BAB 06

Action Series 6386

"Macam mana? Dah fikir ke belum?"

Naura begitu mengambil berat dengan sahabat baiknya walaupun dari awal permulaan cerita dia terkejut Amanda dah jumpa lelaki itu semula.

"A-aku tak tau beb."

Layu suara Amanda. Pandangan dihala pada kaca TV. Air mata mula membasahi kulit pipi. Wajahnya diraup perlahan. Terhinjut-hinjut bahu Amanda menangis.

Akhirnya sejarah pahit itu berulang menghantuinya sekali lagi. Apakah seksaan hati ini makin bertambah? Cukuplah apa yang pernah terjadi dulu. Itu benar-benar menyakitkan hatinya. Ke mana lagi selepas ini dia mahu larikan diri?

"Kau tak boleh macam sebelum ni lagi. Ingat, kau masih isteri dia. Dia tak pernah lagi jatuhkan talak atas kau, Ayra."

"Stop calling me that name!" bentak Amanda.

" Tapi kau patut tau dan kau patut sedar sekarang ni yang Darris tetap akan nak kau balik ke pangkuan dia. Tolonglah Ayra, dia masih tetap suami kau. Aku nak kau tetap jadi Nuhayra Amanda yang aku kenal sebelum ni. "

" Cukup! Diamlah Na! Diam! Aku tak nak kau sebut lagi nama tu! Aku bukan Ayra yang pengecut! Yang lemah! "

" Tapi sampai bila, Ayra? "

" Na, kau sayang aku? "

Naura mengangguk. Wajah Amanda berubah tegang. Tangannya dikepal dan giginya diketap kuat.

" Disebabkan dia, anak aku mati! "

" Memaafkan itu lebih baik, Ayra. "

" Tak dan takkan. Dia pernah bunuh jiwa Nuhayra dulu dan sekarang dia tak kan jumpa lagi Nuhayra yang naif. " Amanda menyimpul dendam.

" Nuhayra yang dulu mungkin takkan kembali tapi jiwa Nuhayra masih ada lagi. Masih hidup dalam diri kau. Jangan ego, Ayra."

" Aku tak akan maafkan dia, Na! Aku tak akan maafkan dia seumur hidup aku! Aku benci dia!" bibirnya bergetar. Air matanya laju menuruni pipi.

"Ayra, ingat Allah."

"Ingat Allah? Kenapa Allah uji aku macam ni? Apa dosa aku? Kenapa Allah uji aku macam ni, Na? Aku dah berusaha untuk berubah yang lebih baik tapi kenapa Allah ambil Deeja daripada aku? Sebab dia, aku kuat, Na! Sebab Deeja!" jerit Amanda hilang pedoman.

"Kau cakap apa ni, Ayra? Allah uji kau sebab dia sayang kau. Dia nak kau kuat dan terus tabah!"

"Selama ni aku tak kuat ke, Na?"

" Jangan berundur. Allah sedang uji kau, Ayra. Jangan lemah macam ni. Aku tau kau bukan seorang yang kuat dan cepat mengalah. " semangatnya cuba dipinjamkan pada sahabatnya.

" Kau tak faham Na apa aku rasa. Aku benci! Takdir ni memang kejam kan, Na? "

Naura menggeleng.

" Ya Allah, bawa mengucap. Ayra apa kau... "

" Diam, Na! Aku bukan lagi Nuhayra yang dulu. " Amanda membidas sebelum sempat Naura menghabiskan ayatnya.

" Dendam takkan membahagiakan kita, Ayra... "

" Tapi dapat memuaskan hati aku. "

Allah... terkedu Naura.

Darris Anaqeef... kau akan terima balasan satu hari nanti. Aku bersumpah kau takkan boleh terlepas macam tu. Kau akan terima padah sebab sikap buruk kau pada aku dulu. Kau buat aku macam sampah! Tak apa, kau nak sangat kahwin dengan aku kan? Selama ni aku berlakon je buat tak kenal siapa kau. Tapi kali ni, aku akan pastikan hidup kau akan menderita!

" Selagi aku mencintai seseorang, aku benar-benar cinta sampai aku sanggup berkorban apapun. Tapi sekali aku dah benci, seumur hidup aku akan buru kau untuk balas dendam. Kau tunggu, Darris. " ujar Amanda.

Segala yang diimpikan hancur berkecai.

" Macam mana pun kau tetap tak boleh lari. Perjanjian pun kau sign. Kau ada satu juta ke nak bayar balik kalau kau ingkar arahan dia?" soal Naura sambil menakut-nakutkan Amanda.

Kepala digelengkan.

" Dah tu, terima jelah. Tapi kan patutnya tak payah kahwin sebab dah memang korang dah pernah kahwin. Cuma tulah engkau ni aku tak fahamlah. Ego sangat. Buat tak kenal pula laki kau tu. Punyalah beria-ria suruh ajak kau kahwin walaupun dia tau kau tu memang bini dia. Tapi tulah lakonan kau ni hanya berpura-pura jadi Amanda konon. Tengoklah sampai dia buat keputusan nak ambik kau balik, dia terpaksa kahwin dengan kau. See? " ujar Naura. Lagipun dia terlalu ingin sahabatnya itu berubah kepada sikap dulunya.

" Aku nak nafikan pun, aku dah sign. Hati aku ni masih sakit lagi, Na. "

" So, apa keputusan kau? "

" Aku terpaksa mengalah. Mengalah tu je yang terbaik. Aku malas nak kecoh. "

" Allah dah bagi peluang, Ayra. Kita ni makin tua sepatutnya lebih buat amal soleh bukannya buat makin tambah dosa. Dendam masa lampau kau perlu rungkaikan. Tak ada gunanya kalau kau still berdendam macam ni. " panjang lebar Naura cuba menasihati Amanda walaupun dia sendiri bukanlah baik mana.

Mati itu pastu. Amanda yang dikenalinya bukan keras kepala seperti ini. Bertahun dia berkawan dengan Amanda dan wanita ini mempunya sekeping hati yang lembut.

" Aku tak berminat dengan ceramah kau." ujar Amanda seraya bangun meninggalkan Naura.

Naura hanga menggeleng sahaja melihat sikap Amanda. Entah bila Amanda akan berubah.

Segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience