Bab 14

Family Completed 3187

Alisha masuk ke dalam rumah lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.Kemudian kepalanya tertoleh toleh untuk mencari ayah dan mamanya.

"Mana diorang eh?"Alisha berjalan ke dapur namun tiada kelibat dua orang itu lalu di berjalan ke tempat lain sehinggalah telinganya menangkap perbualan antara mamanya dan ayahnya.

Dia melihat ke dalam bilik bacaan itu melalui pintu yang terkuak sedikit.

"Macam mana dengan anak kau tu Ros?"tanya Dato Hamid.

'Anak?aku?kenapa dengana aku?'bisik hati kecil Alisha.

"Wawa perlu buat pembedahan yah..Tapi,Ros takde duit nak bayar.Penyakit cancer dia masih boleh diubati tapi dia perlukan kos yang tinggi untuk pembedahan."jawab Puan Rosmah sambil meraup wajahnya.

'Wawa?'

"Habis tu kau nak aku tolong bayar?"tanya Dato Hamid lagi.

"Tolong Ros ayah.Wawa perlu buat pembedahan ni.Ayah cakap hari tu,kalau Ros minta maaf dengan Lisha,ayah akan tolong Ros kan?Ros dah minta maaf kat dia dan dia pun dah maafkan Ros so please tolong Ros yah..Ros merayu."balasnya.

Alisha memegang dadanya yang terasa sakit.Peristiwa di mana dia terdengar perbualan mama dan papanya dulu terbayang bayang di ruang matanya.Adakah peristiwa lama akan berulang lagi.' Rupanya mama minta maaf sebab nak duit dari ayah?Ya Allah adakah ini satu lagi dugaan dari mu?apakah aku tidak berhak bahagia seperti orang lain?kuatkanlah hati ku Ya Allah.'kali ini dia langsung tidak mengalirkan air mata. Marah,sedih, kecewa,semuanya bercampur aduk membuatkan dia tidak tahu apa yang perlu dia tunjukkan.

"Ros,Ros..kenapalah kau tidak seprihatin begini pada Lisha dahulu.Kesian anak tu."kepala Dato Hamid bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Kalau pasal Lisha ayah jangan risau.Ros memang nak minta maaf kepada dia pun.Sebab Ros rasa bersalah.So..ayah nak tolong Ros kan?"

"Huh!yelah..aku tolong ni pun sebab dia cucu aku.At least,Lisha pun dah bahagia sekarang."kata Dato Hamid.

Alisha menapak ke dalam biliknya lalu dia bersandar di sebalik pintu.Perlahan lahan dia duduk di lantai.Wajahnya kosong tidak beriak namun hanya Allah sahaja yang tahu bahawa hatinya hancur.Malah lebih hancur dari sebelumnya. Pada hari itu,luka yang meninggalkan parut pada hatinya dulu kini kembali berdarah..

Tok tok tok..
Puan Rosmah masuk ke dalam bilik Alisha.

"Lisha bangun sayang..nanti lambat pula nak ke sekolah."kejutnya namun kelibat Alisha tidak kelihatan di atas katil.Dia menapak pula ke tandas namun tetap tiada.Hatinya mulai resah semacam melihat ketiadaan anaknya itu.

"Yah!!yahh!!"jeritnya.Dato Hamid bergegas mendapatkan anaknya.

"Kenapa kamu ni dok terjerit jerit kat sini ni?mana Lisha?kan ayah suruh panggil tadi."katanya.

"Lisha..Lisha hilang yah..macam mana ni?Ya Allah mana anak aku."tangisan Puan Rosmah kedengaran di seluruh banglo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience