Bab 9

Short Story Series 16005

Selesai sahaja parking kereta di tempat letak kereta apartment, Deyna tidak terus turun dari kereta tetapi termenung memikirkan misi-misinya yang dulu.

Bertapa susahnya dulu dia nak buat misi itu kerana sifat malu yang menebal sehinggalah habis sekolah. Tetapi yang menghairankan sekarang senang saja misi itu diselesaikan. Deyna menggaru kepalanya. Takdir atau kebetulan?

~Flashback zaman sekolah~

"Deyna kau tulis apa?"

Belum sempat Deyna nak menghalang Hazirah sudah mencapai dahulu kertas itu.

"Misi-misi mengorat crush." Baca Hazirah dengan kuat.

"Eii tak payahlah baca kuat-kuatlah gila." Terus Deyna merebut kembali kertas itu dari Hazirah.

"Kau serius la nak buat misi tu Naa?" Tanya Hazirah selepas melabuhkan duduk dikerusi sebelah Deyna.

"Aku tak pasti la Rah lagipun aku malu." Deyna letakkan kepala atas meja. Dia kusut.

Belum sempat Hazirah bersuara loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi.

Kring kring.....

"Jom Rah turun rehat." Ajak Deyna selepas mengemas barang.

"Jom" terus Hazirah tarik tangan Deyna. Takut sangat makanan habis.

Sampai sahaja dikantin Deyna beratur untuk membeli makanan. Tiba-tiba ada orang sentuh bahunya dari belakang dan Deyna memusingkan sedikit badannya.

Deyna mengangkat kening tanda "kenapa" terus Hazirah buat isyarat mata suruh Deyna melihat sebelah kiri.

Pusing sahaja kepala, Deyna dah nampak orang yang dia minat ada dibarisan lelaki tetapi lelaki itu tidak berseorangan dia bersama seorang perempuan yang sama batch dengan Deyna tetapi kelas berlainan. Rapat kedudukan mereka dan tiada tanda-tanda mereka mahu bergerak.

Bila tiba masa Deyna membeli makanan cepat-cepat dia beli dan terus duduk dimeja yang kosong. Deyna terdengar orang bersembang dimeja belakang.

"Aku dengar yang duduk sebelah dia tadi tu girlfriend dia and dia orang dah couple sebulan lebih. Tak silap akulah. Perempuan itu je yang heboh semua benda sedangkan lelaki itu senyap ja." Tutur orang yang duduk dibelakang Deyna.

Tanpa membuang masa Deyna terus memusingkan tubuhnya.

Deyna menepuk bahu orang itu dan bertanya
"Siapa yang korang sembangkan tu"
Deyna ni dekat sekolah boleh dikategorikan geng bawang juga jadi tak hairanlah.

"Aidil Haziq"balasnya sambil menarik sebuah kerusi tanda suruh Deyna duduk disebelahnya.

"Mana kau tau?"tanya Deyna pelik selepas melabuhkan duduknya.

"Setahu aku dia tak ada girlfriend."bisik hati Deyna.

"Akukan satu kelas dengan perempuan tu jadi aku tahulah sebab mulut girlfriend si Aidil tu pun jenis kepoh juga. Jenis diva-diva ni bila dah bercinta memang kecoh satu sekolah. Jadi tak pelik. Kau pun tahukan sebab kau,aku lepastu budak-budak depan ni pun kecoh cuma kita baik sikit." Terus dia menyuap makanan didalam mulut.

"Dah lama ke mereka bercinta." Tanya Deyna resah. Kalau dah lama tandanya Deyna crush dekat boyfriend orang la selama ni. Masihbada peluangkan.

"Almost one month maybe. Kau pahal tanya banyak? Pelik je kau harini." Tanyanya pelik. Mereka memang rapat walaupun kelas berlainan. Kalau dah nama dia makcik bawang dengan orang tak kenal pun boleh jadi bestfriend.

"Takdalah saja jame."gelak Deyna perlahan. Tak mahu mereka tak salah sangka. Terus dia menyambung makan.

Habis sahaja waktu rehat, cepat-cepat Deyna duduk disebelah Hazirah.

"Kau tahu yang dia ada girlfriend."bisik Deyna perlahan.

"Tahu." balasnya pendek

"Pahal kau tak bagitahu. Kau sajakan eii geram aku." Geram Deyna. Benda yang dia dah tahu tapi tak nak kongsi. Buatnya Deyna pergi confess dekat crush tak ke malu.

"Aku tak mau kau sakit hati. Lagipun kau tu kalau aku cakap pun kau tak akan percaya." Balasnya sambil tangan sibuk menulis kerja yang cikgu beri.

Mengeluh Deyna perlahan. "Lupakan ja lah misi tu aku dah malas." Balas Deyna perlahan. Cari crush barulah.

Mula dari hari itu Deyna selalu stalk crush dari jauh sampailah ke hari ini.

~End Flashback~

Deringan telefon membuat Deyna hilang dari lamunan zaman dahulu.

Minah suku (RAH) is calling

"Kau kat mana?" Tanyanya.

"Ada dekat bawah. Baru nak naik." Jawab Deyna selepas keluar dari kereta.

"Aku ingat kau tak balik lagi. Aku off telefon dulu."

Terus Deynabmematikan panggilan selepas Hazirah habis bercakap.

Masuk sahaja dalan rumah Deyna nelihat Hazirah yang bersiap cantik-cantik.

"Kau nak pergi mana Rah?"

"Aku nak keluar dengan kawan." Ucapnya sambil tersengih.

Berkerut dahi Deyna mendengar jawapannya. "Kau tu tak sihat lagikan? Buat apa nak keluar. Ha kau nak keluar dengan siapa? Kawan yang mana? Lelaki ka perempuan?" Tanya Deyna seperti polis pencen.

Belum sempat Hazirah jawab terdengar bunyi orang bagi salam.

Cepat Hazirah menuju kepintu dan Deynabhanya ikut dari belakang.

"Waalaikumsalam Dayyan." Jawab Hazirah.

Berkerut lagi dahi Deyna. Asyik berkerut je cepat tua baru tahu. Wait, Dayyan tu macam dia pernah dengar tetapi dekat mana?

"Deyna aku nak keluar dah ni."tutur Hazirah sambil memakai kasut.

Tanpa banyak soal Deyna mengangguk walaupun muka masih berkerut dari tadi. Usai Hazirah berlalu Deyna terus tutup pintu dan kunci.

Disebabkan dia tiada kerja nak buat jadi dia hanya memilih untuk tengok netflix di televisyen.

Dalam kusyuk Deyna tengok movie, telefonnya berbunyi tanda ada orang mesej.

01x-xxxxxxx
-Assalamualaikum
- Ni aku Haziq
                      
                                     +Waalaikumsalam
                                    +Saya dah save

Terus dia bluetick dan tanpa membuang masa terus off telefon nak sambung tengok netflix.

Beberapa jam kemudian Deyna terjaga dari lena. Dia pun tak sedar bila dia terlelap. Bangun je dia tengok jam dah hampir pukul 10 malam. Nasib sebelum terlena Deyna sempat solat maghrib.

Belum sempat Deyna bangun nak pergi ambil air sembahyang terdengar pintu dibuka dari luar dan Deyna terdengar suara Hazirah itu tandanya dia sudah pulang.

"Naa kau tak tidur lagi? Ni aku ada beli makanan dekat kau." Katanya dan terus berlalu kedapur.

Deyna menonyoh mata. "Aku terjaga. Kau pergi mana sekarang baru balik?" Tanya Deyna apabila Hazirah selamat melabuhkan punggung disebelah Deyna. Tersengih saja Hazirah.

"Kau pahal sengih."

"Kau nak tau something tak Naa?" Tanyanya sambil kening diangkat sebelah

"Kau nak bagitahu apa?" Deyna menutup mulutnya dengan tangan apabila dia menguap.

"Aku dah bertunang." kata Hazirah selamba.

"Wait! What!" Jerit Deyna terkejut.

"Aku mimpi lagi ke? kau tampar aku sekarang!" lantang sahaja nada suara Deyna.

"Syuhh"terus tapak tangan Hazirah melekat di mulut Deyna.

"Sabarlah nak cerita. Kau ingat malam yang aku hampir nak kena rogol tu?"

Deyna menganggukkan kepalanya.

"Haritu petang ada orang masuk minang and mak aku terima and you know siapa yang yang minang tu?"

"Siapa?" tanya Deyna.

"Dayyan." balasnya selamba

"Wait aku tak cakap habis lagi." Terus tunjuk lima jarinya didepan muka Deyna bila dia nak bersuara.

"Aku kenal Dayyan dah lama cuma tak rapat je. Dia banyak tolong aku bila kau selalu busy tapi aku okay and tadi aku keluar dengan dia sebab dia buat suprise dekat aku and then dia terus lamar aku untuk jadi wife dia. Dan yang paling aku terkejut mak ayah dia ada sekali. Serius aku tak tau keluarga dia ada. Lepastu mak dia kata ni cincin tunang and cukup 6 bulan sahaja kami terus kahwin." Tuturnya panjang lebar.

Deyna speechless. Jeles. Dan banyak lagi.

"Woww untungnya kau dah tunang. Nanti tinggallah aku sorang-sorang bila kau dah kahwin." Tutur Deyna perlahan. Bibirnyanya makin melengkung kebawah.

"Kau jangan risaulah eh. Aku dah kahwin ke belum ke aku ada ja dengan kau. Aku support je apa yang kau nak buat dekat crush tu." Balasnya sambil usap bahu Deyna perlahan.

"Oklah aku masuk bilik dulu. Goodnight minah terbantut and jangan lupa makan."

"Goodnight too minah suku." Selepas Hazirah masuk bilik, Deyna terus berlalu ke dapur. Semangat dia dah hilanglah.

"Bilalah aku nak dapat macam tu." Mengeluh Deyna perlahan. Tanpa membuang masa dia terus baca doa dan makan. Mungkin suatu hari nanti or mungkin tak? semuanya kena tanya penulis dia. Deyna tak tau apa-apa.

TBC...
Follow and Comment to unlock new chapter.

Btw saya tak paksa untuk follow and comment semua tu. Saya hanya sekadar suka-suka dan hanya nak mengenali siapa yang baca buku saya yang tak seberapa ni. Tak jadi apa-apa pun kalau awak semua tak buat semua tu. Awak still boleh baca buku ni. Hanya sekadar suka-suka bukan nak batak follower or apa-apa. TAK.NO. Thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience