BAB 6

Other Completed 24384

Selalu kita dengar tentang kisah isteri menjadi mangsa pukul, dera, suami hisap dadah, dan suami curang. Isteri-isteri yang teraniaya seperti ini sering berdoa supaya diberikan suami yang baik dan bertanggungjawab.

Tetapi, lain pula yang dilakukan oleh wanita ini apabila dianugerahkan suami yang baik, bertanggungjawab dan romantik.

Wanita ini pula yang mengambil kesempatan atas kebaikan suami dengan bermain cinta dengan lelaki lain. Akibat kepercayaan dan kasih sayangnya telah dikhianati oleh wanita ini. Suaminya mula berubah dari pada seorang yang ceria pada seorang suami yang pendiam dan sudah tidak romantik.

“Saya berkahwin dengan suami sudah 10 tahun, sejak 2005. Saya berkahwin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta.

Suami seorang yang biasa-biasa sahaja. Tetapi setelah berkahwin, saya tidak dapat menerima suami saya. Saya kurang melayan dia termasuklah nafkah batinnya.

Tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar. Dia tetap bersabar dan setia dengan saya. Kami dikurniakan dua orang anak. Saya bahagia bersama suami tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud.

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang penyabar, rajin, penyayang dan boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suami. Termasuklah kerja rumah, memasak, menjaga anak semua dia yang uruskan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience