25.

Romance Completed 46610

Mateen mulai tak tentu arah selalu terlihat post Aura dengan bentuk badan yang lagi menawan dari Auni. Dia mulai merasa ingin mendapatkan Aura secara mutlak.

Sedangkan kini dia dan Auni sah menjadi suami isteri 3 minggu lalu. Namun baginya Auni tiada apa apa. Namun dia selalu membayangkan Auni adalah Aura.

Auni bersama Mommy dan Daddynya kini tidak lagi tinggal dibanglo itu kerana dalam surat perjanjian yang dibuat oleh Aura dan Abdul Banglo itu akan diserahkan kepada Persatuan Anak yatim yang akan dibuka oleh Aura nanti setelah selesai direnovate. Rumah Kasih Nenda Zaiton nama yang diberikan Aura.

Rasyid dan Rina kini duduk di Kondo yang disewakan oleh menantunya Mateen. Syarikat Zaiton Holdings kini dijalankan sepenuhnya oleh orang harapan Aura iaitu peguam Abdul.

Mateen yang kini sudah sembuh sepenuhnya dan berjalan tidak lagi menggunakan tongkat, menjadi rebutan oada gadis muda diluar sana.

"By. You nak kemana tu?" Tanya Auni yang sedang duduk dibirai katil.

"I nak jenguk Mama dan Papa." Kata Mateen.

"Ooo ok." Balas Auni.

Mateen yang mempunyai simpanan diluar yang sedang menantinya didalam bilik hotel yamg disewa oleh Mateen.

"Auni! Auni!!" Panggil Rina pada Auni.

"Yes Mom." Tanya Auni.

"Mommy dah habis duit. Boleh Mommy pinjam duit Auni untuk kesalon." Kata Rina.

"Mom dah tahu takde duit tu, Tak payahlah Mommy nak pergi kesalon ke kemana." Kata Auni.

"Tapi dah lama Mama tak kesalon." Kata Rina lagi.

"Mom mana ada Auni duit. Auni pun kadang minta dekat Mateen." Kata Auni.

"Malaslah nak layan Mommy ni." Kata Auni.

Dia mengambil handbagnya dan berlalu pergi dari sana.

Disisi lain, Aura sibuk dengan kerjanya begitu juga dengan Uthman. Pertemuan mereka tempoh hari telah membuatkan Cinta mereka berputik semula.

"Uthman akan mengambil dan menghantar Aura. kerana Jarak dari perumahan Tentera dengan Villa Aura tak jauh.

"Aura hari ni lambat sikit tau. Sebab minggu depan Aura akan offshore lagi." Kata Aura semasa Uthman mengambilnya tadi.

"Lama ke?" Tanya Uthman.

"45 days dekat laut, Naik sekejap dekat Bintulu then turun semula sambung lagi 1 month." Kata Aura.

"Jauhnya. Dekat Sarawak ke?" Tanya Uthman.

"Haah. Dekat laut Bintulu." Kata Aura.

"Jadi nanti rindulah Uth." Kata Uthman.

"Tak lama mana pun." Kata Aura.

"Uth takde misi ke?" Tanya Aura.

"Buat masa sekarang ni takde. Tapi minggu depan Uth ada latihan tembakan dekat Sabah." Kata Uthman.

"Lama ke?" Tanya Aura.

"4 days only." Balas Uthman.

"Uth tunggu kat luar masa Aura balik." Kata Uthman.

"Ala. Aura taknak Uth tunggu lama." Kata Aura.

"Uth rela." kata Uthman.

Dan benar. Apa yang dikatakan Uthman masa dalam perjalanan menghantarnya tadi, Uthman menantinya ditepat Parking dekat Luar plan Satu.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Barulah Aura keluar dari dalam bangunan Petronas.

Dia melihat, Utman sedang memerhatikannya sambil tersenyum

"Assalammualaikum." Sapa Aura.

"Waalaikumsalam dear. Penat tak?" Tanya Uthman.

"Penat sikit." Kata Aura.

"Ok. Uth bawa makan sup power nak?" Tanya Uthman.

"Aura mana je. Lapar ni belum makan lagi." Kata Aura.

"Sejak pagi tadi?" Tanya Uthman.

"Ye." Kata Aura sepatah.

"Ya Allah. Tak lapar ke?" Tanya Uthman.

"Lapar lah ni. Nak jalan pun tak larat." Kata Aura.

"Ok. Kalau macam tu tak boleh jauhlah. Uth bawa Aura makan kat area sini jelah." Kata Uthman.

"Ok. Aura nak makan Mee sup Ikan." Kata Aura.

"Ok Uth ada tempat." Kata Uthman.

Dalam perjalanan ke Medan selera, Aura terlelap. Lelah hingga mengeluarkan dengkuran kecil.

"Penat sangat ni. Sampai berdengkur." Uthman berkata sendiri.

Dia mengelus pipi Aura lembut.

"Hmm rasa nak kucup je. Tapi Sabar belum waktunya lagi. Sabar Uth.

Uth memandu menuju kemedan selera. sampai disana, Uthman mengejutkan Aura.

Mereka keluar serentak. Aura mengeliatkan badannya yang terbalut Coverall kuning yang ada lambang petronas manakala Uthman yang masih memakai tshirt tentera.

Uthman mula memberanikan diri memimpin tangan Aura. Walaupun Aura terkejut namun aura membalas pegangan tangan Uthman. Erat dan rapi bertaut jemari Aura dan Uthman.

"Kat sini." Kata Uthman lalu duduk disisi Aura.

Mereka memesan beberapa jenis makanan dan minuman.

Uthman masih sama bermain dengan jemari Aura seperti tak mahu dilepaskan.

"Uth nak cakap ni." Kata Uthman.

Aura melihat Uthman disisinya.

"Apa?" Tanya Aura.

"Uth nak jadikan Aura teman hidup Uth. Uth taknak kehilangan Aura lagi." Kata Uthman.

"Aura pun tak sanggup nak beroisah dengan Uth juga." Kata Aura berterus terang.

Uthman menentang anak mata Aura mencari kebenaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience