Bab 12

Romance Series 4350

Waktu sudah menginjak ke waktu petang. Sejak dari pagi aku tak kemana-mana pun hari ini. Hanya duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa. Khairul tidak langsung menghubungiku sejak dari petang semalam. Aku mahu lihat sejauh mana egonya mampu bertahan. Egoku pastinya mampu bertahan beberapa hari kerana bagiku Khairul punya pelbagai kesalahan terhadapku.

Aku duduk disofa menonton televisyen dan tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi nyaring. Aku mengambil telefon dan tersenyum lebar apabila nama ‘B’ tertera diskrin. Aku menjawab panggilan itu.

“Honey, jom keluar.” Ringkas saja kata-kata Khairul ditalian. Aku meneliti jam di dinding. Pukul lima petang.

“Okey.” Dan aku membalas dengan ringkas juga.
Aku bersiap dengan gaya feminin dan menunggu Khairul datang mengambilku.

“Sayang, B minta maaf pasal semalam.” Khairul memulakan perbualan ketika kami di dalam kereta. Khairul memandu dengan kelajuan biasa. Tangan kirinya menggemgam erat tangan kananku. Aku yang hanya diam sedari tadi akhirnya terpujuk juga rajuk dihati. Aku memandang Khairul yang menoleh sekilas kearahku. Khairul tekun memandu entah kemana hala tujunya, aku tak tahu.

“Okey, Sayang pun minta maaf jugak sebab buat hal semalam. Sayang period hari ni." Beritahuku dengan jujur. Khairul seraya memandangku. Dia ketawa nakal. Aku menjelingnya.

"So, dari semalam B buat apa?” Aku menyoal. Masih seperti biasa aku akan mengambil tahu segala perkara tentangnya, tentang hariannya.

“Tidur.” Jawapan Khairul beserta tawa. Sungguh maskulin aku rasakan sehingga membuatkan aku leka merenungnya. Pegangan Khairul sudah terlerai ketika dia mengawal gear kereta tadi.

“Penat sangatlah kat event tu, Sayang. B tidur sampai tengahari lepas tu cuci baju sikit.” Khairul menyambung ceritanya. Aku hanya tekun mendengar.

“B tak makan lagi ni jadi kita pergi makan, ya?” Khairul memberitahu.

“Okey.” Ringkas jawapanku. Entah, aku tak tahu apa yang aku perlu bicarakan. Rasanya tak perlu untuk aku ungkit lagi perihal semalam yang sudah berlalu dan walaupun bagiku dia bersalah kerana tidak memberi perhatian sangat terhadapku namun aku juga perlu faham akan keadaannya. Dia sibuk dengan acara dan bukan sengaja untuk tidak memusatkan seluruh perhatiannya terhadapku.

Kami makan di kafe kesukaan kami. Ketika sedang menunggu hidangan sampai, aku lihat Khairul asyik tersenyum memandangku.

“B, what is wrong with you?” Aku menyoal. Aku mula cuak apabila memikirkan adakah terdapat sebarang cacat cela diwajahku atau penampilanku.

Khairul tersenyum dengan lebih lebar lagi sambil dia mengeluarkan sesuatu dan meletakkannya diatas meja.Demi saja terlihat kotak kecil berwarna biru, aku pula yang mula tersenyum lebar.

“Sayang, this is for my apology. Special for you.” Khairul membuka kotak itu dan mengeluarkan seutas rantai tangan silver yang sangat cantik.

“Really?” Aku bertanya seakan tidak percaya. Khairul mengangguk dengan malu-malu. Wajahnya yang cerah jelas kemerahan.

Tangan kiri Khairul masih memegang rantai tangan tersebut sementara tangan kanannya mencapai tangan kananku. Aku yang duduk disebelahnya mula terasa malu. Terasa sungguh istimewa diperlakukan begitu. Mujur saja pelanggan di kafe tidak terlalu ramai makanya saat istimewa begini terasa sangat romantis bagiku.

Khairul cermat memakaikan rantai tangan itu ditanganku. Aku tak sudah tersenyum dan terasa sebak pula didada dengan hadiah tersebut darinya.

“Sayang suka tak?” Khairul bertanya setelah memakaikan rantai tangan kepadaku.

“Suka. Suka sangat!" Aku memberitahu sambil tersenyum serentak aku mengangguk perlahan. Sungguh aku tak dapat melindungi rasa senang dihatiku. Aku membelek-belek rantai tangan yang dihiasi loket kecil berbentuk hati. Hatiku terasa sangat berbunga-bunga kini. Kami berbual dengan mesra ketika menjamu selera bersama.

Selesai makan, Khairul membawaku ke sebuah pusat siber yang mana jarak kawasan tersebut hanya 10 minit perjalanan dari kafe tadi.

“Sayang, kita lepak sini kejap. B nak kena print-out something pasal next event. Nak pergi ofis macam jauh sangat.” Khairul memberitahu ketika kami mula menaiki anak tangga untuk ke tingkat dua yang menempatkan pusat siber tersebut.

“Hey, bro!” Suatu suara ramah menegur Khairul sebaik saja kami tiba dimuka pintu. Bau rokok agak kuat disitu. Aku berasa tidak selesa dan berharap semoga urusan Khairul selesai dengan cepat disitu.

“Hey! Aku datang nak print-out kejap. PC yang mana kosong?” Khairul bercakap dengan agak kuat kerana suasana disitu agak bising. Tangan Khairul masih tak lepas menggemgam tanganku sejak dari tadi. Aku hanya diam dan memerhati keliling.

Khairul kemudiannya memperkenalkanku kepada lelaki yang menegurnya. Baru aku tahu bahawa rakannya itu adalah pemilik pusat siber tersebut.

“Kau pergi PC nombor 15 dekat hujung sana.” Rakan Khairul menunjukkan arah.

“Okey. Thanks.” Khairul mengangguk dan kami mula bergerak ke meja yang letaknya agak jauh kebelakang.

“Sayang duduk kat kerusi ni. Sekejap ye, B buat kerja sikit.” Khairul yang sudah duduk dikerusi disebelah mula membuat kerjanya. Aku duduk santai menunggu Khairul sambil mataku melihat keliling. Baru aku perasan terdapat seorang gadis sedang duduk berpeluk tubuh disebuah kerusi tak jauh dari pintu masuk bersebelahan dengan kaunter depan.

Aku lihat rakan Khairul tadi begitu sibuk dikaunter tanpa sedikit pun mempedulikan gadis yang duduk itu. Aku merapatkan diriku kearah Khairul dan mula berbisik dengannya.

“B, siapa perempuan yang duduk kat tepi kaunter tu?” Aku bertanya. Aku lihat Khairul tersenyum walaupun matanya tak lepas memandang komputer.

“Girlfriend kawan B.” Khairul memberitahu. Aku agak terkejut dengan jawapan itu. Kekasih datang melawat tapi hanya duduk macam batu begitu?

“Nanti kita cerita sebab sekarang tak sesuai, sini bising.” Khairul berbisik kembali kepadaku sambil tangannya menepuk perlahan lenganku dan kemudian Khairul meneruskan kerjanya. Aku hanya akur walaupun hatiku membuak-buak dengan rasa ingin tahu akan perihal gadis itu.

Aku duduk bersandar dikerusi sambil bermain-main dengan telefon bimbitku. Ada masa aku tak dapat menahan bau rokok sehingga membuatkan aku benar-benar tidak selesa dengan mengibas-ngibaskan hidungku, cuba menyahkan bau tersebut.

“Sayang, sekejap. Sikit je lagi ni.” Khairul sedar akan ketidakselesaanku segera menyudahkan tugasnya dan tak lama kemudian kami mula beredar dari situ setelah Khairul mendapatkan bahan yang dia perlukan.

Kami masuk ke dalam kereta dan tak lama kemudian Khairul mula memandu keluar dari kawasan pusat siber tadi.

“B, betul ke perempuan tadi tu girlfriend kawan B?” Aku terus menyoal Khairul. Khairul ketawa dan kemudiannya menganggukkan kepalanya. Aku terasa pelik.

“Kenapa dia duduk diam aje dekat kerusi tadi tu?”

“Dia datang jumpa BF dia tapi kawan B busy so dia duduk ajelah dekat kerusi tu.”

“Tapi macam peliklah tengok perempuan tu duduk diam saja dekat situ.”

“Perempuan tu GF nombor dua kawan B.”

“Apa?!" Aku terkejut.

"Perempuan tadi kira skandal kawan B je ke?" Aku bertanya lagi.

“Iye. Dia nak skandal jugak dengan kawan B, jadi dia tak boleh kacau kawan B tengah kerja, nak datang boleh tapi duduk saja diam-diam.” Khairul memberitahu.

“Duduk diam situ tanpa buat apa-apa? Boleh ye macam tu?” Aku terus-terusan bertanya dengan perasaan aneh. Khairul ketawa kuat pula kini.

“Kalau Sayang kena macam tu agaknya dah terbalik meja kat situ, kan?” Khairul menepuk-nepuk tangan kiriku sambil menoleh ke arahku. Aku juga memandangnya dengan pandangan geram.

“Iyelah, datang nak dating tapi kena jadi pak pacak kat situ buat apa?” Tiba-tiba aku rasa geram pulak.

“Asalkan ada depan mata cukuplah. Tak bercakap tak sentuh-sentuh pun tak apa.” Balas Khairul.

“Sanggup ye perempuan tu?” Aku benar-benar hairan.

“Dia pun skandal je, kan? Mungkin itu je cara dia untuk bersama kawan B tu, time lain agaknya kawan B busy dengan girlfriend lain.” Ah, macam-macam pula perangai kawan Khairul ni! Berapa ramai perempuan dia ada?

“B pelaselah jangan macam tu. Sebab tu masa B dekat Melaka ada event tu Sayang marah sangat bila B langsung tak call Sayang borak lama-lama. Entah apa B buat dekat sana. Ada skandal jugak agaknya tak? Sebab tu tak ada masa untuk Sayang, kan?” Aku meluahkan rasa sangsi.

“Eh, B bukan macam tulah! B memang busy dengan event nak urus macam-macam. Memang tak ada masa untuk Sayang. Tak sempat nak call borak-borak dan tak ada masa juga nak skandal macam kawan B tu.” Khairul terus membela dirinya. Aku menjeling tajam.

Entah, separuh hatiku mempercayai kata-katanya namun separuh lagi hatiku agak ragu dengannya. Aku cuma berhati-hati. Tak mahu kecewa di kemudian hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience