Fazura dari tadi asyik menoleh ke belakang, melihat Awaisha Laila, entah mengapa hatinya begitu gelisah dengan keadaan Awaisha Laila sudahlah mata bengkak, baju kurung satin yang di pakai tidak menampakkan seri wajah, Awaisha Laila kelihatan pucat dan muram tak ubah seperti orang sakit,
Sudah seminggu Awaisha Laila duduk bersama Fazura, dalam tempoh tersebut, ibu bapa mertuanya, abang-abang ipar dengan kakak-kakak iparnya tidak lagi datang ke rumah seperti selalu, lebih-lebih lagi ibu mertuanya dengan Fazilah benci sungguh pada Awaisha Laila, selama seminggu itulah juga dia melihat bagaimana suaminya melayan Awaisha Laila sangat teruk
Fazura mengeluh panjang, keluhannya itu di dengari Farid Husin yang sedang memandu
"Panjangnya Zura mengeluh,"
Tegur Farid Husin
Fazura sekadar tersenyum tawar, bukan segaja tidak mahu menjawab, cuma hatinya terlalu gelisah, Awaisha Laila pula berzikir di dalam hati, tubuhnya mengigil-gigil memikirkan nasibnya nanti bila sampai rumah mertuanya
Setelah hampir 45 minit berlalu, kereta di pandu Farid Husin memasuki pekarangan banglo, Farid Husin tersenyum ketika membuka pintu kereta bila melihat ayahnya berdiri di muka pintu,
"Jom Kak Sha,"
Tegur Fazura sambil menoleh ke belakang
Awaisha Laila mengangguk perlahan, wajah fazura di tatap dengan resah
"Kenapa farid bawa Awaisha sekali?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin pelan bila melihat Awaisha Laila keluar dari kereta
Farid Husin tersengih
"Apa salahnya Yah, itukan menantu ayah jugak"
"Kau nie Farid, kau dah tahu kaum perempuan dalam rumah nie benci kat dia, kau gie bawak juga,"
Balas Dato sri Hassan kamarudin sambil kepalanya di geleng
"Assalamualaikum ayah,"
Ucap Fazura dengan senyuman manis sambil menghulurkan tangannya
"Waalaikummusalam Zura,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin, lembut tangannya menepuk bahu Fazura ketika menantunya mencium tangannya
"Assalamualaikum Dato,"
Ucap Awaisha Laila pula, dia serba salah menghulur tangan mahu bersalaman dengan ayah mertuanya bimbang tangannya tak di sambut
"Waalaikummusalam, Awaisha,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin, bibirnya tetap tersenyum sambil menyambut salam menantunya
Hati Awaisha Laila bersyukur, tangan ayah mertuanya di cium, Farid Husin berdengus kuat, menyeget bibir sambil menjeling ayahnya, Dato sri Hassan kamarudin membulatkan matanya memandang anak lelakinya itu
"Farid dengan Zura dah sampai ke Bang?,"
Kedengaran suara Datin Sri Sahara sedang mengayun langkah, bertanya,
"Dah,"
Bibir Datin Sri Sahara tersenyum lebar bila melihat menantu tersayangnya berdiri di luar pintu namun senyumannya itu terus hilang bila melihat kelibat Awaisha Laila,
Datin Sri Sahara mengeluh kuat, berkerut separuh wajahnya memandang Awaisha Laila
"Zura mari sini, jom kita ke dapur,"
Pinta Datin Sri Sahara, lembut
Fazura serba salah, sempat juga tangannya mahu memegang tangan Awaisha Laila, berniat mengajak Awaisha Laila sekali namun belakang badannya di dorong masuk oleh suaminya
"Mak suruh Zura je, dia nie mak tak suka,"
Kata Farid Husin selamba, jarinya menunjuk pada Awaisha Laila
kata-kata Farid Husin itu sungguh menghiris hati Awaisha Laila. Dia sedar dirinya tak ubah seperti melukut di tepi gantang, Awaisha Laila menahan air matanya dari gugur,
Dato sri Hassan kamarudin menjadi Serba salah, dia perasan perubahan air muka Awaisha Laila
"Masuklah Awaisha,"
pelawa Dato sri Hassan kamarudin
Awaisha mengangguk, di ruang tamu Fuad Sobri, Fadil Fitri menegurnya, hatinya sedikit terubat, ayah mertua dan abang-abang iparnya berbual dengannya walaupun kala itu dia agak gelisah dengan raut wajah Farid Husin seakan bengang
Tidak lama kemudian, Fazilah datang ke ruang tamu, matanya menjeling pada Awaisha Laila
"Jomlah makan, dah siap hidang, but sorry ya kerusi cukup-cukup sepuluh orang je, tak tahu pulak yang tak di jemput pun datang,"
Kata Fazilah sambil menyindir
Dato sri Hassan kamarudin, Fuad sobri dengan Fadil Fitri mengeleng kepala, Awaisha Laila menudukkan kepala hatinya terkilan
Diam-diam Farid Husin tersenyum senget
"Farid memang tak nak ajak, tapi dia beria-ria nak ikut, kononnya nak berkenalan rapat dengan mak,"
"Apa?,"
Fazilah memeluk tubuh, kakinya di ayun mendekati Awaisha Laila
"Woi betina, kau tak..?,"
Belum pun sempat Fazilah menghabiskan kata-katanya, Dato sri Hassan kamarudin menyampuk
"Dah.. dah, jom pergi makan,"
"Awaisha, jom pergi ke meja, ambil nasi dengan lauk, makan je kat sini, memang kerusi kat meja tu tak cukup pun,"
Pelawa Fuad sobri
"Tak apa encik fuad, saya tak lapar,"
Awaisha Laila tersenyum nipis, dia tak sanggup nak berhadapan ibu mertuanya dengan kakak-kakak iparnya terang-terang mereka tidak menyukainya
**
Di ruangan makan, semua ahli keluarga Dato sri Hassan kamarudin berkumpul kecuali suami Fazilah
Datin Sri Sahara menjeling ke arah Farid Husin
"Mak kan dah cakap kat Farid bawa Zura je, kenapa degil sangat,"
Farid Husin berpura-pura mengeluh
"Dia yang beria-ria nak ikut mak,"
"Nie yang mak hairan dengan kau nie farid, mana perginya sikap biadap farid dulu, atau farid memang takut dengan dia,"
Farid Husin mengankat bahu, menambahkan lagi kemarahan Datin Sri Sahara, Fazura hanya diam, kedua tangannya terketar-ketar, dia saja yang tahu Awaisha Laila ikut atas paksaan suaminya tetapi dia tidak berani bersuara
"Farid tak kesihan ke dengan Zura, pergilah cari rumah lain, sampai bila nak suruh dia tinggal kat umah tu?,"
"Mak, farid memang nak cari, tapi dia tu degil, nak jugak duduk rumah tu, kalau boleh dia nak suruh Zura nie pindah,"
"Kurang ajar betullah, yang farid takut sangat dengan dia dah kenapa?,"
"Hiss awak nie Sara, bawak-bawaklah bersabar, depan rezeki nie kan,"
Celah Dato sri Hassan kamarudin sambil mengeleng
Fazura duduk dalam keadaan gelisah, hatinya beristifar beberapa kali,
Fazura memandang-mandang ke arah ruang tamu, di saat ahli keluarga mertuanya sibuk menikmati hidangan di pinggan masing-masing
"Kenapa Zura tak makan?,"
Tanya Farid Husin, hairan
Fazura memaling memandang suaminya
"Kak Sha tak makan ke?,"
pelan suara Fazura bertanya
Farid Husin tersenyum penuh makna, ada saja cara untuk memanaskan lagi suasana, pelan-pelan dia membisikkan sesuatu pada Fazura
Fazura mengangguk-ngangguk kemudian bangun,
"Kenapa Zura?,"
Tanya Datin Sri Sahara, hairan
"Zura nak ambilkan nasi untuk Kak Sha mak,"
Jawab Fazura
"Hey, dia tak boleh ambil sendiri ke?,
Fazilah menyampuk
Sekali lagi Farid Husin berpura-pura mengeluh
"Kat rumah pun sama mak, lansung tak nak bantu Zura memasak, nak makan dalam bilik, Zura lah yang jadi mangsa setiap hari bawakan makanan naik ke atas,"
"betul ke Zura?,"
Tanya Datin Sri Sahara berkerut wajahnya
Fazura tergeleng-geleng
"Tak.. takdelah mak,"
"Zura tak usah takut, mengadu je kat mak,"
Kata Farid Husin dengan separuh senyuman
"Abang,"
Fazura terpinga-pinga seperti sedang di permainkan suaminya
Datin Sri Sahara tak dapat lagi menahan kemarahannya, dia terus bangun dari kerusi, Dato sri Hassan kamarudin baru saja ingin menyuap nasi ke dalam mulut jadi terperanjat, Fazilah menyenget bibir, memang dah lama dia menunggu perluang untuk mengajar Awaisha Laila
"tun.. tunggu mak,"
Fazura berniat mahu menghalang Datin Sri Sahara namun Farid Husin memegang tangannya, dia menoleh memandang suaminya, Farid Husin mengeleng, tangan isterinya di tarik supaya isterinya duduk semula di kerusi
Datin Sri Sahara dengan Fazilah di ekori Farah, Anita mengayun langkah ke ruang tamu, Awaisha Laila saat itu hanya duduk sambil memerhati ruang tamu, masih tidak tahu apa yang belaku
Melihat sahaja Datin Sri Sahara bersama kakak-kakak iparnya tiba-tiba saja meluru ke arahnya, Awaisha Laila serta merta bangun, dia menghulur tangan
"Assa..?,"
"Pak!,"
Satu tamparan kuat mengenai pipi kiri Awaisha Laila ketika dia ingin mengucapkan salam pada ibu mertuanya, tangan yang di hulur pantas sahaja memegang pipi kiri, Awaisha Laila tertunduk
"Kau nie memang perempuan tak sedar dirikan, kau ingat kau nie siapa ha, berani kau layan anak menantu aku macam hamba kau, hey betina kau dengar sini, kalau aku dengar sekali lagi kau buat menantu aku macam tu, aku akan ajar kau lebih teruk dari aku tampar muka kau tadi, kau dengar tak!,"
Tengking Datin Sri Sahara
Awaisha Laila mengangguk, wajah ibu mertuanya tidak berani di pandang, hatinya benar-benar terguris sehingga air matanya menitis
"Tak payah kau menangislah, tiada siapa kat sini nak kesihan perempuan macam kau, ikutkan hati aku, aku pun nak tampar muka kau tahu tak,"
Kata Fazilah pula
"Farid!,"
Tiba-tiba saja Dato sri Hassan kamarudin memekik bila dia tahu isterinya telah menampar Awaisha Laila
"Kanapa Yah?,"
"Kau pergi bawak bini-bini kau balik,"
Bertaut kening Farid Husin memandang ayahnya
"Farid belum makan lagilah Yah,"
Dato sri Hassan kamarudin mencekak pinggang
"Kau fikir selera makan kau je, selera makan orang lain kau tak fikir, dah hura-hara macam nie, depan rezeki pulak tu, kau fikir ayah ada selera nak makan, baik kau balik je,"
Selepas menghembur kata-katanya, Dato sri Hassan kamarudin terus naik ke atas, terkilan betul sikap isteri dengan anak-anaknya
**
Institut Jantung Negara
"Mak ada hubungi Kak Sha tak?,"
Tanya Hanis anak tunggal Said bohkari
Puan syakilah sedang membersihkan wajah suaminya sekadar mengeleng kepala dengan pertanyaan anak gadisnya
Hanis duduk sambil mengeluh
"dua hari yang lepas, Kak Sha ada hubungi hanis, tanya keadaan ayah, lepas tu..?,"
Puan syakilah memandang anak gadisnya
"Apa yang lepas tu?,"
Hanis menguak rambutnya
"Hanis ada tanya keadaan kak Sha, dia menangis mak, lama jugak, bila Hanis tanya, Kak Sha tak nak cakap,"
Puan syakilah mengeleng, kain lap yang di gunakan tadi di taruh ke dalam bekas kemudian menarik kerusi di belakangnya
"Hanis hairan ayah dengan mak, kenapa tak beritahu je pada keluarga abang Farid tentang kak sha,"
Puan syakilah mengeluh pelan,
"Sebab ayah kamu tak nak cari masalah dengan Farid, sebab semua bukti Awaisha tak bersalah dah hilang waktu Arwah Nek Ja meninggal, entah siapa yang ambil sampul surat tu,"
"Cerita jelah, kenapa nak ada sampul surat tu,"
"Hanis, Farid tu kalau setakat dengar dari mulut sampai mati pun dia tak akan pecaya, dari kecil dah kena didik macam tu dengan Arwah nenek dia, sebab tu sebelum Arwah Nek Ja meninggal arwah sempat tinggalkan bukti yang Awaisha tu tak bersalah,"
"Habis ayah tak cari ke sampul surat tu,"
"Dah puas ayah kamu cari, sampai sekarang tak tahu siapa yang ambil,"
**
Ampang Jaya
Selepas sampai saja di rumah, Farid Husin terus mengheret Awaisha Laila keluar dari kereta sehingga ke bilik, Fazura menangis sambil belutut fikirannya menjadi tidak keruan kerana ketakutan hanya mampu mendengar jeritan madunya di belasah suaminya, itu bukanlah kali pertama
"Ya.. ya saya minta maaf, Arghh.. sakit, sakit,"
Rintih Awaisha Laila sambil melindungi wajahnya dari di tampar Farid Husin namun matanya merenung Fazura sedang berlutut di luar pintu
"Abang cukuplah, jangan buat macam tu,"
Rayu Fazura terketar-ketar bibirnya
Farid Husin berdiri sambil mencekak pinggang, matanya merenung Awaisha Laila dengan renungan yang tajam, dadanya berombak, hatinya belum puas
Farid Husin berdengus sebelum memusingkan badannya,
"Laa? kenapa Zura berlutut kat situ?,"
Tanya Farid Husin dengan wajah tenang, bibirnya tersenyum lebar sambil mengayun langkah mendekati isterinya
"Bangun sayang, kenapa menagis?,"
Fazura lekas-lekas bangun sambil mengesat-ngesat air matanya, dia memandang wajah suaminya namun kerongkongnya tidak berani mengeluarkan suara, tubuhnya di rakul, belakang badannya di gosok-gosok,
"Zura nak ikut abang ke pergi beli ayam,"
Tanya Farid Husin
Fazura mengeleng pelan
"Zura nak sediakan bahan memasak, nanti senang bila dah ada ayam terus masak je,"
"Umm..,"
Farid Husin mengangguk, pelan-pelan meleraikan perlukkannya
"Kalau gitu abang pergi dulu ya,"
Fazura mengangguk, dia memandang seimbas ke arah Awaisha Laila sedang duduk memeluk lutut sebelum mengikut suaminya turun ke bawah
* "Adik, nanti bungkuskan nasi dengan lauk untuk seorang, nanti hantar cepat ya,"
Selepas menghantar mesej Whatsapp pada adiknya, fazura bergegas naik ke atas semula selepas suaminya keluar
"Kak sha, kak tak apa-apa ke?,"
Tanya Fazura cepat-cepat dia memeluk Awaisha Laila
"Kak tak apa-apa, Zura jangan risau,"
Fazura memandang wajah Awaisha Laila, bebekas kedua pipi madunya, tentu sakit, ini sudah kali kedua dia melihatnya, kali pertama ketika Awaisha Laila pulang menaiki Grab, suaminya tiba-tiba mengamuk, dia melihat Awaisha Laila di tampar, di pijak suaminya,
"Betul ke Kak sha bunuh Arwah nenek abang Farid,"
Tanya Fazura sambil menangis teresak-esak
Awaisha Laila mengeleng
"Habis tu kenapa abang Farid benci sangat pada kak,"
Awaisha Laila memeluk Fazura
"Nanti ada perluang, kak ceritakan pada Zura,"
Share this novel