sudah-sudah la tu.. Meh cepat siapkan tugas masing-masing. Takut nanti tetamu sampai, kita takde lauk untuk dihidang.."

Tengku Emran berhenti daripada mengeletek Najwa. Najwa yang sedang berguling-guling di lantai menahan geli turut berdiri, patuh. Mereka berdua kembali menyambung tugas masing-masing.

Beberapa jam kemudian, tetamu telah pun tiba. Saudara mara terdekat yang turut menyewa di kawasan sekitar sudah dijemput duduk di ruang tamu terlebih dahulu untuk menyelesakan diri.
Makanan sudah sedia terhidang di atas meja makan yang disediakan khas oleh Tengku Emran di ruang tamu. Mereka hanya menunggu kedatangan ustaz untuk membaca doa selamat rumah serta doa makan.
Sejurus selepas itu, keluarga Aqisha tiba di kediaman Tengku Emran. Puan Sabrina bersalaman dengan Puan Maisarah sekeluarga lantas mempersilakan mereka masuk.
Aqisha manis berbaju kurung merah jambu dan putih hari itu menghadiahkan senyuman manis ke arah Puan Sabrina.
Tengku Emran yang baru sahaja ingin berjalan ke ruang tamu membawa bekas berisi air basuh tangan terpana tatkala melihat sesosok tubuh yang amat dikenalinya sedang beramah mesra dengan ibunya. Bekas air basuh tangan hampir sahaja terlepas apabila Najwa segera menyambut.

"Abang.. Mata letak kat mana? Lain kali jangan perhati makwe sampai nak terjojol biji mata tu. Tak pasal-pasal lantai yang dah bersih dilap tadi tertumpah air."

"shhhh diamla. Abang yang lapkan tadi bukan wawa. Kalau tumpah pun abang juga yang kena lap."

"hahh yelaa. Bawakla bekas ni ke sana. Letak atas sana elok-elok. Mata tu, pandang meja tau.. Jangan pandang kakak tu.. Takut benda lain pulak tumpah nanti."

Tengku Emran mencebik mendengar nasihat Najwa. Nak nasihatkan orang kunun.. Memang akan ada yang tumpah nanti. Ego abang untuk tidak mencintai gadis itu mungkin boleh tertumpah tanpa sengaja. Bisik hati Tengku Emran sambil berjalan ke arah meja tempat letaknya lauk pauk. Bekas air basuh tangan diletakkan di bahagian tepi meja. Sesekali matanya dilirik ke arah Aqisha. Gadis itu masih leka berbual dengan ibunya.

"apalah yang kau bualkan sampai tak perasankan aku yang segak berbaju melayu ni, mok mok.."

Tengku Emran berbisik perlahan sambil mengelengkan kepala seraya berjalan semula ke dapur mendapatkan Najwa yang sedang sibuk bermain dengan anak patung Barbie nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience